Pengisian jawatan kosong diperlukan pada bila-bila masa sahaja

9:47:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.






Salam to all readers~ =) *benda ni dah lame jadi draft-baru bukak edit balek, tak nak peram lama-lama, publist post je~ Maaf, saya tidak jemu-jemu mengingatkan kepada diri saya sendiri dan anda-anda, maka anda jangan jemu-jemu membaca setiap peringatan dari Allah ini, dikhuatiri hati menjadi sakit~



Dekat sini ada satu jawatan kosong tapi sama ada kita calon A, B atau C hanya akan ditentukan nanti. Tapi kat sini dah ada bagi tips-tips berguna ni. Wow, boleh kerja cepat. Tak sabar ni nak kumpul duit nak buat mahligai istana untuk anak bini, nak beli kereta-kereta mewah sebagai hadiah hari jadi, nak bawak gelifriend pergi tengok Harry Potter.








Nah ambek dulu RM 50 duit pendahuluan...







Nak tahu jawatan apa?













 











4 ganjaran lumayan (khas untuk candidate A) -sila bersedia jika anda


1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan meniti titian sirat (senipis sehelai rambut)
4. Syurga yang kekal abadi.






Tarikh temuduga


Bila-bila masa sahaja boleh dipanggil untuk interview mungkin dari saat anda membaca surat tawaran ini atau mungkin juga esok selepas anda bangun tidur, atau boleh sahaja bila-bila masa yang dikehendaki untuk anda dipanggil. MASA TIDAK DIKETAHUI. So, well prepared!








Lokasi temuduga


Di dalam kubur (alam barzakh)






Kelayakan


Anda tak perlu bawak sebarang sijil pon, sijil kecemerlangan anda di dunia, pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM. Kami tidak memerlukan itu. Juga, anda tidak perlu membawa Mercedes mata belalang atau pengangkutan-pengangkutan mewah yang anda miliki, kerana itu tidak penting lagi. Anda juga tidak perlu membawa harta menggunung tinggi atau emas berjuta-juta billion trillion walaupun anda punya semua itu. Tidak memerlukan susuk tubuh yang menarik, hensem, cun melenjun, seksi meksi, atau cute mute. Pokoknya, anda tidak perlu membawa apa-apa.


Cuma;

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.Ini sahaja yang diperlukan.








Panel/Penemuduga


Mungkar dan Nakir. (Ha, tak kenal?)








6 Soalan bocor. Sudah diberitahu tapi kurang pasti anda boleh menjawabnya atau pun tidak


1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?






Cara memohon:


Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Namanya Izrail.



Tengok boleh bagi tips lagi ni tahu? Bukan calang-calang temuduga ni.






Tips untuk berjaya dalam temuduga tertutup ini




Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:




"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.




Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.




Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.




Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.




Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".






Buka minda, tanam  dalam hati, mengingati mati itu perlu. Bahkan nyawa ditarik tanpa kita ketahui. Boleh jadi kita berakhir dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik), boleh jadi juga kita berakhir dengan suul khatimah (pengakhiran yang buruk)


Entah esok, masih ada udara untuk kita hirup. Entah lusa, nyawa kita ditarik. Entah-entah sebaik sahaja kita offline sekejap lagi, bila anda tutup laptop anda (mungkin saya) kita dijemput si Izrail. Masa kita tak dapat menentukannya. 



'Amalan tak cukup, dosa bergunung-gunung, dosa mengumpat satu hal, dosa keji mengeji satu kes lagi, kat parents tok sah cerita lah, apatah lagi dengan cekgu2 and lecturer yang selalu aku mengumpat ni, heh. Macam mana ni, entah-entah aku boleh jadi MUFLIS dekat akhirat nanti!Yelah kan, aku seronok2 kumpul pahala, tup tup dapat dekat orang yang aku ngumpat tu. Freeee je pahala aku berkurang nanti.





Muflis dekat dunia, tak apa, masih ada sanak saudara, muflis kat akhirat siapa ada? Semua orang dah jual ikan (baca selfish) . Tak ada masa sharing is caring. Dulu buayafriend aku selalu jugak cakap, sayang ni sayang tu, kongsi ni, kongsi tu, sampai segala benda mak nenek aku kasi kat dia. Tapi kenapa sekarang buayafriend aku marah-marah dekat aku? Tak ingat ke masa kat dunia dulu aku lah paling dia sayang? Belum cek kawan kita lagi, padahal dekat dunia punya lah akrab, tapi bila dekat akhirat, kita saling berbalahan dan bergaduh. Saling menyalahkan, kenapa tak tegur aku dulu waktu dekat dunia???? Siapa yang bersalah pada waktu ini?



Hari tu gi MAHA, keropok lekor tu sedap sangat~ ehe *tibe2



Fuh, malu tok sah cerita lah sebab nanti segala benda aku buat dekat dunia ni tayang balik macam tengok wayang laah. Alaaah, selalu dating dengan b, abang, sayang, intan payung, payur pasar malam dekat Mid Valley tu. tengok cerita 2 alam. Huish, macam mana ni. Semua orang tengok aku buat apa, maksiat, maksiat, maksiat. MALU.'




Bila ajal dah datang menjemput kita, saat tu kita dah berbalut kain kapan dah, baru kita nak menyesal. Dulu waktu masa hidup, kenapa tak solat 5 waktu penuh. Sekarang kan dah berbirat-birat badan kena pukul dengan malaikat Mungkar Nakir tu. Dulu, orang dah kata jauhi pergaulan bebas, tak nak dengar sekarang waktu nak soal jawab dengan malaikat siapa yang susah. Dulu, masa dekat dunia get ready je nak pakai berbungkus macam pocong tapi bila dah jadi pocong betul2 ni tak best pulak.





Saya dan kita semua terlalu banyak dosa. -____- Kita tak perfect. Maka, perbetulkan diri kita. Jangan seronok buat maksiat. Tahu tak?




Allah mencintai kita dengan NIKMAT, tapi kita balas dengan MAKSIAT. 






Kita manusia yang sombong, angkuh, bongkak. Harap lepas kita semua baca ini, kita teringat tentang mati. Alaaa, sekali sekala kan? selalu online tak ingat lansung benda lain kan? Ada bila online ingat mati tiba-tiba? (melainkan lah baca berita kemalangan) or ada masa tengah online, iman kita meningkat membuak-buak? tak ada kan?






Sama lah. Bila kita cintakan seseorang dengan jalan yang haram,  maksudnya dekat sini, dalam perhubungan sesama buayafriend and gelifriend anda, tak yah lah nak tipu tak pernah pegang tangan, tok sah lah nak tipu tak pernah pergi dating berdua-duaan. Lebih dari tu ada kan, bang? Automatik bila kita memilih yang haram, kita terlupa cinta Agung.  series. Ada bila keluar dating dengan gelifriend ingat Allah. Eh, tak ada kan? Tangan menjalar sana sini. Ingat Allah? kalau ingat Allah takut nak keluar bawak anak dara orang keluar, tahu?





*Artikel ini ditype untuk mengingatkan si penulis sendiri, huuu~ Hakikat diri yang selalu terpesong, tidak sempurna. Eh eh, saya tak anti-kapel~ Malah berpengalaman, muehehe~ chill =D




p/s: last Sunday, my family and I went to MAHA at Serdang. (ayat budak darjah 4. T___T)


7 patient (s) need treatment

  1. alhamdulillah.. terima kasih doc.. inilah ubat yg kami cari.. :)

    ReplyDelete
  2. ni bukan dr cinta..bguslah..

    click.
    www.aarproduction.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. @AUFIRHAN | ROSLAND

    tapi ustazh cinta, haha, tak kan nak cerita pasal cinta doplohempat jam je kan?

    kena ada benda lain jugak nak citer, cinta bukan perkara utama, memburu cinta Allah itu lebih utama~

    ReplyDelete
  4. sy sekarang sedang betul2 jatuh terduduk . sy zero toada apa2 langsung . malah sy malu nak beraujud pada die . masa perlu cari tak perlu letak tepi . sy manusia paling berdosa

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers