Followers

20101130

Maha kaya cinta

Salam to all readers~ =) rasa ingin menulis lagi. Saya bukanlah penulis belog tegar yang setiap hari ada post2 baru. Saya menulis lebih kepada untuk memotivasikan diri. Andai ianya memberi kebaikan kepada anda-anda, alhamdulillah, segala puji-pujian bagi-Nya. Moga tulisan-tulisan ini memberi manfaat dan motivasi kepada anda di samping dapat menambah ilmu. (Kadang-kadang saya menulis dalam bentuk serius dan kadang-kadang saya akan jadi manglish dan juga kadang-kadang saya main tuliiisss je apa-apa tak ikut rentak -___-)





Ini cuma satu perkongsian. Saya percaya dah ramai yang tahu tentang 1001 motion ni. Dah pernah baca dekat belog orang lain. Yang dah baca, boleh je baca lagi, untuk peringatan bersama. Manusia ni kan ada sifat LUPA sikit. Boleh lah recall2 balek kan? Yang belum baca lagi, berfikirlah selagi mana akal kita boleh berfikir. Selagi mana nyawa masih dalam jasad. Selagi mana udara ini kita boleh hirup.




***


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup....


Begitulah jua setelah kamu banyak memberi pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah kamu sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak akan melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

[sumber]


Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang! Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya, janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....



*****




Dalam konteks perhubungan sesama manusia, pasti akan ada jatuh bangunnya, pasti ada onak durinya. Inilah panduannya. Bukan hanya kerana cinta antara lelaki dan perempuan. Konteks pergaulan sesama sahabat2 juga perlu dititik berat. Lupakah kita, andai di dunia ini kita berkawan baik sangat rapat, tapi di akhirat kelak, bayangkan bestfriend anda adalah musuh anda! Saling menyalahkan antara satu sama lain.'Kenapa kau tak tegur aku dulu?' Semua ini kerana perhubungan yang tidak terjaga.



Mengapa perlu sempitkan akal fikiran CINTA hanya itu? Mana pergi nilai cinta kepada DIA, Allah pencipta Cinta? Mana pergi nilai cinta kepada Rasulullah, kekasih Allah? Mana pergi nilai cinta kepada kedua ibu bapa? Mana pergi nilai cinta kepada ahli keluarga? Hilangkah sudah nilai cinta kepada sahabat handai?



Luaskan skop cinta anda. Ada yang bertanya, kenapa jadikan cinta sebagai tema belog ni? Jangan bosan andai cinta menjadi topik utama.




Lupakah anda pada para remaja seperti kita, yang hanyut kerana cinta. Pergaulan bebas tidak terkawal, pembuangan bayi merata-rata, etc etc. Banyak sekali kejadian negatif yang menimpa bumi yang kian usang semuanya hanya kerana CINTA. Tidak ada panduan malah mungkin tidak berpeluang untuk mengenali apa erti cinta sebenar-benarnya. Kerana cinta, manusia boleh menjadi mulia dan kerana cinta jualah manusia boleh menjadi hina. Saya tidak dapat membuat apa-apa solusi tentang isu-isu yang kian menakutkan kini, melainkan terus menulis dan terus berkongsi serta memperjuangkan erti CINTA yang sebenar. 




Justeru, jika kita sempat mengenali cinta-cinta kecil di sekeliling kita, kita perlu kenal siapa yang mencipta CINTA ini. Allah. Dialah yang Maha kaya Cinta, tuhan sekalian alam yang menciptamu dengan CINTA dan memberikan engkau hidup dengan cinta.

Jadikan sebagai slogan hidup! =)



p/s: Kagum dengan tulisan-tulisan ustaz Hasrizal dan Ustaz Pahrol yang memperjuangkan erti cinta yang sebenar dan membuka mata banyak pihak.






p/s/s: Saya bukanlah insan terbaik untuk memberi nasihat tentang cinta, hidup dekat dunia ni baru 19 tahun, pengalaman tipis sekali, dan masih menuntut ilmu dalam mengenali dunia. Justeru, ambillah yang mana baik. Saya sekadar memberi peringatan terlebih dahulu kepada diri saya sendiri juga sebagai saudara sesama islam bukan untuk menunjukkan saya sempurna, tidak sama sekali. Tidak ada manusia yang sempurna selain DIA. Jauh sekali sewenang-wenangnya untuk menyakiti mana-mana pihak andai ada tulisan saya yang anda tidak setuju. Saya menulis untuk memotivasikan diri, jika ada kebaikan ambillah, jika terdapat cacat celanya tegurlah. =)







Syukran Jazilan for reading

2 cinta yang tidak mungkin bersama

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Salam to all readers~ =) Semoga kita sentiasa di bawah naungan rahmat-Nya. Amin. Sebagai manusia, sebaik-baik kejadian, kita berhadapan dengan enam persimpangan. Terletak di tangan kita bagaimana untuk memilih.









Iblis laknatullah berada di hadapan kita; seringkali mengajak manusia meninggalkan ajaran Islam, meninggalkan segala perintah dari Allah dan melakukan larangan-laranganNya. Seandainya sesiapa yang menuruti perintah sang iblis laknatullah ini maka hilanglah Islam dari dalam dirinya.




Jiwa di sebelah kanan kita; sering saja mengajak manusia melakukan maksiat. Sesiapa yang memenuhi tuntuan jiwa maka hilanglah darinya nilai nyawa.




Nafsu di sebelah kiri kita; mengajak manusia memenuhi syahwat. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsu, maka hilanglah darinya.




Dunia di sebelah belakang kita; mengajak manusia berpaling dari memilih Hari Akhirat yang kekal. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilanglah Hari Akhirat dari dalam dirinya.




Anggota tubuhmu berada di sekitar tubuh kita; mengajak manusia melakukan dosa. Sesiapa yang memenuhi ajakannya, maka hilanglah syurga dari dirinya.




Allah berada di atas kita; mengajak manusia masuk ke SYURGA serta mendapat maghfirah (keampunan) dari-Nya. Maka hilanglah dari dirinya segala kejahatan dan dia memperoleh semua kebaikan.




Dugaan ada di mana-mana, syaitan laknatullah pernah berjanji setia untuk melumpuhkan umat Islam dan berikrar untuk menarik hamba Allah untuk bersama-sama mereka dalam neraka kelak. (nauzubillah) Justeru itu, mintalah kepada-Nya agar dikurniakan ketetapan hati (sesungguhnya hati itu bersifat bolak dan balik) setiap kali usai solat. Mohonlah kepadanya kerana sesungguhnya Allah itu malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang berdoa dengan penuh pengharapan. DIA suka kita meminta tetapi jauh sekali manusia suka akan manusia lain yang selalu meminta-minta. DIA murka andai kita angkuh dan bongkak kerana tidak meminta kepada-Nya. Kerana kita sombong dan begitu mudah menyangkakan bahawa segala yang didapati hanya dengan usahanya bukan dari-Nya.  




Cinta Allah dan Cinta Maksiat
Cinta Jihad dan Cinta Kehidupan
Cinta Pengorbanan dan Cinta Kekayaan
Cinta Kebenaran dan Cinta Kepimpinan
Cinta Perdamaian dan Cinta Balas Dendam
Cinta Gerakan Perbaikan dan Cinta Kerehatan
Cinta Perjuangan dan Cinta Kesenangan
Cinta Keadilan dan Cinta Kezaliman
Cinta Kebaikan dan Cinta Penipuan







Dua cinta yang tidak akan pernah bertemu, andai cinta itu saling bertelagah dan saling berpaling. Dua cinta yang punya nilai berbeza itu tidak akan mungkin bersatu andai salah satu cinta itu masih ada dalam diri setiap insan, seorang hamba yang berjalan di atas muka bumi Allah dengan bongkak dan sombong. Setiap insan itu punya fitrah beragama, untuk kembali kepada agamanya, Islam. 



Andai engkau sedar yang engkau kini mencari cinta yang SALAH, berpalinglah dan kembalilah ke jalan yang benar. Allah ada. Allah itu sentiasa memerhatikanmu, saudaraku, sahabatku. Andai engkau kini semakin tahu jalan yang engkau tuju sebenarnya membinasakan, berubahlah mencari kembali jalan yang lurus. Kerana DIA ada di setiap kembara mencari nur kasih-Nya. 


p/s: Dah berapa banyak kita KEHILANGAN? Choises in our hand, jangan pilih jalan gelap! =)



Syukran Jazilan for reading

20101128

Cinta tanpa syarat

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah the Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) Semoga kita sentiasa di bawah lembayung rahmatnya. Amin. Alhamdulillah, kita masih lagi boleh bernafas menghirup udara segar di bumi Allah kerana cinta dari-Nya. Sungai yang mengalir adalah kerana cinta, matahari memancarkan cahaya juga kerana cinta, berlabuhnya malam dan siang membuka tirai adalah kerana cinta. Itulah tanda cinta dari Allah yang membenarkan hamba-hambaNya terus bernafas di muka bumi ini walaupun nikmatnya sering dilupakan, walau seribu kurnia dari-Nya dinafikan, walaupun dirinya sebagai pencipta dipandang enteng oleh hamba-Nya. Semuanya kerana CINTA dari Pencipta alam ini.




Jika dia seorang perdana menteri mahupun doktor yang berjaya, juga pemegang jawatan yang tinggi pada hari ini, dia juga lahir dari cinta ayah dan ibu. Jika dia yang lahir itu seorang penderhaka, perosak muka bumi, juga lahir dari cinta ayah dan ibu. Semuanya kerana cinta. Dan bagaimana manusia itu mengendalikan cinta yang dia punya. Dengan cinta, manusia boleh menjadi mulia dan dengan cinta manusia juga boleh menjadi hina. Terpulang kepada individu bagaimana dia menjaga erti cinta itu. Sungguh kasih ayah dan ibu itu tulus dan suci, cinta tanpa syarat. Mereka sanggup berjaga malam semata-mata untuk menemani si anak yang meragam, semuanya cinta tanpa syarat. Sedangkan apabila si ibu bapa itu sudah tua, saat meminta anaknya menemani tidur mereka, mereka diherdik tanpa belas kasihan, kesibukan menjadi alasan. Itulah cinta sang anak yang banyak syaratnya.





Mungkin kita juga lupa, tentang durasi masa 9 bulan kita dikandung dalam perut ibu di alam rahim. rahim = kasih sayang. Sang bayi dijaga dan dibelai dengan kasih sayang. Si ibu tidak menghiraukan sakit pinggangnya, penatnya mengendongkan engkau sang bayi. Tidak disangka dia melahirkan seorang penderhaka, seorang perosak muka bumi, seorang penganiaya terhebat di dunia. Dia cuma punya secebis harapan, untuk melihat kau bahagia dengan cinta tanpa syaratnya tapi engkau mensia-siakan cintanya. Sungguh cinta sang anak bersyarat-syarat.





Lupakah kita pada jasa sang ayah, mencari nafkah untuk sang anak dan seluruh isi keluarga. Penat lelahnya dari pagi hingga ke malam bekerja. Apabila dia meminta tolong darimu engkau tidak mengendahkannya. Cuma pertolongan kecil sahaja, engkau tidak peduli. Kata engkau, ayahku asyik tiada di rumah, tiada perhatian lansung ayah berikan kepadaku, kerja, kerja, kerja! Tidakkah engkau tahu, betapa dia sangat ingin mencari masa untuk bersamamu, pencarian nafkahnya hanya untukmu. wahai sang anak, fahamilah ayahmu. Sungguh dia melakukannya kerana cinta tanpa syarat. Tapi engkau meletakkan cintamu begitu banyak syaratnya tanpa sedikit pun peluang kau berikan....




Ke makam bonda by UNIC










Dan...apabila si ayah dan ibu telah pergi meninggalkan kita di bumi ini, barulah kita sedari betapa besarnya cinta tanpa syarat mereka. Terkenangkan segala cinta bersyarat-syaratmu itu satu ketika dulu. Jangan sampai memakan dirimu. Akhirnya engkau sedar cinta mereka itu tak dapat dicari ganti. Walau dengan cinta suamimu atau isterimu suatu hari nanti, juga cinta dari kekasihmu jua. Cinta mereka tanpa syarat. Yang mereka tahu cinta kepadamu adalah tulus dan ikhlas. Balaslah kasih dan cinta tanpa syarat mereka ini dengan kejayaan bukan kemaksiatan. Balaslah cinta dan kasih mereka ini dengan mendoakan kesejahteraan mereka.




Andai di saat ini engkau sudah kehilangan mereka, sedekahkan al-Fatihah buat kedua orang tuamu, atau ayahmu, atau ibumu yang sedang berada di alam sana, alam yang lebih kekal. Mereka menantikan doa dari anak yang soleh dan solehah. Ya, engkaulah anak itu, saudaraku. Balaslah jasa mereka, gembiralah hati mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.




p/s: Kredit to Ustaz Hasrizal.Sebak pulak tiba-tiba, huhu~ betapa banyaknya dosa-dosa sepanjang bergelar 'anak'.


 UPDATE: Thanks for those who are giving me these awards. =) I really appreciate it~





Also thanks to people yang pernah kasi awards before this dekat dr. =)




Syukran Jazilan for reading

20101126

Calon menantu: wanita wajib tahu masak, lelaki wajib jadi imam!

Salam to all readers~ =) Ohaiyo, morning. baca night kalau waktu malam. =D 



Ini bukan entri diskriminasi gender tapi realiti. =)



Antara kriteria wajib untuk seorang wanita ialah pandai masak, Lepas kahwin senang, kalau tak pandai masak susaah. (Owh tak layak cakap lagi, sekadar satu pandangan). Para mentua pun letak syarat; carilah wanita yang pandai masak. Kalau tak pandai masak, eish, kena kutuk pulak, kena belajar, nanti malu lah dekat mak mentua dekat sanak saudara sebelah sana. Sebelum kawen masa muda-muda belasan tahun ni tak nak belajaq. sapa suruh? Ye laah kan busy, kita kan wanita bekerjaya. Mana ada masa nak duduk dapuq je naa. Pendek kata, tak sempurnalah seorang wanita tu jika tak pandai masak. 'Eishh malunya tak reti masak ni' getus hati sang gadis. Diri sendiri rasa belum lengkap lagi nih sebab tak reti masak, bukan dia tidak mencuba tapi kekangan masa yang banyak menghalang...










Kita terlepas pandang. Lelaki, bolehkah anda jadi imam? wanita jika tak tahu masak disuruh belajar, lelaki tak tahu jadi imam (tak tahu ilmu agama, al-fatihah pun tunggang langgang) disuruh belajar jugaaa, tapi nantilah. Eh, tak pe lah. Nanti I belajar lah. I nak belajar tapi kekangan masa lah you...Sedangkan ini lebih penting, kaum adam. Syarat utama untuk jadi seorang suami mesti wajib tahu pasal ilmu agama (tak tahu agama, jauh lagi nak jadi imam). Aish kalau nak letak syarat macam ni makin ramai lah wanita kahwin lambat. Para lelaki kebanyakannya letak syarat kepada wanita atau kepada gelifriendnya wajib pandai masak! Perlu pikat suami dari air tangan isteri.


Cakap kat buayafriend anda, eh kalau macam tu saya nak awak kena tahu jadi imam! =) haha. Wanita pandai masak ramaaaaai, tetapi berapa kerat lelaki yang mengamalkan solat jemaah bersama keluarganya di rumah. Sang pria mahukan gadis pandai masak tertunai, tapi selera sang gadis yang mahukan seorang imam untuk memimpin setiap solat-solatnya? Tertunaikah? Tajwid tunggang langgang, al-fatihah pun tak kenal, jauh sekali untuk solat apatah lagi imam! (nauzubillah, ini realiti)








Maka, yang mana lebih berbahaya? Wanita tidak pandai masak kah? masih boleh carik makanan dekat luar, masih boleh hidup lagi. Lelaki yang tak ada bekalan ilmu agama? Siapa yang nak memimpin keluarga? Ye, masih boleh hidup, tapi hidup dalam redha Allah kah? hidup dalam maksiat kah. Lelaki itu dengan keluarganya umpama imam dengan makmumnya. Makmum berhak menolak kepada calon imam yang tidak disukainya. Imam yang dia tak suka, dia tak boleh jadi makmumnya. Imam harus baik bacaannya, paling baik di antara para makmum. Para lelaki yang tidak punya bekalan agama (atau kureng) wanita juga berhak menolak mereka. Justeru itu, para lelaki persiapkan diri kamu untuk menjadi seorang imam, seorang pemimpin yang bakal memimpin keluarganya. Perkahwinan (eh eh) bukan satu perkara mainan. Jika kamu memikirkan perkahwinan itu hanya sesuatu yang menghalalkan yang haram, anda salah. Perkahwinan merupakan suatu tanggungjawab dan amanah. Boleh baca sini. KLIK SINI.



p/s: eh tak layak nak cakap pasal ni tapi ini sekadar pandangan. Realiti bukan? Girls out there, letak syarat ini kepada para lelaki supaya kebahagiaan terjamin, cewah. Apa erti sebuah perkahwinan andai bekalan ilmu agama tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Bukan soal kahwin saja, tapi di usia muda ini lah, kita masih belasan tahun, atau awal dua puluhan tahun, inilah sebenarnya masa untuk kita persiapkan bekalan agama secukupnya. Tidak hanya 'hidup untuk ENJOY!Hidup kan sekali jerrr!' Ewah. Hidup yang sekali ni lah kita kena persiapkan untuk hidup yang sepanjang masa di alam sana. Tuntutlah ilmu di dunia sebagai bekalan akhirat. Terdetik menulis ini setelah membaca Aku Terima Nikahnya and Bercinta Sampai Syurga by Ustaz Hasrizal and curently reading Murabbi Cinta by him too. Credit to Abu Saif. Selamat beramal~ =) 





UPDATE: Imam itu maksudnya pemimpin. Dan imam itu berkait dengan solat berjemaah. Solat berjemaah yang dinyatakan di sini bukan HANYA di masjid-masjid mahupun di surau-surau sahaja. Menjadi imam di rumah juga boleh, mengimamkan anak-anak dan isteri. Baik untuk mendidik ahli keluarga untuk turut berjemaah juga dapat mengeratkan hubungan sesama ibu bapa dan anak-anak. Kualiti masa bersama keluarga itu jelas penting. Saya bimbang ada yang terkeliru. Jemaah mesti di masjid, ye memang seharusnya kaum lelaki harus bersolat jemaah di masjid bahkan sepatutnya jika rumah dekat dengan masjid (khususnya) dah dengar azan, paksa-paksa dirilah ke masjid untuk berjemaah tapi  kadang-kadang boleh jadi imam dekat rumah je. Contoh solat terawikh tak semestinya dekat masjid or surau je boleh buat, dekat rumah pon boleh (jika ada kesulitan seperti cuaca tak mengizinkan like hujan, sakit ke). Pahala solat berjemaah seperti yang kita tahu 27 darjat berbanding solat sendirian yang hanya 1 darjat, saya jelaskan sekali lagi:


Solat sendirian:
1 darjat x 365 hari x 5 waktu =  1,825 darjat


Solat berjemaah:
27 darjat x 365 hari x 5 waktu = 49, 275 darjat




Daripada Ibnu Umar yang bermaksud; "Solat jemaah lebih utama dari solat sendirian sebanyak 27 darjat."
(Mutafaq alaih)


Solat sendirian selama 27 tahun darjatnya hanya sama dengan setahun solat berjemaah. Nak pahala lebih bukan? Alangkah baiknya jika solat jemaah itu boleh dipimpin oleh seorang ayah. Jom prefer solat jemaah. Harap tidak ada yang terkeliru lagi~ =)





Syukran Jazilan for reading

20101124

Kita punya satu hati

Salam to all readers~ =) Malam sudah menyapa kita. Indah malam datang menggantikan siang. Allah menciptakan siang untuk kita keluar bekerja untuk mencari rezeki dan belajar untuk bekalan ilmu dan Allah menjadikan malam untuk manusia berehat dan beribadah kepada-Nya. Allah telah banyak berbicara mengenainya dalam al-Quran.



Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (Al-An’am 6:96)


Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab siksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
(Al-A’raf 7:4)


Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).
(Yunus 10:67)



Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
(An-Naml 27:86)



Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat, tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)
?(Al-Qasas 28:72)



Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur.
(Al-Qasas 28:73)



Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurnia-Nya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
(Ghafir 40:61)

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
(Al-Naba’ 78:9)


Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?(Al-Naba’ 78:10)

Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?
(Al-Naba’ 78:11)


Kita dianugerahkan akal fikiran oleh Allah, maka gunakanlah untuk berfikir....



Manusia, sedarkah kita bahawa;

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan kerana seharusnya kita melihat apa yang ada di hadapan.


Kita dilahirkan dengan dua telinga, satu kiri dan satu kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah, menangkap pujian mahupun kritikan dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.


Kita dilahirkan dengan otak di kepala, di dalamnya ada akal yang tersembunyi sehingga betapa miskin pun kita, kita tetap kaya kerana tak seorang pun dapat mencuri akal kita yang lebih berharga daripada permata.


Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut kerana mulut adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, memfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara tapi banyak mendengar dan melihat.


Kita dilahirkan dengan satu hati yang mengingatkan kita untuk menghargai dan memberikan cinta dan kasih dari lubuk hati. Belajar untuk menyintai dan mengasihi saudara seagama untuk dicintai dan dikasihi tetapi jangan mengharapkan orang lain mencintai dan mengasihi anda SEBANYAK yang sudah anda berikan.


BERILAH CINTA & KASIH SAYANG TANPA MENGHARAPKAN BALASAN, MAKA ANDA AKAN MENEMUKAN BAHAWA HIDUP INI TERASA LEBIH INDAH. CINTAILAH KERANA CINTA KEPADANYA ADALAH CINTA YANG HAKIKI. CINTA TANPA SYARAT DAN TANPA MENGHARAPKAN BALASAN! =)








p/s: Manusia tak akan pernah berhenti mencari DUNIA & mudah melupakan AKHIRAT.



Syukran Jazilan for reading

20101118

Nilai putus cinta

Salam to all readers~ =)




Anda rasa geram saat diputuskan? Rasa nak menangis tanpa henti? On Cinta ke 32229. Ceh tak adalah. Kita selalu bersikap sangat emosional semasa melalui hari-hari yang sukar dalam hidup kita. Termasuk putus cinta. Dulu dah pernah jugak buat post pasal ini, dalam post SESUNGGUHNYA ALLAH MEMANG SENGAJA  & BILA KITA LUPA CINTA ALLAH. Boleh klik untuk baca.Yang ni pun boleh jugak baca, versi edit dan copy. TIPS MENGATASI PUTUS CINTA.




Klik jangan tak klik. seperti yang dr cakap dalam entri post sebelum2 ni. Cinta ni macam tu lah, macam dalam entri SKRIP CINTA YANG BERULANG. Hati manusia yang mudah berubah, mudah menyakiti, mudah disakiti. Perkara pertama anda perlu buat ialah bersifat positif! =D cewah. Tahu tak kenapa Allah memutuskan? 




Kerana Allah nak gantikan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang ini. Yang dolu2 tu tak berapa baik untuk kita, untuk masa depan kita, untuk diri sendiri. Allah tahu yang terbaik. Berkali-kali saya pesan kepada diri sendiri (tapi tak reti-reti jugak T____T) dan anda-anda semua.












Keupayaan kita, akal kita terbatas tidak boleh dibandingkan dengan ilmu dari-Nya. Pengetahuannya Maha luas. Sungguh setiap satu peristiwa itu ada dalam pengetahuan-Nya. Peristiwa semalam, kini dan akan datang hanya Dia yang tahu, dan kita tidak. Hatta daun yang akan gugur ke tanah pun Allah tahu. Semut yang hitam di atas batu-batu pun Allah tahu, Allah dengar. Tidak ada sesuatu yang Allah tidak tahu. DIA MAHA MENGETAHUI.






Sekali lagi, penegasan di sini, Hakikat Allah memutuskan cinta kita sesama manusia adalah untuk menyambungkan cinta kita kepada-Nya. Awalnya amat perit, amat sedih, amat payah untuk diharungi, tetapi percayalah di pengakhirannya akan kita temui manisnya.Waktu tu kita tersentak, owh, rupanya Allah gantikan yang lebih baik dari kekasih dulu, owh beruntung tak jadi dengan dia dulu, suara-suara ini yang akan kita dengar bila kita dah menemui seseorang yang benar-benar diciptakan untuk kita~






Tak perlu bersusah payah tentang jodoh, bila mana kita mencintai Allah, automatik cinta itu akan membawa kepada cinta orang-orang yang soleh. =)






p/s:Terasa betul-betul nak menulis hari ni. Malas nak dengar lagu chenta jiwang-jiwang lagi. Hooray~ =D All this picture kredit kepada kawanimut & aiz batu campur. Selamat malam semua, pengisian pada malam ni, nak tidur daaah~ 


p/s/s: suka tengok lelaki yang pakai spek tu, macam HAMI ASRAFF, hihi~



Syukran Jazilan for reading

20101117

Secekal Nabi Ibrahim saat diperintahkan Allah (Pengorbanan)

Salam to all readers~ =) selamat menyambut Eidul Adha. Hari raya Eidul Adha seharusnya lebih meriah dari Eidul Fitri. Sepanjang menyambut hari raya eidul adha di Selangor pada hari ni (jarang-jarang berada di negeri sendiri ketika beraya) dari pagi sampai ke tengah hari, sempat lagi dr mengimbau tentang sirah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih Nabi Ismail, anaknya. (Rujukan dari scribd juga). Entri penuh tulisan berainbow dan juga gambar~ Jom baca. =)
















Pengorbanan tatkala melaksanakan perintah Allah, adakah kita juga tergolong dalam golongan yang taat kepada perintah-Nya? Dalam menjauhi larangannya dan melakukan segala amal ibadah kepada-Nya. Hari yang penuh pengertian. Ini lah dia erti pengorbanan yang sebenar demi cinta kita kepada-Nya. setulus-tulus ketaatan dicurahkan dalam menzahirkan cinta. 




Ni pulak gambar yang sempat dr snap di Masjid as-Salam (masjid terapung Puchong Perdana, dekaaat je dengan rumah dr) sementara menunggu giliran lembu comel untuk dikorbankan. =)





Ahli famili terchenta


Lembu comel nak dikorbankan daaah


Selepas dikorbankan, owh!Banyak pink tu, pakcik2 baju pink ni tolong korban sekali.


Gambar terus jadi black and white sebab tak berani mengkalerkan dia, huhu


Sesi lapahmelapah untuk diagihkan kepada yang sedang beratur, pink lagi, I like! Ada tshirt lebih tak pakcik?


Orang ramai sedang beratur menunggu daging diagihkan


Pembahagian yang cemerlang


Ramai tahu hari ni? Siapa-siapa rasa dia ada dalam gambar ni sila tegur dr, hehe~





p/s: Semoga kita benar-benar dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar dan tidak menyalah ertikan pengorbanan itu kepada yang tidak sepatutnya~ Lagi artikel berkenaan eiduladha di sini. Tentang KEMENANGAN, KEJAYAAN & PENGORBANAN.


Jaga diri di cuti-cuti sem & cuti sekolah ni kawan-kawan! =D Silent readers do tegur2 me okey?


Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta