Followers

20101211

Manusia tidak sempurna

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)




Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya, kecewa sekali bukan bermakna kecewa selama-lamanya. Sudah menjadi adat kehidupan, kita hendaklah sentiasa diuji. Begitulah hendak-Nya, pencipta alam semesta, pencipta kita bersama. Andai kita inginkan segalanya terbaik buat diri kita, sudah pasti si DIA mengatur sesuatu yang terbaik untuk kita.






Usah kecewa andai impianmu tidak tercapai, usah bersedih andai hasrat tak tertunai, usah bermuram dan mengeluh di saat berhadapan sesuatu yang memberatkan hati dan fikiranmu. Kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, ada nilainya.





Kita sering mencuba untuk menjadi sempurna di mata manusia lain, kadang-kadang tanpa menghiraukan perasaan manusia lain. Mungkin pernah mengguris perasaan, mungkin tingkah laku ada yang menyinggung hati dan mungkin jua pada jalan untuk mencari kesempurnaan diri, perasaan takbur menguasai diri. Tanpa sedar, kita menyakitkan hati orang lain, hati sendiri dan PENCIPTA kita. Usahlah mencari kesempurnaan diri, kerana kita tidak sempurna, hulurkanlah kata maaf selesai segala sengketa. Nilai sebuah kehidupan itu sangat bererti buat sesiapa yang merasainya.










Hargailah kehidupanmu kini, jangan mengeluh, jangan sia-siakan. Ada sinar di hadapanmu menanti. Dan pastikan niatmu hanya kerana DIA. Rencah kehidupanmu kau sertai dengan DIA. Kelak engkau akan beroleh kesenangan kerana kau sentiasa mengingati DIA. Andai belum kau temui separuh lagi hatimu, insyaallah, engkau bakal menemuinya kelak. Jangan apabila kau sudah temui, kau hancurkan HATI itu, maka leburlah ia. Cinta dalam hati itu sangat bermakna, hargailah ia kerana dalam kehidupan kini sukar sekali untuk menemukan cinta sejati. Jangan sekali-kali engkau kotorkan kesucian cinta, ya berkali-kali saya berpesan pada diri dan sahabat sekalian. Kerana ia merupakan satu juzuk penting dalam kehidupan.






Marilah bersama memburu cinta Illahi kerana itulah yang abadi! =)



p/s: beransur-ansur pulih dari 'sakit hati' yang pernah menerkam perasaan sehingga satu masa dulu begitu membunuh seluruh jiwa dan emosi. Namun langkah kini makin bererti kerana kini DIA mengiringi.





Syukran Jazilan for reading

6 patient (s) need treatment:

sha said... REPLY

moga Allah berkati mu. :)
terima kasih utk kata2 ni.
rsa perit krn pendam prsaan tu dh stu hal.
lg perit klu org saje2 nak uji prasaan kita. *haih*

zacky ~786~ said... REPLY

:D

kembatolo™ said... REPLY

berubat pakai ayat quran eh? =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@sha

welcome back~ menulis utk meluahkan rasa hati, kadang ia perlu~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@zacky ~786~

=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@kembatolo™

bisa aja, ayat quran merupakan penyembuh lagi2 utk ubat sakit hati~ hihi =)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta