Followers

20101210

Monolog budak kecil

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Keriangan sewaktu zaman persekolahan, masa belajar, masa kecik-kecik dulu memang sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Heish, dah lama rupanya tinggal zaman persekolahan,  rindu yang amat! Suasana pembelajaran yang dirindui. Rindu bau meja dan kerusi. Rindu nak tengok buku bertimbunan bawah meja. Rindu nak belajar dengan cikgu-cikgu. Rindu nak bising bersama-sama dalam kelas dan bilik study. Rindu nak berkumpul bersama-sama denga kawan-kawan yang dah bawak haluan masing-masing. Rindu macam-macam lah. Ya, kenangan hanya tinggal kenangan. Yang hanya boleh diingati dan tidak boleh lagi diulangi...



Luahan rindu by devotees





Apsal Mason ni tomey sangat haaa? -___-









1991-1997~

Tika ini aku masih bergelar budak kecil
Masih hingusan
Kulihat 'budak besar' pergi ke sekolah besar
Pakaian mereka besar
Apa yang mereka belajar juga besar
Tapi aku
sekolahku kecil




Di sekolah aku hanya belajar ABC
123, Alif Ba Ta
Pakaianku, pakaian budak kecil
Aku cemburu melihat budak besar
Bila agaknya aku boleh jadi seperti mereka....





1998-2003~

Sekarang aku dah jadi budak besar
Gembira sangat rasanya
Bila aku berjalan aku senyum
Aku jawab salam adik-adik
Adik-adik tunduk melihat aku
Seronok ya, jadi budak besar
Tapi, apa dah jadi dengan 'budak besar' dulu?
Eh, kenapa baju mereka tak sama dengan dengan aku?
Owh, rupanya aku masih budak kecil
Budak besar sekolah menengah, sekolah 'orang besar'
Aku sekolah rendah je baru rupanya
Aku cemburu melihat budak besar...







2004-2008~

Hari ni aku dah melangkah ke sekolah besar
sekolah menengah
Betul ke aku dah jadi budak besar ye?
Aku tanya mama tanya abah,
mereka cakap aku dah besar, dah boleh kawen pon
Ishh, malu I
Kalau ikut zaman Rasulullah, memang dah boleh kawen
hehe, sekarang pon aku dah belajar benda-benda besar
yang lebih berat
Physics, chemistry, biology, account


Tapi ada satu lagi kemusykilan mana pergi 'budak besar' dulu?
Satu hari aku nampak 'budak besar' ni
datang sekolah menengah ni jumpa cikgu2 lama
Eh kenapa diorang tak pakai uniform erk?
Rupa-rupanya mereka tetap budak besar daripada aku
'Budak besar' belajar dekat Institut pengajian tinggi
Bila nak jadi cam diorang ye?
Papa pon kata, belajar sungguh-sungguh
Sekarang aku tengah struggle nak amek SPM
Aku budak kecil lagi rupanya.








2009-kini~

Aku dah ikut jejak 'budak besar'
Aku dah tak pakai uniform lagi
Dari dulu kan aku nak jadi 'budak besar'
Tapi aku tetap RINDU nak jadi budak kecil balik
Bila jadi budak besar ni banyak kena fikir
tak macam masa jadi budak kecil, 


happy riang gumbira je, fikir main je
Aku cemburu dengan 'budak kecil'
Tiap kali lalu kelas 'budak kecil'
Aku selalu berkata dalam hatiku;
Jangan sia-siakan pelajaranmu, duhai budak kecil
Jangan kau layangkan detik waktumu
dengan perkara yang tidak berfaedah
Aku rindu nak merasa alam kecilku~ 






Adik-adik, jangan sia-siakan waktu berharga mu, dengan perkara yang tidak menentu.Kelak, masa depanmu akan hancur. Hargailah masa depanmu. Sesungguhnya, kita memang segera menginginkan untuk menjadi 'budak besar' semasa kita masih 'budak kecil'. Tapi, sememangnya bila kita sudah meninggalkan fasa-fasa alam 'budak kecil' , di suatu saat kita pasti akan merindui memori itu.

Jangan salah pilih masa depan! 










Suatu masa dulu, zaman muda dolu2.......












Amacam, kalerful tak budak-budak sekolah I ni, ahaha. Banyak sangat berjawatan masa tu, sekarang ni tak tahu lah, last dapat tahu tambah kaler biru untuk KETUA ketua pelajar. (KP merangkap pengawas). Yang oren tu KP, yang hijau ni budak-budak baek je, BADAR, yang purple tu PRS, pembimbing rakan sebaya, yang kuning kain hitam EXCO asrama macam pengawas bahagian asrama lah, yang kuning kain coklat tu pulak, EXCO KOOP, koperasi punya budak. Yang kain merah pulak EXCO PPS, perpustakaan punya orang, tak dilupakan yang baju putih kain biru, hik3, pelajar biasa tulen. =) Original okey.




p/s: Rindu dekat kawan-kawan MAHIS, Kajang~Comel omel je masa ni tak tahu la laaa ni. =')



Syukran Jazilan for reading

14 patient (s) need treatment:

Afiqah said... REPLY

ramai yang rindu masa dahulu kan..namun begitu kita kena teruskan usaha..menjadi yang lebih baik..insyaAllah..tapi sgt best jd budak kecik:)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Afiqah

very true, teruskan usaha untuk jadi 'budak besar' yg baek! hehe, nak kena jadi contoh teladan dekat budak2 kecik~

twinkle twinkle said... REPLY

kat integomb skola mira ni,,ada jugak kelompok bdk mahiss :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@twinkle twinkle

iye,min salam kat diorang, hehe~ =)

fathiahRAIHANA said... REPLY

haha . xlama lg turn ana pulak poast mende2 cmnie ^^
sedih , da nk abes skola pom :')

Dayana Nasir said... REPLY

comel nye budak yang first tu..
huuuu...
rindu zaman skolah rendah dulu..

zacky ~786~ said... REPLY

wahh mmg kenangan laa..~

[AwAn kuRang kelaboo] said... REPLY

suke post ini..hu2

Ain Zulaikha said... REPLY

same lah kite, rindu masa dulu.. masa budak kecik, tak de masalah langsung.. kalau ada pun kena marah je.. dan skrg sy jd budak besar. makin lama pemikiran kena matang.. :) usaha utk jadi lebih baik pada tahu baru ni..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@fathiahRAIHANA

haa taw tak pe ana, tengah rindu-rinduan ni~ =) miss sgt nak jadi bdak form 5, pkiaq belajarrr je, skrg dah meningkat umor banyk lagi kena fikir~ ehe

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Dayana Nasir

taw tak pe, name dia moon mason yg berlakon cter my baby and me, korean movie dengan jang geun seuk cni ke eja dia~

skrg budak ni besaw dahh.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@zacky ~786~

kenangn utk dikenang, hehe~ =) sebab kenangan tak kan berulang lagi...

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@[AwAn kuRang kelaboo]

suka sebab ada gambaq ang ye? haha, kenangan ni, lama tak jumpa budak satu batch~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ain Zulaikha

yup betol kak ain, makin besar makin banyk tanggungjwb daaan makin dekat dah nak kawen, eh, hehe, ke laut jap~

tahun baru, ubah diri ubah mentaliti, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi, cewah~ =) misi maal hijrah tahun ni...

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta