Followers

20110105

Nota hati seorang perempuan bertudung labuh

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) (Please press ctrl+c to copy and sharing to the others, I have to disable right click for some reason but it does not mean that it can't be copy and shared, thank you.)










Testimonal;


[AsiyahWaheed]


"Bertudung labuh itu tetap menjadi pilihan saya kerana apabila menyarungnya akan membuatkan saya cukup selesa."




[AieeenieAhmad]


"Tudung labuh menjadi pilihan hati kerana ia memberi perlindungan kepada diri saya."




[FateenSafyqa]


"Ianya menutup aurat, itu paling penting. Fesyen itu ertinya bukan bagaimana cara kita attract people tapi sebenarnya bagaimana kita menunjukkan diri kita dalam fesyen itu."




Berikut adalah suara-suara testimonal oleh pemakai tudung labuh.


Hidup menuntut kita untuk membuat pilihan.


Anda ada dua pilihan. Hidup juga menuntut kita untuk membuat pilihan.



Memilih jam mahal diletak di dalam balang berkaca di show room. Indah dipandang tetapi harganya mahal. Tersangat mahal sehingga kita yang bergaji biasa, berelaun biasa, berduit sederhana tidak mampu untuk membelinya. Kita hanya mampu memandang meskipun dari jauh, padahal kita sangat ingin sekali memilikinya. Kita jadi sedar diri, tentang hakikat diri kita, tidak punya wang yang banyak, tidak hidup mewah untuk membeli jam yang tersangatlah mahal itu. Hanya orang yang benar-benar punya wang yang banyak yang mampu membelinya.




Terkadang longgokan jam murah di pasar malam itu, sangat menggoda kita untuk membelinya. Murah, RM 10. Mudah untuk dilihat, tidak diletak di balang-balang kaca. Kita dengan seenaknya memegangnya. Jika mahu, beli, jika tidak mahu, kembali meletakkannya. Entah sudah berapa tangan yang telah menyentuh jam tersebut. Ia bisa ditatap seenaknya, disentuh semudahnya. Kita mampu membelinya bila-bila masa.




Jauh di sudut hati, pasti kita menginginkan jam yang mahal tersebut.




Yang tertutup itu indah, dan tidak semua mampu untuk memilikinya. Walhal keinginan untuk memiliknya membuak-buak tanpa mengetahui status diri.


Siapa soleh dapat solehah.



Semua orang punya impian untuk memiliki pasangan yang beriman, suami yang soleh dan isteri solehah. Supaya keturunan nanti baik-baik, zuriat yang dilahirkan diharap juga soleh solehah seperti ibu bapanya.




Bukan topik suami isteri yang saya hendak bincangkan, tapi ianya adalah sebuah gambaran akan datang dari sekecil-kecil perkara. Banyak kawan lelaki yang saya tanya, rata-rata mereka inginkan wanita solehah, yakni mereka perincikan lagi, seorang wanita yang bertudung labuh. Bagi mereka, wanita bertudung labuh ini sedap mata memandang, akhlak solehah, pandai menjaga diri, dan dipercayai. (jika ada kes yang terjadi berlawanan seperti apa yang dinyatakan itu kes terpencil)




Jadi, akhlak luaran telah menggambarkan dalaman. 



Bertudung labuh itu satu perlindungan

Bagi saya sendiri, bertudung labuh merupakan satu perlindungan. Perlindungan dari segala macam kejahatan luaran dan dalaman. Apabila memakai ‘perlindungan ini’, saya rasa lebih selamat. Maksudnya di sini, apabila kita bertudung labuh, yakni sedang melakukan perkara kebaikan, kita akan berusaha untuk menjaga tingkah laku.




‘Eh, aku pakai tudung labuh, mana boleh macam ni, macam ni’
‘Pakai tudung labuh ni, kena jaga akhlak, nanti orang tengok’






and so on. Pendek kata, kita akan lebih menjaga diri kita sendiri, kerana orang lain memandang. Owh, maksud saya bukan memakai tudung labuh adalah untuk menjaga cakap-cakap orang semata-mata, menunjukkan kita ni KONON baik, dan bukan semata-mata pakaian orang alim, ke apa, tapi sebenarnya lebih dari itu.




Ianya adalah perlindungan. Perlindungan kepada diri saya, dan saya pasti si pemakai tudung labuh juga akan turut merasa begitu. Kita akan berusaha untuk melakukan perkara mahmudah setiap masa, dan cuba untuk menepis mazmumah dalam diri. Nilai mahmudah ditambah-tambah dan nilai mazmumah dicarik pergi. Yang paling penting, adalah kita berusaha untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari.





Pernah masa zaman sekolah agama dulu, pergi outing dekat Kajang. Pergi jalan grouping, ramai-ramai. Depan group kami, budak sekolah lain, bertudung tiga segi biasa. Dan biasalah, bila di shopping complex akan ada lelaki melepak sana, melepak sini. Mereka akan phewwit phewwit dekat budak sekolah di hadapan kami, tapi bila kami pula yang lalu, mereka tak berani nak phewwit phewwit ke apa. Mereka takut untuk menegur. Mereka hanya melihat kami segerombolan budak-tudung-labuh. Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya, apabila kita ada perlindungan semacam ini, kita akan lebih selamat daripada diganggu.








Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 

“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu. (al-Ahzab:59)






Di sini, kita sudah memiliki perlindungan dengan memakai tudung labuh. Sebenarnya pemakaian tudung labuh hendaklah bukan dipaksa. Biar ikhlas dalam menutup bukan paksaan. Kerana bila melakukan sesuatu dengan paksaan ianya adalah sangat berat sebenarnya. Jiwa memberat dan memberontak.




Sewaktu saya bersekolah agama dulu, kena pakai tudung labuh, yelah masa tu mana nak biasa lagi pakai labuh-labuh segala ni. Dari form 1 sampai form 5, saya rasa saya pakai tudung labuh sebab peraturan semata. Saya anggap pemakaian tudung labuh tu tak lebih dari sehelai tudung yang labuh yang kena pakai untuk patuh kepada peraturan sekolah. Saya sendiri merasakan begitu.






Keadaan berterusan sehingga saya dapat tawaran belajar ke Kelantan, Akademi Pengajian Islam di Nilam Puri. Kena keluar bilik pun kena pakai tudung, I mean tudung labuh. Pergi kelas, kena pakai hand sock, stokin lengan or whatever lah nama dia. Saya tak berapa suka masa tu. Sebab bagi saya dah keluar sekolah agama, keluar jelah, tak perlu lagi nak sarung semua benda ni balik. Mungkin lebih tepat lagi, niat saya masa tu; saya memasang azam untuk tidak bertudung labuh lagi! Yelah, sebab masa sekolah, saya pakai tudung labuh hanya kerana peraturan. Muncul lah rasa rimas, memberontak, etc. etc. sebab kita sendiri masa tu rasa dah bebas, dan rasa MACAM boleh buat keputusan sendiri tanpa perlu ada peraturan semacam itu.




Dan apabila saya menjejakkan kaki ke institut perguruan dot dot dot, ya, hasrat saya memang tercapai untuk tidak memakai tudung labuh. Even saya ambil kos pengajian Islam, saya pakai tudung yang pendek tapi agak labuh (bukan tudung pendek bawal) tapi saya masih menjaga kelabuhan tudung (tudung silang-silang laa), pendek kata, saya tak pakai tudung labuh awal-awal sem masa masuk institut perguruan dot dot dot. Tapi, lama kelamaan rindu datang menerjah. Saya jadi rindu pada tudung labuh. Waktu tu, saya lansung tak pakai tudung labuh dah, so saya memang tak bawak tudung labuh dari rumah.






Berusaha mencipta ikhlas







Saya rinduuu sangat dengan tudung labuh, lebih tepat lagi perlindungan saya. Lama-kelamaan, saya jadi tewas dengan perasaan sendiri. saya buat tudung labuh (lebih tepat lagi suruh kawan buat T___T) Saya pakai pergi kelas, dan saya kurangkan pakai tudung silang-silang. Alhamdulillah, ikhlas datang secara slowly. Bila kita buat sesuatu secara ikhlas, insyaallah, amalan itu akan berterusan. Sebab ia datang dari niat hati sendiri dan bukan paksaan. Berusaha untuk mencipta ikhlas.





Apa yang selalu orang pandang, apa yang selalu orang nilai, bila bertudung labuh orang baik-baik, bila namanya ustazah mesti solehah, akhlak cemerlang (walaupun hakikatnya tak semua begitu-ini kes terpencil) tapi kita juga meyakini, bahawa kebanyakan mereka adalah yang terbaik dari segi akhlaknya. saya masih kekurangan sana sini lagi...




Saya ulang sekali lagi, yang tertutup itu indah. Anda mahu jam mahal dalam showroom ke atau jam yang dah dipegang-pegang oleh kebanyakan orang? Akal waras kita akan menjawab kita mahukan sesuatu yang sangat berharga. Yang mahal itu sukar didapati, dan yang murah itu sangat senang untuk kita dapat. Membeli jam mahal di showroom tidak semudah kita membeli jam yang di pasar malam. RM 10. Perlu diingatkan, untuk menjadi yang terbaik juga, perlukan pengorbanan.




Saya selalu melihat orang-orang baik di sekeliling saya, si pemakai tudung labuh, akhlak cemerlang, akademik terbilang, sahsiah terjaga. Dengan mudah saya simpulkan bahawa si pemakai tudung labuh ini sangat hebat orangnya.


Lambakan fesyen kini

[Appreciation]



Perkembangan fesyen semakin pesat dari sehari ke sehari, ada sahaja fesyen baru di pasaran. Lambakan pelbagai jenis tudung terkadang mengusik jiwa juga. Cuma, satu pesanan, bergaya itu boleh, tidak salah, Islam juga suka kepada keindahan dan kecantikan, bergayalah dengan ilmu. Ilmu yang kita pelajari harus diamalkan. Bukan hanya setakat TAHU, tapi berusahalah untuk mencetus MAHU mengamalkan ilmu di dada. Labuhkan sepertimana yang telah Allah perintahkan.




Jangan menganggap mereka ni kolot, tidak tahu berfesyen etc. etc. Jangan kata macam-macam dekat si pemakai tudung labuh. Ya, tudung labuh adalah bergantung kepada pemilihan hati bukan paksaan. Ingatlah, berkemungkinan perempuan yang kamu hina-hina, ejek-ejek itu lebih baik dari kamu.Tidak semua manusia mampu untuk menyarungkan tudung labuh ini, saya juga pada awalnya agak keberatan untuk memakainya, kerana pada masa itu, saya masih tidak mampu mengerti apa erti 'tudung labuh' sebenarnya. 


Firman Allah:


"Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu menghina (mencaci) suatu kaum yang lain kerana boleh jadi kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina." (Al- Hujurat: 11)








Jadi, jika ada yang berkeinginan nak pakai tudung labuh, teruskan niat baik anda. Jangan bertangguh, dan paling penting jangan dengar cakap-cakap negative orang. Sudah lumrah manusia, tidak sukakan perubahan baik orang lain. Dilable macam-macam. Perubahan jahat, disorak-sorai, ditepuk tangan. Manusia lebih senang mendengar keburukan orang lain berbanding kebaikan seseorang. Sebab tu berlaku kes dengki mendengki, fitnah-menfitnah, semuanya berpunca dari hati yang tidak sihat. Hati yang terlalu banyak titik hitam. Sangat berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.




Kepada pemakai tudung labuh, istiqamahlah dalam pemakaian ‘perlindungan ini’. Tidak semua manusia terpilih oleh Allah untuk menyarungkan tudung labuh, tidak semua manusia punya kekuatan seperti kamu,dan tidak semua manusia setabah kamu untuk terus menyarungkan tudung labuh yang kadang orang pandang sangat kolot.







*Antara belog yang selalu saya terjah, rugi tak terjah, banyak info... (eh apsal semua belog lelaki eh T___T)


@ Hami Asraff (sangat suka cara dia menulis)
@ Bayyinat (banyak info baru yang saya dapat)
@ Hidup Pada Melengkapi (blog senior, banyak info jugak)







p/s: sedang berusaha untuk memakainya secara constant. =)


p/s/s: saya cuma orang biasa yang punya secebis harapan untuk turut menyampaikan sedikit ilmu 'walau cuma satu ayat' jadi saya masih banyak kurang sana-sini. Saya tak hebat macam anda. Anda jauh lebih hebat dari saya. =)









Syukran Jazilan for reading

85 patient (s) need treatment:

محمد حذوان بن حميدان said... REPLY

tahniah ukhti..
entry kali ni punya izzahnya yg trsndri..psti dpt mruntun hti2 pmbca jka dihayati stiap bait kata2 nya..

smoga trs istiqamah..ingatlah!ujian dan halangan PASTI dan SELAMAnya akn mngejar kita.. (^_^)

haruhi said... REPLY

Dr..
nak jmpe~~~
rase cam nk gtaw sumting..
hoho~~~

student said... REPLY

senang dengan wanita bertudung labuh.
nice entry!

asliner said... REPLY

btol..
bertudung labuh..
satu pakaian yang indah..
dan bisa melindungi kite..insyaAllah

asliner said... REPLY

btol..
bertudung labuh..
satu pakaian yang indah..
dan bisa melindungi kite..insyaAllah

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@محمد حذوان بن حميدان

insyaallah~ =D syukran ustaz~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@haruhi

boleh2, hehe~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@asliner

perlu ada usaha utk menjaga diri sendiri~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@student

syukran~ =)

Anonymous said... REPLY

Doktor,mcm mana pulak dengan trend fesyen tudung labuh sekarang
albuh tetapi melekat ke badan sehingga menampakkan bentuk dada
mohon komentarnya ya =)

ayesyaazreena said... REPLY

nice entry!

semoga terus istiqamah =))

WaFa' aN-NiSa' said... REPLY

prsaan yg sma smsa sya dialam persekolahan.. bla kte kluar dr sekolah agma2, barulah trsa rndu dgn sume keadaan itu..

Adra Rafee said... REPLY

salam. terima kasih atas perkongsian. moga2 kita sama2 konsisten ya! :D

Cik Kira said... REPLY

wahhh..
hari tuhh aku jmpa tudung labuh aq dulu,then aq pakai2..aq berpikir bilakah aq akan memakainya lagi?
sebenarnya aq rindu pakai tdung labuh..sbb mcm saudari kata,rasa selamat jew..:)
nice entry! :D

seliparjepung said... REPLY

dr.. entry yg sgt mnyentuh hati.. huhu.

Nazatul shima said... REPLY

terima kasih untuk entri ni syg..:) saya juga mengharapkan kebaikan untuk diri saya...amin..

iqbalsyarie said... REPLY

nice :)

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said... REPLY

salam, sangat bagus.. nak share dlm fb buleh?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ayesyaazreena

insyaallah~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

sile rujuk surah an-nur ayat 31~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@WaFa' aN-NiSa'


kita akan rasa kehilangan bila kita dah tak memilikinya~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Adra Rafee

insyaallah~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Cik Kira

syukran~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@seliparjepung

=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nazatul shima

sama2lah berdoa ke arah kebaikan~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@iqbalsyarie

syukran~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Muhammad Hanafi Bin Sulaiman

sile~

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said... REPLY

syukran

Anonymous said... REPLY

-bgus2 yer semua entry.,sy suka entry ni dgn psl ex-sekolah agama yg lps...
-sgt2 setuju dgn entry ni..^^..
-sy pn tinggal sekolah, tinggal tdg labuh..*yg jahit tgh tu la*
-rindu mcm dlu....inSyaALLAH,nak pakai balik..^^

Maisarah M said... REPLY

Ya Allah. trima kasih ukhti. terpujuk hati saya utk tidak menanggalkan tudung yg saya pakai skrg! I luv my tdung labuh!

Prasaan tu mula timbul bila tgk kwn2 yg pky tdung silang ni >> cantek! saya terasa kolot. astagfirullah. huuuuu....waaaa....rasanya cam nak nangis sekarang....ya Allah

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

alhamdulillah, jom sama2 istiqamah dalam pemakaian tudung labuh? =) saye turut bergembira anda nak pakai balek~ ^^

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Maisarah M


alhamdulillah~ =) jangan fikir kolot~ =)

gbahlupin said... REPLY

moga2 dapat saya aplikasi dalam jiwa..menjadi wanita solehah..terima kasih atas tarbiyah ini

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@gbahlupin

syukran juga kerana sudi menziarahi belog ini~ =)

Anonymous said... REPLY

assalam..saya cuma nk coretkan sedikit pandangan saya..bg pendapat saya,jika seseorang itu bertudung labuhn atau ingin mnjadi seorang perempuan yang solehah biarlah niatnya kerana Allah Taala..bukan kerana ingin mndapat jodoh yg soleh dan lain lain..mgkin bahasa saya tunggang langgang..tp the point dlm pendapt saya ni adalh,buat sesuatu itu biarla kerana Allah taala,jadi sentiasala tajdid niat kita..dulu2 wktu sek. menengah saya ingat lg..saya x mahu kapel..kerana bagi saya saya ingin suci dari ada ape2 hubungan istimewa dgn seorang lelaki yg boleh dikahwini..kerana bg saya biarla sume tu utk suami saya..tp bila saya sambung blaja di sebuah tmpt ni,saya brfikir balik kenape aku x nk kapel,lepas tu alhamdulillah Allah bg hidayah dgn munculnya idea ni dlm otak saya,aku x nk kapel kerana Allah...aku nk jaga kesucian diri aku kerana Allah..bukan kerana bakal suami aku hehe..sekadar perkongsian pendapat :)

Anonymous said... REPLY

assalam :)

Anonymous said... REPLY

:)

Anonymous said... REPLY

slm,sy nk tnya skit psal wf sy ni,dah byk kali sy pesan mtk dia pkai tudung labuh n baju longgar tp smpi skang ni blum dpt hidayah lg.kt cni sy nk tnya soalan,1.sepanjang blum dpt hidayah ni adakah sy berdosa wlaupn sy dah ingatkn?2.kdg t'lepas pandang sy lupa nk ingatkn,apakah sy berdosa?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

salam, maaf lambat balas~ mengkaji sebentar.


cuba rujuk surah an-nisa ayat 34-35. ini cara didik isteri mengikut Islam. cuba praktikkan cara-cara spt yg dinyatakan.

(34) ... prmpuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hndaklah kamu beri nasihat kepada dia, tinggalkanlah mereka dari tempat tidur (pisah ranjang) dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utk menyusahkannya. Sungguh Allah Maha Tinggi, Maha besar.

-pukulan di sini bermaksud pukulan mendidik, bukan pukulan macam belasah ye, perlu difahami ini.

(35) dan jika kamu khawatir terjadi persengketaan antara keduanya, maka kirimlah dari seorang jurudamai dari keluarga lelaki, dan seorang jurudamai dari keluarga perempuan. Jika kedua jurudamai bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kpd kedua suami isteri itu. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.


Wallahu'alam~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

pendek kata, amalan bergantung kepada niat, jangan salah pasang niat sudaah~ =)

UkHti Farihah said... REPLY

ana suke blog ni,,bermanfaat..syukran ya ukhti..=))

Anonymous said... REPLY

sgt bermanfaat...syukran ya ukhti..=))....

UkHti Farihah said... REPLY

syukran=))...sgt bermanfaat,,,sy suke..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@UkHti Farihah

afwan~ =')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

afwan~ =')

aien soleha said... REPLY

wah...ukhtinye post emg btol..
lagi2 sye ni emg bdk sekolah agame...
insaf gak...ckg un salu ckp...

said..
"kamu ni pki tdg lbh bkn sbb emg ske...tpi sbb peraturan..btol x??klu cikgu pegi lua sane..tersempak ngn kamu semua...sedikit sgt yg kekal ngn tudung labuh..betol x??"

tp ape yg ckg sye ckp n ape yg akk post emg btol...insaf..insyaallah..=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@aien soleha

hargai keinsafan tu sebab ianya hidayah dari Allah~ =)

cik blink blink said... REPLY

dulu saya pakai tudung labuh...
tapi bila dah tukar sekolah biasa....tudung 2 dah b'tkr jadi singkat sikit....
semoga saya dapat ubah dri ni...dari macam dulu....

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@cik blink blink

insyaallah; yg penting niat tu kita ada dan kita sendiri perlu berusaha utk cari kekuatan utk berubah; keep itu ya! =)

Bukan Puteri. said... REPLY

Ermm...saya teringin nk pakai tudung labuh...
tp saya takut org cakap saye hipokrit pasal perangai saya ni kalau nak kata berakhlak mulia sangat, tkde la sampai takat camtu...
lepas tu kalau saya buat perangai ntah hapa2, saya tknk kena prejudis org ramai...
kalau camni, camane pulak doc? T.T

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Bukan Puteri.

try sikit2 dulu; i mean jgn terus pakai tudung labuh terus. contoh k;
first if skrg anda pakai tudung bawal, cuba anda pakai tudung bidang 45 ke, then 55, pastu 60 plak ke.


pelan2 jangan terus mendadak. bila kita ada keinginan nak berubah, insyaallah kita akan cuba menjaga akhlak kita jugak, bile kita sedar kita tengah pakai tudung labuh, kita akan cuba jaga diri k, =)

wish you all the best! ^___^

❤‌ princess nabilah ❤‌ said... REPLY

salam doktor....
nice entry...
sy jg extudent sek agama...
tp alhamdulillah sy mula ubah sedikit demi sedikit ms spm 2008...
dgn mula pakai tudung bwl lerang 60 shj...sbb sy xberani nak pakai tudung labuh berjahit tgh walaupun di sekolah dah biasa tp di luar sy blm berani tuk mempraktikkan....hanya mampu mncuba gune tudung bawal lerang 60 shj....sbb sy bknlah seorg wanita yg perfect scr fizikal mean sikaplah...kadang2 kalau borak2 dgn kwn2 laki...spt lagak biasa shj sbb mula2 sy sek di sek biasa tp time f4 sy dpt twrn ke sek SMKA...so cara pergaulan nmpk bkn spt wanita2 yg semmgnya bertudung labuh...terlalu sukar utk ubah sikap walaupun sikit2 sy cuba mnjg aurat sy.....hummm..smoga 1 hari nnt...sy dpt kembalikan lagi agenda sy di sek agama..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@❤‌ princess nabilah ❤‌

alhamdulillah, hidayah itu milik Allah~

bila-bila sahaja Dia akan berikan kepada mana-mana hamba yang Dia mahu dan bila-bila sahaja Dia akan mengambilnya kembali, maka bersyukurlah jika masih diberi peluang utk merasakan kesedaran~

insyaallah, suatu hari nanti. perubahan bermula dari sekarang~ =)

ChoMoTcHomEyL said... REPLY

dr..dlu sy hormat sgt dgn pmakai tdung labuh ni tp sjak bbrpa kali sy jmpa dgn pmakai tdung labuh ni sy jd fobia..ada dorg yg suka mngumpat tp btdung labuh,pengotor,suke mburuk2n org lain dn byk lg prgai yg truk sy jmpa..sy sndri dlu pkai tdung labuh tp skrg sy pkai tdung biasa sgi tiga...sy fobia n btol2 fobia sgt aplg kdg2 sy mngsa bahan kutukan dorg even pki tdung labuh pon...sjak tu sy hlg hormt pd mreka..bg sy tdung ap pn blum tntu dpt mncrminkn dri ssorg..ap pndpt dr ? adkh sy ni brskap mlmpau ?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ChoMoTcHomEyL

betul lah tu tapi kita tak boleh judge orang dari first impression je. mungkin dia jadi camtu ada kisah di sebaliknya or sebab2 lain and paling penting jgn judge smua sama. kebanyakan mereka ni punya akhlak laen.


cuma ye lahkan, sebagai manusia biasa hamba Allah, kita tak sunyi dari lakukan kesilapan. jika ada salah, tak salah kita untuk menegur sebab kita ni kena saling ingat mengingatkan.

=)

Anonymous said... REPLY

assalamualaikm :)
ana ex-skolah agame ,, alhmdulillah skrg sdg mlnjutkn pljrn di u tmptn ,,
dahulu ana pkai tdg turkey tp skjp jerk ,, sbb ana rse ana ta ckp baek lg untuk bwk identiti bertdg turkey yg labyh tue ,, skrg ana pkai tdg biase n inner di dlm ,, alhmdulillah ana jgk mnjage aurt dgn seabaik mhkn dgn memakai stokg n hand sock ,,
sjak kblkgn ny rmai kwn ana nk berubak memakai tdg labuh ,,
hati ana jgk terdetik ntok turut berubah spt mereka ,, tp ana msh ragu2,,
jd di sini ana nk mntk pndpt dr ,, adkh cre ana menutup aurt dgn memakai tdg biase n inner di dlm, stokg , hand sock ta ckp baik ?

Anonymous said... REPLY

assalamualaikm :)
ana ex-skolah agame ,, alhmdulillah skrg sdg mlnjutkn pljrn di u tmptn ,,
dahulu ana pkai tdg turkey tp skjp jerk ,, sbb ana rse ana ta ckp baek lg untuk bwk identiti bertdg turkey yg labyh tue ,, skrg ana pkai tdg biase n inner di dlm ,, alhmdulillah ana jgk mnjage aurt dgn seabaik mhkn dgn memakai stokg n hand sock ,,
sjak kblkgn ny rmai kwn ana nk berubak memakai tdg labuh ,,
hati ana jgk terdetik ntok turut berubah spt mereka ,, tp ana msh ragu2,,
jd di sini ana nk mntk pndpt dr ,, adkh cre ana menutup aurt dgn memakai tdg biase n inner di dlm, stokg , hand sock ta ckp baik ?

Anonymous said... REPLY

assalamualaikm :)
ana ex-skolah agame ,, alhmdulillah skrg sdg mlnjutkn pljrn di u tmptn ,,
dahulu ana pkai tdg turkey tp skjp jerk ,, sbb ana rse ana ta ckp baek lg untuk bwk identiti bertdg turkey yg labyh tue ,, skrg ana pkai tdg biase n inner di dlm ,, alhmdulillah ana jgk mnjage aurt dgn seabaik mhkn dgn memakai stokg n hand sock ,,
sjak kblkgn ny rmai kwn ana nk berubak memakai tdg labuh ,,
hati ana jgk terdetik ntok turut berubah spt mereka ,, tp ana msh ragu2,,
jd di sini ana nk mntk pndpt dr ,, adkh cre ana menutup aurt dgn memakai tdg biase n inner di dlm, stokg , hand sock ta ckp baik ?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

waalaikumsalam =) jika awak rasa pemakaian awak sudah tutup aurat, alhamdulillah, tudung buknlh pengukur, i mean aslkn dah ikut syariat alhamdulillah.

bila nak berubah, berubahlah lagi mudah jika dikelilingi kawan2 yg soleh solehah.

aslkan dah menutup aurat dari segi islam, itu adalah yg terbaik waallahu'alam~ :)

miss choki said... REPLY

hmm, banyak info yang saya dapat..terima kasih

izahanid said... REPLY

terharu!

Anonymous said... REPLY

skarang nie mcm2 fesyen da mcm shawl , pashmina n what so ever lha .. b0leyh ke kal0 pakai .. sye brtudung labuh tapi bile 0rg laen sumenyer x dek yg tudung labuh mmbuatkn diri sye rse janggal sgt ... 0g laen p0n katee yg sye nie x taw fesyen...

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@miss choki

insyaallah. sama2 kita beramal. :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@izahanid

=')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

jgn risau ckp2 org tu yg penting adlh pndgn Allah :)

kalau psal trend skrg ni yg mostly shawl pashmina tu actually tak ada mslh pun nak pakai cuma kita sndiri kena bijak memakai.


bijak yg cne? pilihla material yg tak nipis misalnya pashmina ye, dia cam tebal sikit, and labuh. paling penting labuhkan yg mana perlu. but mostly ramai yg pakai salah cara and tgk pn kaler and corak2 sumenye terang2 yg boleh menonjolkan diri. mcm dah tabarruj pulak. :)

hanya org yang benar2 org beriman boleh pakai pakaian org beriman. faham kan? :) susah nak cari org yg pakai tdg labuh yg benar2 consistant. Waallhu'alam. :)

Anonymous said... REPLY

Assalamualaikum....
maafkan saya...saya copy Dr.Cinta punya post...kerana ia sama dengan apa yang tersimpan dalam hati saya...malah saya juga seorang pelajar sekolah agama yang memakai tudung labuh...

entry Dr.memang menarik..
seronok untuk dijadikan bahan bacaan buat remaja zaman sekarang..(termasuk saya)..
saya copy entry Dr. kerana saya ingin menyampaikan juga kepada teman-teman saya yang lain...

maafkan saya ya..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

eh takpe je :) ambik je k. syukran.

Anonymous said... REPLY

assalammualaikum,akak DC

dh lama xintai dr cinta punye blog..
amat t'tarik dgn post ttg cinta2
memg jiwa remaja ingin kpd itu..
dan ad 1 post tu sama dgn diari sekolah sy :]

dan 1 lg post di atas ni..
ye,
sy akui memg sy sgt2 rindu pd zmn sekolah sy..sgt b'beza bila msuk u,
dlu mse skolh nk sgt cpt habis belajar..tp skrg lain plk rse.hii
shbt yg sy sgt rindui..cikgu2 yg selalu bg smgt..
wlpon dpt b'hubung dgn dorg tp sy msih rse rindu..pd pakaian sy.
sy skdr patuhi peraturan sekolah
xprnh fikir klbhn pakai tudung labuh
namun pd mse yg sama sy rse selesa krn rse dilindungi b'bnding dgn mse skrg

keinginan sgt meluah2 utk kmbli sprti wktu itu.cuma sy malu sbb sy bimbg pd suara2 yg mengatakan 'pakaian tidak menunjukkan sifat' sbb bru2 ni diri sy prnh diperkatakn mcm tu.tp sy terima dgn hati t'buka tgurn tu.

niat utk pkai tdg labuh bkn sbb rindu terutamanya,tp mahu tutup lebih smpurna..(pglmn pahit ditiup angin susah nk tarik tudung yg pndek..)

FiZ said... REPLY

salam.

your words are really great dear...

suka sangat baca ayat-ayat kamu yang kadangkala sangat menusuk jiwa.

teringin nak buat perubahan ini.one day mungkin....

ana said... REPLY

pasal soalan ANONYMOUS yg dia tanya macam mana dengan perempuan yang dah bertudung labuh tapi masih nampak bentuk dada?

saya teringat artikal yg saya baca tentang fesyen muslimah dalam satu majalah ni. Dia kata perempuan yang pakai tudung wlwpun dah labuh tapi msih nampak bentuk dadanya itu kerana jenis kain tudung yang dia pakai. Tips dia jangan pilih kain tudung yang melekat pada badan atau kain yang melekat pada baju yang dipakai.

contohnya, baju T-shirt dipadankan dengan tudung drpd benang biasa bukan drpd benang yang licin seperti benang nilon (ada tak) yg pasti jenis licin. so dia takkan melekat pada kain baju yg dipakai. Seterusnya tak adalah bentuk dada.

*Hanya teringat pada artikal tu

Anonymous said... REPLY

salam dr. maaf, sy nk tya pendapat sket. ape pndpt dr. tentang perempuan yg pakai tdg labuh tp bercouple.

maaf, sy nie ketinggalan zaman sket. bru sempat baca entry.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous


insyaAllah :) keinginan tu dah ada, and tinggal usaha shj. mmg bila sst yg dah ditinggal pergi tu sgt dirindui kan? :)

even satu mse dulu kita tak berapa suka tapi rupa2nya bru kita sedar yg kita tak suka tu penuh hikmah :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@FiZ InsyaAllah sama2 berdoa ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ana syukran atas perkongsian :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

pd saya, satu benda yg baik tidak boleh dicampur adukkan dgn yg x baik. yg halal dicampurkan dgn haram.

"Apakah caranya untuk berkapel sambil menjaga batas pergaulan?"

Maaf, soalan ini tiada jawapan kerana "kapel" dan "menjaga batas pergaulan" tidak dapat disatukan. Samalah juga jika saya tanya: "Apakah caranya untuk menggenggam besi yang merah panas tanpa melecurkan kulit?"

wallahua'lam.

-Aiman Azlan-

sy tidak rasa bercouple itu mulia dan kononnya trend remaja sekarang, siapa yg tak couple dia kolot. lebih2 lagi ianya turut dikaitkan dgn tudung labuh.

bg sy, tudung labuh adalah besar maknanya. tudung labuh merupakan perlindungan. perlindungan dri apa? sewajarnya mereka yg bertudung labuh dapat melindungi diri dari bermacam3 godaan dunia.

kerana wanita bertudung labuh adalah istimewa. kerana dia dilindungi.

tidak ada cinta sebelum nikah. jika ada semuanya punah ranah. sy hanya percaya pada cinta selepas nikah :)

a i m z said... REPLY

dah lama entry nih. tapi nak komen jugak.

saya bukan lah insan terpilih untuk menyarungkan tudung labuh. saya tidak memilih bertudung labuh. saya tidak pernah memakai tudung labuh sehayat saya.

tapi saya tidak pernah mencaci pemakai tudung labuh.

malah, saya respek lagi adalah.

terus terang, saya ada jugak rasa nak pakai tudung labuh. tapi saya tidak memilih untuk melakukannya. sebab saya nak menguatkan iman dahulu. saya nak menutup aurat dengan sempurna dulu.

bolehkah?

kalau boleh, saya nak bertudung labuh setelah berkahwin. . .

sungguh saya insan jahil.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@a i m z

insyaALlah boleh ya ukhti. perubahan itu mesti pelan2. dari sikit2 lama2 jadi bnyk. biar kita istiqamah dgn amalan yg sikit.

takpe try yg mane mampu dlu, bile kite rasa dah mmpu, baru kita buat step yg next pulak and paling pnting berdoalah kpd Allah atas hidayah itu. Amin :)

fathiahRAIHANA said... REPLY

hari ni ana tak pegi sekolah. jadi marathon blog akak. marathon betul betul, ulang baca apa yg dah pernah baca. dgn harapan hati ni makin lembut, hihi.
mmg ana malas pun nak komen ngn blog akak, segannn >,< heee.

tapi baca entry ni, entah dah berapa kali, haih rindu jugak nak pakai tudung labuh pun :) rindu diri yg dulu, masa duduk dlm environment skola agama.
entah bila nak mula semula semua tu. environment skrg sangat tak membantu T__T
kadang2 terasa jugak nak brtudung labuh terus, tapi banyak sangat cabarannya. teringin nk menutup dgn lebih sempurna, tp sungguh tak kuat lagi setakat ni --" macamana ni akak? :')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@fathiahRAIHANA

hep! tak pegi skolah eh hehe.takpe slow2 dik, akk pun bukan pakai tudung labuh slalu. sbb nak pakai tdg labuh ni mmg payah. environment kita, nak2 lagi perempuan ni mmg suka je cantik, beruntunglah mereka yg betul2 istiqamah.

bagi akak, kita kena kuat la if nak istiqamah ni, coz act ni bukan perkara mudah pun. takpe pelan2, mcm akak buat, skali seminggu tu mmg kena ada la pakai tudung labuh. sbab nak lepas rindu! :D

if kuar pulak akk jrg pakai tdg labuh, tapi berusaha jugak cuma susah sikit la. slowly dik, insyaAllah Allah tolong. :)

Anonymous said... REPLY

saya teringin nak pakai tudung labuh.
tapi saya takut saya tak kuat untuk teruskan.iman kan ada masa turun, ada masa naik.kalau saya bertudung labuh, akhlak saya kena jaga. insyaAllah saya boleh cuba. tapi saya takut saya tak mampu istiqamah. nanti orang cakap macam2..lagi satu, saya tak tahu nak cari kat mana tudung labuh biasa yang takda awning/syria tu. tolong bantu saya.. miss X

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous
alhamdulillah if dah ada niat sudah cukup baik! :D insyaAllah Dia akan permudahkan.

tudung labuh mostly bnyk sy jumpa kat kelantan/terengganu la. if tmpat lain saya pernah nmpak kat bangi. tudung labuh bulat. macam kat warta. tapi if nak buat sendiri pun boleh. beli kain bbrp meter lepas tu hantar kedai jahit.


or or awk beli ke online. :) yg ni antra kedai yg akak tahu la

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.206630712742249.50437.197171220354865&type=3

try la tanya akak ni, dia ada amik tak. tak perlu takut utk berubah. ;)) and slowly changing for good okay ;)

Dr. NSJ said... REPLY

syukran for a very nice entry..ur entry does make a sense..and im learning to make it as constant as i can..insyaAllah..well done on ur entry Dr.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Dr. NSJ

InsyaAllah dear :)

Anonymous said... REPLY

assalamualaikum dr, sy xtau kenapa setiap bait prkataan dan pendapat doc sy rasa mcam betuuuuuuul2 setuju. adakah kita sefikrah, sefitrah or sng cakap sekepala?? hehe.. sy seorg yg b'tdung lbuh after hbis spm dr salah sebuah skolah agama mase f4 dan f5, lower form dlu sek biasa je dan skrg mununtut di kolej. sy berani akui yg sy BUKAN BUDAK SEMPURNA, well manusia xde yg perfect, kadang2 tergelincir jugak, TERngumpat, TERkutuk org, TERgelak2 dan sbgainya.. tp sy KENAL DIRI sy yg sy bukanlah jnis org yg teruk smpai mcm gitu skali..klw ade pun sikit2..dan biasanya attitude sy sng berubah ikut environment, konon kata nak adapt lah.. mse kat institut pgjian tsbut sy terkontang-kanting sbb org skeliling yg rapat dgn sy kbanyakan jnis yg.. kureng, klw nk bawak diri org kata kera sumbang lah, alim sorang2 lah apalah.. jd sy terikut2.. then bila dah buat kesilapan tu sy akn menyeeeeeeeeeesal x sudah..mngis2 dlm musollah.. rasa mcm "berdosanyerrrrr apa aq buat tadi!!" well mcm doc kata lah biasa bdk tdung lbuh ni "sentiasa ada usaha nak perbaiki diri". after that sy cuba perbaiki diri dan betulkan kesilapan lalu tapi environment which is org sekeliling ttap dgn cara yg sama.. jd sy nak tahan bnde2 tu suma rasa terseksa, tension, stress suma. at the end sy bawak diri, means jauhkan diri dr dorg.. but tiba2 dorang pndg serong kat sy or sng cakap, dorg fikir sy dah buat jahat xnak mgaku jahat..tp before that sy dah prnah buat perbincangan dgn dua org tu apa msalah sy tp dorg mcam x faham.. main eleh2 jer.. then scra x lgsung sy TERbawak imej buruk psal prmpuan tdung labuh dsbbkan sikap bawak diri tuh.. sampai skrg sy x dpt maafkan diri sy, mgkin smpai mati pun sy xkan maafkan diri sy.. sy harap klw dpt jmpe doc suatu hr nnti, mgkin doc saja yg faham persaan sy.. dan terima kasih krn dlm entry ni mnunjukkan yg doc faham msalah2 org mcm kita :) ehem! syukran wa wasalam.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous waalaikumsalam, hihi mungkin ;) itulah org kata, tudung labuh tu bertindak sebgai pelindung. org akan expect much on pemakai dia. insyaAllah. :)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta