Followers

20100730

Bertaubatlah di saat kita merasa berdosa

Salam to all raeders~ =)






Aku memang rasa something perubahan yang dah berlaku dekat diri n
i. Makin lama makin jahat. Dulu masa zaman sekolah dulu, aku rajin mengaji, rajin pergi mesjid. Tapi, kenapa sekarang ni, aku tak rasa pun ketenangan hidup, hidup dalam dosa mungkin? Tapi, apa yang perlu aku buat? Aku nak kembali meratib cinta-Nya, kalaulah aku tahu cinta manusia itu sangat menyakitkan, aku memang tak nak jatuh cinta. Jatuh cinta dengan Allah memang best. Allah sayangkan kita even kita selalu lupakan-Nya.




"Setiap manusia yang melakukan kesalahan pasti akhirnya akan kembali mengingati Allah. Tersedar akhirnya diri yang berdosa selama ini, menjejak kembali meratib cinta-Nya. Padahal dalam hati penuh dengan rasa hina dan kotor terkesan dari segala perbuatan lampau. Bermain-main dalam hati-hati ini, mahukah Allah menerima taubat hamba-Nya ini? Yang dahulu penuh dengan kekhilafan? "




Cara-cara bertaubat;



1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w:



اَلنَّدَمُ تَوْبَةٌ

“Menyesali (dosa) itu adalah taubat”.




2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.




3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah lahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.




4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah:




يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا تُوْبُوْا اِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا عَسَى رَبُّكُمْ اَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا اْلاَنْهَارُ

“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”.




Allah berfirman:



اِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ.

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri”.



Orang yang leka atau tidak mahu bertaubat, kemudian menyerahkan nasibnya kepada qada dan qadar, maka ia adalah seorang yang amat jahil, telah meninggalkan perintah Allah, seorang yang sombong, tidak sedar diri, dan telah menzalimi darinya sendiri sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:




وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُوْنَ.

“Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.




Allah menyeru dan memerintahkan agar hambaNya yang berdosa sering bertaubat dengan taubat nasuha (taubat yang murni). Perlulah diketahui dan disedari bahawa Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun sentiasa menerima taubat seseorang walau bagaimanapun besarnya dosa yang telah dilakukan.


Tambahan, jika kita pernah melakukan dosa kepada manusia, minta maaflah kepada individu tersebut. Dosa antara kita dengan Allah, kita perlu berdoa tetapi dosa dengan manusia, kita perlulah meminta maaf.


Waallahu'alam~






p/s; Allah sayangkan kita even bergallion dosa pun, asalkan kita kembali berpaling pada cinta-Nya. =')


Syukran Jazilan for reading

20100727

Bilakah doaku akan dimakbulkan?

Salam to all readers~ =) Selamat pagi, cewah update belog awal sangat hari ni sebelum pergi kelas. Kita selalu mempertikaikan kenapa doa kita tak dimakbulkan lah, lambat dimakbulkanlah, tapi tahukah kita, sebenarnya;




Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu



Firman Allah maksudnya: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah:186)




Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu



Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantikannya dengan pahala."



Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat."




Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu



Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


(al-Baqarah:216)



Then, seharusnya kita sepatutnya bersangka baik kepada Allah;

Firman Allah; "Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."



p/s; Allah sayangkan hamba-hambaNya~ =)

credit to Solusi Isu 2~



Syukran Jazilan for reading

20100724

Jatuh cinta atau jatuh nafsu ?


Salam to all readers~ =)


Anda sebenarnya sedang jatuh cinta atau jatuh nafsu ? Think of it~





{ A pious person would always invite his partner to goodness,
just as corrupt person would tempt his partner
towards corruption }


Hlovate






Syukran Jazilan for reading

Pesanan Khas buat kamu

Salam to all readers~ =) sekarang ni post macam kejap ada kejap tak ada , sebab esaimen macam ada nak banyak-banyak dan tak kurang-kurang, sila kasihan pada doktor ini, cewah~ Bila uolls ada masalah uolls kena cuba sibuk-sibukkan diri uolls dengan segala macam aktiviti tak macam tu ? Sibukkan dengan gelagat kawan-kawan uolls yang mungkin selama ni uolls macam agak lupakan diorang, owh! Sebab bila kita ada masalah, yang akan datang pada uolls bukanlah ex2, tapi kawan-kawan. Ya, itulah kawan sejati, kawan masa susah dan senang. =')





Actually I bukannya nak post pasal kawan ke apa, hehe, but please read this~ =) Apa yang I postkan dekat dalam belog ni adalah untuk tatapan bersama, boleh copy saje di mana-mana asalkan ilmu tersebar. Matlamat asal berbelog pun sebab nak sharing something dengan readers, tak gitu ? Sebelum I mulakan esaimen yang dah start menimbun ni, baik I post dulu something dekat belog =) I rasa ramai yang dah tahu dan dah pernah baca pun benda ni, tapi selama ni kita JUST baca je, tak pernah nak hayati apebende makna di sebalik kata-kata kat bawah ni~



tiba-tiba, haha, credit to gadis semasa~



Pesanan Khas



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..



Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..



Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..



Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..



Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..



Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..



Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..



Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..



Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...



Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...






p/s; Lately banyak pulak post cintan-cintun, haha I kan dah remind kan uolls, masuk belog ni kena jiwang~ =) Suka layan lagu ni bila rasa down~





Syukran Jazilan for reading

20100721

Jom tengok Games yang betul-betul menghina Islam

Salam to all readers~ =) Selamat petang semua. Hari ni dr baru dapat satu info dari satu blog ((dah mintak permission nak publish ni)) kira penting lah ni kan, uolls kan suka maen game kan, tapi sepatutnya kita kena check dulu game apa yang kita maen tu, boleh ke tak, takut bertentangan pulak jadi macam kes game ni lah, terang-terang menghina Islam~ Let's check it out~


1- Guitar Heroes III




Game ni pakat nak menghina Islam, uolls tengok diorang maen gitar atas kalimah Allah, tak patut betul. Pastu nampak tak ada makhluk macam setan maen gitar tak hengat dunia sambil pijak2 kalimah Allah, ish3. Sangat melampau game ni. Sedikit info,game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.





Sangat halus diorang nak sesatkan kita ehhh.



2- Next, Devil May Cry 3



Satu adegan dalam game tu dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia yang nyata. Ayat character dalam games ni ada membaca ayat;


"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
(dalam bahasa inggeris)


Dan character itu membaca ayat itu di dalam kitab yang dipegangnya. Di akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat.

"wrath, sloth, lust, gluttony, greed, pride, envy"

Cuba tengok gambar kat bawah ni.




3- Stronghold Crusader



Ha, next game ni pulak pasal Perang Salib. So, pemain dia akan jadi watak Crusader and mission dia adalah nak kalahkan tentera Islam, sendiri mahu faham lah kan kalau orang Islam maen this game.



Actually, banyak lagi je games yang mengandungi adegan2 yang menghina Islam, banyak cara diorang lakukan nak sesatkan umat Islam. Sebar-sebarkan pada yang lain lah ye. =)

credit to this blog, thanx~


Syukran Jazilan for reading

20100718

Sesungguhnya Allah memang sengaja

Salam to all readers~





Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik



Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah



Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
kasih sayang yang terbaik
khas untuk diri kita



Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang HEBAT untuk kita
dan kehidupan kita pada masa hadapan



Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya



Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita menjadi
manusia yang hebat jiwanya



Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa cinta yang terbaik
hanya ada bersama Allah



Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal




"Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Percayalah, sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-Nya.Kembali kepada cinta-Nya adalah lebih baik daripada jatuh ke lembah hina. Moga Allah mengampunkan segala keterlanjuran kita. Amin"




Doraemon pon ada heart break, hahaha =D






Syukran Jazilan for reading

20100716

Apa yang tidak kita sedar (Peringatan buat diri juga)

Salam to all readers~ =) Lama dah tak post something kan? sebab busy, sebab tak tahu nak hupdate apa, sebab tengah krisis ekonomi, heh =__=, sebab tengah layan banyak kerja dari layan blogging, =) Dr suka godek2 balek post dulu2 sebab ada yang belum baca dan belum pernah lagi tengok kan? Yang ni antara yang tersimpan lama dah, so haraplah ambil iktibar bersama JUGA bukan sebagai peringatan kepada kakak2, abang2, adek2, dan juga kawan2 out there, BUT peringatan kepada diri sendiri juga penting sebab orang selalu kata;



" alah, dia tu pun macam tu, nak tegur2 orang pulak? "



TAPI kalau kita nak tunggu baek, sebab kita tak perfect 100%, sampai bila? sangat payah untuk hidup dengan orang yang banyak kritik je. Kita menegur, memberi ilmu, memperingati sesuatu, etc etc untuk mentarbiah diri sendiri dulu.Teringat akak naqibah pernah cakap pada satu malam masa kitorang berkumpul untuk perjumpaan naqib naqibah;



" bila kita nak tunggu masa yang betul2 kita sedia untuk jadi naqibah ((jawabnya memang tak de lah kan)) tapi anggaplah melalui usrah ini, yang mana bila kita tarbiah adek2, kita tarbiah diri juga"



Cewah, aku ni macam hape je, tanggungjawab sebagai naqibah sangat berat bukan? =) Okey, tak pe, jom kita layan gambar ni dulu. Gambar ni suatu masa dulu, aku scan from buku mana entah untuk perkongsian bersama.





Zina mata dengan melihat




Zina telinga dengan mendengar



Zina lisan dengan berkata-kata



Zina hati dengan memikirkannya




Zina tangan dengan menyentuh



Zina kaki dengan melangkah



Tahu tak;

Sabda Rasulullah s.a.w: " Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka solatnya itu hanya akan menambahkan kemurkaan Allah..."




Oleh itu, aku sangat takut sebab benda2 macam ni macam dah terbiasa dalam masyarakat dan aku jugak sama ada terperasan atau tidak. Banyak orang tahu zina tu yang perhubungan itu je, orang belum tahu yang zina ni ada macam-macam jenis. Ada jugak orang tahu tapi dia tak mengamalkannya macam lah jugak aku. -__-"



Sesungguhnya, aku bukanlah insan yang layak untuk menulis ini tapi sekadar perkongsian, sekadar kita nak ingatkan diri balik, memang lansung tak ada masalah, bukan? =) Waallahu'alam~




UPDATE: Al-Fatihah di atas pemergian pengetua baru SMKA Maahad Hamidiah, Kajang;
Tn Hj Ibrahim pada 11 July 2010, semoga rohnya dicucuri rahmat~ Amin~




Syukran Jazilan for reading

20100712

4 Point Penting

Salam to all readers~ =) Selamat petang semua, baru je habis menjelajah dekat blog orang lain plus tengok lah jugak kan blog mummy2, ibu2, umi2, dan emak2, seronok baca pasal diorang dah berfamily kan? heh =__= Ha, seronok, seronok jugak uolls pergi matching2 name dekat post lepas kan? Dah tahu nama korea anda? hehe, itu sekadar hiburan saje, tapi yang penting itu info baru plus hari ni nak tambah satu lagi info, uolls dah jenguk my last post pasal nama korea tu klik2 lah older post, ada baaaanyak tazkirah untuk anda, cewah~

So, hari ni saya nak memberitahu tentang 4 point ;

-menguatkan badan
-melemahkan badan
-menajamkan mata
-merosakkan mata
-menajamkan fikiran




Semua ni saya ada terbaca dekat solusi isu paling latest, jangan lupa dapatkannya, =) Solusi sangat bagus!


4 point menguatkan badan

  • Makan daging
  • Memakai haruman
  • Kerap membersihkan badan/mandi
  • Berpakaian kapas

4 point melemahkan badan

  • Banyak minum air ketika makan
  • Sentiasa cemas
  • Banyak makan bahan yang masam
  • Banyak bersetubuh

4 point menajamkan mata

  • Memandang warna hijau
  • Duduk menghadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Berpakaian bersih

4 point merosakkan mata

  • Memandang najis
  • Melihat orang dibunuh
  • Melihat kemaluan
  • Membelakangi kiblat

4 point menajamkan fikiran

  • Tidak banyak berbual kosong
  • Rajin bersugi (gosok gigi)
  • Bercakap dengan orang yang soleh
  • Bergaul dengan para ulama

So, baru tahu bukan? =) Nak tahu selanjutnya dapatkan Solusi isu 21 ((Telaga Biru kena belanja I lah macam ni tolong promote))



Syukran Jazilan for reading

20100710

Nama anda dalam korea apa? =)

Salam to all readers~ =)

Uolls tahu tak nama orang-orang Korea unik sebab diorang punya nama berdasarkan tarikh lahir diorang. (( Ni semua bahana pergi tengok cerita ni sampai 16 episod =___= )) Kalau uolls nak tahu nama uolls dalam korea apa, let's check this out~



Okey kita mulakan dulu dengan surname anda:



Surname
(Korean surname ni amik uolls punye last number tahun uolls lahir-grrr, bahase ape I pakai ni -___-)


cth: 1991 ~ amek 1, okey =)
  • 0: Park
  • 1: Kim
  • 2: Shin
  • 3: Choi
  • 4: Song
  • 5: Kang
  • 6: Han
  • 7: Lee
  • 8: Sung
  • 9: Jung

Middle name (uolls lahir bulan berapa)

  • 1: Yong
  • 2: Ji
  • 3: Je
  • 4: Hye
  • 5: Dong
  • 6: Sang
  • 7: Ha
  • 8: Hyo
  • 9: Soo
  • 10: Eun
  • 11: Hyun
  • 12: Rae

Name (date birth)


  • 1: Hwa
  • 2: Woo
  • 3: Joon
  • 4: Hee
  • 5: Kyo
  • 6: Kyung
  • 7: Wook
  • 8: Jin
  • 9: Jae
  • 10: Hoon
  • 11: Ra
  • 12: Bin
  • 13: Sun
  • 14: Ri
  • 15: Soo
  • 16: Rim
  • 17: Ah
  • 18: Ae
  • 19: Neul
  • 20: Mun
  • 21: In
  • 22: Mi
  • 23: Ki
  • 24: Sang
  • 25: Byung
  • 26: Seok
  • 27: Gun
  • 28: Yoo
  • 29: Sup
  • 30: Won
  • 31: Sub

alang-alang uolls dah tahu my besday ni jangan lupa kasi hadiah okey? =)


contoh my besday:

1- 3.9.1991
2- 1~ Kim
3- 9~ Soo
4- 3~ Joon
5- combine = Kim Soo Joon, erghh teruknya nama I~ =____=


p/s: haha, selamat mencuba =) Anda rasa sangat seronok menyuai padankan nama anda? sumbanglah seposen dua dekat tabung nuffnang saya, boleh saya pergi honeymoon dekat Paris, hehe~ =)



Syukran Jazilan for reading

20100709

Peristiwa Israk Mikraj yang perlu anda tahu~

Salam to all readers~ Anda ada tahu tentang peristiwa israk mikraj? Tahu tapi tak berapa nak tahu?Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta. Sebagai umat Islam, kita perlu tahu ini~ =)




PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ


Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.


Firman Allah Taala bermaksud:

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1).




Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.



Firman Allah Taala bermaksud:


Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18).




Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.




SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ



Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).




Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.




Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.




PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ



Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.



Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.




KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ



Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:



  • Baginda melihat orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.
  • Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.
  • Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.
  • Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
  • Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.
  • Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.


DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU



Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.



Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.



Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.



Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.




Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.





PERTIKAIAN KAFIR QURAISY



Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.



Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.




Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.



Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.




Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.



Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.

sumber




p/s: Dulu solat 50 kali, sekarang 5 kali pon orang liat nak solat, =)



Syukran Jazilan for reading

20100707

Kamu anugerah terindah~

Salam to all readers~ waah lamanya tak update belog, sorry ye readers and followers, dr busy sikit, =__= kelas dah start dengan segala macam lagi agenda tapi tak pe jom kita baca artikel ni ye~



Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.



Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.



Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.



Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.



Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.



Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.



Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.



Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. Setiap Wanita itu Cantik.



Wanita Cantik yang solehah adalah :



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.



2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.



3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.



4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.



5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.



6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.



7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.



8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.



9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.



10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.



11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.



12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.



13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.



14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.



15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.



16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.



17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.



18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.



19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.



20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.



22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.



23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.



24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



p/s: kita seorang muslimah adalah satu anugerah terindah~ =)



Syukran Jazilan for reading

20100704

1001 kesan di hati

Salam to all readers~ =) Aritikel ni dr dah pernah post dulu-dulu lama lamaaaa dulu, heh, lepas tu godek2 cari balik terjumpa artikel ni, betul sangat menyentuh perasaan. Khas buat teman-teman, semoga ukhwah kita dalam redha-Nya~ =)




Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati.



"Assalamualaikum," sana.

"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.

"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.

"Fasal apa?" sini.

"Sibuk ke? sana.

"Agak," sini.

"Ok," sana.

"Allah ada," sini.

"Tahu," sana.

"Allahlah tempat mengadu," sini.

"Ya baik," sana.

"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.



Senyap.



Ada tangis di situ.



"Kan bagus kalau ade di sini," sana.

"Tak bagus pun," sini.

"Kenapa?" sana.

"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.

"Bila dekat asyik nak gaduh," sana.


Tergelak dalam sebak.


"Rindu sebenarnya," sini.

"Kenapa tak cakap?" sana.

"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.



Sana senyap.Sini senyap.


Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.
Terpulang pada pembaca untuk mentafsirnya..moga hati tak berbelah bahagi,
Allah lah pemilik hati ini..ameen~



Ukhwah itu indah~=)



Syukran Jazilan for reading

20100701

20 things I love about me =)


Salam to all readers~ =) Hari ni nak melangsaikan hutang piutang yang sudah lama tertunggak, sebab hari ni baru ada free sikit, kelas belum berapa nak start lagi.



saya tag kepada:

Asked
sila buat yang macam ini or list kan saje 20 benda pelek yang ada pada anda~ =)



Anda mesti memberi pujian kepada pemberi award ini


Aisehmen, soalan macam ni pown ada ke? Wahaha, okey lah Asked sayang, kau memang comel, untuk melihat kecomelannya, boleh terjah dekat sini.

Sila beri award ini kepada 10 blogger yang lain

sindrom malas menyerang secara tiba2



Anda mesti memberitahu blogger tersebut

sindrom semakin parah, tsk


Bagaimana anda boleh digelar blog yang best dan hebat?

Alamak, I ni pemalu lah, kena ada style tersendiri mungkin?



Ada satu lagi award yang baru diterima, thanx tu Qurratu.




Suka tak dapat award ni? Bagi ucapan sikit.


Owh suka2, terima kasih daun keladi pemberi award. Boleh jenguk blog dia



Bintang tu cantik tak di mata kamu? Suka bintang?


Cantik, tapi dr lagi suka pelangi, heee, lagi kalerful gitu.



Dua blog kamu selalu jenguk dan baca entry barunya.


Asked "comel" & kakak Shazika



Bagi award kepada 3 blogger terpilih



sindrom malas tak boleh nak tolong dah T__T tsk. Bertuah betul lah kau ni dr.








Syukran Jazilan for reading

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta