Followers

20101214

Parents tak takut ada anak perempuan yang 'hot'?

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =)

Salah satu belog yang dr selalu baca adalah ini, memang terus terang lah. But reality. Banyak jugak entri dia yang I setuju, tolak lah bab politik I tak nak join. Lepas baca beberapa entri beliau, mula terfikir sesuatu.... 






Ini cuma sekadar pandangan, ye, pandangan seorang hamba Allah yang takutkan dosa dan mendambakan syurga, tak semestinya betul, jika anda bertentangan pendapat dengan saya, cakap je. Yelah umur pown baru sembilanbelas tahun, tak banyak pengalaman, masih childlish. hmmm. Cuma saya minta, nilailah dengan hati yang penuh keimanan, kalau tak penuh pown dengan iman yang tersisa bukan dengan hati yang penuh pendustaan diselubungi nafsu semata dan enak berbuat dosa....





[Appreciation]





Puteriku sayang by Hijjaz ft Mestica



Dunia sekarang jauh beza dengan seploh, doploh tahun lalu, apatah lagi jika nak dicompared kan dengan zaman Rasulullah dulu, beza yang amat! Sekarang, maksiat dipromosi, di mana-mana, yang tinggal cuma kekuatan hati dan iman. Biar iman yang control diri bukan nafsu, sebab nafsu selalu berpihak pada jalan yang salah.







Apa yang kita nampak sekarang, selain dunia semakin maju, akhlak juga makin terhakis. Apabenda yang menyumbang sebenarnya sehingga makin dunianya maju makin tak bertamadun manusia. Doploh tahun lalu, anak perempuan tak berani nak keluar jalan-jalan sensorang apatah lagi dengan lelaki bukan muhrim. Tak de berani nak kasi gambar dekat mana-mana lelaki apatah lagi nak tayang gambar free2 je dekat internet. Pernah dengar, dari gambar orang boleh buat macam-macam? Phewww, seram. Kot nya ada secret admire gila, pergi siasat siapa budak perempuan hot tu, pergi bomoh-bomohkan. Tak tanggung.


[Appreciation]



Doploh tahun lalu lagi, anak muda masa ini masih malu-malu (nak buat dosa). Yang diorang tahu, kerja tolong mak bapak. Ada duet lebih siket, tolong si adek yang nak sambung belajaq. Tak fikir nak pergi tengok wayang dekat Mid Valley lepas sekolah. Tak fikir nak melencong berfiesta dengan kawan-kawan tak tentu hala. Tak de tak de. Mungkin segelintir ada spesies anakku sazali...





Orang dolu-dolu patuh perintah mak ayah, lebih penting lagi suruhan agama. Soal jodoh mak ayah yang aturkan. Tak de komen, perintah tetap jalaaan, bahagia je. Anak berderet-deret. Cucu cicit apatah lagi. Bahagia jugak.





Sekarang? Lain, lain... tu zaman doploh tahun lepas, sekarang zaman dah maju. Ye, zaman maju sehingga terhakis moral anak-anak. Tak ramai orang buta IT, facebook tiap-tiap malam online sampai pagi, belog tiap-tiap hari nak update je (terasa I T____T), depan laptop je dah boleh pergi jauh. Ye lah informasi di hujung jari, ye dakk? Google je.





Anak perempuan sekarang waaah lagi advanced. Betol I respect lah, budak-budak sekolah pown dah ade belog sendiri! I pon ade belog lepas SPM. Terel main coding sana sini, edit layout belog sana sini. Respect. Facebook ni lagi laah kacang rasanya, sehari dah boleh berbelonmilion dah friend list dia. Waah, respect, umur baru 9 tahun tu. Jap nak tanya, parents tahu tak?





Ada parents diorang tahu pasal anak dia tepet gambaq besaq2 dengan pakwe dekat belog? Ada parents dia tahu anak dia tepet gambaq free hair tak pakai tudung dalam facebook, belog ke? Sedangkan si anak perempuan yang ‘hot’ ni tadi bertutup litup pakai tudung menutup aurat. Takut parents ni je nanti ‘hot’ dekat sana. Waaah takut. sebab terlepas pandang perihal si anak.






[Appreciation]






Anak perempuan memang susah nak jaga. If someday, you will be a father to daughters, please give them proper clothes, proper teaching and proper car (muehehe) Ni ambik jap kata-kata pakcik cursing malay ni jap. I nak elaborate ni. Bila ada proper clothes atau dalam bahasa melayunya baju yang cukup kain, automatiknya mereka akan jaga pergaulan dengan lelaki. Lower their gaze towards men and boys. Bila mana mereka orang perempuan ni (cakap macam I ni para lelaki jewww) pakai baju tak cukup kain, tu lah jadi isu tergedik-gedik. Dosa pahala tak berjaga, halal haram main redah je. Kenapa boleh terlepas jadi macam ni, father I tak tegur pon, abang I biasee je. Peranan lelaki terletak di sini. Dah cakap dalam entri ini. ANDA, ye anda, sila tuding jari kepada diri sendiri, termasuk dalam golongan bahaya....





Owh termasuk lah yang tadi, proper teaching, bagi ilmu agama yang cukup, supaya anak-anak perempuan termasuk I, jadi orang beragama, orang berilmu, orang yang tahu mana halal dan haram, orang yang tahu dosa pahala. Supaya attitude terjaga.





Pasal proper car, hehe, sebenarnya sangat kasihan kepada para wanita dan girls out there, terpaksa berasak-asak untuk naik bas, dan kemudian jadi mangsa raba. Berhimpit-himpit dengan lelaki, sangat tidak selesa (Bukan saye ye, kawan pernah kena). Saya menyokong bas untuk WANITA sahaja! =D Boleh letak dekat Terengganu satu. So, jika si ayah berkemampuan, silalah bagi car sebijik dekat anak perempuan supaya mereka lebih selamat. Sekian terima kasih (ayat nak bodek keww) 



Owh tolonglah, I adored this! T___T




Kepada anak-anak perempuan sekalian, termasuk yang menulis ni sekali, marilah kita menjaga kesucian diri. Tak perlu tepet gambar free hair dekat belog atau facebook kalau dekat luar anda bertudung litup. Jangan, sebab sehelai rambut lelaki nampak, akan terbakaarlah kita. Tu entah berapa million helai rambut dah ditayang tu.





Selalu blogwalking (especially dekat belog anak dara) ada je gambaq dia dengan buayafriend dia dekat sidebar. Paling tak tahan gambar peluk-peluk pulak tu, aiseh, bertudung lagi tu. T___T Okey okey mesti cakap balek, suka hati lah belog aku, okey okey, suka hati lah, dosa sendiri-sendiri ye dak? Yang pelik lagi tu, lepas broke up, habis segala gambaq dengan buaya friend dia pergi delete. Muehehe, no comment. I tahu jadi perempuan ni sepanjang masa je nak cantek kan, sampai nak kena bagi tahu orang lah. Tu yang dok tepet bergelen milion gambaq dekat facebook dengan belog tu. Cukup lah gambar sebagai pengenalan diri. Satu dua gambar rasanya dah cukup kot? Niat tu penting, letak sebagai pengenalan diri, cukup lah nak tahu belog ni budak perempuan ke budak laki punya, profile kat fb tu laki ke perempuan punya.






Anak-anak perempuan sekarang berani. Tapi mak bapak tak tahu. Mana lah diorang ni tahu pasal computer2 segala ni. maka si anak pon bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan atas tindakan sendiri. 



Ingat kat mak pak sat, doa juga buat mereka~




Kepada si pakwe sakalian, ehem ehem, cuba uolls fikir, sepanjang perhubungan uolls dengan makwe-makwe (eh banyak pulak makwe kau ye?) jujur kepada hati dan diri, adakah anda hanya berfikiran suci sahaja? Doplohempatjam ingat Allah? Tidak terfikir untuk memegang tangan si makwe-makwe atau selebihnya. Anda ada jawapannya. Ye, saya tahu anda tentu memikirkan tentang itu. lelaki, nafsu nya cuma satu. Terbalikkan anda berada di tempat ayah makwe-makwe anda,atau cuba anda bayangkan anda berada di posisi seorang ayah yang ada anak perempuan. Pheww takut bukan jika mereka ada pakwe ? Si ayah sangat risau tentang anak-anak mereka, jika anak lelaki dikhuatiri akan merosakkan, jika anak perempuan dikhuatiri akan dirosakkan... Owh dunia seakan tidak selamat lagi! Sebab tu Allah kata jaga perhubungan antara lelaki dan perempuan, sekarang anda faham, kenapa couple itu boleh jadi haram.








Terserah kepada akal dan diri untuk menilai tapi nilailah dengan hati yang penuh keimanan. Jika selepas membaca semua ini anda mencebik, check balik hati anda, saya tak kuno saya cuma menjaga. =) Maka, saya nak kita orang perempuan turut menjaga. Saya sampaikan semua ni sebab saya sayang anda semua. Tolong jangan jadi antara golongan yang masuk neraka. Banyak kaum kita ni masuk neraka, tahu? 





Benda cute yang ditempah sudah sampai!! =D suka, kalau nak tempah boleh terjah belog kakak ni~ =) 







p/s: I tak percaya lelaki hanya ada satu gelifriend, boleh jadi gelifriendssssss. jeng jeng jeng...



Syukran Jazilan for reading

27 patient (s) need treatment:

kembatolo™ said... REPLY

lelaki yang takde gelfren langsung pulak cane? hahaha

Kei said... REPLY

saya setuju :D

sYazY_dZaiMa said... REPLY

Assalammualaikum :)

betul sekarang macam ramai sangat budak2 yang advanced, susah nak cakap jugak salah siapa.Mungkin ada betul didikan dari ibubapa yang terlalu manjakan anak-anak. Tak salah biarkan anak yang masih bersekolah bersosial di internet tapi perlu di awasi dai masa ke masa utk kebaikan terutamanya yang 15tahun ke bawah. Sebab saya melihat dari persekitaran saya, budak-budak yang range umur macam nie akan add orang sesuka hati,then tukar2 nombor telefon, mms gambar itu ini. Agak bahaya sebab kita tak tahu esok lusa mungkin diorang akan keluar bersama.

Laa,mcm panjang pulak komen,hik2..Ini pandangan saya sahaja..Anyway,nice entry :)

= said... REPLY

fawae!!!

part kete tuh nk tegolek den bace...ayah da bg kete ank plak x de kompiden nk bawak camner tu wey hahahha....

pelangi senja said... REPLY

nice entry~

Bisikan Bijaksana said... REPLY

hei syg..
ada 5 'ekor' tu...ehem..
i plan nak jual benda yg lagi cute dr tu thn dpn...
nak jana income kelas terchenta...

wait ha...

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@kembatolo™

hahaha, tak pernah pikiaq pulak~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Kei

saye juge stuju! =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@sYazY_dZaiMa

pheww komen terpanjng hehe, xpe2, btw, betol, sebab mereka belom tahu apa erti privacy sebenarnya, nak maen internet boleh je, tapi kene pandai kawal lah~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@=


hhaha, heish awat tak berani? ahaha xnak meh kasi kat dr ni, tapi den pulak tak de lesen~ -___-

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@pelangi senja

thnx~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Bisikan Bijaksana

kak lang, benda ni lah nak kasi sebenarnye, hehehe~ =D benda cam ni jugak lah yang cam fawa cakap tu, felt boleh kter buat jualan t~ and I pown sedang nak blajaq~ =D

..ika itu aku.. said... REPLY

thumbs up kt sni :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@..ika itu aku..

thnx dear~ =)segala puji-pujian hanya milik-Nya~

Lia Insyera said... REPLY

saya tak suka couple.rimas tahu?hehe

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Lia Insyera

waaah, open tuuhh~ muehehe

amira said... REPLY

hurm.. perempuan..senang masuk syurga dan senang masuk neraka.. nak cari redha Allah dan kebahagiaan dunia perlu ilmu.. lagi2 ilmu agama.. Saidina Ali pun pernah kata yang ibu bapa perlu meberi pendidikan kepada anak2 mengikut zaman,, so.. skarang. ilmu iman,islam,ibadah dan taqwalah yang diperlukan untuk kuatkan self-censored jiwa generasi sekarang

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@amira

I agree with you~ =) zaman sekarang banyak cabarannya,lebih2 lagi utk mendidik anak2.


(waah rasa macam dah boleh kawen) T___T

A.D.A.M. said... REPLY

Haha. Parents mmg risau. Anak dia sume hot. Mana y x hot di mata dia. Susah dia nk jaga ank dia kan. Siang malam, dok berharap, berdoa. Jahat2 mak ayah, mesti nak anak dia lagi baik dari dia kan. =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@A.D.A.M.

so, kena pandai jaga diri~ =)

fathiahRAIHANA said... REPLY

memang suka entry nieh .. thanks Dokter :)
haiii .. bila la nk jadi baek niehh .. iman lemah lg nie ... huuu .. btw , bole tayang kat abah laa suh abah kasi keta pink jugak sebijik :D

anak uncle azhar said... REPLY

saya suka (:

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@fathiahRAIHANA

haip, nak kereta pink? hehe

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@anak uncle azhar

=) suka & AMAL~ =)

| Faizah Eiz ツ | said... REPLY

Kakak, saya ada soalan. kalau seorang perempuan tu tunjuk gambar dia semasa kecil (belum baligh) yang tidak bertudung kat blog ataupun kepada orang yang tidak sepatutnya, adakah dikira sebagai dosa?

~ Dalam proses lebih memahami Islam <3

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@| Faizah Eiz ツ |


hmm, akak ada dengar ade pihak kata tak boleh, ade pihak kate laen pulak~


sorry akak pon tak berapa arif tentang soal ni, sebaiknya dielakkan jika tiada kepentingan, but I promise akak akan cuba cari hujah untuk itu~ =) thnx for asking.

adeebahfarzana said... REPLY

salam. pesanan yg baik utk remaja d luar sana. sama-sama terasa xDD
setuju .
insaf sudah ^___^

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta