Followers

20100828

Makna tersirat disebalik Alejandro-Lady Gaga

Salam to all readers~ =) Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Actually apa yang dr nak paparkan hari ni, dah banyak tersebar dekat belog ke belog. So, baru hari ni berkesempatan nak postkan dekat belog sendiri. Readers, sebar-sebarkan lah ye =) Ini entri cecah lantai~



Dalam video terbaru dia. Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu. Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro–Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video.




Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala telah ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa penjara agaknya. Salah satu lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram.





Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).




But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? Lepas tu dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya tak. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro ?




Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian memakai satu gogel. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.





Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang tali di badannya, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang sedang mengawal dia. Atau senang kita guna istilah ini adalah ‘mind-control slave’. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak blur, nampak bingung betul seperti seorang hamba yang dikawal segala pergerakannya oleh si Gaga illuminatist tak guna .




Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampak kan. Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part: “Stop, please, just let me go, Alejandro”. Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .



“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”



Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillonya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .




Selepas sahaja lirik tu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu agama yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?



(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)



Saya kata paderi syaitan sebab tengok jubah Gaga di atas. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik yang biasa selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.




Salib terbalik dan pentogram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan. Untuk memuja dan menyeru syaitan.





“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power, Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall




Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .



Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)




Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.




Lepas tu video menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi menyembah Lucifer.





I’m not your babe I’m not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian Katolik kerana pada mereka dianggap Suci. Janganlah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena cari apa maksud disebalik simbol tu.



Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib. Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :



"Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus)"




Dan di akhir video. Ditunjukkan Gaga telah menjadi patung dikawal. Pada mulanya Gaga mengawal lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dikawal. Oleh siapa ? Fikir-fikirkanlah siapa yang mengawal cik Gaga ni. Siapa dalang disebalik semua ni ? Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapannya kan ? InsyaAllah pasti.




Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan perlu untuk ditafsirkan. Boleh jadi macam-macam. Bergantung kepada pengetahuan anda dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang Gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni Gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ? Nauzubillah ya Allah.



Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)


p.s: Kena berhati-hati dengan lirik-lirik orang putih ni. Bukan semua kita boleh terima bulat-bulat, mana tahu lepas ni buat lirik hina Islam pulak. -___- Sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran~ Sebar-sebarkan.




Syukran Jazilan for reading

20100823

Pelindung vs Perosak

Salam to all readers~ =)



Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

p/s: Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat diri kita.


Syukran Jazilan for reading

20100820

Beruntunglah sesiapa yang berpuasa!

Salam to all readers~ =) Morning semua. Rindu dekat belog, dekat readers, dekat followers, dekat semua.


*tiba-tiba

{ Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,awalnya adalah Rahmah, pertengahannya Maghfirah, dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka }



Insyaallah. Dah lama sebenarnya tak belogwalking. Especially sekali masa Ramadhan ni. Tup tup terjumpa ini Mesin wuduk automatik pertama di dunia. Waaaah, makin canggih dunia. Tak nak cakap banyak, layan gambar je lah.





p/s: Owwwh, baru tahu. credit to this blog~



Syukran Jazilan for reading

20100802

Bila kita lupa cinta Allah~

Salam to all readers~ =) First, nak kasi tahu dekat sini, dr tak boleh nak belogwalking macam selalu sebab busy dengan esaimen dan mungkin post pun tak banyak macam selalu. heh. Internet sekarang bergerak seperti Gary, si siput Spongebob. -__-'
Sebelum tu, play kan lagu ni dulu, baru ada feel, cewah~ Layannn~





(Nak menunjuk lukisan buruks -__-") errr, mintak maaf tak reti lukis, tapi reti conteng sajeee~Asalkan sampai maksud okeyh?

Pernah tak kita bersyukur kepada Allah, tentang segala apa yang berlaku pada diri kita? Tentang ujian yang diturunkan kepada kita mungkin mengandung seribu hikmah. Sebelum tu, dah baca dekat sini belum?




Bila kita putus cinta, kita menangis kesedihan kerana jodoh tak panjang. Atau sebenarnya;


kita menangis mengenangkan dosa kita sewaktu bersama dia, ahh, alangkah, tersasarnya kita sewaktu menikmati cinta manusia! Sehingga tergadai segala-galanya yang kita pelihara selama ini. Bertahajudlah, meminta dikuat
kan hati dalam kembali mencari cinta-Nya. Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya.




Semakin lama kita semakin lupa kepada apa yang telah berlaku dek kesibukan urusan yang pelbagai. Kita rasa tenang dan ceria menikmati cinta Allah dan tak payah nak fikir-fikir lagi dengan cinta manusia yang hanyalah tipu
an semata! Indah bercinta dengan Allah. =')




Bersabarlah duhai muslimah, tercatat sudah sebaris nama di luh mahfuz untukmu. Apabila sampainya masa kau akan bertemu jua dengan si dia. Bersyukurlah kepada Allah yang memilih kamu untuk kembali bercinta dengan Nya. =')





Ingatlah;

" Terkadang Allah memutuskan cinta kita sesama manusia adalah untuk menyambung cinta kita dengan cintaNya. Maka beruntunglah orang-orang yang terpilih itu! "



p/s: Terharu dengan support sahabat-sahabat. =')


Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta