Followers

20101227

Graf Cinta (Indahnya cinta sebelum akad & bosannya cinta selepas akad)

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.






Salam to all readers~ =) (Rasa macam dah lama tak menulis tentang cinta, feeling-feeling jiwang)






Malam masih muda.  Anak muda masih ramai bersosial di luar sana, berpesta di luar meraikan kemenangan Malaysia. Solat lupa hendak ditunaikan dek bertolak dari rumah jam 6 petang. Maghrib burn, Isya' entah bila hendak ditunaikan. Juga bersosial di laman-laman sosial mengupdate status harian mengeluh nasib diri, itu dan ini. takdir Allah dipersoalkan. Kenapa tidak itu dan kenapa tidak ini. 









Beralih kepada insan lain, tika ini sukar melelapkan mata dek kerana terlalu banyak memikirkan masalah dunia, masalah Islam mungkin. Juga malam ini barangkali ada insan yang sedang menangis kegusaran dan kesedihan. Hapuskanlah air matamu dan serahkan jiwamu kepada DIA.



Walau siapa pun anda, di mana pun anda, tetapkanlah dalam hatimu, engkau cuma ada DIA.  








Bila dah nak kawen dengan seseorang yang diciptakan untuk anda,sila jawab ini:






1- Anda first love si dia? [yes/no]
2- Anda orang pertama menyentuh tangannya? [yes/no]
3- Anda orang pertama yang mengucapkan i love you kepadanya? [yes/no]
4- Anda pertama kali mendengar ayat-ayat sedemikian rupa? [yes/no]
5- Adakah dia adalah orang pertama yang anda sayang? [yes/no]




Hak privasi anda sebagai seorang isteri/suami suatu hari nanti telah diambil oleh orang lain bukan?






Sukar untuk menolak cinta manusia sebelum akad. Ya, benar. Tatkala ini terlalu banyak dorongan yang menggalakkan kita untuk bercinta. Teman serumate ada pasangan. Lalu menimbulkan satu keinginan untuk bercinta. Hadiah-hadiah dan jambangan bunga, itu semua, turut engkau mahukan. Di saat engkau di musim peperiksaan, dia lah pemberi semangat mu. Ingin sekali mendengar kata i love you dan i miss you berulangkali dari si dia yang engkau cinta.





Semasa bercinta, habis dipulun. Kata i love you, i miss you seakan ucapan biasa setiap hari. Kata-kata ajaib itu seakan hilang ajaibnya lagi. Segala perkara yang sepatutnya dilakukan semasa selepas akad, telah dilakukan sewaktu sebelum akad.







Makan-makan bersama si dia, dating berdua-duaan bersama si dia. Jeling-jeling kepada si dia, sedarlah, bahawa semua itu adalah haram dilakukan sewaktu sebelum akad. Hanya selepas akad, ianya bertukar menjadi halal. Keindahan cinta memuncak sebelum akad akan jatuh merudum apabila 'berjaya kahwin' dengan pasangan tadi. 


keindahan cinta turun selepas berkahwin


Justeru jangan hairan jika terlalu banyak penceraian berlaku sedangkan itulah perkara halal yang paling Allah tidak suka. Sedangkan mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Meskipun atas nama cinta tapi jika cinta itu bukan atas dasar cinta kepada Allah, ianya pasti akan runtuh juga. Ingatlah sesuatu yang dibina atas tapak yang haram tetaplah haram. Seumpama masjid yang begitu gah dibina, namun sayangnya, wang untuk pembinaan masjid itu dari wang haram, hasil dari penindasan ke atas orang-orang miskin. Allah tetap murka. Begitu juga dalam perhubungan. Jika asasnya tidak elok, apakah akan menjanjikan lagi kebahagiaan di puncak? Usah mengharap angan kosong. Kalau pun ia berjaya, nantikan pertanyaan dari Allah di sana atas setiap perbuatanmu semasa kamu berdua bercinta.










Sewaktu bercinta, segala kemanisan telah dirasai, segala keindahan telah dinikmati. Segala info dari pasangan sudah diketahui, lalu, apa lagi yang perlu dibualkan selepas adanya akad? Kita sudah tahu segala-galanya tentang pasangan kita sebelum akad lagi, lalu hari-hari menjadi bosan. Bertambah bosan dari sehari ke sehari. Lalu berbagai-bagai alasan terkeluar dari mulut untuk mencipta penceraian. Sudah tiada persefahaman, sudah tidak ada jodoh walhal alasan utama, sudah bosan! Lalu itu yang terjadi, semakin banyak kemanisan yang diteguk semasa alam percintaan, semakin berkuranglah rasa cinta selepas akad! Hypothesis accepted~







p/s: pandai-pandai jaga diri. Hidup di dunia ini sekadar persinggahan, sementara nyawa masih dalam jasad, bertindaklah untuk mencari bekalan untuk hidup senang lenang di sana. Bukan bersenang lenang di dunia sahaja. Alangkah ruginya kita andai kita mengabaikan akhirat. Kita juga akan rugi andai terlalu mengagungkan cinta manusia sehingga kita terlupa untuk mengagungkan cinta Allah. Beware! Selamat malam semua. Tidurlah dengan tangisan air mata menangisi dosa-dosa kepada-Nya. Bersyukurlah kepada-Nya ada yang memberitahu kerana itu tandanya Allah sayang kepadamu.










Syukran Jazilan for reading

12 patient (s) need treatment:

w4n!3 said... REPLY

tq DR.
:)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@w4n!3

welcome back~ =)

kecik's said... REPLY

jika cinta itu disandarkan pd illahi, manisnya terasa, insAllah akan berkekalan sampai akhir hayat:)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@kecik's

true~ =)

@im@ CK said... REPLY

syukran ukhti.
boleh tahu x tajuk apa background song ni. best.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@@im@ CK

binnabil huda inteam&unique~ afwan =)

Anonymous said... REPLY

btol2...pgi td saya tertngkap org wat projek kt rmah sewa...(T___T)
xtau nk kte ape..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

projek assignment lah tu, haha~ =)

Ummu Zol said... REPLY

salam doc..
thanks a lot for the sharing..

Anonymous said... REPLY

salam. cinta adalah anugerah Allah bukan? sukar untuk dibuang, perlukan sepenuh kekuatan juga untuk dikawal. namun salahkah jika kita bercinta selepas kawin dan mengharapkan cinta itu berkekalan dunia akhirat? memang cinta sebelum akad adalah satu dosa. namun jika terlanjur bercinta, salahkah untuk kita berdoa agar cinta itu dipercepat dan dipermudahkan jodohnya agar tidak terus bergelumang dengan dosa? dan tak semua cinta after akad akan berkekalan. i watched it before. and tak semua index cinta before nikah akan menurun after nikah. itu terpulang kepada individu masing2 bagaimana mereka memelihara perkahwinan tersebut. saya agak tidak setuju dengan statement awak tu. love before nikah akan merudum after nikah. cinta tu kan anugerah Allah. insyaallah perkara yang tak baik akan berubah menjadi baik dengan kekuasaan-Nya. kan?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

Cinta tu sendiri tak bersalah. Cinta itu FITRAH maka jgn jadikannya ia FITNAH. mcm mana dari FITRAH bertukar jadi FITNAH? sbb msa couple2 before akad adanya bersentuhan dgn bukan mahram, adanya dating2, adanya pergaulan bebas etc etc. itu yg membuatkan cinta yg suci tu jadi kotor.

jika after akad, insyaAllah perkahwinan yg baik sentiasa dlm redha ALlah. Perkahwinan yg meletakkan Allah sebagai tmpat paling teratas.

Graf cinta itu kita sndiri yg tentukan, benar Allah yg mengurniakan cinta, tapi sejauh mana peribadi kita terhadap penjagaan cinta. Ok ke tak?

Waallahualam.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ummu Zol

sama2 :)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta