Followers

20101216

Girls, bahagiakan dirimu dengan satu cinta

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.






Salam to all readers~ =) Ingat tak nak update seminggu. Biar korang rindu-rinduan sikit, hari-hari nak update je T___T tapi percayalah jari ini tak mampu berhenti menulis. Hari ni kita mood (rock) santai-santai sikit lah ye, happy-happy (ye lah year end sale T___T) Di samping tu kita berfikir sejenak ye para muslimin dan muslimat. 




Ku bahagia by Melly


Wahai kaum wanita, pernah terfikirkah engkau hati kita sering sahaja disakiti? Sering sahaja dipermainkan? atau sering kali dinodai oleh bermacam perasaan negatif yang lain? Dan kita sendiri tidak pernah merasakan apa itu erti kebahagiaan? Hanya kesedihan yang sering mengganggu hidup kita? Lalu, kehidupan yang diharapkan indah bagaikan tiada erti. (Banyak pulak tanda soal) 




Seringkali title sebagai wanita, perempuan, girls diperlekehkan. Kerana kuatnya emosi, kerana mudahnya menangis, kerana lemahnya kita? usah bersedih lagi. Mereka melontarkan kata-kata begitu kerana mereka tidak pernah mengetahui betapa susahnya menjadi seorang wanita. Betapa susahnya untuk mengawal setiap perasaan andai disakiti. Betapa beratnya mata memandang berat lagi bahu memikul.






Tidakkah mereka tahu menjadi seorang perempuan itu sangat susah? Ya, hati begitu rapuh lalu dengan sewenang-wenangnya dipermainkan. Cinta diduakan. Setia hanya tinggal pada nama. Janji hanya tinggal pada janji. Saat ini, kita dengan mudah dapat merasakan bahawa cinta itu suatu pendustaan. Allah sudah berkata; Aku sentiasa ada. Yakinlah dengan satu cinta ini. Cinta Dia. Pasti diri akan menjadi bahagia.  



Walau air mata itu murah mengalir, namun itulah sebenarnya kekuatan seorang wanita. Kuat emosinya, tidak dapat dibandingkan. Saat kesakitan sebagai perempuan menimpa, perempuan itulah yang kuat menahan. Saat sakit bersalin itu begitu meragut nyawa, perempuan itulah tetap nekad mahu melahirkan anaknya. Saat hatinya ditusuk duri kesal dengan sikap anak-anaknya, perempuan itulah yang menanggungnya sendiri. Ya, wanita itu kuat dan tabah emosinya.


Walaupun begitu banyak bebanan kerja, assignment menggunung tinggi, tugasan begitu banyak sekali, perempuan itulah yang begitu ceria sekali. Stress itu tetap ada tapi perempuan itu jualah bijak berkompromi. Diatasinya dengan begitu baik. Dia tidak marah-marah sewenang-wenangnya saat dia diganggu. Emosinya masih tetap ceria. Walau kita berulangkali disakiti oleh cinta manusia, kita tetap mampu tersenyum menanggung derita. Kerana perempuan itu tahu, hidup mesti ceria walau apa jua yang menimpa. Kita masih dapat melihat senyuman seorang ibu tua yang sudah kehilangan suaminya masih tetap anggun dalam bicaranya. Kita masih dapat melihat betapa bertenaganya seorang ibu tunggal saat dia ditinggalkan suaminya dan begitu gigih sekali menyara kehidupan anak-anaknya. Ya, wanita itu perlukan keceriaan dalam hidup.




Betapa kita semua sudah mengerti, kasih ibu sukar dicari ganti. Bukankah para ibu sering berjaga malam demi menjaga bayi mereka sedangkan si ayah nyenyak tidur. Kasihnya seluas lautan sukar diganti. Betapa seorang perempuan itu sangat mengasihi si anak jika mereka dalam kesusahan. Betapa mereka tahu apa yang diinginkan oleh hati anak mereka. Dan mereka juga tahu makanan serta minuman kegemaranmu. Ya, perempuan itulah yang memiliki selaut kasih untuk diberikan kepadamu.



Segagah-gagah lelaki mana pon akan tetap jua tewas pada kecantikan perempuan. Perempuan itu fitnah kepada para lelaki. Sudah Allah salurkan jalan, untuk wanita menghargai kecantikannya. Tutuplah apa-apa yang perlu ditutup dan jauhilah dirimu daripada menjadi ransangan para lelaki. Bukankah yang tertutup itu indah? Ya, setiap perempuan itu cantik.



Sukar untuk mencari hati sesabar mereka. Hati setenang mereka. Walau ujian datang melanda, gagah menepis jua. Dihadapinya dengan positif. Tidak sekali-kali menyalahkan takdir kerana dia perempuan yang mengerti akan jalan Allah. Walau hatinya rapuh, hati itulah yang mengingatkan engkau setiap kali berjauhan. Hati itulah yang menangis setiap kali dirinya didustai.






Seringkali makhluk bernama wanita ini dilable LEMAH. Tidak berdaya, asyik menangis, tak tahu nak buat apa-apa, etc. etc. Tapi sukar sekali hati untuk menilai pengorbanan seorang perempuan. Perempuan hakikatnya sangat kuat. Jika perempuan itu tidak kuat, seorang anak tidak akan mampu dilahirkan. Ya, sukar sekali kami menjadi seorang perempuan. Auratnya sukar berjaga, maka tolong ingatkan kami. Sukar sekali menjadi seorang perempuan. Susahhh, susaaah. Maka kami mengharapkan kaum adam melindungi kami bukan merosakkan. Wahai perempuan di luar sana, tibalah masanya untuk kita membahagiakan diri mengikut jalan Allah. Bahagiakan dirimu dengan satu cinta yakni cinta Illahi. 





p/s: Entri ini ditulis untuk menghargai para perempuan, wanita, muslimah dan girls. Biar putus cinta dengan manusia asal jangan putus cinta dengan Allah~ =) Boleh lah klik iklan pakcik nuffnang saya, boleh saya shopping year end sale ni, anda happy saya pon happy =D



p/s/s: picture credit to her and this. All these pictures  edited by dr.cinta. Her property. If you wanna take these, please let her know and credit to her. Wish you all the best in your life~ =) 



Syukran Jazilan for reading

21 patient (s) need treatment:

Nurfatin Liyana said... REPLY

nice! ;))

x i l a said... REPLY

i like...hmmm

beLLa said... REPLY

proud to be Ladies! ^_^

Lia Insyera said... REPLY

betullah tu.hanya tuhan yg ada disisi kita bila sedih dan ketawa. hanya dengan bersujud kepada DIA kita dapat ketenangan yang tak pernah kita dapat kat dunnia ni.

sufiyyah zulkifli said... REPLY

:D doktor....
terima kasih. tetapi, bila terlalu nak jadi kuat, boleh bertukar jadi ego pulak... mcm mana tu?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nurfatin Liyana

thnx dear~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@x i l a

=D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@beLLa

hey ladies~ jgn mudah menyerah! =D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Lia Insyera

very true~ sertakan Allah setiap masa dan setiap perbuatan kita.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@sufiyyah zulkifli

hmm, ego.... tak dinafikan jugak~ yg penting, sertakan Allah dalam setiap perbuatan. Bila kita ingat Allah, kita akan ada kerendahan hati. Tak salah utk cuba berlagak kuat pretend to be strong, asalkan masih tahu batasnya.


tidak merendahkan sesiapa, tidak membahayakan sesiapa. Meninggi dalam merendah. Berjaya tapi tidak bahaya~ =D

asliner said... REPLY

yup..
sbnrnye perempuan bnyk keistimewaannya..^_^

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@asliner

totally~ =)

Mais said... REPLY

menarik...nie first time sy dtg ke blog awak,,,
mmg bt sy tertarik...
bgus...
i like it...

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Mais

thnx~ =)

sisIzzati said... REPLY

suka2..tenkiu dr cinta :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@sisIzzati

welcome back dear~ =)

Nurul Farhanah said... REPLY

terharu baca entry dalam blog ni . terima kasih sebab sudi berkongsi bermacam ~ macam kisah cinta . cinta ilahi ~ cinta hakiki . teruskan perjuangan selagi nyawa di kandung badan :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nurul Farhanah

syukran jazilan ya ukhti~ =) insyaallah prjuangan akan tetap diteruskan selagi nyawa dikandung badan dan masih diberikan nyawa oleh Allah~ =)

Bunga Cengkih said... REPLY

suka sgt baca belog awk...sume dekat dgn hati sy...mngkin krn ia jg t'jadi pd sy jgk....hrp sy dpt terus kongsi ilmu&info dr yg akn dtg yer?...=) salam....

sherah said... REPLY

say setuju dgn doktor ! btol3....prempuan selalu di label lemah sedangakn diorg x tahu kekuatan seorang perempuan !..yeah !..huhu...jom jln2 blog sya doktor..kot2 ada sakit tang mana2 :D
http://merentasiman.blogspot.com/

Anonymous said... REPLY

sAya x sangka perempuan itu begitu kuat hatinya....... sy sebagai seorang perempuan juga sangat sensitif dan mudah menitiskan air m,ata ats sebab2 yg kecil.... teTapi sewaktu Ditimpa Musibah Yang besh... sy dapat rasakan Pertolongan Allah Itu... dan Setiap titisan Air mata yang mengalir Itu dapat saya rasakan SAir mata YG tauBat dan SDyukur Nya saya Kepada Allah... begitu Indah PlanniNg yang allah Buat Untuk diri saya..... Hanya Allah Yg dapat huraikannnya... kini saya Lebih memahami apa Itu islam Yang sebenar2 nya...... bagaimana Dan apakah matLamat sebenarnya Kita sebagai hamba Dan khalifah Diatas Muka Bumi ini.... This my journey n i hve to accEpt it.... Nver give up...... n thanxs doktor kerana Mengigatkan Bhawa Wanita inilebih kuat sekuat emosinya...... n_n

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta