Konflik akhlak: Gambar oh gambar!

8:15:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) 

(Before that: SILA TERJAH SINI DULU; berkarya di sebelah sana pula, insyaallah)



Blogwalking lagi, lama dah tak buat aktiviti ni. Sementara tengah free-siket-siket ni. Benda yang sama, sering diperhatikan setiap kali terjah dekat belog orang. Ni kira macam kesinambungan dari entry ini lah. It’s just my humble opinion, tak semestinya betul, kalau salah sila perbetulkan. Disamping saya menasihati diri sendiri terutamanya. Saya rasa sangat perlu saya tekankan perkara ini sekali lagi.



Mudah ikut hukum dunia dari hukum Allah


Selepas baca entry lama dari encik-kaca-mata ini, sebenarnya saya sendiri dah lama berfikir tentang ini. 








Teknologi kini ibarat dah disalahgunakan. Belog jadi tempat ‘penayangan secara terang-terangan’. Walau hukumnya sudah jelas haram (jadi haram sebab tayang benda yang sepatutnya ditutup) tapi ianya tetap tak diendahkan. Masing-masing ilmu agama ada jadi bekalan, tak banyak, sikit pon mesti ada. Sekadar basic-basic mesti tahu yang mana salah yang mana betul, yang mana halal yang mana haram. Hukum Allah dipandang sebelah mata. Hukum dunia boleh pulak kita ikut, how about Allah’s RULES?


Let’s say;


Peraturan sekolah mewajibkan pemakaian tudung di sekolah laa ni. Okey, alhamdulillah, semua ikut even ada yang tak cukup syarat. (macam pendek sangat -sampai nampak leher T___T) Lepas sekolah, buang tudung.


.......


Peraturan sekolah (dalam kawasan sekolah) kita boleh ikut tapi peraturan Allah kita tak nak ikut. sebenarnya, cabaran di luar lagi maha hebat berbanding di dalam kawasan sekolah ni. Dekat luar lagi banyak penjahat.




Okey, tak nak cakap banyak lah pasal isu tudung ni, sebab benda ni pon saya dah berulang kali cakap dalam entry lepas. Saya hanya ingin menyampaikan apa yang dah saya lihat lately. Isunya, saya tak faham kenapa bila saya blogwalking akan terjumpa gambar sekeping dua yang akan buat tambah dosa. Free free je orang jalan blog dia dapat dosa, sebab tayang gambar tak tutup aurat. Rambut, dengan pakai singlet ke hape lah, I really don’t get it. Apakah tujuan di sebalik semua penayangan itu sebenarnya? Menambahkan lagi dosa yang sudah sedia ada terbeban? Entahlah saya sebenarnya terpanggil untuk menyatakan ini bukan sebab saya nak tunjuk baik atau apa, tak tak, sebab saya rasa punya sedikit tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan yang semakin tak betul ni. Saya bimbang. Bayangkanlah kalau hanya sehelai rambut kita sahaja, lelaki nampak itupun dah azab, I wonder lah yang lain-lain pulak takat mana. Saya nak habaq satu benda;




Api dunia vs api akhirat


Panas dunia dan panas akhirat TOTALLY DIFFERENT.


Dalam hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Api neraka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga berwarna merah. Kemudian, dinyalakan 1000 tahun berikutnya sehingga berwarna putih. Dan dinyalakan 1000 tahun berikutnya sehingga berwarna hitam”


Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya api yang kita saksikan di dunia ini adalah satu bahagian daripada 70 bahagian daripada api neraka jahanam.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, api dunia pun telah cukup (panas).” Baginda bersabda lagi: “Api neraka melebihinya dengan 69 kali ganda.


Sedikit renungan lagi;

Permukaan matahari memiliki kepanasan kira-kira 6000 darjah Celcius, suhu dekat pusat dia 15,000,000 darjah celcius. Api neraka 70 kali ganda daripada ini. Setiap kali hangus dan melecur kulit penghuni neraka (nauzubillah) Allah gantikan dengan kulit yang baru agar mereka terus merasai azab selama-lamanya.

Terima kasih kepada SOLUSI: Tanpa akhlak rosak ibadah atas info ini. =)




‘Eh, apa ni gambar je kot, dah cerita pasal neraka, takut I’

Terpulanglah, jika anda ambil berat tentang dosa dan pahala, anda akan turut berkira dalam setiap amalan walau ia sebesar zarah. =)

"Dan sesiapa yang ringan timbangan amalannya, maka mereka itulah orang yang merugikan dirinya sendiri.  Mereka kekal dalam neraka jahanam. Muka mereka dibakar api neraka dan mereka berada di dalamnya dalam keadaan murung." (al-Mukminun:103-104)


Solusi hati dan diri

One more thing, apa motif gambar mr.boyfie anda di sebelah sebelah sidebar, dalam entry? Tak saya tak marah, cuma nak anda berfikir. Anda pernah terfikir kalau parents anda tahu tentang itu? lebih lebih lagi yang masih bersekolah lah kan. Waktu persekolahan adalah masa yang paling precious sekali, jangan nanti bila putus cinta, break, habis kita rasa down, tak tak, saya bukan nak condemn ke apa, cuma ini sebagai persediaan mental, rohani dan emosi. Just be cool. Saya tak rasa ada kepentingan meletak gambar kekasih hati nak tunjuk to the whole world yang dia dah TAKEN.



‘alaah, dia tu jealous lah tu tak ada boyfriend’



Pulaaaak. Tak ada masa nak jeles benda-benda macam ni. Kalau anda dapat menuntut ilmu di Mesir ambik medic, ye saya jeles, kalau anda dapat score 4 plat dalam setiap exam, yes, I’m so jealous. But not with this.




Sesungguhnya, saya memang tak faham sebenarnya apa motif letak gambar-gambar tersebut yang dah terang-terangan tambah dosa. Cuba lah letak gambar yang bila kita tengok je dapat pahala. Gambar parents misalnya. Saya memang respect dekat depa-depa ni yang letak gambar parents. =)



Saya pon bukan lah insan terbaik untuk memberitahu apatah lagi menasihati; cuma saya terpanggil untuk menyatakan hal ini sebab saya rasa macam ada sedikit tanggungjawab untuk itu. Saya rasa ini adalah antara isu konflik akhlak yang tidak kita sedar.


Saya tertarik dengan kata-kata encik-kaca-mata ni;


Kalau anda nak letak juga, letaklah, terpulanglah pada anda! Mungkin anda mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat sedemikian. Mungkin anda nampak manfaat yang barangkali aku tak nampak. Mungkin juga dengan meletakkan gambar-gambar sedemikian, hidup anda lebih ceria dan bahagia. Siapa tahu kan? Siapa aku untuk menghalang anda.



"Ah, biarlah aku nak letak 40 keping gambar pun. Kamu peduli apa? Blog aku, aku punya pasallah!"



Ini bukan jawapan untuk sang pemikir yang mencari kebenaran. Dan bukan jawapan seorang yang matang dalam melaksanakan sesebuah agenda.



"Memang aku tak matang lagi pun!"



Dan ini bukan jawapan seorang yang akan mencuba mencari aras kematangan itu.

"Lantak la wey, mak ayah aku tak cakap apa pun. Yang kamu peduli apasal?"

Kalau ini jawapan anda, anda fikirlah sendiri!



Tetapi sebagai anggota masyarakat, marilah kita terus mengamalkan sikap suka menegur dan menasihati sesama kita. Bukankah ini yang perlu? Tak usah turut kata hati dan hawa nafsu yang boleh membunuh setiap jiwa tu. Ya faham, kita hanya manusia biasa. Tak terlepas dengan semua itu.



Tapi bukankah amalan yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah amalan yang sedikit tetapi diamalkan secara berterusan? Buatlah sedikit demi sedikit. Cuba baiki diri dari yang tak baik ke yang baik. Yang baik ke yang lebih baik. InsyaAllah sama-samalah kita mengorak langkah ke arah itu.



Yes, I totally agree with that statement. Matangkan diri anda. Dosa kita dah lah banyak menggunung tinggi, jangan tambahkannya lagi, cuba sedaya upaya untuk kurangkan selagi mampu. Sebagai manusia yang sedar kita hanyalah seorang hamba Allah, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencapai kebaikan. Lagipun Allah dah kata, manusia ni adalah sebaik-baik ciptaan, then, mengapa kita sering sahaja ingin melakukan sesuatu perkara yang boleh merendahkan martabat sebagai khalifah Allah?


Baik letak gambar macaroon yang comel ni, hehe, anyone?

p/s: Benda kecik-kecik macaroon ni RM 3? T___T Thanks for this coolpix =)


35 patient (s) need treatment

  1. malunya bila baca entry ni..macm kne kat batang hidung sndri..x,x,..buka psl tudung..laki x pkai tudung..haha..tp part yang ltak gambar 2..bkn blog je but fb also..aiyo..sob3x..

    ReplyDelete
  2. As Salam.

    Mar dah lama perasan isu-isu ni. Nak menegur, memang dalam proses. Memang diri sendiri xperfect, tapi nak berubah ke arah yang lebih baik. Terima kasih sebab menegur. =)

    ReplyDelete
  3. gambo tu macam gambo heliza je.. XD

    ReplyDelete
  4. betul tu . thanks untuk pandangan yg bernas ;)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah,Dr dh bg 1 ksdaran pd kwn2 kite y lain trmsuk sy,.sy sgt stju psl gmbr2 2 sume,.berani krn benar,.insyallah,usaha kte brpnjangan..

    ReplyDelete
  6. betul tue.. yg peliknya xkanlah xtahu langsung psl agama nih? basic agama pon dah bgtau dah, kena tutup aurat..tp apa boleh bt kan? manusia, lg dilarang lg suka nk bt..
    mnx smpglah..:) moga2 entri dr.cinta kali ni dpt sedarkan org lain..^^

    ReplyDelete
  7. btul tu dr cinta...... budak budak zaman skrg lebih nk menunjuk.... bagi org, dorg puas lau buat mcm tu...

    ReplyDelete
  8. Nice entry....but,masalah utama skrg ialah masalah iman...ok...bila iman lemah nie la jadinya....ilmu ada tapi tidak di amalkan....sedihkan...umat nie di pinggir kemurtadan....

    ReplyDelete
  9. @nazrul ashraff

    betol, tu yang saya cakap teknologi kini macam dah disalahgunakan~

    fb, belog, sumer tu, semoga kita tergolong dlm golongan yang memanfaatkan sumber yang sedia ada ni~

    ReplyDelete
  10. @Mardhiyyah Ridzuan


    semua manusia tak perfect kan, tak pe, yang penting kita sentiasa berusaha utk berubah ke arah yg lebih baik~ =)


    Allah pandang usaha dear~ =DD

    ReplyDelete
  11. @AiDa AzRyN

    aaah, hehe~ edit kasi touch up siket~ =)

    ReplyDelete
  12. @Cempaka3mas

    same2 membuat perubahan sempena menjejak ke tahun baru ni, yang lame yang negatif kene change it into positive~ =) insyaallah Allah tolong kita~

    ReplyDelete
  13. @cik hana


    hopefully, saya sedang berusaha berubah & saya nak jugak shaing kpd anda semua =)

    ReplyDelete
  14. @MiSs kIkIn


    kepuasan hanya tak cukup, kalau ianya menambahkan kesesatan hati & diri~ T___T mintak jauh dari urusan duniawi yg boleh membuatkan kita terpesong~

    ReplyDelete
  15. @Egg Head


    kita kena sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah tetapkan hidayah ini, sebab hati kita ni bersifat berbolak balik, mana tahu satu hari nanti, hidayah kita ditarik balik (nauzubillah) mohon dijauhkan dari perkara sebegini~ -___-

    ReplyDelete
  16. orang memang dah terbiasa. jadi kita yang perasan ni kenalah ingat-ingatkan. dan beringat jugak dengan apa yang kita buat


    :)

    ReplyDelete
  17. @jari | jemari

    sentiasa beringat, yang kebiasaan tu tak semestinya betul so kene perbetulkan~ =)

    ReplyDelete
  18. ya doc!
    sungguh benar bagai dikata..

    ReplyDelete
  19. salam ziarah...=) nice..

    ReplyDelete
  20. @sipenggalikubur
    kebenaran perlu diungkap utk mencari solusi~ =)

    ReplyDelete
  21. betul la kater dr cinta nie... kalu kkat fb tu lagi la bercambah... kalu bole time mandi pun nak letak gamba.. heran2.. berratus2 album gamba kat fb nak watpe tah.. mcm ade niat nak menunjuk plak bila pegi mane2 pstu letak gambar.. dah. jadi dosa lain pulak...

    ReplyDelete
  22. Memang nice entry...berguna untuk spe2 yg msih mempertikaikan hal ini =_=..good effort ya ..=_=
    sama2 menasihati stu sma lain..

    KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

    ReplyDelete
  23. thanks docter..... kadang2 manusia nie mudh lupe n kadang2 manusia cube menidakkan sesuatu perkara... semoga kita dpt berubah sikit demi sikit....

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers