Bingkisan untuk para daie 3: Saranghaeyo

5:02:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Wah, semangat dah kembali, konon la tak ada semangat eak? T____T Esok pagi saya nak pergi mengajar budak-budak tahun 4 (yang hari tu saya cakap, tak jadi), so pray for me okey, guys? Ini entry kesinambungan dari entry-entry ini:




Take note: sesiapa yang tak tahu apa maksud 'usrah'; usrah ialah salah satu method Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah. Dalam konteks masa kini, usrah adalah seperti perjumpaan mingguan atau bulanan yang mana di dalamnya berisi tazkirah-tazkirah (mengajak kepada kebaikan-amar makruf; mencegah kepada kemungkaran-nahi mungkar). Ianya bukan sekadar itu sahaja; usrah dalam bahasa arab ialah keluarga.




"Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan, (kepada manusia, dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan) (al-Ghasyiyah:21-22)

Kadangkala kita merasa amat penat dan mungkin pernah putus asa dalam jalan dakwah (especially untuk golongan-golongan naqibah)



Bila kita mesej nak ajak depa datang usrah, macam-macam alasan boleh bagi, tak sempat nak taaruf siapa anak usrah kita; USRAH, err macam boring bagi pendengaran mereka. Banyak kerja etc etc, benda lain lebih diutamakan dari jalan mendekati Allah ini.



Kadang-kadang bila kita buat aktiviti, tak ramai anak usrah yang datang, buat liqa' berapa kerat je singgah. Kesian naqibah, dah prepare sampai tak tidur malam pukul 3-4 pagi prepare untuk bahan usrah, last-last 3-4 orang je yang datang out of ten, yes ten ; 10. Pelik lah jugak, latihan benda-benda hiburan yang lain sangat bersemangat kita nak pergi, tapi latihan untuk semarakkan cinta kita kepada Allah dan latihan memperkuatkan ukhuwah tak pula kita suka nak pergi.


Kadang-kadang, sampai naqibah ni jejak depa dekat bilik, kenapa ye anak usrah tak datang ni, sakit ke, ada masalah ke eah? Dari jauh datang tapi kedatangan tak disambut dengan mesra. Sedih kan? Kita cuma nak bertaaruf dan berkawan. Ehmm..


Naqibah jadi sedih sebab tak dapat nak rapat dengan ahli usrah sendiri. Siang malam tak habis fikir kenapa, anak-anak usrah ni susah nak join liqa' ukhuwah ini, macam mana nak tarik hati-hati mereka? Satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jalan hiburan mudah kita usahakan, tapi jalan untuk membina jambatan di akhirat susah kita nak ikuti.



Ini ialah skrip biasa yang berlaku sewaktu dalam proses mentarbiyah hati dan menarik hati manusia. Berusahalah sedaya mampu, berdoalah tanpa putus. Para nuqaba', jalan dakwah ini bukan mudah, tuan dokter tak bertauliah ni bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab usrah, or tarik-tarik hati orang ni, tapi ini melalui pemerhatian dan pengalaman sama ada sendiri mahupun kawan-kawan... Dugaan buat seorang daie tak akan pernah berhenti, sebaliknya akan sentiasa melingkari kita, so naqibah; kuatlah menghadapi semua ini~ =)



Buat para mad'u sekalian, jangan pernah rimas andai kita sering dinasihati, andai kita sering didatangi ajakan-ajakan ke arah kebaikan, andai kita sering berhadapan dengan amar makruf dan nahi mungkar, bersyukurlah kerana ada yang sudi mengingatkan kita. Itu petanda ada yang cinta dan sayang kepada kita, tahu tak para nuqaba' semua buat macam tu sebab apa?



Sebab SARANGHAEYO! Mereka menyayangi anda kerana Allah ~ =)

Waallahu'alam~

p/s: To all IPGKDRIans; malam ni usrah umum di DUO eah, bertemakan sakaratul maut~ =)

15 patient (s) need treatment

  1. seronoknyaaa kalau dpt merasa pergi usrahh :) harapharap satu hari nanti dptlah .

    ReplyDelete
  2. @amiramukri

    wahh, tahniah sebab anda ada niat tu~ meh lah join usrah ngan dokter hehe =)

    ReplyDelete
  3. sekolah sy tiap Jumaat ade usrah . dengan kakak naqibah form 2 . best :)

    ReplyDelete
  4. @Akmal Khalidah


    awak form one ke? alolo kecik lagi eah =)

    ReplyDelete
  5. usrah...mama saya pon ada join ....lepas tu...dia akan kongsi balik ape yang dia belajar....

    ReplyDelete
  6. macam mana nak buat kalo kita sbgi Naqibah tp seriously rasa sgt x yakin..-.-

    ReplyDelete
  7. @AnisSaSyaQira

    nak jadi naqibah memang susah sebab semua tindak tanduk kita nanti anak usrah akan tengok and contohi~

    perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk bersedia dengan apa pun. memang kalau ditanya dah sedia ke jadi naqibah ni?

    jwpn dia semua sama belum and rasa tak layak. sampai bila kita harus menunggu kan? =)

    Ingatlah kita adalah pilihan Allah untuk melaksanakan misi amar makruf nahi mungkar. Pilihan Allah sentiasa benar dan tiada salahnya. kita terpilih utk jadi naqibah adalah kerana utk menyambungkan hati2 anak2 usrah kembali kepada cinta Illahi~

    anda terpilih! =)tahniah.

    ReplyDelete
  8. salam..tringin nak p usrah !! huhu

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, tumpang tanya kat mana awak buat usrah?

    ReplyDelete
  10. @purplelurve

    sy berkesemptan join usrah di institut sy je :)

    ReplyDelete
  11. saya nak join usrah dah lame dah..tapi saya tak tahu macam mane..sekarang nie masa saya kosong sbb nak tunggu result spm...saye tak kerja sbb nak join usrah..tapi smpy skrang tak tahu nak buad mcm mane ...

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers