Followers

20101202

Lembaran hidup wanita solehah

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah the Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =) Rasanya dah lamaaaa tak cerita pasal hal kewanitaan. wow. Setelah puisi buatmu lelaki menyusul kini puisi buatmu wanita.





Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...



Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...




Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta di dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...




Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...




Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...




Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...






Maka para muslimah di luar sana, saya dan anda, berusahalah untuk menjadi muslimah terbaik, dalam akhlaknya, perilakunya, tutur katanya. Ya, kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, jauh sekali. Mereka hidup dalam sinar Islam, dan kita wanita akhir zaman ini hidup pada zaman yang begitu mencabar dan mendebarkan, hanya punya HARAPAN untuk menjadi seorang muslimah yang diredhai-Nya. Amin, Insyaallah~





p/s: Muslimin yang baik itu menginginkan calon muslimah yang baik sebagai pendamping hidupnya dan isteri kepada anak-anaknya~ =)


p/s/s: dirujuk dari Mufakkirah Mukminah 2008~


Syukran Jazilan for reading

11 patient (s) need treatment:

nazirulhazwan~ said... REPLY

sebak2 den bace.mane nak cari wanita2 macam tu lagi=(

Sunah Mohammad said... REPLY

salam Dr.~ jangan lupa Maryam solehah~

Qaseh dalia adelia said... REPLY

same2 buat terbaik untuk jadi yang terbaik

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@nazirulhazwan~

yg solehah susah nak cari, jgn berptus asa dlm mencari~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Sunah Mohammad

ye2, mariam juga wanita solehah, dirinya diuji tatkala sukar sekali utk dipercayai.

Isa dilahir tanpa bapa, bukan mudah untuk Maryam mengharungi smua itu~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Qaseh dalia adelia

very true~ perbaiki diri itulah yg terbaik~ =)

Siti Syakirah Saidi said... REPLY

insyaAllah :)

Siti Syakirah Saidi said... REPLY

insyaAllah :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Siti Syakirah Saidi

=)

NooR AzLen BinTi HaRoN said... REPLY

assalamualaikum

mnta izin share

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NooR AzLen BinTi HaRoN

waalaikumslam~ okeyp! =)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta