Jadi blogger jangan sampai berdosa!

12:22:00 AM

Bismillahirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) Waaah, I almost forgetin' yang belog ni still wujud. -___- Mintak maaf readers, followers, stalkers, silent readers, fans and my beloved patients. Finally, saya dapat update jugak. (walaupun terpaksa curi masa sikit yang memang tak ada) Hari Selasa ni saya nak pergi mengajar budak Tahun 5, so, budak-budak jaga-jagalah dengan ustazah yang garang ni bersama partner saya, okey, partner saya ustaz. T___T




Thanks for those who are keep visiting and reading mine. Ambillah mana-mana iktibar yang baik dalam belog ini, jika terselit kebaikan. =') If nak share apa-apa artikel or gambar ke dalam belog saya ni, please do that. Saya tak kisah. Cuma nak copy kena tekan ctrl+c and paste ctrl+v. I've to disable right click for some reason. 



Before that; anda juga boleh terjah sini. Organization's blog. 





Isu 'anak hot' dan Konflik akhlak: gambar oh gambar. Benda ni sangat popular dalam dunia internet ni. Saya sendiri tak sure, apakah kita sendiri kurang prihatin dengan soal dosa pahala. Ye, sangat tepat bila dikatakan kita juga kadang-kadang terlepas pandang but kita boleh kawal. Semuanya datang dari hati. Bila hati sudah mula berkata tidak, katakanlah apa sahaja kebaikan hatta 1000 kebaikan sekalipun, hati tentu akan menafikan segala positive side. 




Mengumpat dalam dunia internet pun saya nampak dah menular sekarang ni. Tuduh menuduh, dengki mendengki, tak puas hati pasal satu situation, buat satu post kutuk-kutuk orang tu. Kawan, tahu tak;



"Wahai orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sunggunh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang"(al-Hujurat:12)






Ini mengumpat zaman moden, zaman IT. Ajaran Islam amat menitikberatkan hubungan manusia dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan manusia sesama manusia (hablumminannas). Sikap suka cari keaiban orang lain, bersangka buruk sesama manusia dan tabiat mengumpat ni jelas akan mencemarkan konsep hablumminannas. So, implicationnya, persaudaraan akan terhakis sedikit demi sedikit. Then, bukan ni je tahu. Bila mana kita tak jaga konsep hablumminannas dengan baik, boleh jadi muflis dekat akhirat kelak. 







Hal ni dah dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan al-Tirmizi. Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: 


"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda." Nabi s.a.w seterusnya bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka." 





Takut kan? So, buang yang keruh ambil yang jernih. Bukan just dekat blog, pesbuk ke, whatsover lah kan, tapi in reality life pon mesti kita praktikkan, lebih-lebih lagi. Bila kita tahu Allah tu sentiasa melihat kita, kita akan takut nak buat dosa walau sekecil mana pun. Prepare yourself untuk negeri akhirat kelak. Selamat beramal. =)



owh this is too much, I really miss this moment; having dinner with beloved family~




p/s: rujukan dari SOLUSI dan tafsir. Mintak maaf lah ada bahasa indon yang saya tak faham for surah al-hujurat:12 tu.


p/s/s: Tak boleh lupa macam mana 'that big lizard' boleh masuk dalam my beautiful shoes, ewwww~


12 patient (s) need treatment

  1. wah,,best2,,,^^
    suka baca post ni,,

    menggunjing jari tu (menuding jari)..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..seronok ada teman blog yang saling ingat mengingatkan teman yang leka. Selamat Maju Jaya :)

    ReplyDelete
  3. Suka sangat dengan entry ni ! Tak faham kenape mesti ade orang yg tak senang tengok orang lain bahagia. Huhu

    ReplyDelete
  4. dr, kalau entry yang sarcarstik camna pula ye?
    entry yang berbau sindirian.

    ReplyDelete
  5. betul.. sangat sokong..

    err dr.. bole x tukar warna background???
    sbb kaler tulisan putih with background warna hitam memang rasa berpinar..
    maaf ye bt permintaan yg mengada-ngada nih..=)

    ReplyDelete
  6. @nadeyra

    selagi mana kita bergelar manusia...

    ReplyDelete
  7. @misz jue

    sindirian jika utk menegur, itu tidak ada salahnya, jgn point mana2 pihak. asalkan sindira yang membawa kebaikan.


    sindiran yg boleh ubah ssorng tapi kena pandai ikut rentak. waallahu'alam~

    ReplyDelete
  8. @qyqa

    hehe, mmg ada plan pon nak tukar segala-galanya, tapi belum ada masa nak touch up sana-sini lah. nak type pon tak ada mase...huhu


    insyaallah satu hari nanti akan berwajah baru~ =)

    ReplyDelete
  9. time kasih dokter... kdg2 sesuatu yg tjd hari2 dlm hidop sy ngan kawan2 saye cube jadikan iktibar, dan termengepos kat blog, tapi sbb manusia faham atas persepsi masing2 jd salah faham pulak... dan satu masa kwn2 saye kate sy sengaje memburukkan org dlm blog... tp syukur sbb saye dah faham, dan dpt berubah...

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers