Followers

20101217

Manusia yang terbuang cintanya

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Salam to all readers~ =)
*menghimpunkan entri TENTANG CINTA. 







Jari jemari menulis tanpa henti untuk terus menukilkan apa erti cinta sebenarnya kepada kalian. Hati dan diri juga sering merisaukan tentang kesucian semakin hari semakin terhakis. Aku tidak mahu kalian menjadi seperti diri ini yang dahulu tidak mengerti apa itu sebenarnya cinta. Erti cinta kini lebih kepada pembaziran wang ringgit, tenaga dan emosi. Tidak indahkah cinta tanpa perbualan telefon dari jam 2 pagi hingga 4 pagi? Hilangkah keindahan cinta andai tidak ada pertukaran SMS dan MMS. Aku keliru. Di samping dalam mencari sesuatu yang indah dalam hidup, aku kesesatan. 



Jangan kita pernah menganaktirikan cinta Illahi. DIAlah pemberi cinta yang layak dicintai. Cinta pada selayaknya. Apakah adil untuk kita menangguhkan cinta-Nya. Lalu kita bertindak mencari cinta yang lain. Ya, tidak ramai yang berani melakukan itu sejurus majoriti manusia yang hidup di muka bumi ini punya pasangan masing-masing. Jika engkau yakin kesucian diri dapat dipelihara dan kesucian cinta kamu kepada DIA tidak tergugat malah menambahkan, maka teruskanlah. Jika saat engkau jatuh cinta dengan dia, engkau semakin menjauh dan menjauh dari DIA, berfikirlah sematang-matangnya. Hidup bukan enjoy semata. 






Seperkara lagi, perlu diketahui dalam adat mencintai dan dicintai. Mencintai itu tidak semestinya memiliki. Begitulah adat hidup di dunia. Sesungguhnya Allah itu memang sengaja hendak menguji kita, kerana kita sentiasa layak diuji. Jangan pernah ego terhadap satu kuasa besar ini. DIA boleh menarik kembali nikmat yang pernah engkau miliki. Jangan pernah putus asa terhadap rahmat Allah, kerana DIA jualah yang boleh menghilangkan deritamu sekelip mata. Dan paling penting, jangan biarkan kisah cintamu menjadi skrip cinta yang berulang. Bertemu dan berpisah dengan manusia yang berbeza.


Kita punya pilihan. Sama ada Allah atau lelaki itu yang kita pilih. "Muslimat yang suci adalah muslimat yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah teramat menyintainya. Tapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya. Mengapa perlu ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari." 



Ya, terserah pada akal dan hati untuk menilai. Tetapi nilailah dengan hati yang penuh keimanan, jika tidak pun dengan iman yang tersisa. Jangan menilai dengan mata hati yang penuh kepalsuan. Sertakan Allah dalam setiap langkahmu. Penulisan tentang cinta dan seumpama dengannya bukan kerana penulis mahu tangkap jiwang dan sebagainya, tetapi lebih kepada mendidik diri dan orang lain. Kerap kali mata ini menyaksikan jatuh bangunnya seorang manusia itu kerana cinta walhal cinta kepada Allah adalah keutamaan. Kerap kali hati seringkali membenci perilaku tidak matang manusia tanpa disedari diri sendiri pernah melakukannya. Penulisan tentang cinta bukan kerana suka-suka, tetapi mata inilah yang menyaksikan hina dan mulianya manusia adalah kerana cinta. Cinta adalah satu juzuk penting dalam sesebuah kehidupan. 








Jika masih ada udara untuk dihirup, jika masih diberikan nyawa oleh Allah, jika kesihatan masih Allah kurniakan, jari ini akan terus menukilkan apa sahaja yang dapat memberi manfaat kepada diri dan kalian. Kerana untuk memperjuangkan cinta itu suatu yang sangat sukar di saat majoriti berbicara kesesatan sedangkan minoriti berkata kebenaran. Apalah yang ada pada kudrat seorang daie seperti penulis. Menulis bukan kerana wang, menulis bukan kerana populariti, menulis bukan kerana apa-apa sebab musabab yang lain, cuma satu sebab. Menulis kerana cinta. 








p/s: Jangan jadi manusia yang terbuang cintanya, sama sekali tidak menghargai cinta yang Allah anugerahkan. I really appreciate to those people who are keep coming to my blog. =')



Syukran Jazilan for reading

5 patient (s) need treatment:

Anonymous said... REPLY

love this blog..=) trime ksh dr. blog awk bg treatment yg baik kpd sy =)

izzati radhiah said... REPLY

itulah erti cinta sebenar...

tahniah!..suke bace entry dr cinta..:)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

syukran jazilan~ =) segala puji-pujian hanya layak pada-Nya~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@izzati radhiah

syukran jazilan~ =) coz sudi ziarah dr punye belog~ =)

lil caliph said... REPLY

entri ni dengan lagu tu mmg a good combination. nak nangesssss

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta