365 hari mencari cinta: 9 bulan dari sambutan tahun baru

1:16:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah the Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) Alhamdulillah selamat sampai jugak, saya and the gang menjejakkan kaki ke Terengganu walaupun 'Bas 2-tingkat tersangkut bawah jambatan', owh tragisnya. Macam ni lah kowt if keluar paper. 



Fake habis lah.




Okey, habis cerita itu. 

***




Jujur bertanya pada diri.  Apakah matlamatmu dalam hidup? Apakah tujuan cinta yang kamu cari itu? anda punya jawapannya sendiri. Dalam jangka masa 365 hari, sudah berapa banyak cinta kekasih bertukar ganti? Ibarat menukar pakaian. Tidak suka, buang, tidak bergosok, tukar yang lain, sudah tidak muat beli yang lain, apakah cinta kita semudah itu?



Perlu kita ketahui tingkat-tingkat cinta yang seharusnya kita utamakan;




Allah
Rasul
Jihad
Akhirat
Dunia (Rumahtangga,suami isteri, anak cucu, rumah, kenderaan etc.)




Wujudkan link dengan Allah dahulu, kamudia rasul-Nya, cintakan perjuangan serta utamakan akhirat dahulu, baru DUNIA.  Dalam cinta dunia ini adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan kita. (sumber dari ceramah di Masjid Negara, Kuala Lumpur.)




Malangnya cinta DUNIA diletakkan nombor satu berbanding cinta lain-lain.




Mengajak anda berfikir, 9 bulan dari tarikh;


sambutan malam tahun baru
sambutan hari Valentine
sambutan kemerdekaan
sambutan konsert-konsert
sambutan hari jadi secara bebas
sambutan pesta-pesta sosial






akan bertambahlah bilangan anak luar nikah, yang tidak punya bapa, yang dibuang merata-rata. Ketika ini, sucikah cinta? Imbas kembali, apakah tujuan cintamu sebenar? Dalam jangka masa 365 hari, adakah tujuan cinta kita kepada Allah sudah tercapai? Adakah rasa takwa sudah meningkat? Adakah rasa zuuk beribadah sudah mula membuak-buak? Adakah kita sudah mula suka untuk menjalani perintah Allah? Tepuk dada, tanya iman. Sedikit nukilan dari saya, secebis peringatan buat diri sendiri dan juga sedikit buah fikiran buat pembaca untuk berfikir. 



Jangan buang masa dalam 365 hari mencari cinta, tetapkan matlamatmu.




p/s: pasal nak letak lagu dalam entry boleh pergi terjah belog ini untuk tutorialnya.

7 patient (s) need treatment

  1. sudah sampai terengganu? kat mana? IPG eh?

    ReplyDelete
  2. betul2... tulaa pasal..

    teruk tul.. anggaran 10ribu anak luar nikah di daftarkan di malaysia setiap tahun..

    tu belum kira yg buang anak, yang mati, yang gugur, yang tak daftar.. adui mcm2..

    ReplyDelete
  3. @Qamarul

    fullamak, ada statistik lagi tu, bagus2~ terlalu banyak anak luar nikah, kesian budak2 tak berdosa ni kan?

    ReplyDelete
  4. im from terengganu jugak.
    btw, selamat thn baru dr cinta.
    Moga tahun ini pencarian cinta yang hakiki akan berterusan. amin.

    ReplyDelete
  5. hamba allah7:58:00 AM

    dr cinte...

    lebih suke klo tahap2 cinta itu sebegini..

    ALLAH
    RASUL
    IBU
    BAPA
    FAMLY
    (SUMBER DR SOLUSI)..:)

    ReplyDelete
  6. hamba allah7:58:00 AM

    dr cinte...

    lebih suke klo tahap2 cinta itu sebegini..

    ALLAH
    RASUL
    IBU
    BAPA
    FAMLY
    (SUMBER DR SOLUSI)..:)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers