Followers

20110204

Surat untuk kamu yang tidak aku ketahui siapa

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




(To copy: please press ctrl+c and paste ctrl+v; I've to disable right click for some reason, thank you~)




Salam to all readers~ =) Rasa macam dah lama tak tulis tentang ni. Please let me be...





***



Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu;




Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.






Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.





Pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur. Aku bilang aku cinta tapi sebenarnya tidak; mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.




Kamu yang tidak ku ketahui siapa;



Aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.




Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...





Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah.




Maafkan aku, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya.




Bakal zaujku,



Aku sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Aku takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, aku takut andai aku terjerumus dalam semua itu. Aku juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, aku pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tahu kamu masih dalam proses membina diri, maka aku tidak mahu mengganggu fokusmu.




Yang paling penting, semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan aku minta agar aku dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.





Aku tidak tahu; sama ada bakal zaujku yakni kamu ini apakah aku kenal atau pun tidak. Siapa pun kamu aku terima seadanya, cuma aku mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan; iaitu saat ini. 


Akhir kata, semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. =)








Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma meminta persediaan dari kamu untuk bersedia membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan terdidik. 






Yang benar; Farah Waheeda @ Dr.Cinta~




p/s: kamu tahu, aku sangat bersalah kepadamu.


Syukran Jazilan for reading

60 patient (s) need treatment:

NidzamYatimiRamli said... REPLY

tingkatkan kualiti diri, untuk generasi Rabbani di masa hadapan....

NURHANI IZAZIE said... REPLY

saya juge berharap seperti awak..:)

Egg Head said... REPLY

saya pernah dgr 1 ceramah dia bgtau usah dirisau bg benda yang pasti tapi risau la tentang benda yg tak pasti.....jodoh,ajal,rezki dan pertemuan itu da pasti...but iman dan taqwa tu belum pasti lagi....bila awak usaha atas iman dan taqwa maka ke4 perkara tadi akan datang dalam keaadan terbaik untuk awak....juz prepare yourself too become a good girl...insyallah good boy will come for you...

Mia.lurve said... REPLY

assalamualaikum.bgs la post nie..
boleh mintak izin nak copy lam blog mia x? ^____^

Anonymous said... REPLY

tq...sy mmg btul2 trharu bc surat tu..apa yg saudari tulis sm dgn luahan hati sy....seboleh-boleh mari lah sama2 kte menjaga hati kita supaya hnya mencintai suami kte sahaja....kerna dunia kini,kata2 cinta amat mudah sgt dilafaskn....amin...

liyana said... REPLY

nice!

NuR si CiKGu RiBeNa said... REPLY

=)

~M!sS rARa~ said... REPLY

menarik skali entry ni..sy suka..

Mia.lurve said... REPLY

erm..leh gtau tak cane nak letak musik tue kat entry?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NidzamYatimiRamli

very true~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NURHANI IZAZIE

berkongsi harapan semua perempuan sebenarnya~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Egg Head

agree~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Mia.lurve

waalakiumsalam~ =) sile

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

welcome back, insyaallah~ semoga Allah membantu dalam perjuangan menjaga hati kita ini~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@liyana

thnx~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NuR si CiKGu RiBeNa

senyum je keh3

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@~M!sS rARa~

syukran sis! =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Mia.lurve

here;

http://babybiey.blogspot.com/2010/07/tutorial-pasang-lagu-dalam-entry.html

Ariffah9 said... REPLY

Subhanallah..suka baca ini.

dan lagu tu, menambahkan penghayatan.

nama music tu apa ya?

nazirulhazwan~ said... REPLY

nice la wes!! ni klu dapat copy ni mmg best ni.buleh ker copy?:P

~~su manje~~~ said... REPLY

salam..
su singgah bawak ole-ole buat tuan umah...jemput singgah blog su ye..
thanks

Ariffah9 said... REPLY

oh ya, mcm mana nk letak music tu dlm artikel ya?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ariffah9

instrumental lagu ape tah, hee, tak ingat~ -___-

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@nazirulhazwan~

boleh saje~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@~~su manje~~~

syukran~=)

siti said... REPLY

salam..sy nk share post awak ni kt note fb saya bley??

Amira Naddia said... REPLY

uwaa...nk bg surat nie kat boipren laa...hrp2 kamu la bakal suami ku ye sang boipren...^^
jum pelihare iman!

mira_nas said... REPLY

moga bertemu dengan jodoh yang diimpikan..insyaAllah

Mia.lurve said... REPLY

thank you thank you thank you ^___^

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@siti

boleh saje~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Amira Naddia


erk boypren? keh3


surat ni utk seseorang yang saya tak tahu siapa, macam tak best je nak kasi kat boypren~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@mira_nas


Amin~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Mia.lurve


welcome welcome welcome~ =)

Hashira Yusoff said... REPLY

oh sweetnya..satu dedikasi yg indah utk bakal suami yg kita x tau sapekah dia. :))

terjah! -> shopping maniac!!

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Hashira Yusoff

=)

mahirahnazlim said... REPLY

punya harapan seperti kamu juga :)
bole tak sy na reblog entri nih ? sekadar berkongsi :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@mahirahnazlim

boleh sgt~ =)

Aliyah Al~Istiqamah said... REPLY

Doktor,saya nak copy abd share kat blog saya boleh.tapi saya cuba copy x dapat.mcm mana ye?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Aliyah Al~Istiqamah

boleh~ =) copy; ctrl+c pate ctrl+v

mujahidah_fillah said... REPLY

salamu'alaik..
nice post..
mntak izin copy dlam blog ana ye..trima kasih..

Anonymous said... REPLY

izinkan sy copy....=)sgt mnarik....

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@mujahidah_fillah

afwan~ =) boleh je

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

thnx~ =) boleh ...

Anonymous said... REPLY

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.(Quran Al-Furqan ayat:74).

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

terima kasih atas penambahan info & ayat al-quran tersebut~ =)

Sunah Mohammad said... REPLY

dear...saya menangis membacanya...terima kasih..:')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Sunah Mohammad

sama2~ =)

- pr!esOy - said... REPLY

nice...
mnjaga hati,100% agree wif u..
moga hati kita sntiasa dlm peliharaannya ~~

" perempuan yg baik adalah untuk laki2 yg baek ",itu jnjiNya.. insyaAllah..

" bnyakkn mnjadi dri mncari "...=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@- pr!esOy -

itulah pentingnya menjaga hati~ =)

wardatulislam said... REPLY

assalamualaikum...mohon copy n share di blog saya^_^ mekasih..moga diberkati Allah..Amin..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@wardatulislam

waalaikumsalam~ boleh saje silekan ^__^

Amin~

rimbunhijau said... REPLY

nice...
salam mujahadah=)

dia---> kirara_alarm|mu~~ said... REPLY

:))..persiapkan diri dahulu baru warkah sy berikn pd pemilik hati sy bila saatnya tiba..terus menanti sesuatu yg PASTI driNYA..:))..teruskn bermujahadh ya..mujahadah itu perit kerana syurga itu indah ;))

dia---> kirara_alarm|mu~~ said... REPLY

:))..persiapkan diri dahulu baru warkah sy berikn pd pemilik hati sy bila saatnya tba..terus menanti sesuatu yg PASTI driNYA..:))..teruskn bermujahadh ya..mujahadah itu perit kerana syurga itu indah ;))

dia---> kirara_alarm|mu~~ said... REPLY

:))..persiapkan diri dahulu baru warkah sy berikn pd pemilik hati sy bila saatnya tba..terus menanti sesuatu yg PASTI driNYA..:))..teruskn bermujahadh ya..mujahadah itu perit kerana syurga itu indah ;))

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@dia---

solehahkan diri dulu baru kita layak nak dpt soleh. :)

peringtn buatn diri sndiri.

Anonymous said... REPLY

Di kala akhir zaman.Banyaknya fitnah dan kecintaan manusia pada duniawi.Seakan-akan segala harta dan seisinya boleh menyelamatkannya dari azab Allah.Di saat para isteri sentiasa rakus mengharapkan dunia dari suaminya,tidak peduli akan kejahilan sang suami,sehingga lupa akan tanggunjawab untuk dididik ke jalan ukhrawi.Berbahgialah bagi mereka yang menjadi penenang dan pendokong sang suami dalam menempuh jalan ilmu seperi perjuangan para ulama.Berbahgialah bagi mereka.Kerana dengan ilmu,mudah-mudahan mereka memperoleh petunjuk -MR.Z

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

InsyaALlah :)

i'm not a story teller :) said... REPLY

salam , kak waheeda ^.^

post ini sangatmenarik bagi saya ^.^ boleh saya share dgn anak usrah saya ?

asa satu lagi, saya pinjam , berkaitan ttup aurat tu ^.^

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@i'm not a story teller :)

sure sgt boleh :D

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta