Perempuan berkalung cinta

1:32:00 PM

Assalamualaikummmm~ Owh, hari ni dr.cinta tak ada, saya assistant dia, nurse dia. Keh3. Ala bukannya susah pon nak sign ini account blogspot dr.cinta yang tak bertauliah lansung ni. Letak password nama orang yang dia suka terus boleh masuk, ceh. Owh, baru tahu dia minat siapa. Selama ni berahsia je.








Asyik dr.cinta je bagi nasihat, saya pon nak try lah jugak. Ingat dia sorang je nak jadi baik? Dr.cinta, hmmm, nak kata baik, tak lah jugak, ada lah jugak gilanya tuuu. hehehe, tak tak, dia baik.... =) So, korang teruslah support dia okey? She learns too much NOW. Saya tahu, saya kawan baik dia. So, saya tahu dr.cinta ni macam mana orang nya. Ada siapa-siapa berminat dengan dr.cinta? Boleh emel saya. keh3. Nak tanya nombor phone ke? mintak nasihat dia, sila emel saya. (ni dia pergi mana entah ni, tak balik lagi.)








Dia dah cakap dengan saya siap-siap, dia tak nak update seminggu ni, sebab dia busy (buat-buat kot) so, saya tak nak hampakan readers dia, saya selaku nurse dia tolonglah update sekejap. Saya tak ada belog, so saya nak tumpang dr.cinta punye belog kejap. Saya jumpa satu post ni, dr.cinta tulis dalam folder dia, banyaaak dah dia tulis rupanya untuk belog ni. I know, it’s her passion. Dia suka menulis, sebab tu lah banyak. Korang jangan lupalah doakan dr.cinta ni berjaya jadi penulis, and itu memang cita-cita dia pon. keh3. Lepastu curik sekejap gambar yang dia edit guna photoshop. Habislah kalau dr.cinta tahu suka hati je masuk belog dia.







Tapi tak ada lagu lah eaa, sebab nurse dia ni tak tahu macam mana dia pergi upload lagu-lagu dia tu. Anggaplah lagu kesaktian cinta by Hafiz Hamidon sedang berkumandang... Terimalah bingkisan dari nurse  dr. cinta.



******

Perempuan yang kulihat kini, banyak mempergadaikan maruahnya. Perhiasan ditunjuk semegah-megahnya tanpa tahu Allah begitu murka. Aku jua begitu, seringkali terkhilaf dalam membuat percaturan hidup. Kadang keindahan manusia itu lebih kupandang dari keindahan dari nilaian Allah.







Perempuan yang kulihat kini, banyak dipromosikan. Mereka dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan di media-media tanpa mengetahui mereka sebenarnya telah diperalatkan. Ku keliru apa kaitannya iklan kereta dengan wanita? Ditayangkan wanita yang tidak menutup aurat sesuka hati, objektifnya cuma satu, demi kelarisan iklan tersebut menggunakan model wanita tertentu. 





Perempuan yang kulihat kini, cintanya jadi bahan mainan. Aku tahu kerana aku juga wanita. Aku juga pernah merasa apa itu cinta. Namun, ku bersyukur ianya tidak berpanjangan kerana cinta itu bukan dalam redha Allah. Allah ingin aku mencintai DIA lebih dari segala sesuatu. Kerana cinta, perempuan sanggup menggadaikan segala-galanya. Kaumku kah yang bersalah? mungkin kurangnya didikan agama untuk kami, maka cinta lain mengatasi cinta Allah. Mungkin kerana itu kaum perempuan mudah dipermainkan.








Aku kagum melihat perempuan-perempuan dahulu, yang setia memperjuangkan agama Allah. Perempuan berkalung cinta. Cinta kepada Dia. Sungguh, sukar untuk ku jadi setabah Maryam, saat dia melahirkan Isa yang tak punya bapa, Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kumasih ingat tatkala diceritakan, kubur Masyitah mewangi semerbak lantasan keimanannya. Siti Aisyah juga srikandi Islam terbilang, sangat bijaksana. Cintanya mekar hanya untuk Rasulullah, walaupun dia serikandi Islam, namun dia tidak terlepas dari diuji. Difitnah berpaling dari Rasulullah, hakikatnya Allah Maha Mengetahui. Sabar kunci utama. Aku juga tidak mampu menjadi seperti Siti Khadijah, peneman setia Rasulullah. Mampukah kuhulur cinta tulus suci seperti itu kepada suami ku satu hari nanti? Mampukah aku turut membantu perjuangan suamiku sepertimana Siti Khadijah melakukan itu. Harta dibelanjakan dijalan Allah semata. Sungguh, biarlah dunia diletak tepi asalkan agama dijulang tinggi.






Namun, perempuan berkalung cinta kini, kalungnya banyak yang cinta palsu. Cinta mainan, cinta picisan yang hanya sekadar di pinggiran. Mungkinkah kuasa cinta itu hanya terletak pada kalimah I love you semata, mahupun ucapan I miss you berulang kali. Itu yang membuatku runsing, ke mana kehebatan perempuan-perempuan kini. Sengatnya seakan pudar semakin hari, lantaran lemah mengagungkan perjuangan agama. Kaumku sendiri hatta aku sendiri terlalu leka mengagungkan duniawi, sedangkan semua ini hanya sementara. Sudah Allah ingatkan kepada ku dan kaumku, dunia ini sekadar persinggahan, ambillah dunia untuk akhiratmu kelak. Perbanyakkan amalan di dunia.






Kurindukan perempuan acuan madrasah Rasulullah. Kehebatannya sukar disangkal lagi. Perempuan-perempuan hebat itu berada bersama sebaris dengan lelaki-lelaki hebat jua. Tiada Aisyah tanpa acuan Abu Bakar as-Siddiq, sahabat setia Baginda. Aku berkira-kira lagi, mampukah aku tabah mengharungi dunia yang sangat berlainan kini. Mujahadah itu kulihat sangat payah untuk kuteruskan. Terkadang, apabila memikirkan aku hanya insan biasa, yang tak punya jawatan berpengaruh, yang tak dikenali sesiapa pun, aku hampir berputus asa untuk terus istiqamah dalam jalan dakwah ini. Jalan yang penuh liku. Jujur, aku hampir putus asa. Sedangkan ada insan yang jauuh lebih hebat dariku yang jauh lebih layak untuk menyampaikan dakwah. Kerna aku sendiri tidak terlepas dari melakukan dosa. Allah juga pernah murka kepadaku, lantas, aku menarik nafas sedalam-dalamnya.






Aku juga khalifah Allah, aku juga hamba Allah. Sukarnya diriku untuk bernafas dalam jiwa HAMBA. HAMBA yang sering lupa kepada PENCIPTA. Allah tentu murka. Kupanjatkan doa agar Dia mengampunkan dosa-dosaku dan perempuan-perempuan lain. Agar perempuan yang berkalung cinta itu kembali memakai kalung cinta yang suci bukan kalung cinta palsu.


Yang benar,
Dr.Cinta.


*****

Sob sob, sedihnya. Dr.cinta ni sukalah buat saya sedih. -___-. Saya tahu dia dah banyak belajar, owh mungkin ni salah satu dari experience dia, nanti saya tanya dia. harap korang tak marah lah ye, saya share dengan awak semua ni. bukan dr.cinta. Nanti saya kirim salam korang semua dekat dia okey? =) 






Dr.cinta kalau dia sedih dia suka pusing-pusingkan benda rainbow ini, (tapi selalu dia tak sedih, hehe, sebab dia ceria je)  katanya sangat happy bila dia berputar. Exclusive saya ambik dari bilik dia ni. Ramai jugak cakap dengan saya, dr.cinta ni misteri lahh, tak ada gambar lah, apa lah. Macam mana lah nak kenal kan. Nanti saya tepet gambar dia, keh3, itu pon kalau dia bagi lah, kalau tak bagi tak ada lah nurse dia ni nak letak. Tak pe jangan risau, dia comel je. Har har har.

Haa, tulis keceriaan besaw-besaw lagi tu..





Nak letak tak nak ea signature dia ni, ahh letak je lahh.

8 patient (s) need treatment

  1. Anonymous2:03:00 PM

    so suweett...
    touching abes bl baca... thanks 4 da good writing...

    ReplyDelete
  2. yerrr Dr.Cinta sgt bgos...kamu p0n bgus...bkaklaa blog sendri mesti rmai peminat gak heee....
    penulisan Dr.Cinta mesti berdasarkan pglaman kan..1st time komen kt bl0g nih...alwys supp0rt u :))

    ReplyDelete
  3. hebat btul dr. Cinta,
    pkai pembantu je utk update blog.
    haha.
    =)

    ReplyDelete
  4. @tura hepy

    dia tu kena tolong saya jaga klinik ni dulu, yg ni pown tak berjaga, hehe~

    thnx for ur supportive =')

    ReplyDelete
  5. @iqbalsyarie

    syukran~ segala puji2an hanya layak diberikan kepada-Nya~ =)

    ReplyDelete
  6. @rafie

    zaman dah moden mesti kena hire assistant, tangan ada 2 je, keh3~

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers