Followers

20110103

Ubat hati untuk yang bersedih

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) 





Buat yang bersedih hati, ini satu bingkisan buat dirimu. Ubati hatimu dengan ayat-ayat cinta dari-Nya agar dirimu kembali bahagia. 



Bersabarlah di atas setiap ujian yang menimpa dirimu kerana kamu adalah insan terpilih antara berjuta makhluk untuk merasai hikmah ujian ini.




[Appreciation]




Ujian itu diturunkan adalah untuk menaikkan darjat ketakwaanmu di sisi Allah, maka bersangka baiklah di atas ujian yang telah Allah kurniakan. Ada manisnya di sebalik pedihmu itu.


[Appreciation]




Dengan adanya kesusahan dan kepedihan dalam kehidupan, kita dengan bijak dapat membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Manusia akan dapat belajar erti syukur. 



Dan ingatlah, bahawa ujian yang kita perolehi ini ternyata amat kecil dengan ujian orang lain. Kita masih mampu tersenyum di sini, tetapi ingatlah ada insan lain yang terpaksa merintih setiap hari untuk hidup, ternyata ujian mereka itu lebih besar daripada ujian yang kita alami saat ini.


Setiap masalah pasti ada hikmahnya.


[Appreciation]




Setiap kesulitan yang dialami, akan membuatkan manusia menyedari betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah, sekaligus menyedari betapa Allah itu Maha berkuasa.


[Appreciation]




Dan ingatlah, bahawa ujian itu tandanya Allah mencintai seseorang itu, dibiarkan hamba-Nya merasai manisnya hikmah ujian itu di penghujungnya walau di awalnya derita yang dirasa. 


[Appreciation]




Menyedari kita hanyalah hamba Allah, kita sememangnya layak diuji. Jangan pernah mengeluh andai kita merasa pedihnya takdir, jangan pernah mencebik andai kita merasa sukarnya hidup. Ya, mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah. =) 




Bersyukurlah andai kita merasai musibah mahupun ujian kerana Allah sangat rindu untuk mendengar rintihan kita kepada-Nya. Manusia itu sendiri sering lupa, maka didatangkan ujian untuk kembali mengingati-Nya.


Salam mujahadah. Boleh juga terjah entry ini.







p/s: Jangan tanya macam mana boleh update masa orentasi yang tak macam orentasi ni, keh3. Special thanks for those who are keep supporting me, Kak Mazaini, Kak Uda, Kak Wan Farehah, Kak Feha and many more. =) I love you kakak-kakak tersayang~ =') They made my day. Terkesan dengan input Majlis Ibtidaie' Nuqaba'.



p/s/s: Owh, congrates kepada yang dapat pointer tinggi sem ni, alhamdulillah, syukur pointer saya _______. Syukur pada Allah~ =)


(Rujukan dari Diari Islam 2011)


Syukran Jazilan for reading

18 patient (s) need treatment:

puteri cahaya. said... REPLY

kak pu3 suke entri Dr.Cinta nie.. menusuk kalbu dan cukup mentarbiyahkan diri..berunsur motivasi..

FIFIEY LYCHEE MARATION said... REPLY

tenang bila baca petikan dari surah alquran tersebut!

Filzati said... REPLY

Syukran utk post ini.

Sangat2 merangsang semangat,
yup, sememangnya kita ialah hambaNya, jadi wajarlah untuk kita diuji.
Bergantung kepada kita lah bagaimana utk kita menghadapinya dengan cara yang terbaik =)

Amalina Azizi said... REPLY

like... =)
teringin benar nak berjumpa dengan dr. cinta...

lionteen said... REPLY

suke sgt n3 ni..

Adra Rafee said... REPLY

salam. terima kasih atas perkongsian. suka baca. terutama gambar2 yang disertakan. :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@puteri cahaya.

terimakasih~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@FIFIEY LYCHEE MARATION

ayat-ayat suci al-quran itu penyembuh jiwa~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Filzati

very true~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Amalina Azizi

saya cuma manusia biasa, ekeke~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@lionteen

thnx~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Adra Rafee

syukran~ =)

NuNu BeBeH said... REPLY

Dr Love terbaek lah!!
Entry yg sangat bagus...
lagi2 utk sy yg sedang bersedih ni...huhu..

ALLAH uji kita tanda ALLAH sayangkan kita...:)

NuNu BeBeH said... REPLY

dokter...kite suke kata2 entry ni..
kite nak copy paste taw...
bole ey dokter...:D

kusyenmerah said... REPLY

sekiranya manusia ditimpa ujian, sememangnya Allah mengingatinya. kalo hidup bahagia sntiasa, tiada msalah,maknanya hidup org tu ada prob :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NuNu BeBeH

la tahzan, innallahamaana ~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NuNu BeBeH

sile2=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@kusyenmerah

very true, i like those word~ =)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta