Sesuatu tentang budak sekolah agama kita (Khas untuk ex-sekolah agama)

11:29:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) Ini bukan entri diskriminasi sekolah (eh?)


(Entry ini mahu membuka minda sebentar)








Entry ini tidak hanya terhad untuk pembaca yang bersekolah agama dan ex-sekolah agama sahaja, tapi juga sesuai untuk bacaan semua peringkat umur dan jantina selagi anda masih bergelar orang Islam. Diharap sama-sama dapat berfikir sejenak.




(suka hati je edit pantun tak kena rentak T___T, layan je lah)






Zaman sekolah 'ana-enti'
Sekarang hilang diterbang angin
'Aku-engkau' jadi pengganti
Entah bila nak sopan balik




Bertudung labuh ayu sentiasa
Ikhlas atau peraturan semata
Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka
Entah bila nak ayu balik




Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Batas pergaulan makin berkurang
Dah makin lupa apa yang ustaz ajar




Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga
Sekarang tayang gambar dengan buah hati (facebook & blog)
"Kak, rasa malu campak pi Thailand ka?"




Bila ditegur angin satu badan
Konon sudah tahu belaka
kalau dah tahu kenapa teruskan
Seronok sangat ke kumpul dosa?




Macam tu laa kalau rasa diri hebat
Nama pun lepasan sekolah agama
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu bagus sangat ke?"




Itulah realiti budak sekolah agama
Majoriti terkejut dengan dunia luar
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja
"Tak sesuailah semua-semua ni dekat luar!"








Parents hantar anak sekolah agama, SMA, SAM, SMKA, SBP sekolah beragama niatnya nak jadikan anak orang berguna, hajatnya nak jadikan si anak berakhlak mulia.








Agaknya apply masa sekolah agama je kot, sebab lepas dah kenal dunia luar masing-masing dah lupa diri. Tak cakap orang lain, diri sendiri pon sama. Sebab saya sendiri berpeluang merasai tarbiah sekolah agama, maka saya tahu bagaimana suasananya. Ya, zaman yang ditarbiah. Kita diajar untuk mengenal dosa pahala. Tapi semua tu hanya bertahan dalam pagar sekolah je. 




[Appreciation]






Selepas keluar sekolah agama, ilmu yang dipelajari seakan tersekat untuk diaplikasi di luar. Walau stok sekolah agama, tapi perangai macam tak pernah nak berubah. Salah siapa? Hidayah semacam ditarik balik oleh Allah. Ilmu seakan disejat kembali oleh Allah, seolah-olah apa yang dipelajari telah hilang digantikan dengan ilmu-ilmu negatif. Tak payah tanya lah tentang tudung labuh, dah buat kain buruk agaknya. Sesetengahnya pakai tudung labuh tak pernah nak ikhlas, merungut je. Jujur bertanya, tidak rindukah pada tudung labuh anda? Perlindungan anda sewaktu ketika dulu?








Saya tak cakap semua begitu, namun ini realiti. Saya melihat dengan kedua mata, saya menulis dengan mata hati. Sedangkan di sekolah dialah BADAR (Badan Dakwah dan Rohani-dikenali sebagai stok-stok budak alim) bercakap punyalah hebat pasal akhlak, pasal couple, pasal isu semasa, tup tup, bila jumpa di luar, semuanya seakan berubah sekelip mata. Tudung yang labuh telah jadi selendang yang nipis sehingga nampak lehernya dan rambutnya. Baju yang dipakai longgar semasa disekolah diketat-ketatkan. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi dalam perubahan emosi mereka. Kata dulu, NO COUPLE, HARAM! tup tup, kita tahu dia tayang gambar dekat facebook. Sopannya sekarang ni. Itu tak kira lagi tanggal tudung labuh then free hair, or pakai baju sexy tayang dalam facebook. Sangat tidak patut.  Saya akan terangkan  lagi isu ini panjang lebar dalam entri akan datang; BINGKISAN UNTUK PARA DAIE' PART II: AKU NAK DAKWAHKAN KAU. (cewah macam dalam majalah SOLUSI pulak rasanya, ehe)










Tak bermakna semua budak sekolah agama begitu, ada juga yang tetap hebat.Ada juga semakin hebat. Tak kata semua, ini major. Berapa kerat dari kita yang tetap mengamalkan ilmu? Saya tak cakap saya juga lengkap, tapi itulah, masih dalam proses perubahan. Setiap hari mentarbiah hati untuk kekal berada dalam hidayah-Nya. Budak sekolah biasa lagi excellent akhlak dari budak sekolah agama. Come on, budak sekolah agama, bangkitlah dengan ilmu yang kita pelajari, jangan jadi semakin sesat! 

[zaman sekolah]


bertukaaaaarrr....


[zaman universiti]





Cuba nilai kembali, perubahan kita. Adakah ianya negatif ataupun positif. Fenomena ini seakan semakin merebak tanpa disedari. Pesanan saya kepada budak-budak sekolah agama yang bakal keluar, pandai-pandai jaga diri, pandai-pandai apply hukum halal haram bila keluar nanti. Bila stay sekolah agama ni alhamdulillah, ada yang menegur, bila kita keluar nanti, lagi-lagi kita dapat kawan yang tak berapa ambil berat tentang Islam ni, tak ada siapa yang nak tegur. Appreciate kawan-kawan yang tegur. Ingat satu je, kalau ada yang tegur kita, itu tandanya Allah sayangkan kita. Didatangkan teguran semacam itu sebagai peringatan kepada kita dari Allah melalui manusia. Kalau tak ada yang tegur, faham-faham je lah. Itu tandanya Allah nak tambahkan lagi kesesatan kita. Ini bahaya.



[Appreciation]






Berdoalah supaya kita terus kekal dalam landasan syariat-Nya, diharapkan jangan terpesong walaupun setelah mengenali dunia luar. Buat ex-ex sekolah agama, pandai-pandai menilai tindakan diri, jangan buat perkara yang membinasakan diri dan hati. Waallahu'alam~ =)



p/s: Tak kisah mana-mana pon kita sekolah, sekolah biasa ke, sekolah agama ke, asal tahu jaga diri, hukum halal haram itu sudah cukup untuk menjadikan akhlaknya cemerlang. Di manapun kita berpijak, ingat Allah sentiasa melihat kita, baru kita takut nak buat seleweng segala.




151 patient (s) need treatment

  1. wah. betol la cerita dr ni.

    i rase kadang2 dorang ni macam culture shock jugak lah. ade yang kekal bagus tu, bagus jugak lah kan.

    rasanya kadang2 ade budak2 yg sekolah biase or yg tak pakai tudung labuh lagi baek n bagos dr dorang. bukan nak cakap, tapi kenyataan...

    tak semua orang bagos kan. huhuhu


    p/s : dr, tak buat cerita pasal budak mrsm or sbp pulak ke?? hehhehe

    ReplyDelete
  2. cik mas ex skola agama jugak.

    yg penting dak skola agama ni even dia kuar pon, dia tau batas2 lagi...sbb maybe dah d didik dr fom 1 lagi..kalo terencat plus nakal skali pon, sbenarnya budak 2 ada akhlak yg baik...

    kdg2 bukan nk kutuk, tp kdg2 pakai tdg labuh bagai nak rak..tp mulut macam longkang..hati busuk tahap naga lah... tp org yg biase2 ni lg baik dan sopan...ni pengalaman yg x leh lupa la...

    jd la diri sendiri tak perlu hipokrit..hak masing2 kan...
    thnk entry ni..lenguh tangan komen... :)

    ReplyDelete
  3. salam.. erm.. memang betul sangat entri ni.. setuju dgn dr..

    *peringatan untk fizah sendri*

    ReplyDelete
  4. ehem saya pun budak sekolah agama dan bakal masuk u tahun depan..skang ni takyah tunggu habis sekolah pun dah ade dahyg perangai mcmni..harap saya tak tergolong dgn manusia2 mcmni..takuttt :)

    p/s:nice entry.terkedu kejap bce td.heh

    ReplyDelete
  5. saya ex sma..
    saya setuju sgt2..
    nice entry!

    ReplyDelete
  6. btol2..
    sejak kluar dari sekolah agama masing2..
    semua hilang ntah kemana..
    tapi msih ade yang kekal dengan penampilan asal..
    alhamdulillah..
    tpi yang penting sekarang..
    jika teguran tidak mampu merubah seseorang..
    kita doakan dye semoga dye berubah..
    semoga dikurniakan hidayah olehNYA..amin~

    ReplyDelete
  7. semoga saya tak jadi mcm tuh :(
    skrg ramai mcm u,nama je ex-sekolah agama,tapi perangai pun lbih kurang~

    ReplyDelete
  8. Kakak,
    mintak share dekat facebook ya :)
    Terima kasih mengingatkan.
    Terima kasih banyak banyak.
    :')

    ReplyDelete
  9. syukran jazilan atas peringatan..
    insya-Allah...akan cuba dari semasa ke semasa :D
    mmg kekdg tuu tkut jugak dgn dunia luar...dgr ade yg culture shock...insya-Allah..akan dikuatkan iman..
    semoga kita bersama-sama berusaha menuju ke jalan yang diredhai Allah..

    ReplyDelete
  10. @Mizz Dayana

    budak mrsm, sbp? hehe, lebih kurang je ni~

    =)

    ReplyDelete
  11. @♥..cik_mas..♥

    lebuh tak pe, dapat ilmu, hehe, betol, pendek kata kena pandai jaga diri, taw hukum halal haram, insyaallah Allah akan jaga kita jugak~


    hak masing2 jugak, tapi kena tahu batas~ =)

    ReplyDelete
  12. culture shock kut. tu yg jadi lebih dari budak yg sekolah bukan jenis sekolah agama. for me lah, it;s depends pada kehendak diri.dia boleh elak kalau dia kuat.right? sebab hidup ni perlu iman juga,

    ReplyDelete
  13. @-hafizah zakaria-

    peringatan utk diri sendiri gak~ =)

    ReplyDelete
  14. @Siti Safiyyah

    sama2 berdoa, agar dipelihara oleh Allah~ =)

    ReplyDelete
  15. BAgus eentry ni.. setuju sangat..
    sy ex- SMKA area seremban..
    dulu, ade la sorang naqib BADAR ni. MAcam dalam entry nih. beriye cakap kapel tu haram, macam2 la. Skarang kat fb dy paling jiwang dalam status. Ayat2 tu di postkan kat gf dy.
    So, nmpak jugak la ilmu dy hanye kat smka shje.

    ReplyDelete
  16. @asliner

    betul, doa senjata org mukmin~

    ReplyDelete
  17. @Kei

    sebab tu kena pandai jaga diri~

    ReplyDelete
  18. @AnisSaSyaQira

    culture shock yg sgt bahaye~ moge terhindar & bijak atasinya.

    ReplyDelete
  19. hehehe..
    salam alaik..
    ada benarnya...
    2lah..human nature..suke benda yg best2 ja..

    ReplyDelete
  20. betol3..fiqah stuju sgt ngn entri kali nie..bukan apa..fiqah dlu pon ex-student smka..kira skolah agama la gak tu kan..? huu..tapi itulaa..ble fiqah dok tgk kwn2 skrg..astaghfirullah..kalo dlu bertudung labuh jaga aurat,tp skrg pkai selendang jer..x tutup dada dh..dedah sna dedah cni..ish3..bila dtanya..depa jawab "itu zmn skolah weh.." tp itulah..fiqah wondering..bagi dyorg,kat skolah agama je ke ALLAH ada..?? kt luar2 dh xda kot ehh..?? huhu..na'uzubillah..

    ReplyDelete
  21. ana sokong dgn dr. cinta....
    kat sekolah semua org berbuat kerana terpaksa dan peraturan.. bile pakai tudung labuh sbb peraturan sekolah.. x ikhlas, merungut.. tu yg bile keluar.. bukak sana-sini.. ketat2kan yg longgar... Moga2 Allah memberi hidayah ....

    ReplyDelete
  22. gua rindu suasana dikelilingi gadis2 bertudung labuh.heh

    ReplyDelete
  23. betul tu..

    patutnya ilmu yg kita dapat diamalkan selalu.. jgn mudah tergoda...

    ramai yg kita tgk skang terkena kejutan budaya.

    ReplyDelete
  24. like diz post thx dr..ingtkan...peringatan untuk semua nie..

    ReplyDelete
  25. Salam. Jom ambil iktibar n jdkan pengajaran kpd semua.

    ReplyDelete
  26. @afuan shah

    maksiat tu best, sebab tu ramai yg buat kan?

    ReplyDelete
  27. @aizat912

    people change, hope kita berubah ke arah yang lebih baik bukan lebih buruk~

    ReplyDelete
  28. @Lia Insyera

    sebab tu kena pandai hadapi dunia luar kalau tak merana diri.

    ReplyDelete
  29. @Fiqah Alias

    itu sebabnya bila dia rasa Allah tak ada sekeliling dia, sebab dia rasa Allah tak tengok apa dia buat~

    ReplyDelete
  30. @kalam elya

    bertudung labuh hanya kerana peraturan tak kan kekal lama

    ReplyDelete
  31. @c Semut

    haha, sekarang lah rindu? rindu jugak dengan tarbiah dulu, skrg kena tarbiah sendiri2 lah~

    ReplyDelete
  32. @Cap Api

    kejutan budaya yang sangat terkejut, hoyeh~ =) lalu diri terkejut dan terjebak.

    ReplyDelete
  33. i pon ex-smka...

    setuju sgt dgn post nih! XD

    ReplyDelete
  34. me ex smka gak...
    100% agree ngan entri ni...
    bez bngat...
    :)
    sye agree bngat ngan cik mas...
    dak skul agma, struk2 prngai dye...insyaallah akn berubh sbb dye mmg da ad asas agma yg lbih dlam..dye prnh di didik dgn cra yg baik..bkn brmksd stdnt skul len di didik dgn cra x baek...tp..stdnt skul agma ad ilmu lebeyh ckit dri yg len...ckit je..:)..cuma x trbuka ati kut nak apply kan 100% dlm idop..huhu..
    semoga kte sume berubah kpd yg lebeyyyyhhhh baek...
    insyaallah..

    ReplyDelete
  35. Anonymous8:58:00 PM

    selaluny mereka yg masuk skolah agama ni sbb dpaksa atau prmintaan parent mereka je, x ikhlas di hati nk msuk..
    masa blajar agama plak input2 agama tu xpnah tsemat di dada sbb x iklas..
    that's why bila dh hbis skolah agama je jd perangai mcm tu..
    ni pndpt sy la, maaf klau trkhilaf dlm mlontarkn idea,huhu

    ReplyDelete
  36. HUrrmm...BetOi..stUjU SgAt2....seBeNaRnYeRr PKaI TuDoNg lAbOh Ta dELaRhH MeRiMASkN P0Wn.LgI sELaMaT AdElaH...mEmAnG SyE SkUnK nIEyH pKaI TudOnG BaWaL JeRk biLE KuAr TpI BgI sYeR LeBiwH SlEsA pKaI TuDoNg lAbOwH..

    Tpi Rend sKuNk niEYHh sAyE TgOk ...tUdONG LaBoWH sK0oLAH eloK laBoH Dh SeNtEnG...hUrMm..TiMe FoRm lAbOooOoHH...BiLe nAiK FoRm 2,4,5..HuRmMM MkIn pEndek Pl0K..Hu3

    ReplyDelete
  37. hurRmm..BeTOi2..SgAt sTuJu...PkAi tUdOnG LaBOh tAk mErIMaSkN PowN..sYe pLiK nPeW AdEr sTenGaH OrG CkP RiMaS LaRhh..PaNaZz lArHh..tAH HaPeH2..WalOPoWn sYe kUAR JuSt PkAi tUdUnG BaWAl bIaSe tPi SyE StILL RaSE TuDoNg lAbOh tUH SlEeSa..

    tHEN..tReNd bRu sKuNk nIeYhH..HUrMm..kTeR TgOk MsE FoRm 1 tUdoNg lAbOoH MnE..TpI BiLE Nk FoRm 2,3,4 kTeR TgOk lAbOwH MnEr..HuRmm..ThEN..SuKeR SeNtEnG2Kn tUdoNg ...PlIKK lArHh DeMeR NiEYh..huRMm

    ReplyDelete
  38. salam alaik , mohon share , SYUKRAN ! (: same same kita teruskan dakwah (:

    ReplyDelete
  39. salam alaik , mohon share , SYUKRAN ! (: same same kita teruskan dakwah !

    ReplyDelete
  40. aah. nmpak ketaara. kawe bekas dak skolah agama gak:)

    ReplyDelete
  41. @hanim ajla

    inilah hakikat yg sering dilupakan, walhal sudah jadi satu fenomena sebenarnya~ =)

    ReplyDelete
  42. @Anonymous

    mmg betol pon, harap je masuk skolah agama, sebab parents suruh~ kebanyakannya macam ni.

    ReplyDelete
  43. @dabuldahi

    kita yg ada suasana ni lebih faham dan jelas di mata~ =)

    ReplyDelete
  44. @neyamira

    insyaallah~ selagi nyawa di jasad, dakwa itu akan berterusan~ =)

    ReplyDelete
  45. @GaDiS sEnTi-MeNTaL


    yang penting betulkan niat, sebab dari niat akan menentukan tindakan~

    ReplyDelete
  46. ye lah..kdang2 org yg byk menegur 2 kdg2 buat perkara yg sama dgn org dia tegur..kbnykn nye mcm 2 lah... :)

    pape pon respect kamu sbb berani buat entry ni... :)

    ReplyDelete
  47. habis kalau saya yang dari sekolah teknik, nak berubah bertudung labuh, mcm mna tu?
    Ilmu agama tak setinggi budak bekas sekolah agama

    ReplyDelete
  48. alangkah bertuahnya bagi sesiapa yang bekas dari pelajar sekolah agama, mereka patut rasa bersyukur kerana ibubapa mereka memberikan mereka pendidikkan yang baik buat mereka. jujur, terasa begitu cmburu dengan mereka memandang kan sekarang ni diri sudah pun terlambat kerana telah pun melepasi zaman persekolahan.

    ReplyDelete
  49. SALAM DR CINTA....

    ENTRY YANG MENARIK DAN HARUS DIBACA OLEH SEMUA MUSLIMAH....TERUSKAN BERDAKWAH DALAM MEDAN YANG MUDAH INI....SALAM

    ReplyDelete
  50. @♥..cik_mas..♥

    medan aplikasi tak semudh percakapan. berani kerana benar~ bukak balek minda kita yang tertutup ni~ =)

    ReplyDelete
  51. @Amalina Azizi

    mana2 sekolah pown berpeluang untuk kita berubah. ada ilmu tapi xapply xgune juga walau ilmu setinggi langit.


    kalau berminat nak bertudung labuh, kena kuatkan hati, sebab lepas pakai tudung labuh ni, memang kita kena jaga, tingkahlaku kita, akhlak kita, percakapan kita, sebab org dah nmpk satu perubahan yakni positive yg cuba kita lakukan, then org akan terus memandang kita seterus-seterusnya.


    jangan patah hati andai ada suara2 yang tidak puas hati yang condemn and macam2 sebab manusia tak kan pernah senang dengan perubahan baik yg cuba dilakukan oleh manusia lain~ =)

    ReplyDelete
  52. @Amalina Azizi

    tak pe masih boleh lagi ubati kekecewaan tu, hantarlah anak-anak ke sk agama, beri pendidikan agama kpd mereka. =)


    dan belajar agama bukan hanya di sekolah agm, walaupun kita sudah melepasi zaman persekolahan, tapi kita wajib menuntut ilmu, tak kira di mana kita berada. Masih banyak peluang utk belajar ilmu agama, segalanya terletak pada kehendak diri je~ =)

    ReplyDelete
  53. @Adinda Amy Sensei

    tak semua org boleh terima apa yg kita cakap, sebab medan aplikasi sgt sukar tak smeudah kita bercakap dan menulis~

    moga saya juga terhindar dari melakukan perkara mazmumah~ -__-

    ReplyDelete
  54. terima kasih dr.cinta.
    semoga kata-kata semangat dari awak buat saya terus bersemangat untuk terus berubah seperti yang telah saya plan. memang bukan mudah kerana saya masih lagi tidak cukup ilmu. apa yang tak boleh, apa yang boleh. jadi itu sedikit sebanyak buat saya keliru. harap awak terus memberi sokongan. hehe.. blaja kat gannu kan, sama la kita, tapi saya di chendering

    ReplyDelete
  55. @Amalina Azizi

    insyaallah, Allah akan bantu hamba-Nya dalam melakukan sst perubahan~ yg penting selalu berdoa~ =)

    chendering? satu trgnu~ =)

    ReplyDelete
  56. kak ain ada sorang kawan, eh 2 orang lah.. dia sekolah agama.. bahasa arab tip top cara dia orang cakap.. tapi sekarang dia orang free hair.. huhu nak tegur tapi dia orang jenis keras kepala kan.. so diam je lah..

    ReplyDelete
  57. Anonymous1:35:00 PM

    ehm..
    bestnye cakap pasal budak sekolah agame..pernah masuk ke?kalau tak pernah jangan cakap banyak.macam ni lah,
    1:tudung labuh tak labuh yang penting tutup aurat kan?syarat tudung hendaklah menutup DADA,leher,rambut.jadi,asal pakai yang bertepatan, rasenye tak de masalah.
    2)cuba fikir,kalau budak sekolah agame tak bergaul..nanti adelah yang nak cakap bdk skola agame,,xreti nak bawak diri..suke menyombong diri..DLL.asal dye tak terlanjur berpegang tangan,jage jarak rasenye teramal ilmu2nye.
    3)semue yang beragame islam tuh tawu semua bats2nye.kalau tak sekolah agame pon ade matepelajaran pendidikan agama islam kan?belajar same je..ade je ustaz kat skola biase tuh.bkn semue guru kt sekolah agame tu ustaz or ustazah.jadi same je semue orang.

    sedabnye tangan menulis.pergi masuk skolah agame dulu baru tulis.

    ReplyDelete
  58. Anonymous2:46:00 PM

    http://thedayisbrave.blogspot.com/2010/12/isshh-isshh-die-tuu.html

    cerita budak skolah agama juge,, dari persepsi lain..

    ReplyDelete
  59. seliparjepung6:41:00 PM

    salam..
    'ala kulli hal..
    baik buruk pom,, manusia biase..
    sokmo wak silap.. hoho..
    iman yanqus wayazid..
    sama2 lah kita nasihat menasihati ye..
    senyung sokmo dr..:)

    ReplyDelete
  60. subhanallah..
    sejujurnya ana pun bukanlah dari sma, sam, or smka, maahad or sebagainya..ana cuma duduk di sekolah harian..mungkin beruntungnya org yg bersekolah agama tu..sebab itu la cita2 ana dari dulu..namun x kesampaian..ana rasa sgt sedih bila pelajar sek agama itu sendiri seolah-olah x bersyukur kerana berpeluang melanjutkan di sekoalh beragama..kerna di sekolah harian macam ana..sngat2 ketandusan tarbiah dan ilmu about Islam..so.. akhwot, ikhwan..jadika kisah ini ikhtibar buat kalian..salam perjuangan..

    ReplyDelete
  61. @Anonymous

    okey sudah pergi terjah~ =)

    ReplyDelete
  62. @seliparjepung

    insyaallah, terima kaseh kerana terus menyokong~ =)

    ReplyDelete
  63. @~Sweet Srikandi~

    ambil yang mana baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan~

    ReplyDelete
  64. Anonymous2:21:00 AM

    sy ex SABK n SMKA..
    sy stuju sgt la tu..=)
    tpi sy pn xla pkai tdung lbuh..nmun bgitu brusaha mnutup aurat..hihi
    harap ALLAH sntiasa mlndungi
    lngkah2x sy..

    ReplyDelete
  65. sy xpandai jage diri :(
    sy cube gak brubah jadi baik
    tp, xlame..
    huhu..
    sy tau dosa
    sy buat jugak..
    bkan sy x doa pada Dia
    bkan sy x cuba
    huhu..
    sy rindu nk pakai tudung labuh
    sy rindu nk dgr tazkirah
    sy dah jauh dari sume tu..

    ReplyDelete
  66. Allah trunkn hujan pada bumi. ada tanah yg menyerap air sampai menjadi satu tanah yg sangat subur dan kehijauan.sejuk mata memandang.

    tetapi ade gak bhgian yg lgsg x mnyerap air.seterusnya menjadi tanah yg gesang seperti padang besar dan tidak subur untuk semua hidupan. bahkan hampir tiada hidupan yg ada di tanah tersebut. tetapi di padang pasir 2 la terdapatnya wadi yg menjadi sumber minuman musafir yg lalu..

    jd ingatlah.walaupun mendapat didikan yg baik, masih ada yg terlepas. tetapi yg terlepas itu x seharusnya dibuang terus dan dihina kerana masih terdapat kegunaan untuk semua. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  67. @epadzz zainal

    cuba cari semua yang hilang tu balek; itulah fitrah beragama pd seorang hamba Allah~


    berdoa itu penting minta kepada Dia; moga dikuatkan hati~ =)

    ReplyDelete
  68. @hadhri

    semua manusia berpeluang untuk bertaubat & membina kehidupan yg lebih membaik di masa hadapan~

    ReplyDelete
  69. salam...sy setuju sgt dengan entri nih...mmg kekadang geram sgt ngan BADAR...masih tak dapat dilupakan mcm mana saya dimalukan depan guru2...Dah banyak contoh yang saya tengok...bila keluar sekolah BADAR tu yang lebih2...malah,org yang pernah 'didakwahkan' orang BADAR tu yg makin bagus...istiqamah dgn tudung labuh...

    pendapat saya : Seorang BADAR yang bagus,dia tak akan menuduh membuta tuli...tak memaksa kita mengaku perkara yang kita tak lakukan(saya pernah dipaksa berbuat demikian),tak memalukan kita hadapan org lain,menegur dengan cara berhikmah,selesaikan masalah secara face to face baru jmpa ckgu...

    bukan nak mengutuk BADAR...tp ni lah hakikatnya...saya rasa,(seperti hal bercouple),wktu sek lagi dorang teringin nak wat mcm tu,tp sbb title ''BADAR' yg dorang pegang tulah yg menyekat niat tu...bila dah kuar sek,apa lagi...HURAYYYY lah...

    terima kasih sgt2 sbb wat entri ttg ni..harap2 BADAR2 nad exBADAR diluar sana baca benda nih...

    ReplyDelete
  70. assalamualaikum. Terima kasih sy ucapkn kpd dr. cinta krna mntrbiahkn sy wlpn hya melalui blog..InsyaAllah saya akan istiqamah dlm memakai tudg labuh. Tidak penah terpikir sy akan pakai tdg labuh dlm wktu sesigkat ini.Ini semua hidayah Allah dgn usaha murni dr cinta menulis entri mengenai tudng labuh. Wlpn sy telh menigglkn zmn perskolahan slma 4 thun. tidak penah sy cuba untuk memakainya kembali. Sy bersyukur dan redha dgn pemakaian sy skg. Alhamdulillah...syukran ya dr cinta

    ReplyDelete
  71. agk trase la . HAHA ,
    coz dlu pnh skola agme .
    tp mmng budak agme cm ni pon (;
    but skurng2nye kbykn bdk agme tawu btas2 pegaulan la .
    x trok sgt cm skol bese.
    skunk ni sye skol bese .
    tu yg bole bezekan (;

    ReplyDelete
  72. Anonymous6:09:00 PM

    semuanya sbb x menyucikan hati...sentiasa leka dgn malas, palin mudah selalu lengahkan waktu...klu jumpa manusia ni n banyak lagila sbnrnya yg suka lengahkan waktu ni, tanda iman x kuat...pegang sekerat2 je...xtauka solat tu pertama d tanya d akhirat kelak...SOLAT! sesungguhnya solat itu amat berat kecuali?.....jaga solat baru peribadi mulia...!!! hiburan x lekat, malas x lekat...yg alim pun ada rasa lengah dgn solat...

    ReplyDelete
  73. @azimah

    selagi nama pun manusia kan; badar ke tak badar ke ape ke, semuanya sebab nafsu diutamakan lebih daripada kesucian hati~ itulah masalah kita; masalah hati~

    ReplyDelete
  74. @nurun

    alhamdulillah; syukur pada Allah; smoga anda instiqamah dalam pemakaian tudung labuh ye~ =') saye sgt terharu dngr yg anda sudah mula memakainya dan insyaallah saya doakan anda memakainya secara constant; amin~ =)

    ReplyDelete
  75. @♀ syera teli ♀

    bila kita ada basic agama; insyaallah, as long kita terdetik utk buat sst yg terlarang, selagi kita berpegang pada apa yg kita belajar, dan tahu halal haram, kita akan terhindar dari gejala2 yg kita tak ingini, semoga Allah melindungi kita~ =)

    ReplyDelete
  76. @Anonymous

    pelihara iman, hati & diri, mohon pada DIA agar DIA menjaga kita walau di mana pun kita berada~

    ReplyDelete
  77. blom lg CeriTe psal laki dri bkaS skola aGme..he3

    ReplyDelete
  78. @ChuhaQyme

    ada yg kkurang senang mungkin

    ReplyDelete
  79. subhanallah,entry ni sangat menarik..tahniah untuk anda..:DD

    ReplyDelete
  80. betol tu...sokong 100 peratus...hohoh

    ReplyDelete
  81. cahaya905:49:00 PM

    assalamualaikum....sy ni ex-skolah harian biasa...sy rsa, post ni mmg ada benarnya....

    bg sy, mmg rugi la org yg prnh blajar kat skolah agama, tp, x amalkan segala ilmu yg dh diajar di sekolah....

    dulu sy rsa jeles bila t'serempak dgn student skolah agama....jeles sbb diorg mndapat didikan agama yg lebih & dikelilingi oleh org yg baik2....

    kat skolah harian, mmg ada ustaz/ustazah, tp x byk program keagamaan dijalankan di sekolah...usrah jauh sekali...

    tp, bila msuk U, sy dh xda rsa jeles...sbb, kwn2 ex-skolah harian biasa lebih baik berbanding dr yg ex-skolah agama...lbih mudah menerima teguran n mudah utk berubah berbanding ex-skolah agama...

    namun, sy x nafikan, bukan smua ex-skolah agama buat perangai mcm 2....in fact, majoriti ex-skolah agama still amalkan ilmu agama yg dh sebati dgn jiwa mereka dan, cuba utk menjadi contoh terbaik kpd org2 biasa spt sy....

    hanya segelintir yg terpesong...maybe disebabkan kejutan budaya...

    moga2 kita smua berubah kearah yg lebih baik...insyaAllah....

    ReplyDelete
  82. @cahaya90

    beruntung bagi sape2 yg bersekolah agama sebab dia dah dapat pendidikan agama dari awal, tapi tak praktik tak guna jugak.


    yes, kejutan budaya, itu mungkin. yg penting tak kisah lah kita dari skolah mana2 pon, ilmu agama perlu ada, kita semua adalah sama umat Islam sepatutnya tidak timbul isu perbezaan ilmu sebegini sebabnya kita umat Islam memang wajib menuntut ilmu.

    btw, pndgn yang matang~ =)

    ReplyDelete
  83. Anonymous1:01:00 AM

    Assalamualaikum.. mmg xdpt dnafikan prkra mcm ni.. sbb iman manusia ni sntiasa brtambah dan berkurang.. kt sini org rmai lbih tekankan kpd student2 smka sbb ilmu agama yang mreka ni dpt lbih ckit brbanding skolah harian..tp.. jgn lupa, setiap manusia kat muka bumi ni yang bergelar MUSLIM wajib brpegang tguh kpda ajran agma.. kna usahalh untuk plajari ilmu agama..bg student skolh harian atau bkn yang brada dlm alirn agama, juga x trlepas drpd tanggungjwab sbagai seorng muslim..muhasabah diri bnyak2..^_^

    ReplyDelete
  84. @Anonymous

    kita semua orang Islam so tak ada alasan untuk mengelak dari menuntut ilmu; sebab ianya wajib~ =)

    ReplyDelete
  85. sokong dgn entry kamu ni..kdg2 sedih tgok ex-schoolmate yg da berubah. Yg dulu jd cntoh pljr yg lain, skrg ni dah x sama cam dulu..

    ReplyDelete
  86. Anonymous8:57:00 AM

    "KO ingat ko da bagus sgt ker?,
    xpayah la ko nk bg nasihat"

    Dlm hadis Rasullah S.A.W;
    LIHATLAH APA YANG DIPERKATAKAN,BUKAN SIAPA YANG BERKATA...
    ambillah nasihat walaupun yang memberi adalah org kafir.......

    ReplyDelete
  87. "KO ingat ko da bagus sgt ker?,
    xpayah la ko nk bg nasihat"

    Dlm hadis Rasullah S.A.W;
    LIHATLAH APA YANG DIPERKATAKAN,BUKAN SIAPA YANG BERKATA...
    ambillah nasihat walaupun yang memberi adalah org kafir.......

    ReplyDelete
  88. @Diba

    hidayah milik Allah, yakin itu~ bila2 sahaja Dia boleh menarik kembali...

    ReplyDelete
  89. @s

    tugas sesama umat manusia; saling ingat memperingati atr satu sama lain; utk menegur tidak memerlukan orang menjadi baik terlebih dahulu kerana proses menegur adalah proses mendidik hati dan diri kita juga..


    waallahu'alam~

    ReplyDelete
  90. Assalamualaikum. entri yang dikupas haibat sekali. Ana sgt suka lagi2, bila mention tentg bekas budak sekolah agama, sama juga macam ana yang juga bekas pelajar sekolah agama.

    Lelaki mahupun perempuan, akan jua berubah kerana kita manusia. Manusia yang selalu diberi pilihan oleh Allah untuk memilih, cuma jalan yang mana terletak kepada kita. Berubah kepada yang lebih baik atau buruk.

    Pada pandangan ana, cuma ada satu alasan sahaja di sebalik fenomena yang terjadi ni, iaitu pelajar sekolah selalu diberi tarbiyyah suasana, tarbiyyah fizikal. Kena akur dgn peraturan dan suasana sekolah bukan dgn kehendak sendiri.

    Betullah kata Mizz Dayana,

    rasanya kadang2 ade budak2 yg sekolah biase or yg tak pakai tudung labuh lagi baek n bagos dr dorang. bukan nak cakap, tapi kenyataan...

    memang kenyataan, kerana tarbiyyah sekolah yang diterima bukan untuk merawat hati. Hati adalah raja kepada badan. Keadaan fizikal kita tidak sepenting hati untuk menunjukkan siapa diri kita yang sebenar.

    Sebab itulah, saya lebih suka berpegang dgn prinsip perubahan seorang manusia itu dtgnya dari hati. Dan bila hati juga sudah berubah, inshaAllah keadaan fizikal juga akan berubah. Teori bola besi ( kalau tak fhm boleh tny )

    Sebab itulah iman kita terletaknya di dalam hati, bukan pada tangan, bukan pada kaki, bukan pada muka. Kalau ianya di luar, nescaya senang untuk dibuang.

    Kesimpulannya, cari semula sumber2 iman dalam hati kita semua. InshaAllah iman yang baik, dtg dari hati yang suci dan jernih akan melahirkan seorang insan yang baik. Tak perlulah nk tgk dtg dari sekolah mana.

    ingat, prinsip tarbiyyah adalah kita sgb daie mesti mentarbiyyah hati...seperti mana Rasulullah mentarbiyyah para sahabatnya dahulu~

    sekian, wassalam. maaf pnjg sgt komen ana

    ReplyDelete
  91. @mylittlepencil

    eh tak pe2, komen panjang2 pown ~ =)

    i like ur opinion~ ini realiti berlaku di sekeliling kita. Iman bila dibaja ianya akan membuahkan hasil yang kita inginkan. cuma terpulang sama ada iman itu mahu kita baja atau biarkn sahaja.

    Ilmu yang kita punya hendaklah kita aplikasikan cuma inilah yang paing susah, medan aplikasi~ =)

    ReplyDelete
  92. salam,godek punye godek jumpe isu ni,baru jer sy nak post kat blog sy,mmg diakui begitu,sy jg begitu bile keluar sklh agama,tk dinfikan cbrnnye,cume yg kekal dgn sift asal adlh golgn yg mnymbg pngjian agama. Bahkn berdsrkn pnglmn sy,lepsn skolah agamalah yg pling sukar ditegur apabila mereka buat salah(sy xnk ckp salah ape,sbb isunye jelas tlh disebutkn dlm artikel ni)...mereka mngku tahu belaka itu sbbnye sukar ditegur...peringtn untk diri sndri jgk...wassalam.

    ReplyDelete
  93. dr..saya teraselah ngan bende2 yang dr tulis ni..banyak beno dh rasenye dosa yang saya buat..tengok kat cni cite sal tudung labuh..tp sy nak terase gak..walaupun saye lelaki..x kire..nak terase gak.." pendapat saye..bende2 yang ditulis ni adalah teguran yang menyisipkan keburukan dan kesilapan segelintir daripada kita dan ianya lebih berbentuk tohmahan..ape kate..bagi sayelahkan dr..ape kata dr bg jalan..bg panduan bg tips2 yang wajar diketahui oleh orang2 cam saye yang dah tersesat barat ni agar lebih terpandu untuk kembali jadi dak sekolah agama cam mule2 masuk sekolah time form 1 dulu..bawak orang islam kembali kepada Allah dengan menyisipkan panduan dan peringatan adalah lebih baik dari mengislamkan 1000 orang kafir(ea dop xtau la,,,ingat2 lupa)..nak bagi budak2 sekolah agama ni yang sesat barat ni boleh la try bace novel tautan hati,pemilik cintaku...n seangkatan dengannya insyaAllah hati mereka akan terusik dengan teguran dan intipati yang cuba diterapkan dan hati mereka yang merindukan hidayah ilahi pastinya akan terpanggil untuk menjadikan cerita didalam novel-novel ini sebagai penanda aras pencapaian hidup mereka dalam mengamalkan cara hidup bersyariat..ini salah satu jalan saye bagi untuk menyentuh hati budak2 almadrasah assanawiyah alwataniah ADDINIAH..DR dah ade blog..tambah la lagi tips2 lain yang boleh saye dan rakan2 seangkatan amalkan ..

    ReplyDelete
  94. @tokwan muda

    bila diri bermegah dengan ilmu yang ada tanpa diamalkan, akhirnya binasa jua~

    yang penting apa yang perlu kita tahu,medan aplikasi tidak semudah dengan medan percakapan =)

    ReplyDelete
  95. @PE

    cdgn yang baik. insyaallah jka diizinkan Allah dan jika ada kesempatan lagi~

    ReplyDelete
  96. kadang kadang diri ini terlupa, manisnya bila hidup beragama.









    terima kasih :)

    ReplyDelete
  97. salam, sy pernah mgalami situasi yg sama.dulu, masa form 1 till form 3, sy bdk SMKA.lepas tu, sy pindah msk SBP..mmg sy akui la culture shock yg teramat n akhirnya sy lalai.byk benda x elok sy buat, rmai org yg sy kecewakn xpecially my parents.tapi alhamdulillah, sy dah sedar skrg.sy try nk ubah blk mana yg tak elok.tapi kdg3 sy takut jgk, takut dibyangi apa yg telah sy buat dulu.

    ReplyDelete
  98. Anonymous6:12:00 PM

    fuyoo...lencane dlm post membuatkan diri ini lg trs...hehe..smoge ALLAH tros memelihara kte n tidak futhur dlm jln ISLAM yg sbnr..ALLAH 'alam

    ReplyDelete
  99. sy rasa macam terlalu byk entri utk si tudung labuh.
    menyalahkan dia berubah kerana dunia.
    tapi saya kira dia sebenarnya diuji. apa kata buat entri 'tak semua si tudung labuh itu buruk?'
    dia mungkin terlupa, kerana 'akhowat bukan malaikat'.

    ReplyDelete
  100. @Muhtadi Khazani

    dan indah nya bile kita mampu mengikut peraturan Allah. =')

    ReplyDelete
  101. @azeelia azman

    bila kita nak buat jahat senang je, bila kita nak buat baik, ingtlah syaitan akan sentiasa kacau2 kita. adaje ujian, so matangkan diri kita utk hadapi ujian yang mendatang. esp ujian untuk menjadi orang baik. =)

    kalahkan the evil! =)

    ReplyDelete
  102. @aisya zainal

    saya tak menyalahkan mereka. bukankah ujian tu juga termasuk daripada rencana dalam kehidupan ? ye, manusia ni ada satu sifat pelupa dalam diri dia. wajarlah kita saling ingat-mengingati.akhowat memang bukan malaikat. sebab tu saya kata, jangan judge orang suka-suka je.


    saya harap anda faham apa tujuan sata sebenarnya di sini. bukan untuk menuduh atau apa. tapi adalah untuk menceritakan pengalaman dan jika ada baiknya ambillah ibrah darinya.

    Waallahu'alam.

    ReplyDelete
  103. "Zaman sekolah 'ana-enti'
    Sekarang hilang diterbang angin
    'Aku-engkau' jadi pengganti
    Entah bila nak sopan balik"

    --> yg lain insyaAllah, tak. yg ni jek. hehe...rase okey sahaja kalau panggilan sebegitu yang mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan...tak ke gitu? :D

    ReplyDelete
  104. Anonymous6:56:00 PM

    mcm mana nak betulkan persepsi orang eh terhadap org yg bertudung labuh ni. rmi orang igt kita patut melabuhkan tudung. so diorang expect tudung labuh tu mesti yang mcm tudung sekolah tu or tudung bawal bidang 60. kita tak dilarang berhias kan. cuma tak payah la melampau2. kalau pki shawl tapi tutup dada, tak jarang, baju tak ketat, longgar pun boleh kan. pelik la, ramai orang anngap.. okaay, dia ni teruk tak tutup aurat sebab pakai shawl kat luar. so, apa pandangan dr?

    ReplyDelete
  105. Saya sgt2 suka ngan cite ni,cerita ini seakan mengiakan apa yg saya sdg fikirkan smnjak duamenjak ni,,kdg2 sedih bile tngok shbt2 yang dulu ayu b'tudung labuh kini b'tukar rupa,tapi xsemua cam2,ada yg b'tukar kearah lbh baik spt pakai niqab n sbgainya
    ~Ya ALLAH,janganlah ENGKAU m'bolak-balikkan hati kami stlah ENKAU m'beri hidayah kpd kami,AMEEN~

    ReplyDelete
  106. @cik n.haliban

    owwhh itu pantun dari mana sources (saya tak ingat) saya sertakan sekali dgn artikel ni~ =)

    ReplyDelete
  107. @cik n.haliban

    owwhh itu pantun dari mana sources (saya tak ingat) saya sertakan sekali dgn artikel ni~ =)

    ReplyDelete
  108. @cik n.haliban

    owwhh itu pantun dari mana sources (saya tak ingat) saya sertakan sekali dgn artikel ni~ =)

    ReplyDelete
  109. @Anonymous

    first of all, kita kena tahu apakah definisi menutup aurat sebenarnya menurut Islam. Sebab ALlah sendiri sudah meletakkan garis apnduan kpd kita dalam bergaya right ?


    Islam tidak menghalang utk bergaya cuma kita perlu tahu batas2nya. rasanya kita tak mampu utk judge orang macam tu je, dari luaran. as long as kita tahu menjaga diri kita, pemakaian kita maruah diri kita semuanya akan baik2 je kan? =)


    saya tak rasa someone tu teruk sebab dia pakai shawl? eh kita bukan sesiapa nak judge. Tak de salahnya cuma kita kena tahu apa peraturan dlm Islam utk bergaya~ =)

    ReplyDelete
  110. @amirah

    itulah dia ujian dan sesekali Allah hendak menguji hamba-hambaNya. =) bila nak tahu tahap iman kita di tahap mana hendaklah dia diuji dahulu~ waallahualam.

    ReplyDelete
  111. right !

    butt ,, susah gak . coz sahabat sy xcm2 , tthen , bile campo2 ngn mereka ,, rase cam ,, 'yaAllah aku nakk berubahh , tapi , ...

    sy pnah tfikirr nakk jaohh dari mereka , but akk senior nihh kate xperlu utk sy dari mereka hanye dcbbkn mereka cm2 , but , hargailahh .

    but , bile saye kawan ngn mereka , sampaii bile saye akn mcm nih ?

    :(

    ReplyDelete
  112. salam..boleh x saya nk share di blog sy?sy bukan budak sekolah agama pun tp mangajar di SMA

    ReplyDelete
  113. salam..boleh x saya nk share di blog sy?sy bukan budak sekolah agama pun tp mangajar di SMA

    ReplyDelete
  114. @Ummu Nuha

    boleh~ silakan =) semoga bermanfaat dan dapat mmberikan sdikit muhasabah.

    ReplyDelete
  115. salam..
    nak mintak share kat blog eh.. :)

    ReplyDelete
  116. salam..
    nk mintak share kat blog eh.. :)

    ReplyDelete
  117. Kadang2 terpikir sendiri..bdk sekolah agamer kner ader brand tersendiri ker???nak kner fullfill expectation masyarakat tok pakai tudung laboh & ber "anta-enti" segala macam..people keep make a judgement..Tuhan pon tak bising,siapa kiter nak buat kejer Tuhan & hidop mcm tak berTuhan???^_^

    ReplyDelete
  118. @teyha kay

    itulah penghrapan kebanyakan org, skolah agama kena ada identiti sndiri, expectation org pun if sbut je skolah agama, waah, mesti hebat budak ni, serba-srbi tahu, akhlak mesti baik, maka, kadang2 tarbiyah di skolah agama ni yg akan mmbentuk kita memenuhi expectation mereka, namun tak semuanya sebab dalam menerima tarbiyah ini ada yg terima dan ada yg tak, secara ikhlas mahupun tak, yg ikhlas menerima perubahan akan turut berubah luar dan dalaman, tak kisah dia di sekolah mahupun di luar dia tetap baik-baik.


    but ada yg masuk skolah agama sebab mak suruh ayah suruh, ikhlas belum dtg, maka tarbiyah yg dirasakan seakan memaksanya untuk berubah walhal dia tak pinta; maka peribadinya mungkin tak macam budak skolah agama, mungkin kita tak layak nak judge dari luaran je, tapi itulah hakikatnya, people akan judge dari luaran juga, dari pemakaian kita, etc etc :) waallahualam~

    ReplyDelete
  119. peringatan untuk diri sendri, semoga menjadi lebih baik, p/s: terkedu bace entri ni, sbb ex skola agame gk, n skrg further study kt uni sains islam msia, de agame gk, huhu

    ReplyDelete
  120. Anonymous1:20:00 PM

    mcm mana klu kita da pakai tudung labuh tapi hati masih was2 ? lagi satu takut hati ni timbul rasa riak membandingkan diri dgn org lain ? =(

    ReplyDelete
  121. @nurul
    kat mane kita berada itu tak penting, yg penting, content kita ckup tak nak survive dekat mane2 :)

    ReplyDelete
  122. @Anonymous

    riak sebab rasa diri lebih baik ? org ade ckap jgn hipokrit tapi kadang2 saya rasa utk jadi baik kita kena berusaha ke arah itu, mungkin kdg2 kita rasa macam hipokrit jugak, and sometimes kita perlu mentarbiyah diri sendiri utk menjadi yg terbaek rite.


    utk memaksa memang kta kadang2 tak sanggup even nak buat kebaikan. tapi sewajarnya kita berusaha utk melakukan perkara yg baik2.

    ntahlah kita kena paksa juga diri kadang2 lah tengok jugak situasi mcm mana.

    about pakai tudung labuh, semua tu dtg dari ketulusan hati, check balik actually kita ni ikhlas ke tidak nak pakai tdung labuh ni, if kitarasa memng pakai utk tunjuk2 kita ni baek better not la, :)

    ReplyDelete
  123. Anonymous5:26:00 AM

    Assalamualaikum ya ukhti..

    p'kara ini benar2 t'jadi pd ana =(
    ana merupakan bkas pljr skolah agama.klw ana sbut nme skolah tu anti msti mcm "wow!" cuz nme skolah tu mmg hebat. whatever lah..then lpas SPM ana melanjutkan plajaran ke sbuah institusi pndidikan ni.trus terang cakap, first time msuk situ ana t'kena sedikit "Cultural Shocked!" serius x tipu.. iaitu di mana ana tidak dpt mngawal pandangan mata melihat llaki2 ajnabi dkat situ.Ana x tau knape.. ana terkejut sgt tgok student2 llki dkt situ segak2 belaka mmbuatkan ana asyik nak tgok mereka. Ana sdar prkara tu salah tp ana x dpt nak elak.. mata ana mcm.. automatik! automatik nak tgok dorg..

    itu yg p'tama.. yg kedua,dkt bilik asrama plak mulut ana asyik nk b'sembang psal llki dgn roomate.X tahu knape sikap ni tiba2 berubah pdahal kat skolah dulu pun ada jugak pelajar llki. tp kt skolah dlu rilek jer.. xde pulak nk smbang2 psal mrk. mungkin p'gaulan di asrama skolah dulu sgt diawasi smpai xde point nk sembang2 dgn kwn topik pljar Aspura.

    Dan yg ketiga, ekoran kdua2 p'kara di ats skrg msalah makin melarat iaitu asalnya dlu ana pndiam dan jrg b'ckp dgn pljr llki tp skrg dah lain. Bukan stakat b'ckp malah gelak ktawa sakan dgn mrka. B'ckp p'kara lagha dgn mereka?? dah makin selalu sangat.

    Ana benar2 tersilap, ana cuma nk ubah persepsi mrka yg ana bukan sombong. ana dpt rsekan mrk fikir ana ni sombong cuz kurg bcakap, then control cun, control itu dan ini..tambahan pula ana bukanlah pljar pintar, jd ini mnjdi punca utama knp ana sengaja merapatkan diri dgn smua pljr t'msuk pljar llaki sbb xmo ada yg ckp ana ni "bodoh sombong"..tp yg silapnya, ana terOVER.. terOVER smpai lupa batas p'gaulan, wlaupun ada yg kata bkawan dgn ana ni mcm best sbb kelakar, tp ana tau itu tak boleh!!!! >.<

    bila sdar p'kara ni ana menangis2 memohon ampun kpd Allah. mintak2 dijauhkan dari godaan syaitan. Ya Allah.. ana xtahu ape nk buat..bila tnye roomate "teruk sgt ke prngai aq kt sini??=(" dorg kata mne ade biasa je.. tp ana tau sbnarnya teruk. mrka asal dulu skolah biasa jdi mungkin gelak sakan dgn pljar llki mrupakan perkara biasa bg mrk, tp tak pada ana.. spnjang kt pusat pengajian tu ana rasa x sdap hati =( mcm ade something wrong. Terus trang cakap, ana x selesa bljr kt stu..rasa mcm tersekat! ana nk jdik sndiri tp dkt tmpt tu x sesuai..

    ana t'kena kejutan budaya sbnarnya.. ana baru sdar p'kara ni..tambahan pula, budaya belajar dekat situ memang campur lelaki prmpuan, terutama program KUMBE(kumpulan Belajar) memang lecturer dah tetapkan ahli group ada llki prmpuan. Ana benar2 dlm dilema..so skrg ana sedang dlm proses muhasabah diri utk perbetulkan apa yg tersilap dekat sini... ='( ini baru pra-U, belum lagi dunia luar yg benar2 mncabar tuh! Tolong lah, ana takut~

    ReplyDelete
  124. Anonymous5:32:00 AM

    Oh ye lupa nk bgitau.. stkat ni alhamdulillah ana masih mneruskan mmakai tdung labuh dkt institut pengajian tu ekoran rse kurg selasa memakai tdung 40' dan shawl, sbb dah biasa pkai tdung labuh masa kat skolah dulu..cuma lerang 60 lah..
    tapi masalahnya mengekalkan imej bekas pljar skolah agama itu tidak dpt mengawal perilaku ana di situ. Serius ini benar2 "kejutan budaya!"

    ReplyDelete
  125. Anonymous5:24:00 PM

    Kepada blogger.ana ingin menegur sedikit sebanyak mengenai penulisan anti. Sepatutnya anti lebih berhati-hati dalam menulis. Pada zahirnya anti berdakwah kepada umum,tetapi anti lebih cenderung kepada menilai individu tertentu dalam badan organisasi tertentu. Ya menegur itu satu amanah bagi setiap mslim dalam menyuruh perkara makruf dan melarang yang mungkar. Tetapi teguran itu juga harus pasti didefinasikan bagaimana. Adakah teguran itu untuk membersihkan syariat atau lebih kepada memburuk-burukkan sesuatu kaum atau individu. Kiasan yang anti gunakan agak menerangkan siapa orang itu walau tidak disebut nama. Ana pasti jika individu itu membaca entry ini pasti dikenalnya, ana takut individu ini semakin jauh dan membenci. Kebenaran ditolaknya. Berhikmahlah. :)

    ReplyDelete
  126. @Anonymous

    terima kasih kerana menegur. =)

    firstly, entr ni ditulis lama dah, budak2 lagi, blum matang lagi, belum bnyk cbrn yg sya lalui, yelah remaja yg baru keluar sekolah apa yg sy nmpk sgt =)


    cuma, entry ni saya tulis sebenarnya lebih kpd diri saya sendiri, saya tidak point kpd siapa2 dalam organisasi mana2, saya sebutnya umum.


    entry ni lebih ditulis buat saya sendiri sebenarnya, supaya bila saya membacanya, saya akan ingat kmbali dan tak akan tersesat, maaflah jika cara penulisan saya yg sebegini tidak disenangi namun apabila menulis kepada diri sendiri saya mahu lebih nmpk view agar one day sy tak melakukannya.


    sekali lagi saya tak tkankan kpd siapa2, and thanks sebab menegur =) masa budak2 menulis maaf ye

    ReplyDelete
  127. Anonymous11:54:00 AM

    it's not like u are doing da'awah or what...u are like giving ur opinion...it's not the same...ade sorang ustaz penah cakap..biar seorang wanita itu bertudung terlebih dahulu..jgn pandang labuhnye tudung yang dipakai..tapi pandang lah pada niatnye yang ingin menutup aurat..berpakaian sopan,,errr...berpakaian ketat excluded...sebab hati itu perlu da'wah..biar dari da'wah yg kecil2/ringan2..baru hati boleh menerima,,saye dah jumpa ramai budak2 skolah agama,,and u are like merendahkan skolah AGAMA pada pandangan manusia..don't..think about it~wallahualam...

    ReplyDelete
  128. Anonymous12:00:00 PM

    why does this entry shoots the girls????????

    ReplyDelete
  129. Salam:)

    Ni the second time baca tiba-tiba terasa pulak nak comment. Sorry kalau panjang.

    Saya ni budak sekolah agama tapi baru masuk masa form 4. At first say ingat budak2 sekolah agama ni alim, ikhtilat jaga, mesti pakai tudung labuh kat luar, tak couple * naive nya fikiran masa dulu* Tapi bila masuk saya terkejut sbb kat sekolah saya,banyak je yg buat macam kat atas tu.(tak jaga ikhtilat and tak pakai tudung labuh)

    Saya sendiri pun mengaku tak pakai tudung labuh kat luar, saya pakai shawl kadang2. Tp saya make sure yang tak jarang,tutup dada baju tak ketat and tak pendek. Tapi saya sedih sbb banyak kawan2 yg dah sekolah agama daripada form 1 pakai tudung selempang,sleeve three quarter, skinny jeans,couple. dekat sekolah tak cakap dgn lelaki dkt fb bukan main.Saya just rasa pelik sebab budak tu baik,ayu nampak cam alim kat sekolah tp kat fb, laki post sikit, nak comment je pastu bergurau semua. Bila dtg sekolah buat tak tau tak prnah ckp pun dgn mamat tu. Saya pernah tanya sorg kawan ni, dia ckp" Oh kan kt fb, tak nampak muka, so takde la timbulkan firnah" Bukan sama je ke -.-'

    Saya bkn nak burukkan budak sekolah saya-bkn bgtau pun :P- or bdk smka or sma tapi mmg betul kdg2 budak sekolah luar lagi baik and menjaga.Lagipun kalau nak kira ilmu tngt tajwid etc cam amalan2 selepas solat budak smka or sma bertuah sbb dapat belajar. So saya harap kte semua dapat amalkan :)

    PS: Dr. boleh tak lain kali buat la post pasal ikhtilat kat fb pulak ke? TQ :)

    ReplyDelete
  130. @Anonymous

    sbb wanita adalah fitnah terbesar maka peringtn hrus diberi berterusan

    ReplyDelete
  131. Anonymous9:26:00 PM

    silap siapa, kalau anak menyetan atau bakal "menyetan", hantar pergi ke sekolah agama supaya jadi ustaz/ustazah. tap tup tap tup, xde fungsi pon. penubuhan skolah agama pon sekadar nk serasikan dgn "silibus" kerajaan. bukan natijah asalnya tempat org belajar mujahadah dan belajr iman. bkankah bende2 cmni yg mnyebabkan budak2 lepasan skolah agama "bapak ngn mak setan" kat luar?
    so cmne? jadi alim pon sbab rules kt skolah je. bukan kerelaan individu tu sndiri saje2 nk msok sane. maaf, sekadar membangkitkan persoalan je. =)
    p/s: jumpa org ckap pasal Allah untuk belajar mujahadah beb.
    peace yo!

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers