Kata-kata yang tak terkata

9:21:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) 



Kata untuk aku

Biarkan aku menangis dalam hujan; biar tak siapa yang tahu gelodak hati


Bila mana kita enggan memaafkan, ada semacam rasa satu sakit hati yang sedang melingkar dalam jasad. Walhal perkara yang menyakitkan hati dan jiwa kamu itu sudah lama berlalu, ianya tetap menjadi duri-duri yang tumbuh dalam jiwa kamu. Atmosfera jadi sempit. Nafas jadi kaku. Kebencian itu penanda kamu. Kamu terperangkap dalam satu lingkungan peristiwa yang menghenyak kamu. Kamu kepenatan sendiri untuk melayari kehidupan hanya kerana sebab satu dendam yang kamu sendiri ciptakan walhal kemaafan itu jalan terbaik. Motivasi semaksima mungkin, engkau tahu sendiri.




Kata untuk kamu
[Appreciation]
Sedarlah, kamu diperhatikan Allah. Tujuan utama bukan kerana siapa-siapa atau apa-apa pun, tujuannya cuma satu, hidup untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Maka, mengapa berbuat sengketa dan memusnahkan kebahagiaan orang lain. Ya, kamu telah terkena dengan kata-kata ini. Kamu sendiri pernah membunuh kebahagiaan orang sekelilingmu. entah. selagi kamu masih maujud dalam lingkungan dunia sekelilingku, sangat sukar untuk aku lupakan duri yang pernah engkau cucuk dalam hati. Sekali pun aku diberi pilihan 1000 tahun lagi untuk hidup, semuanya tak akan pernah terpadam begitu sahaja. Senyapnya aku kini bukan tandanya aku tewas atau melupakan, tapi senyapnya itu tanda kebangkitan dan revolusi diri. Berdoalah agar aku mudah memaafkan dan melupakan.








Kata untuk dia

Sekalipun aku menyimpan satu crush pada kamu, itu bukan tandanya aku ingin lalai dari DIA. DIA ini kekasihku yang sejati. Senyumnya aku pada kamu bukan kerana aku ingin jatuh cinta pada kamu, tapi aku hanya ingin meminjam semangat darimu. Aku terhutang budi dengan kamu, pengisianmu, benar-benar telah menyedarkanku. Tawaku dengan kamu bukan kerana aku bersungguh untuk mencuri hati kamu tetapi aku hanya ingin merasai kebahagiaan nikmat persahabatan. Niat lain lansung tidak ada.


[Appreciation]








Kata untuk kalian

Carilah cinta terbaik, dengan mencintai DIA. Aku sendiri bukan orang yang terbaik untuk menyampaikan kata dua tentang cinta. Jika bagi pandangan kamu, nilai CINTA TERBAIK itu dengan teman lelakimu, kamu salah kerana Allah menganugerahkan cinta hanya buat pasangan yang halal menikmatinya bukan untuk yang haram. Jika nilai cinta bagi pandanganmu adalah dengan bertukar ganti seramai mungkin pasangan, kamu salah, kerana Allah menciptakan cinta itu sendiri untuk dinikmati dengan sejati. Abdikan diri dengan hidup hanya untuk Allah bukan hidup hanya untuk teman lelakimu. 




p/s: The BIG on 8th March. Can't wait. =)

14 patient (s) need treatment

  1. thanx doc..mmg kna ngn situasi hati sy skunk..jzkk..:)

    ReplyDelete
  2. hm, tp kdg2 sshnye nk maafkn org yg pnh sakitkn ati kte....

    ReplyDelete
  3. sentiasa lupa..sadis kan..aku je..kau orang orang baik..kalau ada probs masa tu la baru lama gi-la doa after solat..:(

    ReplyDelete
  4. @zatul effa

    welcome back~ =) waah rupenya ade yang sama dengan saya~ =)

    ReplyDelete
  5. @nazrul ashraff

    selagi bernama manusia, kita sering buat silap~ =)

    ReplyDelete
  6. sy pn masih dlm proses mencuba.kemaafan membawa ketenangan..
    ;)

    ReplyDelete
  7. masih dlm proses mencuba..kemaafan membawa ketenangan.. :)

    ReplyDelete
  8. Dlm proses memberi kemaafan..semoga lebih membawa ketenangan..~

    ReplyDelete
  9. Dlm proses memberi kemaafan..semoga lebih membawa ketenangan..~

    ReplyDelete
  10. Anonymous2:53:00 PM

    Assalamu'alaikum dr. dan sahbt2 smua...mmg susah bg kita nak maafkan org...tp dengan kemaafan itulah kta akn beroleh ketenangan jiwa...semoga ALLAH merahmati setiap detik nafas yg berbaki ini dengan memberikan ketenangan kepada hati2 yang mencintaiNya dan mengharapkan cintaNya...

    ReplyDelete
  11. U , I minx share yer dkt blog I hihi .I ske bce smua entry u ad manfaat :* !!!

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers