Di mana lagi akan ku temukan suasana seperti ini?

8:31:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ (tersangat panjang harap sudi membaca)

Memoir


Membilang detik waktu yang semakin hari semakin berlalu dengan pantasnya. Selepas membaca post sahabat tentang Nilam Puri, hati saya jadi rindu! Kembali membelek ke dalam kotak memori mengenai pengalaman di sana meskipun menjejakkan kaki ke sana cuma sebentar. Sangat sebentar. =)



Kelantan: Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri
(May 2010)

[Apresiasi] Selangor-Kelantan-Terengganu:Kembara ilmu

Gembira. Senang. Perjalanan jauh dari Selangor ke Terengganu dan kemudiannya ke Kelantan ibarat tiada penatnya. Abah dan mamalah paling gembira. Saya juga jadi bahagia melihat semuanya senang dan gembira. ^___^ Alhamdulillah. Pertama kali berjauhan dengan semuanya di negeri orang benar-benar mengajar diri hidup berdikari. Tapi pengalaman tinggal di asrama selama 5 tahun telah dapat membantu saya membiasakan diri cuma suasananya sedikit berbeza, ya lah negeri orang. Selama 5 tahun hanya di Kajang, kini telah diberi kesempatan merasai perjuangan di negeri yang jauh. Saat pertama kali berpijak di situ, saya senang sekali. Muslimin muslimatnya benar-benar terjaga. ‘Alhamdulillah, Allah sudah memberi peluang kepadaku untuk bergaul dengan sahabat yang soleh dan solehah'.



Ukhuwah terjalin begitu indah. Saya masih ingat detik-detik persahabatan. Mengambil jurusan Pengajian Islam dan Sains di sini agak mencabar saya. Fully in arabic? Yeah, saya sedikit janggal kerana saya berasal dari SMKA yang rata-ratanya tidaklah menggunakan bahasa arab sangat. Sahabat-sahabat lain memang hebat semuanya. Terasa kerdil pula. 


[Apresiasi] Menjaga diri

Usrah dan Tarbiyah


Keluar bilik pun kena pakai tudung labuh, no seluar. only the kain. Arm sock is a must! Err, macam mana nak buat semua ni? -___-‘ Kadang-kadang, kita hanya pakai sebab peraturan sahaja. Ya, bila peraturan, tak tahulah hati kita ni sedang ikhlas atau tidak. Macam saya dah khabarkan perihal tudung labuh dalam entry sebelum ni. Saya tak dapat nak ukur keikhlasan saya semasa di sekolah dan juga di sini. apa yang saya lakukan pada masa itu lebih kepada peraturan. The rule. Tapi, ini yang memelihara saya ke akhirnya. Alhamdulilah, saya menerima tarbiyah dalam sedar ataupun tidak sedar. (Termasuk usrah yang banyak semasa di sana)



Pantai Bachok


‘Tahniah, anda telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru dot dot dot’ (macam ni lah kowt ayat nya) T___T


Saya dan kawan-kawan saya sedang bersuka ria di Pantai Bachok dan tiba-tiba dapat tahu boleh check keputusan maktab perguruan (or IPG) by SMS. Check, and check, alhamdulillah saya dapat.


Tapi...


Saya sudah mulai suka dengan suasana tarbiyah di sini
Saya sudah mulai senang dengan sahabat-sahabat
Saya sudah mulai mencintai dunia saya kini meskipun saya terasa peritnya



Dan inilah satu persimpangan yang paling sukar untuk saya buat keputusan.



Tak bisa memilih


Kedua-duanya baik bagi saya. Namun saya tahu saya tak mampu memiliki keduanya. Saya terpaksa memilih. Akhirnya saya sudah ‘TER-pilih’ untuk menjadi seorang guru err mungkin lebih tepat lagi ustazah. Ehem, kekok kejap. Hati saya tenang dengan pilihan itu.

[Apresiasi] Di persimpangan dilema


Sebak. Sewaktu mengisi borang keluar. namun, saya tetap akan merindui suasana dahulu. =’(



Terengganu: tempat saya belajar kini
(Jun 2010)

Lebih suka rimas seperti dulu daripada suasana bebas seperti kini


Dulu, ada yang menasihati bila kita tersalah haluan, ada yang menegur bila kita tersalah jalan. Kini ??? Siapa yang akan memberitahu lagi.


Dulu, suasana yang saya nampak semuanya indah-indah. Muslimin dengan wajah jernihnya, muslimat pula setia dengan tudung labuhnya. Saya rindu suasana ini. Biah solehah. Dan saya dah lama tak nampak semua ni.


Keterlaluan ke if saya cakap;

[Apresiasi] Bimbang

Saya dah tak nampak lagi semua tu. Pergaulan bebas di mana-mana, bertepuk tampar bersama lawan jenis adalah biasa. Dating berdua-duaan jadi normal thing. Jumpa malam-malam tak rasa semacam satu kesalahan. Pakai singkat-singkat dianggap trend. Pakai tak tutup aurat difikir hebat. Ya, mungkin saya juga pernah tergolong dalam orang yang berdosa, kita melakukan kesalahan tanpa sedar. Tapi tak ada siapa lagi yang datang menegur. Tak ada siapa lagi yang sudi menolong.



Saya tak mampu menegur sahabat-sahabat saya yang melakukan perkara ini. Mungkin saya rasa diri saya tak cukup baik. Setiap hari saya nampak perkara yang tak sepatutnya saya nampak. ya, saya belum dikurniakan kekuatan. Mungkin saya baru pulang dari membasuh lumpur yang terpalit pada diri saya dengan air. Mencuci dengan sebersihnya, tapi masih ada lagi yang tertinggal.



Dulu saya rimas disuruh itu dan ini. Tudung labuh etc etc. Sekarang saya jadi kurang gemar dengan suasana bebas seperti kini yang menuntut saya untuk sentiasa membuat pilihan.

[Apresiasi] Sahabat, teman dan kawan


Lihat siapa kawan kamu


Pernah saya mendengar; ‘Untuk mengenali diri sendiri lihatlah kawan-kawannya’. Alhamdulillah, mereka sentiasa membantu saya dalam memperbaiki diri. Membangunkan kembali apabila jatuh. Membina kembali apabila roboh. Menguatkan kembali apabila renggang. Beruntung. Masih dikekalkan dalam suasana begini meskipun bukan seluruhnya. Saya tahu ada di antara kita yang mahu berubah, tapi ketakutan sentiasa ada. Takut dengan cakap-cakap kawan perubahan sebab itu dan ini, takut apabila berubah nanti dikatakan old fashion or sebab musabab yang lain. Katakan pada hati, diri ini milik aku. maka, aku yang akan menentukan jalan yang ku pilih. Bukan sahabat-sahabat, bukan mereka tetapi aku. Terkadang, apabila perubahan sudah mula tampak, kritikan mula membiak. Cakap-cakap orang berlegar-legar. Sematkan dalam hati, teruskan yang positif, biarkan saja mereka berkata, kerana mereka akan senyap apabila sudah letih.



Tempat belajar kita ini bukan semuanya tempat orang baik-baik. Kerana apa? kerana kita manusia biasa. Punya iman turun dan naik. Semalam kita lihat dia bermasalah dan jatuh dari tangga kehidupan, tetapi hari ini kita lihat dia aktif dalam gerak kerja Islam. Semalam kita lihat dia hebat disanjung tinggi, tetapi hari ini dia menghitung hari untuk menyembah bumi. Hidup bagaikan roda. Sekejap kita di atas sekejap lagi kita di bawah. Tempat belajar kita ini sebenarnya medan untuk melatih diri kita menjadi baik. =)


[Apresiasi] Rindu ?

Semaikan rindu


Saya tidak pasti apa yang berlaku pada sahabat-sahabat seperjuangan saya sewaktu di Nilam Puri setelah berhijrah ke Kuala Lumpur. Yang pasti saya akan tetap mendoakan sahabat-sahabat saya dan diri saya semoga kita sentiasa terpelihara iman, jiwa dan diri kita dari negative side. Rindu itu tetap ada dalam semaian cinta. Meskipun sekejap melakar memori bersama kalian, tetapi inilah yang mentarbiyah hati supaya diri menjadi kuat untuk melakar kehidupan. dan buat sahabat-sahabat di tempat pengajian saya kini, istiqamahlah dalam pencarian cinta Illahi ini. 



Kepada adik-adik lepasan SPM, persiapkan dirimu untuk memulakan perjuangan selepas ini. Kehidupan ini akan mengajar dan melatih diri adik-adik kerana perjalanan sangat berliku dan mencabar. Jangan hanya tahu bermain cinta kalau mata pelajaranmu terkandas. Jaga lah akhlakmu, appreciate kenangan lalu yang boleh mendidik hati dan jiwa kamu. 


Waallahu'alam~ 

17 patient (s) need treatment

  1. betulla fawa...:(

    rindu sgt bumi tarbiah. yups, sekarang lebih suka rimas2 then bebas2..da tak kisah dah. walaupun duk sekejap je kat sana, tp da mampu mengubah diri yg terleka nih...even hanya bab pakaian..Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. @Bintun Sazali

    lebih menghargai setelah kehilanganya bukan ke begitu? =)

    ReplyDelete
  3. beruntungla sbb punya pengalaman berharga mengikuti program usrah sebegini..Semoga Allah memberkati hidup & mati kita semua..

    p/s mana header lama, sy suka tengok header yang lama..

    ReplyDelete
  4. banyak beri keinsafan entry ni ..tq doc cinta .. ~

    ReplyDelete
  5. @Qaseh dalia adelia

    sama2 bermuhasabah~ insyaallah~ afwan =)

    ReplyDelete
  6. sgt indah berada dlm biah solehah, semoga Allah sentiasa memberi peluang dan hidayah untuk berada dalam biah solehah..

    Terengganu?? my country..hehe, semoga dapat manfaat sepanjang berada di negeri tersebut..

    ReplyDelete
  7. @exsapphire

    insyaallah, semoga Allah sentiasa memberi kita peluang utk berada dalam suasana biah solehah~

    terengganu; sgt memberi manfaat kpd dokter hehe~ ^___^

    ReplyDelete
  8. Dr. =)

    nice Entry! Opah blas kunjungan Dr. :)

    Salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  9. @Opah Kentang

    syukran~ ^__^ salam ukhuwah juga~

    ReplyDelete
  10. saya suka baca entry nie la..
    teringat kat skolah saya dulu..
    al maklum la bru berapa bulan tggalkan skolah..!
    ^_^

    ReplyDelete
  11. @coret situ sana sini

    freshy lagi kan keluar sekolah~ berhati2 dik dengan ujian mendatang =)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah,,

    teringat kata2

    " bila kita berasa aman, tanpa sedar jahiliyyah telah mengoyak diri kita"

    ReplyDelete
  13. akak , memang wajib ke bertudung labuh di um nilam puri ?! saya bakal siswi di sana

    ReplyDelete
  14. salam akak,kelayakan kos ni brapa A? akak dulu dapat berapa? sy baru ja dapat result spm..

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers