Tips menjaga hati: "Saya tak nak bercerita tentang lelaki lagi"

10:56:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers. First, saya nak minta maaf banyak banyak banyak, sebab saya dah lama tak update, bila update pulak sikit sikit je kan T_____T selagi urusan kerja saya belum selesai rasa macam tak best pulak nak spend masa menulis dekat belog tersayang ni, (boss, saya tengah buat ye, on the way) tipulah tak rindu nak tulis panjang-panjang kowt dekat sini. Actually dah lama tak tulis santai-santai ni.





Menjaga hati



Ini sekadar perkongsian sahaja. Perkongsian pendapat. Apa yang saya terfikir sejak akhir-akhir ini. Masa zaman muda-muda dulu, zaman persekolahan, pelajar-pelajar perempuan mesti punya lah ada crush sana sini. Suka dekat orang tu suka dekat orang ni. Datang pelajar baru yang hensem sikit mulalah jeling tak kelip-kelip sebab hensem sangat. (ye ke? pleasee) Tapi tu masa dulu-dulu, biasalah zaman nakal-nakal kan? Saya pon jadi keliru, kenapa dari zaman dulu sampai lah sekarang, KENAPA PERLU menjadikan lelaki sebagai topik perbualan? 






(nama yang digunakan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia)

'Eh, tadi kan, Mat belanja aku makan. Waaah, baik betul lah dia tu, aku ingat kan dia ni memang sombong rupanya tak bla bla bla'


' Ferhad anak dato' kasi aku gifts tahu? Kau ada? Tak adaaaa, sapa nak kasi dekat kau, jangan jeles'


'Best gile dapat bertembung dengan mamat tu, wow, dia memang hot lah'


Antara suara-suara perempuan. Memang bila dia dah minat, habis dia stalk orang tu, seharian nak bercerita tentang orang tu. Lama-lama saya sendiri jadi bosan....





Tiada kepentingan

Saya sendiri tak tahu kenapa ianya semacam satu kebiasaan pulak dalam golongan hawa ni. Berterusan sampai sekarang. Saya pesan sekali lagi, kalau nak bercerita tentang lelaki BIARLAH IANYA PUNYA KEPENTINGAN. I mean, macam ada tugasan ke apa ke, entahlah lately saya macam tak berapa suka kalau tujuan orang yang nak bercerita tu, just nak bagi info yang tak berapa penting. Sekadar reply comment di facebook, message dia dekat mana, etc etc. Saya sedang menjaga hati saya, harap kalian juga dapat menjaga hati kalian. 


Hidup kita ni bukan bergantung kepada lelaki, tapi kepada Allah. Jangan rasa bila kita ni dah tak ada kawan lelaki yang nak contact, tak ada lelaki-lelaki yang datang nak belanja kita, kita akan jadi sunyi dan sepi. Tahu tak? Kalau kita JAUH dengan Allah, kita lagiiii sunyi compared dengan kawan-kawan kita tu. Entahlah saya bukan siapa-siapa, cuma menyatakan hasrat hati. Saya sendiri dah kurangkan contact dengan kawan-kawan lelaki, yang tinggal hanyalah urusan-urusan kerja dengan orang-orang tertentu, macam boss saya, ketua saya, (hehe) etc etc. 



Dilema Melayu-Islam






Saya tak tahu lah kalau lately saya sangat busy sampai saya tak ada masa nak layan benda yang remeh temeh. Maaflah. Saya bersyukur sangat kalau saya busy sebab saya tak akan mensia-siakan waktu saya, online je, borak-borak kosong, dan alhamdulillah bekerja juga kerana Allah, untuk ummah. Buat masa ini, saya terhindar dari nikmat masa lapang yang banyak membunuh kita. Jawatan, jangan kita lihat sebagi satu anugerah, tapi lihatlah ia sebagai satu amanah. Bila kita lihat jawatan tu sebagai satu AMANAH, insyaallah kita akan cuba pikul tanggungjawab tu dengan rasa takut, cemas dan bimbang kepada Allah. Tapi bilamana kita merasakan bahawa jawatan itu merupakan satu ANUGERAH, kepimpinan akan jadi berserabut dengan cita-cita peribadi dan kepentingan kelompok (saya petik kata-kata dari buku Dilema Melayu-Islam; Kurang Fikir atau Kurang Zikir?)








Saya faham kalau dah nama pun orang bercinta, habis kisah love story dia nak jaja, tapi saya tak dapat nak tipu diri, saya bosan sebenarnya. Kalaulah topik-topik picisan sebegini yang jadi perbualan, alahai.... (termasuk berbual tentang benda remeh temeh yang lain) Saya rindukan perbualan yang luar biasa, sambil makan-makan berbual tentang umat Islam kini. Tiba-tiba teringat kegiatan saya bersama rumate saya (ni kalau kitorang makan dua orang je lah, kitorang memang selalu romantik). 





Painting the rainbow~


Rumate memulakan perbualan.

Rumate a.k.a nurse: Diorang ni (perempuan-perempuan) tahu tak batasan aurat kot mane, kena labuhkan takat mana, eish, pening aku dok nampak aset-aset depa ni, grrr. (sambil menyuap nasi kerabu)

Tuan dokter: Alaah, depa tu tahu, tapi buat-buat tak tahu. Pasal aurat ni susah kita nak tegur, melainkan kalau depa ni sendiri ada kesedaran. 

Rumate a.k.a nurse: habis tu macam mana lagi nak bagi depa ni sedar? Weyh nak sikit ayam (sempat lagi)



Tuan dokter: Kita kena tunjuk dekat depa ni, cara pemakaian yang betol, kowt la depa ni malu bila nampak kita tutup-tutup kan? Then, kita juga boleh lah buat kempen ke hape ke, banyak cara jugak sebenarnya nak bagi kesedaran kat depa ni tapi apa yang lebih penting kesedaran dalam diri tu lebih penting.






Di samping kita makan-makan tu, dapat lah jugak fikir solusi untuk mengatasi masalah tu kan.....Terima kasih lah rumate sebab selalu buat tuan dokter ni berfikir. =)




Last lah, ini pesanan dekat diri saya sendiri, terutamanya, sebab saya sedang menjaga hati, mohon jasa baik sahabat-sahabiah kita juga dapat menjaga hati. Saya tak nak hati saya ada tompok-tompok hitam, mungkin dalam bicara kita mengenai kaum adam ni, ada yang termengumpat ke, tergeram ke, tersuka ke, dibimbangi secara tak sedar ada tompok hitam mula tumbuh dekat hati. Takut tak? So, jom kita jaga hati kita~ =)




p/s: owh, saya diuji dalam kebahagiaan dan kegembiraan ni. Allah sedang menguji saya bagaimana saya nak menjaga hati saya. Sekarang ni lagi laah, semakin dekat dan semakin hampir, jantung asyik berdegup tak nak berhenti. Ditakdirkan untuk bekerjasama bersama.T____T need oxygen to breath..



13 patient (s) need treatment

  1. Salam. first of all, mintak maaf pasal holidays ari tu. sorry klu ko dan lain2 boring gile.
    but, infinity thnx sbb sudi join vacation ari tu.

    n pasal dis entry ni, betulla bile pk-pk balik, mmg boring pun asyik cite psl laki. hmm, sejak dr skola smpai skrg, agk boring. mmg boring.

    lebih baikla cite bnde yang berfaedah.
    kadang2 kegiatan yang ko buat ngn rumate ko, aku pun buat gak ngn rumate aku.
    hee.
    kite lbh baik cite bnde2 yang ilmiah, mcm kiamat ke, cr nak dekatkan dgn Allah ke, tips bgun tahajud ke, cane nak tmbh komitmen dan ikhlas dlm bekerja ke...
    that's lebih manfaat dr cite pasal lelaki kan.
    ok. thnx utk dis info utk renungan diri sndri.~

    ReplyDelete
  2. @dyana shaifulhaq

    hehe. tak tak, holiday hari tu memang best dapat ushar skolah ko, haha~

    agak terkezut bila nampak dyana shaifulhaq mengomen di sini, jeng jeng jeng, seba dah lama kowt tak nampak ur comment sejak u tak de belog ni kan. rindu kowt~

    betol2, memang bosan pon grrr T____T entahlah sekadar luahan perasaan. baek ambik langkah berjaga2 utk jaga hati sebab lately aku rasa cam hati dikotori jer, maaf lah, misi tahun baru ni nak memburu cinta Illahi, so, mintak org faham kan, keh3~


    =) semoga Allah mengizinkan misi maal hijrah this year~ =)

    ReplyDelete
  3. salam...

    huhu.
    ayat last x bole bla faw.

    papepun yg berlaku, (w/pun ak tak tau)... moga kite berusaha yg terbaik, mohon yg terbaik, dan redha pada stiap yg terbaik yg bakal berlaku.

    insya Allah. ameen!

    ko nmpak lbh bersemanagt...nak jugak!!!!
    =)

    ReplyDelete
  4. @pohon (^-^) rendang



    hehe, tapi bila kita cakap Allah ada, itu sebenarnya yg membuatkan kita semakin kuat bukan orang tu, teet~ =)

    ReplyDelete
  5. sdg usaha mncelah waktu mmbaca buku dilema melayu islam tu.

    banyak kerja sekolah, persediaan PMR. hee :)

    alhamdulillah, setakat ini tak ada lagi sesuka nak sembang pasal lelaki.
    er, kalau mengutuk sikit ..adala. hehe.dosa.

    itu sekolah rendah dulu. :)

    p/s:menjaga hati bukan perkara mudah.

    ReplyDelete
  6. @Ariffah9

    menjaga hati itu perlu ada istiqamah & usaha~ saya juga sedang bermujahadah utk itu~ =)

    ReplyDelete
  7. klu prmpuan selalu cite psl lelaki..yg lelaki cerita psl prempuan..it's normal..
    ptut risau klu prmpuan tak mint lg pd lelaki..atau lelaki tak minat lagi pd permpuan.

    byknye crita dlm 1 topik, knpa tak pecah2kn..

    ReplyDelete
  8. @Nur Fannun

    saya rasa masih banyak topik lain yang boleh dibualkan-yg dapat membangunkan ummah.

    minat lelaki perempuan, ya fitrah. tapi tak perlu untuk sembang-sembang.

    menjaga hati itu penting :)

    ReplyDelete
  9. @Ariffah9

    yap, setuju~


    walaupun benda ni kelihatan remeh, benda kecik jer, tapi inilah yang menentukan siapa kita sebenarnya~


    inilah yg dikatakan masa lapang membunuh kita, bila ada free time je, borak-borak kosong, walhal Islam sangat menegah kita mensia-siakan waktu~


    lebih baik kita jadi sibuk then kita tak ada masa nak borak-borak sembang-sembang segala~ =)

    ReplyDelete
  10. ye, klu minat seseorang xperlu terlalu obses..skdar meluahkn perasaan xpe le kn..
    tp klu over mmg kena elakkn..
    lbh baik diam dr berkata2 sesuatu yg sia2 kn

    ReplyDelete
  11. @Nur Fannun

    manusia mudah binasa hanya kerana lidahnya yang asyik berkata-kata; kadangkala diam itu lebih baik dari berkata yang sia-sia~

    waallahu'alam~

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers