Monolog seorang daie': Perempuan itu.

9:00:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~



Salam to all readers~ =) This is scheduled post. (Saat entry ini dipublish, saya berada dalam bas menuju ke Kuala Terengganu. Andai ini entry terakhir saya, maafkan segala salah silap. Saya ingin pergi menuntut ilmu- hai, lain macam je, haha)  3 Januari dah start orentasi degree, (baru tahu 3 jan daftar bukan 2 jan) dengan rasminya saya dah bersama kelompok budak-budak yang berumur 20 tahun. T___T. Pray for me. 




Owh ya, pasal tutor yang saya cakap dalam previous entry lepas, nanti saya buat ye, tapi bukan dalam masa terdekat ni lah. so, nantikan je yer~ Play lagu untuk lebih feeling-feeling.












*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Chill~ =)










Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau injak-injak, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!










Engkau mengajak dia melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan dia sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.








Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi perempuan rosak akhlaknya.






Jika dia suatu masa dulu, naqibah terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau cabut kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi kera sumbang, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.










Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu. Setelah engkau merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.










Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingatkan insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi. =)







Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya~ Doakan perjalanan saya saat ini, saat anda membaca monolog ini, selamat sampai.




Di sebalik tabir (bagi view dulu) ;









Owh I wanna show my new profile look, lookin' unique huh? Saya tak berapa suka profile pic tepi tepi tu then I edited back and replaced with the new one. Tinggal album mata tu je. Credit to Hasyira Yusof atas penggunaan gambar cartoon yang sungguh comel.



Perghhh, kantoi pulak tab sayangness, owh jangan salah sangka, itu kawan perempuan saya bernama ASKED, Aimi Sakinah Iskandar, atau lebih selesa digelar Asked Blurr~




p/s: manusia itu bisa berubah, walau perempuan itu bertudung labuh, walau lelaki itu, kopiahnya lekat di kepala, masing-masing boleh jadi tumbang hanya kerana salah mengenal cinta. Cinta ana-enti yang disalah erti. Walau orang belajar agama sekalipun, tetap akan jatuh jika ilmu tidak diamal tapi dibuat perhiasan semata. Wallahu'alam~





p/s/s: segala puji-pujian hanya layak diberikan kepada-Nya, saya tidak layak menerimanya, dia pemberi ilham, dia pemilik segala-galanya. Dakwah ini akan berterusan sehingga ajal belum menjemput, sehingga malaikat pencabut nyawa belum mengambil nyawa, selagi udara masih dapat dihirup, dan selagi nikmat boleh dikecapi. Ingatlah, tetapkan niatmu, Allah ada di sisi, usah takut berjuang mempertahankan kebenaran andai engkau sertai Allah di sampingmu. Tahniah Malaysia *tiba-tiba. 


31 patient (s) need treatment

  1. wah :) dah lama dah nak luahkan tapi tak terluah luah . thanxx doktor cinta :D

    ReplyDelete
  2. hu3....CeWdih NyErr... SbGaI poMpUaN SaYe RasE Cm dIpErMaInKn oLeH kaUm aDaM...TpI aPekaN daYe..sEtIAP oRg aDeR MeLaKuKaN KeSaLaHaN TeRmAsoK drIkU...JDi kEMBaLi kEjALan Yg DireDhAi-NYA..
    hu3

    ReplyDelete
  3. Masya Allah..kata kata itu...saaaangaaaat indah~! sungguh bertuah kamu diilhamkan Allah sebegitu :) *nak jgak! :P
    semoga terus mengarang baitbait indah sebagai pembakar semangat insan2 yang memerlukan ye doktor :) *kagumkagum! sukaaa blog ni ^^

    ReplyDelete
  4. erk.ukhti.. ana minta izin mahu copy kata2 itu boleh? ana akan link kan ke blog ini atas nama enti :) sebagai perkongsian bersama pembaca lain.
    lupa, semoga berjaya di orientasi nnti :) may Allah bless :)

    ReplyDelete
  5. salam, fara, blaja kt trg kat mane eh?

    *sori tanya kat sini pulak ;P

    ReplyDelete
  6. LIKE LIKE> perlu share dgn kwn2 neh :D terima kasih ,

    ReplyDelete
  7. pesakit makin pulih bca post nehhh , :)

    ReplyDelete
  8. silent rdr12:02:00 AM

    entry yg m'bina..n trkesan di hati='(
    thanks dr.
    ye...pmpn itu..bngkit kembali mgembara cinta yg Maha Esa...

    ReplyDelete
  9. saya suke entri ni..

    selamat sampai ke trg..(kg hlmn sy tu)

    ReplyDelete
  10. @Wanie

    saya jadi wakil ni~ hehe =)

    ReplyDelete
  11. @GaDiS sEnTi-MeNTaL

    memaafkan itu adalah lebih baik, dendam tak perlu ada kerana ia boleh merosak diri~ =)

    ReplyDelete
  12. @syafiqah.rahmat

    syukran ukhti~ =) segala puji=pujia hanya milik Dia~ =)

    ReplyDelete
  13. @saya

    tak pe, panggil fawa je~ =) belajar kat IPG kat kuala trgnu~ =)

    ReplyDelete
  14. 2 thumbs up.. Izin share ya..
    :)

    ReplyDelete
  15. gadis itu12:30:00 PM

    this is exactly what i want to say to the this particular guy out there. :')

    thanx for interpreting them into those words. :)

    nice blog u have here. keep on writing ya.

    ReplyDelete
  16. sya sukakan kata2 ini..sgt mengaisykkan dan syahdu..tp itu sememangnyer benar sebab seorang perempuan yg jutuh kerana cinta akan bangkit semula dengan CINTA sejat..

    ReplyDelete
  17. @gadis itu

    thanks a lot for those word~ =') really appreciate it~

    ReplyDelete
  18. @Shyred

    insyaallah, mendung tak akan selamanya, hujan juga akan berhenti, hatta ribut taufan juga boleh stop dengan izin Allah, inikan pula musibah dunia, sekecil-kecil ujian, ingat Allah ada, kita pasti akan jadi lebih KUAT~


    =) dengan izin-Nya~

    ReplyDelete
  19. lagu yg anti ltak kt netry ni..lagu pew..sedap didengar..btol2 mengasyikkan smmbil mmbaca entry ni..=)

    ReplyDelete
  20. @~UnDeR 18 story~

    ni lagu instrument autumn kalau tak silap~

    ReplyDelete
  21. penulis yang menarik. tahniah dr. cinta.

    ya belajar dari pengalaman. dan cuba menjadi yang lebih baik. bangkit dari kejatuhan dan bina sesuatu yang lebih di redhai.

    last word : rupanya Allah swt nak bagi pelangi. masha Allah. betapa indahnya nikmat-Nya.

    ReplyDelete
  22. penulis yang menarik dan membina. bangun dari kejatuhan. belajar dari kesilapan.

    last word: rupanya Allah swt nak bagi pelangi. masya Allah. betapa indahnya nikmat-Nya.

    ReplyDelete
  23. andai farah boleh like seribu kali x)
    tujukan buat seseorang hhiks ^^,

    ReplyDelete
  24. Anonymous8:48:00 AM

    sye prnah berada dlm keadaan ini
    bru je
    alhamdulillah, ALLAH msih lgi
    memegang hti sye sekukuhnya
    sye tersedar dlm lena maksiat tersebut~

    ReplyDelete
  25. andailah boleh dituju kepada insan bernama lelaki. wahai adam ingatlahh smua ini..

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers