Followers

20101212

Seseorang itu akan menjadi hamba kepada 'apa' atau 'siapa' yang dicintainya

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) Segala puji-pujian hanya milik-Nya. Kita masih bisa bernafas dalam bumi ini. Kita masih boleh menikmati segala sesuatu yang ada di sekeliling kita hari ini. Kita juga masih boleh menyaksikan ketenangan dalam kehidupan kita pada hari ini. Bayangkan andai kita berada di tempat sahabat-sahabat kita di Palestin sana, apakah ketenangan mampu menjadi milik kita. Kanak-kanak di negara kita sedang riang gembira bermain sedangkan kanak-kanak Palestin tidak bebas berbuat begitu malah tidak berpeluang! Remaja seperti kita di sini hakikatnya masih bersenang lenang dan belum keluar dari kelompok zon senang, tetapi remaja di sana sedang bermati-matian memperjuangkan agama dan negara. Ya, kita bukan sesiapa. Hanya manusia biasa yang punya HARAPAN. Sesungguhnya sesuatu HARAPAN itu secara tidak langsung akan menggerakkan seseorang untuk memburu impian...






Kalau kita sayang pada seseorang, kita pasti akan melakukan apa sahaja untuk mereka ini. Kalau si dia kata itu, maka kita akan kata alright, sayang! =) Baik, baby. Okey u, I ikut semua apa u nak. Shopping jom, si buayafriend pown ikut, tak kisah lah duet terbang melayang demi orang tersayang. Teman jom, si gelifrined pown ke hulu ke hilir ikut buayafriend dia. Walau sejauh mana pun engkau pergi akan ku turut jua, walau setinggi gunung everest akan ku tawan demi engkau, sayangku. Betul, kata-kata orang berchenta ni selalunya hebat-hebat aje. (I taw lahhh) Segala kata pengukuh nak dicanang demi membuktikan kesucian cinta. Cintaku padamu ibarat batu konkrit. Cintaku setinggi langit ke tujuh. Cintaku padamu sebesar gunung ledang. Pheww pheww.







Pendek kata, kita sanggup melakukan apa sahaja untuk orang tersayang. Buat itu, baik, buat ini, okey. Semua okey lah sampai benda-benda yang tak patut pown sanggup bagi. Sayang, sayang sayang abang kan,kalau sayang mana buktinya? (mangkuk!) Maka berlakulah transisi penyerahan jiwa antara dua insan yang mabuk kepayang, bagai dunia mereka yang punya, dosa pon dirembat sekali boleh join masuk neraka sekali. Boleh buat pantun lagi.pheww. Mintak jauh. Penyerahan tubuh badan adalah penyumbang kepada cinta sejati. Hipotesis not accepted!






Maka, nak cakap sebenarnya, bila kita sayang, cinta, rindu, love, hubb, apa-apa lagi lah istilah lain kan, kepada seseorang, kita sanggup melakukan apa sahaja. Sama lah jugak, misal kata, seseorang tu bekerja sebab minat dia. Dia jadi cekgu sebab itu memang passion dia, so dia tak kisah lah bekerja berhempas pulas ke, kena layan budak-budak kecik yang banyak songeh tu ke, sebab dah itu memang kerja dia kan? kegilaan dia. Berbeza dengan orang yang memang tak suka nak jadi cekgu, semua benda jadi beban dia, nak tanda buku budak malas, nak mengajar pon malas sebab itu bukan minat dia. Persamaan, dari zahirnya, ye mereka memang seorang cekgu, tapi hakikatnya perbezaan dia, sorang tu ikhlas sorang lagi tak ikhlas dan terpaksa, owh!



Ingat senang nak jadi cekgu...?






Begitulah hakikatnya dalam percintaan. Muhasabah tanya iman tanya diri. Kalau sesama manusia kita sanggup bagi jiwa raga dan bakul sekali, kenapa kalau dengan Allah kita tak macam tu? Nak solat 5 waktu pown macam nak buat solat 50 waktu. Belum hidup zaman Rasulullah, sebelum Rasulullah diisra' dan di mikrajkan, kalau tak 50 waktu lah kau semayang. 5 waktu pon kita tak tertanggung, ada ponteng2 semayang, hari Jumaat je, selamberr je pergi Alamanda, Mid Valley tengok wayang pulak tu. (uzur kowt, okey positif)






Kalau dating dengan kekasih, habis smart lah pakai, wangi-wangian segala, tapi kalau nak jumpa Allah, selamberrr je pakai singlet pagoda pastu tarik muka masam masa nak solat Subuh pagi-pagi. Lepas tu menghadap Allah. Memang terbaiklah! Itulah ukuran cinta kita kepada si DIA. Tak kisah sehabis sengkek awek punya pasal, sedeqah amal jariah tak pernah pulak nak buat. Seposen pon berkira. (cakap kat diri sendiri jugak, maklumlah diri sendiri pon tak terurus, uhuk3)


kacak bergaya bukan I ni?



Cuma ada persoalan je yang kerap kali berlegar-legar dekat otak ni, maknanya, kita belum betul-betul jatuh cinta pada Allah lah kan? Kita belum betul-betul ikhlas dalam menyayangi Allah ye? Kita berpura-pura kata rindu lah pada di DIA? Kalau diri sendiri sanggup buat segala benda mak nenek untuk orang atau apa yang kita sayang, tapi kenapa bila dengan Allah kita rasa jauh sangat? Malasnya tok sah habaq na. Padahal, Allah jumpa kita tiap-tiap masa, detik dan ketika. Kita pergi mandi pon Allah ada. Setiap MASA. (fuh seram pulak, Allah tengok I menaip ni)





Bila kita rasa Allah itu ada dekat dengan kita, kita akan rasa takut, takut buat dosa, takut balasan Allah, takutlah kan. Macam jugak, masa I kecik-kecik dulu, I takut gila kalau buat salah ke, buat rumah jadi bersepah ke, sebab masa tu abah and mama garang lagi (sekarang tak dah, hehe) Phewwm, freee je kena marah. Kalau kita boleh takut dekat parents yang garang kenapa kita tak takut pada Allah? Lagi lah azab berganda, lagi besar dari segala-gala.





“Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.




p/s: Terserah kepada akal dan hati untuk menilai sejauh mana kita taat kepada perintah DIA atau si dia. =) Waallahu'alam~


Carilah mana tuan dokterr, hehe~ (header class)



p/s/s: nak pergi lowyat nak beli lappy baru, entah dapat ke tak. -___- Sape-sape yang free boleh lah lawat dekat belog kelas I, kalau nak tengok bakal ustaz-ustazah guane, terjah je okey? Semalam kebosanan, pergi menggodek belog kelas, change its look. CLICK HERE.



Syukran Jazilan for reading

2 patient (s) need treatment:

zacky ~786~ said... REPLY

tersentak.. sebentar di sini

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@zacky ~786~

nampak reality bukan? =)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta