Followers

20101203

Jadi orang Islam beruntung, agama tak suruh berbungkus macam pocong!

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~



Salam to all readers~ =) Sebelum tu, ramai yang tanya lagi, lagu kat belog ni lagu ape, nama lagu tu; binnabil huda by inteam & unique. Dalam album selawat diorang tu banyak lagi selawat best-best, haih, tak ingat pulak album apa, tapi memang best laah selawat-selawat yang mereka nyanyikan tu, tapi bagi saya paling best yang ni lah. Google je lah yerr...



Ini bukan entri untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian. Bila keluaq je, rasa nak terjojol biji mata, bertudung tapi ketat sana ketat sini, bertudung tapi dedah sana dedah sini. Nampak sana nampak sini, mak aih, I pown dah jadi seksa yang lawan jantina pon freeeee je dapat dosa kering. Meh dengaq cerita budak-budak zaman sekarang.... Layaaaaaaaaaaaaannn~


 Baca ni, takut tak?


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sedangkan bau syurga ni boleh dihidu berpuluh-puluh ribu tahun perjalanan (ke ribu eh)

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri orang-orang mukmin hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(al-Ahzab:59)


Tak takut lagi....???

"Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Alamakk....

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari Akhirat nanti."(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaii dan Ibn Majah)



"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka"(An-Nur:31)









Pakai tudung tapi telanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang



Baju nipis nampak bayang
Paha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

  


Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Di sudut agama pun gaya tak berkat





Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak garis
Mata orang terbeliak kita membengis
Bila kena kutuk kenapa menangis





Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat di punggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong





Apa rasanya kepala bertudung kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lainlah kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah





Kebaya ketat kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah





Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung


Dah kalau minat bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu mendung
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung





Bertudung bukanlah paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu lah pasal fesyen pun yang bukan-bukan




Dalam setiap perbuatan kita mulakan dengan niat
Macam tu hok bertudung janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur dosa bertingkat-tingkat
Fesyen pun macam tak kena tempat





Baik tak bertudung kalau hanya nak rosakkan imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takai pakaian mengalahkan pengemis
Atas tutup bawah bukak ni apa punya jenis?





Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen2 only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau macam tu baik duduk berkurung



Bertudung bergaya biarlah sempurna
Tak jadi bahan kutuk jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana





Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya





 Layaaaan lagi......







Nampak jambul, cancel, cancel

Sama gak cancel

Tudung takat tutup rambut je, cancel

Auww, jarang lah you, cancelll

erk, apa kes ni? lagi CANCEL!

tudung atas dada, ketat, ketat, cancelllll

legging ketat dek, cancel
waaaah ni paling kreatip sekali! mini skirt jeans & singlet, jarang, ketat, cancelll!

Tak payah pakai tudung je lah, lengan nampak, rambut dah taw panjang mane dah, seluaq jin hang tu pown dah ketat, cancel..

waaah kau, hang pakai seluaq pendek! awat naaa? hang tok sah la lagu tu, Cancel...

Phewww, macam ni pakai pown still ada ke? Cancel


Kalau lagu ni lah semua pattern nya, cancel lah semua ni nak jadi calon menantu I doplohlapan tahun lagi....


Umat Islam saling berpesan-pesan. Itulah indahnya hidup bersama saudara. Soal aurat kalau memang tak ada kesedaran, memang susah nak diperbetulkan, sebab pemakaian, wanita selalu jadi mangsa gangguan seksual, bermula lah gejala sosial etc. etc.Bertudung tapi nampak jambul, pakai baju jarang-jarang, ketat sana ketat sini, inilah yang dikatakan, berpakaian tapi BERTELANJANG.


Saya tak layak untuk menasihati, ye, diri sendiri belum sempurna. pergghh terkena habis lah. T____T tapi, jika anda timbul rasa keinsafan setelah membaca semua ni, alhamdulillah anda masih punya hidayah yang insyaallah suatu hari nanti hidayah anda akan merubah anda, tapi sebaliknya, jika anda mencemuh, mencebik, segala macam me- lah, sila check hati anda. 



Peringatan bersama, bertudung yang bagaimana sempurna? Jangan sampai mempersendakan agama... Maaf andai ada yang terkena, tegurlah demi kebaikan. (diri sendiri juga terkena)




"Jauhkanlah orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka terpedaya dengan kehidupan dunia. Dan berilah peringatan dengannya (al-Quran) semoga tiada siapa yang menerima azab disebabkan ushanya. Tidak ada baginya penolong dan pemberi syafaat selain daripada Allah. Jika engkau hendak menebus kesalahan dengan segala jenis tebusan, tidak akan diterimanya. Mereka tetap menerima azab disebabkan perbuatan mereka. Untuk mereka minuman air yang mendidih serta azab yang sangat pedih disebabkan kekufuran mereka." (al-An'am:70)


p/s: gambar di google. Waah, umat Islam makin kreatif! Tutup aurat bukan tutup urat! =) Chill~



Thanks for Jehan and Qiena for giving me this award~ =) I really appreciate this.




@favourite ma'kulat

tempe, blackpaper, ayam,halalan taiyyibah

@people that I love most

family, friends & 




Syukran Jazilan for reading

20 patient (s) need treatment:

titirara said... REPLY

gambar2 tu memang klu ditengok kelakar pun ade , sbbnye diorg pakai tudung mcm org gile . rasenye org gile pon ade gk pkai tudung lg elok dri cmtu .

nasib baik tira tak tergolong dlm kalangan diorg tu .

twinkle twinkle said... REPLY

kreatif mngubah suruhan Allah :(

Anis izyan Abd Rahman said... REPLY

uish~ pakai skirt pakai tudung~~~
eerr..
melampau

abgreds said... REPLY

salam dr...
sebahagian sebab terjadinya demikian datangnya dari lelaki yang semakin kurang nilai kekhalifahan untuk membimbing ummah (termasuk tukang tulis ni jugak) adehh....
tapi tentu kita boleh berdiam diri saja. peringatan seumpama entri ini juga boleh jadi medium muhasabah diri kepada para pembaca..
terima kasih atas tulisan berkenaan.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@titirara

punye lah nak bertudung tapi tanpa disengajakan telah mempersendakan agama, kita tak tahu tu. Kita BERTUDUNG bukan menutup aurat~

sama2 munasabah~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@twinkle twinkle

kreatip tak spatutnyerr~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anis izyan Abd Rahman

yup, gambar2 ni ditepet kat cni utk kita mengambil ibrah darinya~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@abgreds

peranan msyarakat sekeliling juga, lelaki juga bertanggungjawab membimbing wanita, ayahnya btanggungjawab terhadap ank prmpuannya, abangnya terhadap adik prmpn, adek lelaki trhdp kakaknya~

kalau nampak pemakaian tak kena pada mata tegurlah. manusia kena sentiasa ditegur dan menegur sebab kita selalu LUPA.

hanim ajla said... REPLY

thanz a lot 4 dis post..
: )
insyaallah kte sume bleyh berubah ke arh yg laaaaagggggiiiiii baek..
( :

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@hanim ajla

eheh panjang laaaaaaaaaaaaggi tu eh? =)

kay yea said... REPLY

huhu..dorg x sedar diri neh..
nice entry anda neh..mst rmai yg terase~ :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@kay yea

diri sndiri pown terasa T____T bab pemakaian susah nak berjaga, sdgkan sekecil2 perkara suruhan Allah pown payah nak jage inikan pulak nanti soal2 jihad yg lebih besaq.


fuh, semoga Allah melindungi diri & hati sepanjang SALE NI! eh eh, sepanjang mase, huhu.

Pink Pearl Lady said... REPLY

mcm2 la ni fesyen org bergaya,ada kdg 2 memang tak kena gaya....

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Pink Pearl Lady

tak kena gaya, org kate pelik dye kate cantek, yang pelek2 ni lah yg sampai boleh mmpersndakan agama~ T___T bahaye, berlaku tanpa sedar

zulaika.puad said... REPLY

dr c tny 1 blh??
mcm mne dr c buat ada lagu dlm setiap post?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@zulaika.puad

saye letak link dekat belog nanti k~ =)

Anonymous said... REPLY

lagu untk post nie tajuk ape eh?

Nur Mudrikah said... REPLY

trima kasih ats perkongsian. semoga kita semua sentiasa dilindungi RahmatNya..amin

FASIHAH AHMAD FUAD said... REPLY

salam terima kasih untuk perkongsian ilmu ini.i.allah akan menghayati ilmu ini ke mana sahaja pergi.menutup aurat ini banyak kelebihan dan kebaikannya.

Anonymous said... REPLY

most gmbr tu edit at photoshop laa.. x kesah lah anyway, nice entry.. ckup mmberi kesedaran ;)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta