Followers

20101029

Harga Diri Seorang Wanita

Salam to all readers~ =) Penghujung minggu nak dekat2 exam. Maaf sebab lama tak post something. Sekarang ni pon baru je bukak lappy dah lama tak online, T____T sebab terlalu sibuk dengan buku. Tengah rehat dan tiba-tiba teringat anda followers and readers~ =) Sila terharu.



Preparation exam. -___- Doakan kejayaan bersama dalam menempuh imtihan. =) Terima kasih kepada kawan2 yang banyak bagi nota, buku2, and macam2 lagi.




Abaikan beg tersebut. Tahu lagi banyak minggu nak balik. -__-


Tentang wanita. Muslimah. Ciptaan Allah semuanya indah belaka.




Allah menciptakan seorang wanita,
Ia diharuskan untuk menjadi seseorang yang istimewa.
Allah membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia
Namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan
Allah memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya
Allah memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar 
Ketika orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh
Allah memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya
dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya
Allah memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya
dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya
untuk melindungi hatinya
Allah memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya
tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu
Dan akhirnya, Allah memberinya air mata untuk dititiskan 
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya
susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya
kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada
Juga pada pekerti akhlaknya. =)


tak ade pulak dr T_____T


Setiap wanita itu cantik. =)




p/s: Happy belated birthday to my beloved mummy. =D You are the greatest mom in the world! Selamat menempuh imtihan! =D

p/s/s: Tazkirah ni diambil dari sebuah majalah sekolah tapi tak ingat lah.



Syukran Jazilan for reading

20101023

Mencintai tak semestinya memiliki

Salam to all readers~ =) Mencintai tak semestinya memiliki. Betul kan? Kita bukan milik sesiapa tetapi hanya milik-Nya.





































p/s: Ajal akan menjemput kita tidak kira masa.Kerana kita milik-Nya, tidak akan sedikit pun tertangguh apabila tiba detiknya kita dipanggil pergi menghadap Illahi. Muhasabah.



p/s/s: thanks to sesiapa yang memberi tazkirah ini di fb. I really appreciate it~ =D



Syukran Jazilan for reading

20101021

Tips meraih cinta Allah

Salam to all readers~ =)


Tanyakan persoalan pada diri. Kenapa kita seakan sukar untuk meraih cinta-Nya? Kenapa suuusaaaaaah sangat nak cinta kepada Dia? Sedangkan kita tahu selayaknya kita cintai itu adalah Dia. Tapi terkadang, jujur dikatakan susah benar rasanya nak cinta kepada Allah. Entah kenapa. Apa yang tak kena sebenarnya. Cinta lain jugak nampak indah di mata, cinta Allah terpinggir jua. Nak tahu jawapannya?






Jawapan: kerana hati kita lah yang sedang sakit. Okey, tak faham? Lets say.






Masa kita sihat, bagilah makanan apa pun, Keepsi, Mekdi, blablabla, pendek kata semua kita tak tolak kan? Insyaallah lah semua benda kita makan dengan berselera. TAPI bila kita sakit, bagilah apebende pun hatta cheesy wedges keepsi yang sedap tu pun insyaallah kita tolak. Betul tak? Kenapa jadi macam tu? Keepsi tu dah berubah rasa jadi tak sedap ke? Tak. Sebab kita masa tuu tengah sakit. Tak dapat nak telan keepsi yang sedap2 tu.Masa ni lah sakit tekak lah,tak selera lah. Macam2. Makanan tu tetap sedap seperti biasa.






Okey, berbalik kepada tadi. Kenapa nikmat Allah yang terlalu banyak ni tak membuatkan kita betul2 cinta kepada Dia? Kenapa. Siapa yang salah? Hati kita. Owh, rupa2nya selama ni hati kita yang sakit. Macam mana nak ubati dia?




Ubat merawat 'sakit hati' =)



1. Majlis ilmu. Pergilah ke majlis2 ilmu ni nak tambahkan ilmu pengetahuan kita. Tahukan, majlis ilmu ni merupakan taman2 syurga di dunia. Boleh lah jugak join usrah ke liqa' ke nak tambahkan ilmu agama ni plus dapatlah kita berkawan dengan orang2 yang soleh solehah.






2.From ilmu yang kita dapat, beramal. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Peribahasa arab. Ada ilmu, tak amal pun tak guna jugak. (pesanan bersama)Belajar untuk beramal. Beramal untuk kebaikan. Semoga ilmu yang dipelajari tu tak sia-sia, kan?






3. Zikrullah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang. Setuju? =) Kadang-kadang, susah rasanya kita nak berzikir mengingati-Nya sebab kita lagi senang menyanyi lagu-lagu omputeh. Sebab, jalan-jalan nak menuju cinta Allah ni semuanya nampak susah. Perlukan mujahadah. Ya, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. =)






4. Berpantang daripada melakukan perkara2 yang boleh menyuburkan nafsu. Contohnya, online bukak benda-benda tak faedah, lepak sana lepak sini, ponteng sana ponteng sini, mata meliar saja tengok sana tengok sini, langkah yang diatur pun tak pernah berjaga maen redah je shopping complex masa azan maghrib (pesanan bersama) INI REALITI~ Apa yang perlu kita lakukan, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan, we try, okey? 






5. Next, berkawan dengan orang soleh. Bila kita ada kengkawan yang alim-alim siket ni kan, memang kita untung. Mula2, macam menyampah lah jugak kan, asyik tegur je 24 jam, haha (kan ? ) tapi ingatlah, mereka menegur ada sebabnya. Sebab mereka sayang. Kalau tak sayang tak adanya nak teguq naaa. Untung sebab apa? Sebab dengan orang-orang soleh ni, kita boleh upgrade ilmu agama kita yang memang sedia sikit ni. Boleh lah tambah2 ilmu if kita dengan dia. Kalau kita berkwan level keimanan kita makin kurang kepada Dia, memang ada something wrong anywhere lah tu yang kita kena fix hati kita.  


Jom renew hati! =D


p/s: Rujukan dari Tentang Cinta~ Kredit to Wajihah n Kak Jah, hehe, thanks for being my silent reader. Love both of you. =D

p/s/s: perubahan dari hari ke hari semakin terasa~ =)





Syukran Jazilan for reading

20101018

Andai engkau tahu betapa aku menyayangimu, sahabat


Salam to all readers~ Morning, ohaiyo. =D Semoga hari ni membawa ceria dalam hidup kita. Amin. Post pada pagi ini khas untuk menjawab persoalan Arisa (bukan nama sebenar, ehm, padahal tak tahu nama apa T____T) Insyaallah saya cuba membantu sedaya upaya dengan ilham yang datang dari-Nya. Insyaallah~ =) *Peringatan, saya juga bukan orang yang terbaik untuk menasihati tetapi alangkah baiknya jika kita sama-sama mengambil iktibar dari input di sini. Saya juga bukan layak untuk memberi hukum atau apa tetapi andai input ini terselit kebaikan, sama-samalah kita ambil sebagai pengajaran.




Situasi:


Duhai SAHABAT yang kusayangi kerana Allah, 


Maafkan aku kerana terus membiarkan dirimu terus-terusan melakukan dosa. Aku tidak ada kekuatan untuk menegurmu. Aku sering terfikir andai aku menegurmu, engkau pasti akan menjarakkan dirimu dariku. Dan kerana fikiran aku itu, aku sering tidak kuat untuk menasihatimu, membawamu ke pangkal jalan kembali. Sedangkan aku tahu, perbuatanmu itu cukup salah, di sisi undang-undang mahupun syariat. Apa yang perlu aku lakukan? Aku tidak dikurniakan kekuatan untuk itu. Sungguh! Aku sebenarnya merasa cukup berdosa setiap kali melihatkan engkau sedang melakukan perbuatan itu. Maafkan aku. 




Ada di antara kita mengalami situasi seperti ini. Malu menegur mereka di saat mereka, sahabat-sahabat kita sedang melakukan dosa. Namun, kita tidak punya kekuatan untuk menegur. Ditegur salah, tidak ditegur salah. Rasa bersalah sentiasa menyelubungi diri kerana kita menyayangi sahabat kita. Dan tentunya, kita perlu mempunyai rasa kasih dalam hati kita untuk membantu mereka. Perlu buang apa-apa prejudis pon dan perlulah istiqamah dalam penyampaian.






Saya beritahu satu contoh yang paling fofular sekarang ni. isu couple. Contoh ye. Kita merasa sangat bimbang dengan perlakuan sahabat kita semenjak dua menjak dia kapel ni. Keluar balik malam dengan orang yang bukan mahram, keluar ke sana ke mari macam belangkas. (maaf, ini realiti) Boleh baca di sini. CLICK HERE. Kita sebagai sahabat, risau takut apa-apa yang buruk berlaku kepada sahabat kita. Tapi, kita tak mampu untuk buat apa-apa. sebab TAKUT. tak ada kekuatan.






Kita mungkin tak dapat nak buat apa-apa selain advice dia berulang kali dengan cara yang berhikmah. Perlu diingatkan bahawa manusia itu akan pertahankan apa-apa yang disukainya walaupun dia tahu benda itu salah. Golongan yang terlibat bukan sahaja remaja-remaja biasa tetapi remaja yang hebat juga terjebak juga, hebat yang macam mana? Hebat dari segi pengetahuan hukum-hakam agama. Yang sentiasa dalam liqa' usrah yang menegakkan syariat Islam, memperjuangkan amar makruf nahi mungkar, TETAPI dia juga telah terjebak dalam tipu daya syaitan. Ya, cinta itu fitrah tetapi perlu disalurkan dengan cara yang benar. Apa yang kita nampak sekarang ni, remaja tersalah menyalurkan cinta, itu yang jadi isu buang bayi, abortion and so on. Sekarang, adakah cinta masih dianggap suci? Saya tidak mengatakan bahawa kapel itu haram atau apa. Terserah kepada anda untuk menilai. Dan saya juga tidak minta anda memutuskan, terserah kepada anda untuk berfikir. =)






Telah menjadi budaya zaman sekarang, budaya berpasangan ini. Kalau tak kapel, tak best, ketinggalan zaman, tak laku. (saya difahamkan begitu) Lagipun apa yang kita fikir, if major yang buat itulah yang benar. Perlu diketahui apa yang major tak semestinya betul, yang minoriti tak benar dan inilah yang terpinggir. Islam itu datang dalam keadaan dagang dan akan berakhir dengan  dagang juga. Maksudnya, Islam ini terbina dari kelompok yang terpinggir dan akan kembali menjadi terpinggir. Macam mana kita katakan budaya cinta remaja kini jauh menyimpang dari landasan sebenarnya? Adakah cinta itu masih suci andai maruah diri tergadai? Adakah cinta masih suci andai berlakunya isu pengguguran anak mahupun pembuangan anak? Adakah cinta itu dikatakan suci andai hati sering mengingatkan si dia, sedangkan DIA yang sepatutnya kita ingati? CLICK HERE. I'm sure anda setuju dengan saya. Jauh di sudut hati kan? =)






Para sahabat yang sedang buntu untuk menasihati, atau sedang mencari jalan untuk bagaimana untuk menasihati, keep on advice! =) Insyaallah Allah akan membantu setiap usaha kita itu. Nasihat secara berhikmah. Ada sesetengah sahabat-sahabat kita ni, mungkin ada yang tak tahu, maka, terangkan kepada mereka secara detail. Katakan perhubungan mereka ini menghampiri zina, dan walaupun ianya menghampiri, tetap mengundang kemurkaan Allah. Slowtalk dengan mereka. Lama-lama insyaallah hati mereka terbuka jua.  Katakan jangan punya hati sebegini. CLICK HERE.




Tapi, yang paling penting jangan pulaukan mereka,  sahabat-sahabat kita ni. If kita pulau mereka, nanti pergantungan mereka kepada pasangan mereka makin bertambah pulak. Lagipun seharusnya kita sebagai umat Islam perlu ada rasa untuk unite kan? Dan perlu juga ada rasa bahagia untuk melihat mereka ini turut bahagia dan selamat dari melakukan dosa. =)




Dan terakhir, selepas segala macam advice dah kita bagi, segala macam jenis dakwah dah kita cuba contoh yang lain boleh, sebar-sebarkan artikel tentang cinta dan sewaktu dengannya or senang-senang bagi buku ni, Tentang Cinta by Pahrol Muhd Juoi =). Lastly, kita berdoa lah supaya sahabat kita tadi ni berubah. Bukan masalah cintan sahaja, apa-apa masalah lah, masalah akhlak ke, selalu ponteng kelas ke, and so on. Saya cuba nyatakan satu prob yang fofular sahaja. Berdoa terus-terusan supaya hidayah itu Allah berikan kepadanya.


7x baca, sangat best! harap diri dapat ambil iktibar =)


Kalau tiba-tiba rasa memang nak nasihatkan sahabat-sahabat tentang soal ini, teruskan berkata kepada mereka tentang ini:




Nasihatkan padanya:


Perubahan itu perlu dicari dan bukan ditunggu;


11. bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. (ar-Ra'd:11)




Zina itu;


32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra' 32)




Dan beritahu dia bahawa Allah sentiasa melihat kita;


“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Ghafir: 19)




Ya, memang cinta itu indah dan itu adalah fitrah...


“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik.” (Al-Imran ayat 14)




TAPI, awas!


Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (Abu Dawud dan Ahmad)



Maka, apa yang kita perlu lakukan?




Tundukkanlah pandangan kita


Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30)




Then, tutup aurat dengan sempurna


Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31)


Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (al-ahzab: 59)




Jangan pula berdua-duaan!


Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Jangan melenggok-lenggokkan suara pada yang bukan muhrimmu


Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
 



Dan jangan pula menyentuh apa yang tidak halal bagimu.


Dari Maqil bin Yasar .a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Ya, peringatan yang sungguh panjang lebar, uhuk3, untuk diri sendiri terutamanya dan juga readers 2 sekalian. Saya bukanlah perfect untuk menasihati anda bahkan anda lebih mengetahui dari saya. Sekadar humble opinion dari saya. =)





p/s: Kita tidak perlu menunggu untuk menjadi SEPENUHNYA baik untuk menasihati the others =) Maafkan segala kekurangan. Ada penambahan, silakan~ =) lagi senang suruh datang belog dr ni aje, hee~



Syukran Jazilan for reading

20101017

Menjadi orang yang paling bahagia!




Salam to all readers~ =) Thanks kepada followers 2 yang semakin membanyak dengan jayanya, tsk. Dan tak lupa juga kepada readers 2 yang banyak mensupport. Okey mukaddimah al-awwal pulak. Semua ilham yang saya perolehi sepanjang penulisan belog mahupun perkongsian artikel 2 merupakan dari Allah juga. Thanks to HIM~ =)




Anda nak tahu apa rahsia untuk menjadi orang paling bahagia? First nak membawa anda mengenali dahulu apa dia mahmudah dan apa dia mazmumah.


Okey mahmudah ialah sifat 2 terpuji macam rajin,qanaah, malu, sabar, bla bla bla, pendek kata sifat mahmudah ni sifat 2 yang kita pandang baik. Manusia pandang baik, Allah pandang baik.








Manakala, sifat 2 mazmumah ni pulak contohnya, riak, takabbur, pemarah, bla bla bla yang mana manusia sendiri tidak memandang baik tentang sifat ini.




Maka, untuk menjadi orang yang paling bahagia, sebenarnya nampak senang tapi susah untuk kita laksanakan. Kita kena lah buang semua sifat 2 mazmumah yang macam saya terangkan tadi. Cuba muhasabah balik, kenapa hati kita tidak bahagia? Kenapa hati kita selalu keluh-kesah?


Okey, lets say, hmm contohnya, adalah sorang budak ni yang kita tak berapa berkenan mungkin sebab dia pernah buat salah dengan kita. Hari demi hari perasaan membenci pada dia semakin membesar. Sampai memang lansung tak boleh tengok dia, owh! Itu sebabnya perasaan mazmumah sedang berada dalam diri kita dan sedang menguasai kita! Maka cara terbaiknya ialah, cuba untuk buangkan perasaan mazmumah yakni perasaan benci tu. Boleh baca analogi ini untuk lebih faham. CLICK HERE. Untuk menghindarkan dari ianya terus menerus memakan diri, jumpa tak boleh, bila jumpa rasa macam nak pengsan (okey, hiperbola) maafkanlah ia. Memaafkan adalah sifat mahmudah ye. Gantikan sifat mazmumah tadi dengan sifat mahmudah itu. Now, dah betul 2 faham kan?




Antara sebab 2 nya ialah sifat 2 mazmumah yang masih membelenggu diri.


  • Pemarah
  • Pendendam
  • Hasad dengki
  • Bakhil
  • Tamak
  • Tidak sabar
  • Ego
  • Riak
  • Cinta dunia
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi, letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.




Nampak senang bukan tapi susah untuk dilaksanakan. Bersama-sama kita bermuhasabah =D Owh, memandangkan tak lama lagi nak exam, ramai dah start study week, dr menge-wish Selamat menempuh peperiksaan! =D









p/s: baru tadi dapat artikel ada tazkirah menarik, sharing is caring. Peringatan bersama~ =)



Syukran Jazilan for reading

20101014

2 mata yang tidak disentuh api neraka

Salam to all readers~ =) Selamat malam semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semalam, jika tidak jugak, maka kita adalah orang yang rugi, kan? Ada sorang patient ni bertandang ke sini lalu bertanya, (mungkin persoalan) dr ni memang suka nasihatkan orang ye? =) I smile.




I know, I'm not the best to do that. Saya juga sama seperti anda2 semua. Malah mungkin anda lebih hebat dari saya. Siapa pun anda saya kagumi. =) Saya cuma menjadi seorang daie' kepada mad'u2 nya. Okey tak faham? Daie' ialah pendakwah dan mad'u adalah orang yang didakwah. Bagi saya, seseorang yang mungkin lebih ilmunya itu perlulah berkongsi kepada yang tidak tahu. Sayanglah ada ilmu tapi tak disebarkan.



Saya bukan perfectionist. Tak ada manusia yang perfect. Segala kesempurnaan itu hanyalah milik-Nya. Dia yang Maha Berhak. Dia yang Maha Sempurna. Kita tidak perlu amalkan konsep nak tunggu SEPENUHNYA baik baru boleh nasihat orang. =) Anda juga boleh nasihatkan saya kalau saya terkeluar landasan, saya mengalu-alukannya. Mari lah kita semua mencuba untuk menjadi seorang dai'e dan menambahkan ilmu pengetahuan. Anda juga seorang dai'e. =D






Okey fullstop soal itu. Malam ni saya nak membawa anda ingat kembali satu hadis tentang ini:










Kita selalu mengalirkan air mata mengenang soal2 remeh di dunia ni, sedar atau tidak sedar. Soal patah hati, soal fail exam, soal masalah-masalah lain lagi, etc. Tapi pernah tak kita sedikit pun mengalirkan air mata mengenang dosa-dosa kita? Berjaga malam untuk qiam kepada-Nya. Bangun malam nak stay up study senang pulak kan kita ni T_____T (saya juga) tapi bangun qiam alahai, huhu~




Tapi believe me, sekali kita cuba bangun malam dan bermunajat kepada-Nya, hati memang terasa lapang, rupa-rupanya sangat indah bercinta dengan KEKASIH HATI (Allah) berbanding kekasih hati (pakwe-makwe). Betul, trust me, and why don't you try it? =) Sebenarnya melalui qiam inilah akan mengalirnya kekuatan dalam diri. Jom kita try! =)




p/s: Jangan pernah ego untuk mengalirkan air mata! Menangis bukan bererti lemah~ =)




Syukran Jazilan for reading

20101011

Cinta pada selayaknya =)

Salam to all readers~ =)Ohaiyoo~ Dr ni kan asyik2 post pasal cintan-cintun kan? T_____T Saya ada sebab atas semua tu.




As for me, cinta begitu dekat dengan jiwa remaja. Remaja macam kita-kita ni. Cinta dan remaja memang tak dapat nak dipisahkan, sampaikan remaja ni hanya dikaitkan dengan CINTA je. Skop cinta itu luas. Bukan hanya cinta antara lelaki dan perempuan sahaja. Tapi, walau akrab mane pon cinta dengan remaja itu, seringkali remaja ini tersalah dalam menilai cinta. Cinta itu fitrah maka jangan jadikannya fitnah. =) Kredit to Tentang Cinta by Pahrol Muhd Juoi. Okey buku ni dr dah baca dekat 7 kali. Best sangat. =D Panduan untuk remaja untuk menghandle isu cinta.




Insyaallah apa yang cuba saya sampaikan ni diharapkan sama-sama dapat berfikir, siapa selayaknya untuk kita cintai? Dah ramai pun mengalami situasi dekat bawah ni. Okey, jom baca~ =D
























p/s: Okey part benci tu memang kena buang (nasihat dekat diri sendiri juga). Kita memang tak boleh terima bila diri dikhianati, ditipu, di reject and whatsoever. Tapi, at least we should thanks to them, orang yang kecewakan kita tu, as they give us an experience. Pengalaman yang orang lain tak dapat. Ingat, cintailah pada yang selayaknya. Siapa yang lebih menyayangi diri kita, manusia atau DIA. Anda jawab. =)






UPDATE
 p/s/s: Ini entri paling bermakna buat saya, ehe, sangat dekat dengan saya. Teringat pulak, (the date--this post was created) dapat ilham untuk tulis ni, masa pergi cafe institute, (modern siket, nak sebut maktab macam kampung pulak, ahaha T___T) then terserempak dengan orang yang tidak sepatutnya. I was so very angry at that time. Balik class, (bawak lappy sayang pulak masa tu) terus bukak adobe photoshop terus menconteng sana menconteng sini bercampur dengan unstable emossion masa tu, haha, bila ingat balik macam lawak pulak. =) But now, Allah ada, sentiasa ada untuk saya. I don't know whether you're still stalking me, but then I want to show that I can live without you, honestly. =D Lebih baik dari dulu~ =P



Syukran Jazilan for reading

20101009

Tersenyumlah di saat ujian menimpa dirimu, you're the chosen one~ =)

Salam to all readers~ =) Selamat petang. Ada sesuatu yang hendak saya sampaikan.




Owh, biarkan gambar berbicara, okey~ =D
















Kita manusia yang punya akal terbatas. Mungkin pada hari ini, kita tidak kuat untuk menjalani kehidupan. Tapi bila esok lusa, owh, baru kita tersedar, rupa-rupanya Allah hendak beri sesuatu kepada kita. =) Sesuatu yang lebih berharga dari apa yang pernah kita dapat. Maka, bersangka baiklah kepada-Nya. Kan, Allah itu berada pada sangkaan hamba-hamba-Nya? =D Yang terkena musibah mahupun ujian, tabahkan hatimu kerana kita tak bersendirian, ada Allah yang memimpin kita. Insyaallah, jika kita kuat hari ini dan tidak tersalah menilai, Allah akan membantu kita dalam setiap percaturan yang kita mahu lakukan. Insyaallah.




p/s: Last nasihat; TERsenyumlah di saat ujian menimpa kita. =D






Syukran Jazilan for reading

20101008

Cinta Allah tiada tandingannya.

Salam to all readers~ rindunyaaaaaa dekat semua orang. =) Kembali ke sini setelah sibuk dengan esaimen. Faktor-faktor dalaman lain. Terima kasih terus mensupport dr dan belog kesayangan ni. =D Senyuman untuk anda. Saya nak membawa anda menghayati satu kisah, ya, satu mujahadah seorang insan. Tidak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia, haha~ (eh gelak-gelak pulak T____T)


Kisah seorang muslimat yang nak bangkit semula dari kesilapan lalu. Semoga Allah membantunya. Insyaallah~


Meh siket main lagu, baru ada feel, Langkah Tercipta by UNIC













Umar Khalis

Umar Khalis melihat sahaja perilaku Siti Sarah, wanita yang pernah dicintai suatu ketika dulu. Siti Sarah berlari-larian dengan riang gembira. ‘Biarlah, dia berhak bahagia.’ detik hati Umar Khalis. Rasa bersalah memang sangat menghantui dirinya kerana telah menghancurkan sekeping hati milik Siti Sarah. Juga pernah memperkotak-katikkan maruah Siti Sarah. ‘Biarlah. Aku sangat berdosa kepadanya.’ Siti Sarah dilihat begitu gembira dengan senyuman yang tidak putus-putus. Sebelum ini, dapat dirasakan bahawa semua yang cuba Siti Sarah lakukan palsu. Senyumannya tidak seikhlas dulu. Peribadinya jauh berubah. Tidak mengapa tentang perubahan itu kerana perubahan itu membawa ke arah positif. Mungkin terlalu banyak hikmah yang tersembunyi yang dia tidak nampak dan perpisahan yang berlaku ini benar-benar terkesan kepada Siti Sarah. Dia? Entah kenapa dia memilih Siti Sarah suatu masa dulu, mungkin kecewa kerana cinta tidak berbalas oleh Maryam Syuhadah pada masa itu lalu memilih Siti Sarah untuk suka-suka. 


Lalu, membawa Siti Sarah ke lembah kehinaan. Siti Sarah, sebelum semua yang berlaku ini, punya peribadi yang mengagumkan. Tudung labuh tak lekang dari perhiasan dirinya. Tutur katanya penuh ceria. Senyuman tidak putus-putus di wajahnya. Juga seorang yang peramah dan sentiasa menegur teman-teman. Selepas dia bangkit dari peristiwa hitam ini, dirinya lebih mengagumkan. Dengan segenggam tabah yang cuba dirangkul walau kerap kali tersungkur, dia cuba membahagiakan orang disekelilingnya meskipun dia merana di dalam dengan semua yang berlaku, senyuman manis menghiasi wajahnya walaupun semua itu semua palsu dan tempelan semata-mata mahu menyedapkan hati insan lain. Ahhhh! berdosanya aku pada Siti Sarah! Meragut kebahagiaan dan telah mengancurkan dirinya. Kerap kali berselisih dengannya tiada lagi senyuman terukir indah untuk Umar Khalis. Barangkali tidak akan mungkin lagi senyuman itu jadi miliknya.


Maafkan diri ini Siti Sarah, tiada lagi cinta untuk dirimu. Maafkan aku kerana memesongkan dirimu dan kerap kali kau bicarakan bahawa mengenaliku merupakan satu kesalahan paling besar yang kau pernah lakukan. Aku sendiri tidak tahu mengapa semua ini yang harus dijalani oleh insan bernama Siti Sarah. Semuanya kerana Umar Khalis yang tidak pandai menjaga diri sendiri lalu membawa insan lain ke lembah kehinaan. Aku sangat berdosa kepadamu, Siti Sarah! Maafkan aku. 


Siti Sarah

Siti Sarah hanya memandang sepi Umar Khalis yang duduk di beranda asrama lelaki tersebut. Benar, luka semalam masih ada walaupun berkali-kali dia menutur kepada dirinya sendiri dia sudah memaafkan insan bernama Umar Khalis. Hakikatnya, sukar untuk dia melakukan seperti itu. Umar Khalis mencabar kesucian dirinya lalu berpaling tadah kepada insan lain. Mana mungkin kesilapan besar seperti itu dilupakan sekelip mata sahaja. Dia masih boleh menerima andai Umar Khalis memang bukan jodohnya, dia pasti terima! tetapi mengapa kesuciannya dicabar? Itu paling dia tidak terima. Maruah dirinya seperti di hujung kaki. Apakah dia tidak mengenal peibadi Siti Sarah dahulu? Mengapa Umar Khalis tegar menjadikan dirinya sebagai bahan nafsu semata-mata. Cinta orang lain dikejar, punya insan lain di hati tetapi mengapa Siti Sarah menjadi mangsa? 


‘Biarlah, semuanya berlaku pasti ada hikmah yang sangat besar’ Berulang kali dia menuturkan kepada diri sendiri. Allah tidak memberati seseorang itu dengan ujian yang tidak tertanggung olehnya. Benar. Berkali-kali dia menuturkan itu dalam diri. Segenggam tabah dia cuba raih kembali. Bukan mudah untuk bangkit dari peristiwa hitam lalu. Sehingga dia sendiri tidak menjadi dirinya sendiri. Sejak dia mengenali Umar Khalis, dia perasan dirinya sendiri jauh berubah dan menyimpang dari dirinya sendiri. Namun, kerana terlalu cintakan insan bernama lelaki, dirinya lansung tidak endahkan semua itu. Tudung labuh yang menjadi perhiasannya kerap kali juga ditukar dengan tudung pendek bidang 45, surau yang selalu dijenguk sebelum mengenali Umar Khalis dipandang sepi sehinggakan usrah menjadi perkara yang paling dia malas pergi, al-Quran juga dia jarang baca. Semuanya selepas dia mengenali Umar Khalis! 


Dia benci apabila mengenangkan seluruhnya telah diberikan kepada Umar Khalis, insan yang lansung tidak mengenang budi. Dia merasa sangat berdosa dan malu kepada Allah di atas segala keterlanjurannya. Allah, ampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri. Sungguh, aku telah terleka hanya kerana cinta seorang lelaki! Bukankah sepatutnya cinta Engkau yang ku dambakan? Ya, air matanya kini turun lebih ikhlas menyesali kesilapan lalu. Sungguh! Allah Maha Adil mengatur takdir hamba-Nya.


Maryam Syuhadah

Jijik dia dengan perlakuan Umar Khalis. Lelaki yang dia percaya selama ini ternyata lelaki yang lansung tidak menghormati wanita! Arghhhhh! Ingin sekali dihamburkan segala ketidak puas hatiannya. Teringat kenangan lalu sewaktu bersama, kononnya ingin menyunting dirinya menjadi suri hidupnya, tetapi dalam masa yang sama sedang enak menyulam dosa bersama insan yang tidak halal baginya! Lansung Maryam Syuhadah benci kepada perlakuan lelaki yang bernama Umar Khalis. Tegarnya Umar Khalis mendera jiwa serta emosinya.
Sejak dia mengenali lelaki itu, hidupnya benar-benar berubah. Bukan ke arah positif tetapi negatif! Naqibah apakah itu? Yang acap kali menyeru kepada kebaikan dan menolak kemungkaran tetapi dirinya? Tersasar juga dalam dosa yang ditegah. ‘Pasti Allah murka kepada aku.’ Dakwah tak seiring kata-kata. Seringkali dia merasa dirinya berselindung di sebalik tudung labuhnya yang setiap hari disarungnya. Walhal, dia benar-benar sedang melakukan dosa. Tidak malukah Maryam Syuhadah dengan tudung labuh miliknya? Ya Allah, ampunkan hambamu ini. Jika kerana tidak pengakuan Siti Sarah, pasti dia terleka lagi dengan cinta Umar Khalis yang menyimpang. Sedikit pun tidak memberi kebaikan dalam dirinya.


Ya, Siti Sarah dan Maryam Syuhadah sama-sama kecundang kerana cinta seorang Umar Khalis. Sama-sama jatuh dan sekarang mahu bangkit kembali. ‘Lupakan Umar Khalis, Siti Sarah, mari kita sama-sama lakukannya’ bisik Maryam Syuhadah. Baginya, melihat kondisi Siti Sarah sangat meruncing kerana pelakuan Umar Khalis. Umar Khalis benar-benar melampaui batas sebagai seorang muslim. Tergamak menyentuh perempuan yang bukan miliknya sesuka hati sedangkan Siti Sarah benar-benar seorang perempuan yang baik-baik. Umar Khalis, aku memang sukar memaafkan kesalahanmu yang sangat berdosa menghancurkan kehidupan seorang perempuan yang boleh kupanggil adik! Adik itu tidak bersalah, Umar. 


Tabahkan Siti Sarah dan Maryam Syuhadah, ya Allah.


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang sering kuharapkan,
Menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian.


Siti Sarah

180710

Aku benar-benar hilang pedoman dan arah. Saat Umar Khalis memutuskanku saat itu aku merasakan bagai dunia berhenti berputar. Apakah yang diinginkan Umar Khalis sebenarnya selama ini daripadaku? Adakah sebab dorongan nafsu, aku benar-benar ikhlas menyayanginya tetapi maruahku diletak di hujung kaki. Adil kah? Andai aku bisa memutar kembali saat dan waktu, pasti, akan aku putar. Aku tidak ingin mengenali siapa itu Umar Khalis, perosak bukan PELINDUNG. Apa dosaku, ya Allah? Kejam sangat kah aku selama ini? Umar Khalis, andai aku bisa mengundurkan segala-galanya. 

 
Pagi itu, setelah malamnya, Umar Khalis memutuskan ku, segera aku capai kotak ubatku. Terpandang panadol di situ. Dicapai dan ditelan semahunya. Aku mahu tidur. Kalau boleh selama-lamanya. Petang itu aku tambah lagi. Entah pil yang ke berapa aku telan aku tidak pasti. Tetapi, aku tak rebah tersungkur. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perlakuan manusia itu memang layak diajar! Dia meragut kesucian diriku, kebahagiaanku, keceriaanku. Segala-galanya. Haruskah aku berdiam diri sahaja? Aku bimbang ada insan lain yang menjadi mangsanya. 


Berat! Itu yang memberatkan aku. Sahabat-sahabat lain belum tahu lagi, apakah mereka akan menerima diri ini seadanya? Kenangan-kenangan indah bersama Umar Khalis mahu dibunuh, kalau boleh dibakar, sehinggakanku memohon, semoga dengan kekuasaan Allah, aku tidak mahu lagi mengingati Umar Khalis! Begitu sekali.



Allah,
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.


200710

Sahabat-sahabat sudah tahu. Mereka perlu. Kerana aku tak mahu lagi berahsia dengan mereka. Cukup lah selama ini aku menjadi seorang yang begitu pendiam dan merahsiakan segala aktivitiku. Banyak penipuan telah aku tuturkan semuanya kerana mahu menutup perhubunganku dengan Umar Khalis. Sahabat, aku berdosa, andai kau mengetahui hakikat dalam hati ini yang memerlukan kalian. Hakikat hidup bersahabat. Maafkan segala-galanya tentang perhubunganku dengan Umar Khalis. Aku, seorang pelajar yang belajar agama, Umar Khalis juga belajar agama, mengapa jadi seperti ini? Kenapa kami tidak menghayati apa yang kami belajar sehingga membiarkan nafsu membelenggu diri.


Tidak ku sangka kalian masih menerima diri ini sedangkan aku mencuba untuk menjauh dari kalian. Berkali-kali kututurkan bahawa aku bukan seperti dulu lagi, aku insan berdosa! Aku malu dengan kalian. Aku tak layak bersahabat dengan kalian. Tapi, kalian tetap berada di sampingku. Semangat kalian berikan kepadaku. Kalian mengatakan bahawa, ‘kami sayang Siti Sarah, tolong jangan lakukan perkara yang membahayakan’. Berkali-kali kalian tuturkan ungkapan sayang kepada insan berdosa ini.


Mengertikah kalian, bahawa masa silam itu sangat sakit. Bagaimana untuk aku lupakan semudah itu. Bagaimana perasaan sayang dan rindu tiba-tiba bertukar menjadi benci yang amat sangat. Jijik dengan perlakuan diri sendiri serta perbuatan Umar Khalis. Sungguh kejam! Tapi kalian menuturkan bahawa Allah tidak akan memberi ujian kepada hamba-Nya jika dia tidak mampu memikulnya. Ya, Allah mengerti segala-galanya. Ingatlah, Allah disampingmu, Siti Sarah! Begitu tulus nasihat kalian tuturkan tanpa jemu-jemu. Ketahuilah bahawa hati ini kuat keranamu SAHABAT.


270710 

Bukan niatku untuk membuka aibmu, Umar Khalis. Maafkan aku. Aku hanya mahu kau mendapat pengajaran biar kau serik. Jangan kau sesuka hati mempermainkan hati wanita. It’s fragile.Aku perlukan bantuan kakak-kakak, kawan sekelas mu untuk membantuku, memotivasikan ku, mencari jalan penyelesaian untuk semua ini kerana aku tak mampu untuk berdiri sendiri. Kebenaran harus menang dan kau di pihak salah harus segera insaf akan perbuatanmu. Percayalah akan niat diri ini, bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi hanya untuk meraih kekuatan diri ini kembali.


Dan langkahku kini terbuka,
Pada hikmah dugaan,
Menguji keimanan,
tak dilontarkanNya ujian,
Di luar kekuatan,
Setiap diri insan.


110810

Awal Ramadhan. Aku mengerti hakikat Allah memutuskan. DIA memutuskan untuk menyambung dengan cinta-Nya. Mujahadah. Permulaannya memang kurasakan amat pahit. Tapi dihujungnya pasti akan ada manisnya. Ramadhan kuisikan dengan program-program mentarbiah hati. Qiamulail menjadi aktiviti harianku. Ya, ini dia hikmahnya. Mungkin sebelum ujian ini, aku belum punya rasa hubb(cinta) pada-Nya. Penampilan seperti muslimah sejati, bertudung labuh, menutup aurat, tetapi apa beza dengan yang lain? Andai akhlakku tetap tidak berubah? Sudah aku tuturkan, mengenali Umar Khalis bagaikan satu derita dan membawa aku ke kancah yang sangat berbahaya.


Tapi harusku akui, ujian ini benar-bear mematangkan aku. Sangat. Sehingga aku menjadi dewasa dan semakin berfalsafah. Mungkin. Itu yang aku perasankan pada diriku. Ujian mematangkan manusia. True. Very True.




110910

Syawal. Aku harus memaafkan Umar Khalis. Kerana aku akan rasa sangat sakit membawa perasaan benci ini ke sana ke mari. SAKIT. Mengertikah engkau Umar Khalis? Aku tak mampu mendengar namamu apatah lagi apabila terlihatkan kelibatmu. Sungguh, perasaan ku terbakar menyala-nyala sehingga aku seperti mahu membunuh jasad itu tetapi aku tak mampu. Akal warasku masih berkata-kata, ‘Biarlah, Allah Maha Adil. Biarkan DIA sahaja mengatur hidupmu, ini adalah rencah kehidupan!’ Memaafkan lebih membuatkan hati kembali tenang. Cukuplah segala penderitaan dan kepesongan yang telah engkau berikan kepada insan bernama Siti Sarah! Cukup, Umar Khalis!


051010

Aku SAKIT lagi. Berderai air mata. Aku sudah berjanji untuk tidak lagi menangis hanya kerana lelaki. Ternyata kali ini aku sukar untuk memaafkannya. Dia membuatkan aku terluka lagi. Mengapa? Bukankah sekarang ini aku masih dalam proses untuk bangkit kembali? Kekuatan cuba untuk aku bina kembali. Aku bagaikan mahu beruzlah seketika. Bersendirian. Aku menelefon sahabat-sahabat yang aku percayai untuk kembali menasihati aku. Memberikan aku pedoman. Aku tidak percaya, tangisan kali ini benar-benar sukar lagi untuk aku bendung. 


Aku cuba mengumpulkan semula kekuatan diri. Dari sahabat-sahabat. Dari mereka yang aku sayang, dari mereka yang aku percaya. Aku benar-benar mengambil iktibar dari semua yang terjadi. Cinta manusia sangat menyakitkan aku. Cinta Allah lah yang membahagiakanku. Ampunkan aku ya Allah, kerana aku tidak menyedari cinta-Mu sedari dulu lagi. Ya, aku harus bangkit! Bangkit dari masa silam. 


081010

Aku bangkit! Aku kini kembali tersenyum dengan ujian yang Allah berikan kepadaku. Sungguh, punya hikmah yang terlalu besar. Siti Sarah, beruntunglah dikau kerana Allah memilihmu menjalani ujian yang bukan calang-calang Allah berikan. Lupakan kisah lalu dan mulakan hidup baru. Ya, ini dia mujahadah Siti Sarah. =)


Ya, Allah bunuhlah segala memori Umar Khalis dalam diri Siti Sarah. Kau temukanlah Siti Sarah dan Maryam Syuhadah dengan pasangan yang beriman. Sedarkanlah Umar Khalis dari semua ini, seorang syabab itu tidak boleh terkandas hanya kerana masalah hati sebegini. Wahai para syabab, hargailah diri muslimah, kau ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi pelindung bukan perosak. Jika engkau menghancurkan hawamu, dimana lagi tempat hawa berlindung? Mengertilah Adam, Hawa memerlukanmu untuk membimbing.




Cintakan bunga akan layu, cintakan manusia akan mati, maka cintailah Allah, DIA yang kekal abadi~ =D



{ A pious person would always invite his partner to goodness, just as corrupt person would tempt his partner towards corruption }


HAKIKAT tentang cinta lagi. Perlu diketahui bahawa manusia sering membuat salah tidak kisah siapa pun dirinya. Siapa-siapa sahaja. If kita marah pun tak ada gunanya. CLICK HERE. Follow lah sekali =) salah satu belog yang selalu dr kunjung. 



p/s: errr post ni tak payah komen, heee, nak suruh ambik iktibar how the muslimah bangkit balik, okey, sayang korang =D



p/s/s: sekali lagi tidak ada kena mengena dengan mana-mana manusia sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. =)



Syukran Jazilan for reading

20101004

Pisang dan Hati

Salam to all readers~ =) Selamat petang. First of all, terima kasih banyak2 kerana support dr sehingga followers pada setiap hari bertambah dari semasa ke semasa. Percayalah, I try my best to give SOMETHING to you through my blog~ =) Maaf andai ada post sebelum2 ni terkena batang hidung sendiri or yang merapu meraban ke T___T biasalah dr manusia biasa juga. So, petang ni nak membawa anda untuk kembali membaca cerpen yang nampak agak simple tapi sangat mendalam maksudnya. Ada yang dah baca kan? sebab yang ni dari sumber sini. 









Farah Waheeda, (bukan nama sebenar, haha) guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.




Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.




“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Farah Waheeda (macam nama I pulak)






Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.



Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Farah Waheeda sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.


“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Farah Waheeda.


Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.


“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Farah Waheeda.

Macam ni lah kowt rupe pisang buruk tu tertulis nama orang yang kita benci~ Wuuuu


Farah Waheeda mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci!



Moral of the story: Memaafkan kesalahan seseorang itu lebih mudah dan akan membuatkan jiwa kita menjadi tenang sebab dah tak ada REVENGE! =D Memang susah, tapi we have to. Walaupun kita dah maafkan kesalahan orang tu tapi PARUT dia masih ada. MEMAAFKAN lebih membuatkan jiwa kita kembali tenang. Insyaallah~

p/s: doakan dr ea, dapat memaafkan seseorang dengan cepat. T___T belum benar2 ikhlas lagi. Owh, btw, pray for my success, i'm joining a poster digital competition~ Ada rezeki menang, tak menang boleh tambah pengalaman.   


UPDATED 


Thanks to people who give this award~ =) I really appreciate it~












Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta