Tangisan, jangan mengalir sia-sia

9:56:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) (Please press ctrl+c to copy and sharing to the others, I have to disable right click for some reason but it does not mean that it can't be copy and shared, thank you.) 



Menangislah di bahuku-Firdaus
 





“....Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(an-Najm:43)


Aku menangis tanpa henti. Sungguh begitu jauhnya aku selama ini dengan-Nya. Sudah terlalu banyak dosa yang ku perbuat. Perintah-Nya terkadang ku pandang sepi. Sungguh, maksiat itu lebih kupandang enak. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Seperti air sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.





Tangisan tercela atau terpuji





Namun, ku khuatiri, apakah tangisan ku ini tangisan tercela atau terpuji?





Selembar kertas kupegang erat. Membacanya berulang kali. Sesekali lagu Menangislah di bahuku nyanyian Firdaus kedengaran. Ku baca berulang kali agar iktibarnya kuambil.


@Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-citamu; bukankah Allah itu yang menentukan?

@ Janganlah menangis hanya kerana engkau melihat cerita-cerita sedih, hindustan, korea, jepun, ia cuma lakonan, tipu semata.

@ Janganlah menangis kerana cintamu tak berbalas, mungkin dia bukan lah orang yang terbaik untukmu di masa hadapan.

@Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

@ Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan kerana mungkin kita kurang bersedeqah membuat amalan.

@ Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, yakinlah rezeki itu adalah pemberian Allah.








Kisah Nabi Adam

Air mata taubat Nabi Adam a.s- Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dan air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah minum air mata Adam lalu berkata; ‘Manis sungguh air ini.’ Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam, sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubatmu!”








DIA mencintai kita dengan nikmat, kita membalasnya dengan maksiat.’

Mengapa terkadang air mata disimbolkan sebagai satu kekalahan? Air mata menumpaskan kukuhnya tembok egomu? Kita jadi malu untuk menangis di hadapan Allah, sama seperti kita malu untuk menangis di hadapan manusia. Hati merasakan kita sudah cukup tewas apabila air mata jatuh. Lambang kekalahan. Menangislah pada perkara yang sepatutnya. Ya, benar. Air mata kita selama ini sia-sia. Banyak ditangiskan perkara yang sia-sia. Seharusnya kita jadi sedih, kita jadi sebak apabila kita mengenangkan dosa-dosa kita kepada Allah. Dia mencintai kita dengan nikmat, tapi kita membalasnya dengan maksiat!






Terlalu banyak nikmat yang kita TERLUPA untuk bersyukur. Perintah Allah dipandang sepi, seakan terlupa wujudnya syurga dan neraka, semacam asing mendengar dosa dan pahala. Hidup hanya untuk enjoy dan itulah matlamat utama tanpa mengetahui MATLAMAT UTAMA mengapa kita dijadikan. Hidup seolah-olah untuk enjoy, hidup untuk makan, hidup untuk cinta, hidup untuk sosial, hidup untuk kerja dan banyak lagi alasan picisan yang dijadikan matlamat utama untuk hidup.


"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" (az-Zariyat:56)







Tangisan hanya milik Allah

Ku diam seribu bahasa. Mengenang kembali untuk apa hakikat diri dijadikan. Hanya untuk hidup kerana cinta? lalu menangis tanpa henti tanpa sedar mengucapkan;





‘owh hidupku tak bererti tanpamu!’





Teringat sedetik cuma air mata pembaziran dialirkan, sangat menyesakkan minda! Owh, sesungguhnya aku termasuk dalam orang yang rugi kerana selama ini aku telah menganaktirikan kasih Allah! sungguh aku bertindak tidak adil pada diri ku selama ini. Sudah diberitakan kepadaku;








Mungkin kerana cinta dunia masih di hati, Allah seakan terpinggir. Tapi DIA tidak pernah meninggalkan kita walau sering kita tinggalkan DIA. Agama diasingkan dari kehidupan. Agama tidak boleh diaplikasi dalam kehidupan. Jika diamalkan agama, kita seakan kelihatan KOLOT. Lalu, terbentuklah ‘insan-insan moden’ yang tidak mengenal apa itu dosa dan pahala. Agama dikatakan jumud. Kita terlalu terbuka sehingga kita hanyut.







Pernahkah kita, saat bersendirian, kita mengadu kepada DIA? Menangis dan menyesali perbuatan lalu. Tak. Kita lebih memilih untuk menangis kerana gagalnya kita dalam peperiksaan, kita lebih suka untuk menyeksa diri untuk mengalirkan air mata kerana putusnya kasih dengan manusia, kita lebih cinta untuk menangis kerana dikeji dan diherdik masyarakat. Sedangkan jika Allah tempat pertama di hatinya, setiap ujian di dunia diharungi dengan tabah dan cekal. Air matanya hanya milik Allah, tak kan dibiarkan mengalir dengan sia-sia.






Air mata kita air mata murahan!

Sebenarnya aku sangat tersentuh apabila adanya lelaki yang menangis. Maksudnya, lelaki yang menangisi dosa-dosanya. Saat itu, ku tahu dia benar-benar menginsafi dosa-dosanya. Bukan menangis kerana cinta tak berbalas. Sungguh, air mata kita air mata murahan! Boleh kah kita menjadi seperti Nabi Adam yang menangis selama 300 tahun, memohon dosanya diampunkan. Kita belum tentu! 3 minit pun tidak pernah terfikir untuk meluangkan masa untuk itu.






Sabarkan hatimu saat dilanda gundah gulana. Percaya pada janji Allah, setiap kesulitan itu akan ada kesenangannya. Dan yang paling penting Allah itu sentiasa ada di setiap sisi kita, setiap saat! Jangan pernah berpaling tadah dari kasih-Nya dan yang paling penting yakin bahawa pertolongan Allah akan menyusul.





Renung kembali, musibah yang menimpa kita ini tersangatlah kecil. Sahabat handai kita di Palestin, Gaza masih hidup dalam genggaman Israel. Mereka tidak mampu berbicara tentang kebebasan.Bersyukurlah walau apapun yang menimpa kita.





(Tulisan sebegini sebenarnya ingin memberi motivasi kepada penulis sendiri, yang mana ada baiknya, ambillah. I'm trying very hard to survive with HIS love and i know HE is always be there.)



Related post;
@ UBAT HATI UNTUK YANG BERSEDIH
@ SESUATU YANG BELUM KITA LUPAKAN 
@ GIRLS, BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU CINTA
@ TERSENYUMLAH DI SAAT UJIAN MENIMPAMU, YOU'RE THE CHOSEN ONE
@ 2 MATA YANG TIDAK DISENTUH API NERAKA



p/s: Hujan lebat (2 hari tak berhenti) > kesejukan > katak ong ong -___- > rasa ingin menulis meningkat-ningkat~ 




p/s/s: Moga kata-kata ini dari hati bukan hanya sekadar lisan semata (terima kasih atas tazkirah itu tadi)


3 patient (s) need treatment

  1. hebat2,,
    doktor nk bantu?? boleh jugak//
    camner care doktor istiqamah?
    slain berdampingan ngan shbt2??
    kalo mase cuti juz sorg je kat umah.
    susah ckit

    ReplyDelete
  2. saya suka menangis.tapi kdg2 rasa mcm peliklah pulak.T__T

    ReplyDelete
  3. @Kei

    =) menangislah di bahuku~ =)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers