Manusia kerdil yang menjadi penderhaka kepada Pemberi Nikmat

8:28:00 AM

Bismillahirrahmanirahim, In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)

Suatu masa dulu, (primary school) kegilaan terhadap planet-planet memang sukar dibendung lagi. Suka sangat dengan planet-planet cantik yang ada dekat sistem suria ni. Especially planet bergelang ni. Fuhh, cantik sangat. Lepas tu, suka tengok discovery channel pasal planet-planet cantik ni. Tak cukup dengan tu, masa form 4 berpeluang untuk pergi pencerapan planet Zuhal. Sangat best. Sampai dulu pernah nak jadi astronaut and scientist, sebab kecintaan terhadap planet yang begitu menggila. Sebelum bercita-cinta nak jadi psychiatrist pakar sakit jiwa. Tapi tak tercapai, jadi dr cinta pown jadilah. T____T





Sekarang nak membawa anda zoom out dari sekecil-kecil kejadian sehinggalah sebesar-besar kejadian. Jadikan anda sebagai titik point. Betapa kerdilnya kita di dunia yang serba luas ini. Tetapi walaupun ada yang menyedari begitu, kita tidak sedar tentang tujuan sebenar-benar diciptakan oleh Allah, untuk beribadah. Kita jadi pengingkar nikmat nombor satu, kita jadi budak rosak akhlak berbangga dengan pelbagai gejala sosial yang semakin teruk, kita jadi pembelit putar alam terhebat, kita jadi manusia yang tidak tahu bersyukur, kita jadi manusia yang serba sukar mengingati Allah setiap masa.....




Sedangkan Allah perintahkan hamba-hambaNya untuk beribadah kepada-Nya;

"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" (az-Zariyat:56)



Allah telah mengisytiharkan pelantikan manusia sebagai khalifah dalam surah al-Baqarah ayat 30;

"Dan ingatlah sewaktu Tuhanmu berkata kepada malaikat, 'Sesungguhnya aku akan menjadikan di bumi, khalifah."



Kitab al-Asas fi al-Tafsir turut menukilkan;

"(Khalifah) ialah Nabi Adam dan zuriat-zuriatnya"




Tugas yang Allah berikan ini berat bukan? Tujuan utama adalah beribadah. Jangan sempitkan akal anda beribadah hanya solat, puasa, masjid, and so on. Kerja juga boleh jadi ibadah, belajar juga boleh jadi ibadah, termasuklah makan, minum, bermain, bersukan, tidur, bahkan melayari internet juga boleh jadi ibadah! Indah bukan? Segala-galanya boleh jadi ibadah bermula dari kita bangun tidur dan setiap perbuatan yang kita lakukan. Bagaimana nak jadikan setiap amalan ini sebagai ibadah?






basic things but very hard to apply~

#membaca bismillahirrahmanirrahim
#berniat setiap perbuatan adalah kerana Allah. 







Mudah. (jika ada penambahan sila kemukakan) Tak perlu panjat gunung untuk jadikan setiap amalan sebagai ibadah. Jauh sekali nak meredah lautan api untuk menjadikan amalan sebagai ibadah. Janji tak perlu payah macam orang hangat bercinta; "Demi you, lautan luas I sanggup berenang!" atau "Akan ku tawan gunung everest dan banjaran Himalaya untuk membeli cintamu, sayang" atau "Akan ku petik bintang untuk kujadikan hantaran buatmu..." Fuh, ayaaaat nak hebat je! Tak perlu sesusah itu, kawan nak jadikan amalan sebagai ibadah...



Jika berpeluang, saya akan sentuh mengenai erti cinta pada memberi~




Cinta memang penting tapi ibadah untuk menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Satu hal yang sangat sukar difahami oleh anak muda seperti kita ataupun orang berjiwa muda, hehe. Tujuan cinta sering dipinggirkan, ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan kerana cinta. Al-kononnya cinta itu suci. Maaf, bukan mahu merendah-rendahkan nilai cinta bagi anda, tapi kita mampu menilai dengan akal fikiran anugerah Allah, jika cinta suci mengapa masih ada lagi gejala sosial? dan banyak lagi. (ambil kata-kata Dr. Pahrol Muhd Juoi)




Renungilah sekecil-kecil penciptaan Allah dari sebesar-besar kejadian, maka mengapa tidak gunakan akal kita untuk berfikir.....?


Atom


Molecule

Cell



Tissue (ehe, ter ambik gambaq injury tissue plak)

Organ


Respiratory system (or else) // Sistem organ

Manusia (organisma)-diri anda, saya dan kita dalam rumah


 Rumah dekat Kuala Lumpur~


 Kuala Lumpur in Malaysia


Malaysia dalam bumi

 Bumi dalam sistem solar


 Milky way galaxy


Alam semesta







Sekarang, lihat, di mana kita? Masih setuju tujuan hidup untuk cinta semata-mata? Cinta itu bukan tujuan, tapi ianya jalan, cinta itu bukan matlamat tapi ia cuma alat. Juga bukan kerana sebab-sebab lain. Semak balik dirimu, sebab apa kamu hidup? Lupakah kita sewaktu kita di alam rahim sana, kita sudah berjanji kepada Allah? ya, kita berjanji dan kita LUPA! Sebab itu lah,




# remaja perempuan tak segan silu menggugurkan anak hasil hubungan sosial nya
#remaja lelaki tak segan silu menyentuh anak dara orang, usung anak dara orang ke hulur ke hilir
#manusia giat makan duit haram untuk jadi kaya
#manusia mengumpat mengata mengeji sesama mereka 
#manusia sudah hilang hormat sesama mereka
#etc etc etc anda nilai sendiri






Renungi kembali diri, betapa kerdilnya kita masih sanggup ingkar pada suruhan-Nya. Saya juga begitu.Kita masih belum terlambat untuk bertaubat memperbetulkan diri. Selagi matahari belum terbit dari barat. Berubah selagi kita punya waktu, cipta lembaran baru pada tahun yang baru.




p/s: Awal muharram~ =) tata, nak pergi MAHA hari ni, last day, siapa yang belum pergi, jom~




p/s/s: kredit to Quran saintifik Dr.Daniel (buku sangat bagus), Ustaz Pahrol and SOLUSI. Penghargaan gambar.


8 patient (s) need treatment

  1. sememangnya kita amat kerdil

    ReplyDelete
  2. nice.. terase pedih sampai ulu hati

    ReplyDelete
  3. @Qam

    mencucuk2 hingga ke lubuk hati~

    ReplyDelete
  4. menusuk qalbu tulisan awak dr. :"")

    ReplyDelete
  5. :) agree with u dr cinta :)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers