Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) Menjawab persoalan seseorang.
Sebenarnya tak ada tips untuk ‘membuang perasaan cinta kepada seseorang’ tapi cuma ada ‘tips mengawal perasaan cinta itu untuk mengelak hati menjadi lalai’. Anda juga boleh rujuk post ini dan ini. Sebab kita tak mampu nak buang fitrah itu cuma mampu mengawalnya.
1- Dekatkan diri dengan Allah, wujudkan link dengan Allah. Sebab, bila kita ingat Dia, bila kita tahu yang Allah sentiasa melihat kita, kita akan takut untuk buat dosa. Sekaligus, keyakinan kepada Allah meningkat. Macam mana nak wujudkan link dengan Allah?
- baca ayat-ayat cinta dari-Nya, (al-Quran), baca tafsir faham makna, latih diri bangun qiam (untuk tambahkan kekuatan hati), sentiasa ingat kepada Allah dan perkara sewaktu dengannya.
Apabila kita dekat dengan Allah, kita kerap ingat kepada Dia, insyaallah, hati kita takut berbuat dosa.
2- Tambahkan ilmu pengetahuan tentang agama, dekati majlis-majlis ilmu (yakni taman-taman syurga). Jangan biarkan kita jahil ilmu agama. Walaupun kita ada master PHD dalam bidang lain contohnya, ia tetap tidak bererti andai anda tak ada ilmu agama. Maka, seimbangkan.
3- Tanamkan keyakinan bahawa Allah penyusun takdir yang terbaik. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Kalaupun dia bukan jodoh kita, misalnya dah tahu dia ni berpunya, dah bertunang, katakan kepada diri bahawa ada seseorang yang lebih baik di hadapan anda. Setiap takdir yang berlaku ke atas kita, ingatlah, bahawa itulah yang terbaik untuk kita yang telah Allah tetapkan. So, jangan kecewa! =)
4- Berkumpul dengan orang-orang soleh. Beritahu kepada kawan terdekat anda yang paling soleh/solehah/thiqah (pendek kata yang boleh dipercayai menyimpan rahsia anda). Peranan kawan-kawan yang soleh solehah ini tadi, akan sentiasa menasihati anda, jika anda sedang cuba-cuba untuk menghubungi dia, sengaja mencipta ‘ukhuwah’ (saya akan terangkan dalam entry akan datang CINTA ANA-ENTI-CINTA ISLAMIK? jika diizinkan Allah) peranan sahabat tadi akan menasihati anda.
5- Jangan cuba-cuba meluahkan perasaan anda kepada si dia (umur masih muda-masih banyak keperluan lain). Maksudya di sini, jangan saja2 test market, nak test dia terima ke tak. Nanti tak terima, frustrated pulak, kalau terima pulak, lain cerita lagi. pendek kata jangan cipta ‘ukhuwah’ melainkan ada keperluan penting. (jika waktu belum mengizinkan)
6- Jika berpeluang berkomunikasi dengan dia, perlu cool. I mean tak perlu gelabah sebab ada perasaan dengan dia. Kita mesti tak senang duduk kan bila berhadapan dengan orang yang kita suka? =) Jadi, kawal diri anda jangan sampai ketahuan.
7- Ingatkan diri sendiri lagi, ilmu yang dipelajari perlu diamalkan. Tahu zina banyak cabang. Zina hati terutamanya. apabila memikirkan tentang dia, pergi buat kerja lain yang boleh alihkan perhatian daripada terus ingat dia. Malam2 sebelum tidur ingat dia, pergi berzikir untuk nyahkan dia. jauhkan zina hati. Agak susah untuk buat sebab kadang2 kita tak sedar. But we have to try. Pergi sini jugak.
8- Sentiasa buat muhasabah setiap hari tentang bahayanya cinta. Boleh baca previous entry tentang cinta. Sekali kita dekat dengan cinta manusia (yang haram) bermakna kita akan berpotensi untuk jauh dari cinta Allah.
9- Sentiasa ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih positif.
10- Last sekali, apa yang kita boleh buat, berdoalah. Ikhtiar terakhir. Berdoa itu senjata orang mukmin.
p/s: hanya sekadar pandangan, waallahu'alam~ Ada siapa2 nak mintak saya buat tutor macam gambar-gambar yang pernah ada dalam blog ni? (if ramai saya buat tutor)





Farah Waheeda/21/trainee-teacher



38 patient (s) need treatment:
salam doktor, saya berminat nak tau camne nak buat gambar dalam blog dr. sangat kiut dan attractive.
;)
Haha, doa yang kedua tuu. Alahaii... =)
Lupa plak, buatlah tutorial.. Ataupun cara nak suh gambar jadi macam tu, nak buat gambar macam tu macam mana, belajar mana photoshop.. Dan ajarlah macam mna nak buat gambar yang hot hot gitu.
*baca sampai menangis ye dr cinta.
thanz bagi tips ni...sgt berguna =)
nak tuto dr!!
nice entry,,=))
Assalamualaikum...
Topik ni memang kene atas batang idong saye la dr..
time kacih sbb post entri ni. InsyaALLAH saye cube amalkan ape yg dr bgtau...
May ALLAH bless u always dr cinta
=)
@saya
nanti saya wat tutor ye, tapi bukan dlm masa terdekat~ =)
@Aftiey
haha, ada org 4ward message dekat saya buat saye gelak guling2 kejap~ =)
@Aftiey
tak de lah hot sangat, huhu~ insyaallah but bukan masa yang terdekat ni~ =)
@CIK CIRA
insyaallah~ =)
@afifahdaim
okey nnantikaaan~ (gagap pulak)
@doktorahcomel
waalaikumsalam~
pengalaman dari diri sendiri sebenarnya~ insyaallah~ =)
hehe suke dr..
nice tips...
shuker2!!betoi2!!kdang saye p0wn gelabah bile depan org yg sye shuker...tpi DULU larhh ..skunk ta dh...dier dh out of da list dlm aty nieyh...hurmm..bnyak2 ingt ALLAH dri ingat si dia..hu3..
@si pendek dan moody
suke dr ke entry nye, haha~ =D
@ms. hanna
syukran~ =)
@GaDiS sEnTi-MeNTaL
kenapa dah out-of-list, hehe tak pe2, asalkan Allah masih no 1 bukan out of list, okey~ =)
saudari..
tahniah..
kerana dapat berkongsi serba sedikit tips yang bergune..=)
p/s:buatlah tutorial..nk jugak..^_^
hai la doktor...
saya ni nurse ja...
tp memang kiut la doktor pnya gmbar comel2 tuh...
btw...jgn kumpul gan org soleh ja...
takut yg x soleh tercicir plaks...hehehe
@asliner
okey insyaallah saya akan buat, tunggguuu~ =)
btw syukran~ =)
@afuan shah
kita kwn dgn semua org, tapi Rasulullah pernah cakap, sebaik-baik sahabat adalah apabila kamu memandangnya, kamun teringatkan akhirat.
maka org yg kureng soleh, i mean tak banyak ilmu agama, contohnya, boleh rujuk masalah kepada org2 yang lebih ilmu agamanya. =) org yg kureng soleh ini tadi, jika bimbang tercicir, perlu ada azam utk tingkatkan kesolehan tu, amacam nurse? ekeke =)
thank you doktor
kebelakangan ni memang fenomena ini sering berlaku dalam diri
setuju cinta x boleh dibuang tapi perlu dikawal =)
Buat tutorial! :)
p/s:saya selalu jd silent reader jer..hehe
KLAKA BACE DOA KEDUA TU DOC..HUHU..
NWAY..NK TUTO..NK TUTO..
blh pakai nih...
aku pon fikir cm n
@aLiYaH aHmAd
yap, perlu kawan, cinta bukan unutk menyeksa~ =)
@Ariffah9
laen kali komen lah lagi, hehe~ okey insyaallah~ =)
@Fathirah Rahimi
klakar kan tapi itu hakikat, org yg tak nak terima takdir~ =)
@Afiq Din
selagi ada kebaikan ambillah~ =)
nak tahu cara2 membuat gambar2 yg cantik+kiut+ memikat hati nie...=)
syukran..syukran..syukran jazilan kathira,,,like2 smpai mati, smapi btemu dgn yg spatutnya...:)
hahaha..lawakla doake2...tu..
1st time comment..
slma ni silent reader jer..=)
anyway sy pun nak tw gk canne nk wat gmbar kiut miut tuh...
Assalamualaikum..
terima kasih..entry yg baik...kalu kita cinta seseorang itu kerana ALLAH..patut x kita melupakan cinta i2?? cinta itu juga membawa kita dekat ngan ALLAH...tetapi cinta i2 menyakitkan...
@deqnamalu
gune adobe photoshop cs 2 ;)
@Wan Nornajwa Wan Othman
afwan & insyaAllah :)
@nadzirah
hehe kawan yg forward tu :)
@Anonymous
actually terpulang bgaimana kita handle. :)
Post a Comment