Orang yang disangka dekat rupa-rupanya jauh dengan kita, orang yang disangka jauh dengan kita rupa-rupanya dekat dengan kita

11:47:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Saya belajar satu benda hari ni. Sebelum tu meh kita baca satu cerita yang saya dah baca dekat SOLUSI.




***


Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yang dibawa bersama ombak-ombak besar itu. Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana kekeringan itu lalu dicampakkannya semula ke laut. Seekor demi seekor.

Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh sekumpulan anak muda yang kebetulan berada di pantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang tua tersebut mengutip satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut.



“Atok buat apa tu?” tegur seorang daripada anak muda itu.
“Kutip ketam ni untuk buang semula ke laut,” jawab orang tua itu.
“Kenapa? Kalau dicampakkan ke laut adakah ketam ini akan berpeluang untuk hidup? Atok nak kutip semua ni ke?” tanya mereka lagi sambil menunjukkan ribuan ketam-ketam yang terdampar di pantai itu.
“Macam tu laa, tapi mana atok terdaya, ini pun dah letih,”akui orang tua itu. Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut.
Anak muda itu senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Sia-sia sahaja atok. Ribuan ketam ini akan mati. Atok tak akan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya”
“Eh tidaklah”
“Kenapa?”
“Bagi kita, mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati tapi bagi seekor ketam yang kita selamatkan tu, ia terlalu besar ertinya.”
“Kenapa atok?”
“kerana ia melibatkan soal hidup dan matinya, betul tak?”
Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksanaan dan keprihatinan orang tua itu.

Kebaikan yang mungkin kita pandang sikt saje, mungkin sangat bermakna bagi seseorang itu. Bagi kita, alaah benda tak de hal punya lah, tapi bagi orang yang kita tolong tu, sangat sangat sangat meaningful. 




Tadi, saya pergi Liqa' Nuqaba';



Ingatlah kebaikan orang kepada kita dan kejahatan kita kepada orang lain, dan lupakanlah kejahatan orang lain kepada kita dan kebaikan kita kepada orang lain. 






p/s: Ukhuwah jangan hanya pada masa senang sahaja, biar bersama pada masa susah juga. Kita tentu tak nak jadi kawan pada masa senang je kan? so, let's think of it? =)


25 patient (s) need treatment

  1. wahh. betul tu =)

    akak2, dah nak dekat valentine dah ni.
    kalau akak free,akak buat lha post pasal hukum sambut valentine. nak lebih mendalami hukum dia =)

    ReplyDelete
  2. mm..betul, walau tak leh tolong banyak...tolong sikit pon masih ada yang menghargai~

    ReplyDelete
  3. beslah citer nih..
    suka sangat!
    pngajaran y sgt mndlm :)

    ReplyDelete
  4. ya, mahu berkawan tika susah dan senang
    ;)

    ReplyDelete
  5. bila dia dekat kita ta hargai.bila dia jauh, baru tau nak cari.

    :)

    ReplyDelete
  6. @| Faizah Eiz ツ |

    memang tengah plan pon, tapi tu lah kan, tak tahu lah ade mase ke tak, tpi insyaallah~ =)

    ReplyDelete
  7. @cik juja mafia

    hargailah ia walaupun cuma sikit~ =)

    ReplyDelete
  8. @syarifah radiah ibrahim

    kawan jangan hanya pada masa senang sahaja, masa susah pon penting~

    ReplyDelete
  9. @Fara Farhana ♥™

    lumrah~ tapi kebiasaan yang perlu kita ubah..

    ReplyDelete
  10. betullah apa yg akak tulis nih..
    sgt2 membuatkan kita berfikir..

    ReplyDelete
  11. Setuju dengan anda.. Teruskan menulis untuk manfaat sejagat..



    T-shirt muslimah ada dijual disini..
    http://ambo-store.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. @qyqa

    tulis copied from SOLUSI~ =)

    ReplyDelete
  13. betul, kdg2 kte tolong org tu sket je, org tu slalu kt sekeliling kte , excited....itu yg terjadi kt sye, sungguh2 bersyukur....

    ReplyDelete
  14. btol..
    t'cari-cari kwn yg sbgitu..

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers