Followers

20110107

Taaruf yang punya sempadan bukan dengan bercinta sakan

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) (Please press ctrl+c to copy and sharing to the others, I have to disable right click for some reason but it does not mean that it can't be copy and shared, thank you.)




Kuala Terengganu masih basah. Dari malam semalam, hujan seakan tidak mahu berhenti. Semalam, sibuk mengemas dan tiba-tiba terjumpa ini (credit to BADAM). Terima kasih untuk ukhuwah yang tercipta sepanjang OMM yang berlansung pagi tadi. (even, lil bit tired, owh saya sangat bahagia dapat turut menyumbangkan tenaga =) ) Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk itu. (play lagu untuk lebih feeling-feeling, walaupun lagu macam tak berapa nak ada kaitan -___-)






 Andai aku-mirwana






Ramai orang berpandangan,
kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
mereka sebenarnya terlepas pandang,
dalam Islam ada taaruf dalam tempoh merisik dan bertunang,
yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia bertaaruf yang ada sempadan,
terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan...










Hujan masih belum reda. Seronok bermain air tadi, membersihkan balai Islam (surau), semacam ada satu perasaan kebahagiaan bertandang menjengah. Menyental periuk belanga semacam satu keindahan di pagi hari, walau terpaksa bangun awal.Seronok melihat ukhuwah yang tercipta. Ditugaskan menyiapkan makanan untuk para sahabat yang datang untuk OMM benar-benar menggembirakan hati.






Hanya sekadar nota pendek (akibat sakit pinggang, huuuuu) manusia belum benar-benar mengetahui cara bercinta yang sebenarnya. Taaruf seakan didengar asing. Perkenalan tercipta begitu mudah, tidak mencabar. berkenalan-mintak nombor-SMS-MMS-couple-dating. Skrip cinta yang berulang.



Renungi kembali apa yang telah saya nukilkan di atas sedalam-dalamnya. =)



p/s: I do love mystery. saya memang suka berteka-teki tentang diri sendiri. Mohon jangan dicari (perasan) =)




Syukran Jazilan for reading

0 patient (s) need treatment:

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta