Cover your aurat campaign | Show your support (Jadi orang Islam beruntung, agama tak suruh berbungkus macam pocong part II)

4:49:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.






Salam to all readers~ =) Jadi orang Islam beruntung, agama tak suruh berbungkus macam pocong (part II). Please read previous entry. Ini bukan entri diskriminasi gender, harap maklum~




Good campaign! support it~ =D




Alhamdulillah, ada jugak seseorang yang membuat kempen yang sangat baik ni. Satu usaha yang baik! dan ternyata mendapat sambutan ramai. Tahniah kepada Asyfiqaz di atas usahanya, nampak kecil tapi insyaallah akan memberikan impak yang besar. Usaha yang kecil tapi insyaallah akan memberi sesuatu kepada kebajikan ummah, sesuatu untuk kita terus berfikir tentang suatu kebaikan.




First of all, sebelum tu, ada yang mintak share artikel, copy and etc, silalah berbuat demikian. Itulah tujuan saya sebenarnya, menulis kerana untuk berkongsi. Menulis kerana cinta kepada-Nya. Mudah-mudahan penulisan saya yang pada asalnya untuk memotivasikan diri juga turut memotivasikan kalian. Insyaallah.







Dah pernah buat entri pasal penutupan aurat, boleh klik post ini. Tapi yang ni post laaaaaaaaaaaamaaaa, so maaf lah ye, kalau tulisan kecik-besar-kecik-besar sebab masa-tu-budak-budak-lagi T____T, klik 113 ALASAN BERTUDUNG. Yang ni pulak, TABARRUJ DOSA YANG DIANGGAP BIASA dan yang ni paling latest JADI ORANG ISLAM BERUNTUNG, AGAMA TAK SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG! Entri berkaitan, WOMEN AND LOLLIPOPS. Lagi satu, PARENTS TAK TAKUT ADA ANAK PEREMPUAN YANG HOT? Banyak ayat-ayat al-Quran di situ, sila rujuk.






terbaik! =)


Okey, semua entri-entri tersebut, menyentuh tentang aurat wanita sebab aurat wanita complicated. Sebab tu banyak nak kena tekankan, untuk menjadi peringatan kepada diri sendiri dan juga sehabat handai di luar sana. Tapi, kurang penekanan kepada aurat lelaki. Kenapa ye? Adakah itu alasan kepada para lelaki sana memandang remeh aurat mereka. Benda yang kecil dipandang sebelah mata. Walaupun hanya berseluar pendek. Ya, seluar pendek. 



"Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat" (al-A'raf:26)


Aurat lelaki antara pusat HINGGA lutut bukan pusat DAN lutut ye. Itu yang difahami semua umat Islam tapi sejauh manakah dari segi praktikalnya? Ya, jika kaum perempuan dibidas mengenai penjagaan aurat mereka, jadi bagaimana kaum adam? Aurat wanita lebih complicated, lebih banyak yang kena tutup-tutup tak boleh bukak-bukak. Aweks seksi-meksi tak boleh buat jadi isteri, boleh buat jadi bini je. Lelaki yang seksi-meksi juga tak boleh dibuat suami tapi boleh buat jadi laki je~ lalalala...







Suami pakai short atas lutut; ada tak mereka menitikberatkan pemakaian anak mereka? Bak kata orang, bapak borek anak rintik. Kali ni saya nak fokus tentang kaum adam ye, sebab dah banyak post saya fokus dekat kaum saya -___-.Sarah, sat g keluaq ang jangan lupa pakai tudung naa. Demikianlah sebaris ayat yang 'sangat' jarang dituturkan oleh lelaki-yang-berseluar-pendek-atas-lutut, owh (tak suka). Bukankah lebih sopan jika berpakaian sopan, mata I ni pon tak sakit tahu?T____T  



Cam ni lah lebih kurang pandangan dari mata I ni dolu, sekarang kureng sikit, sebab dah pindah.



(sorry la budak-budak satu maktab I, if dulu hostel sebelah padang, selalu je TER nampak lelaki-lelaki-bermain-bola-dan-memakai-seluar-pendek-lalu-nampak-lutut-dan-lepas-tu-jadi-bahan-dalam-bilik-dengan-rumate, sekarang jugak nak mintak maaf, hee, tak sengaja, dah tu siapa suruh ampa tayang?)






Mereka yang sepatutnya jadi model, i mean role model, idol.




Nak tanya sat apa ang rasa bila pakai pendek-pendek cenggitu, maaflah, kami kaum perempuan ni tak faham lah bang. Yang kami tahu, aurat lelaki tu dari pusat sampai lutut. Sama lah jugak bila kaum adam seronok cuci mata tengok aurat kaum hawa ni, pandang tak nak lepas. Mata tu jaga sikit (eh tetibe je emo T___T) tak ke pelik tengok kaum perempuan terbelit-sana-sini, ketat-sana-sini, ada lah jugak pertanyaan nakal kedengaran, eh minah X ni boleh bernafas ke tak pakai baju sendat-sendat segala tu? Yelah fesyen sendat kan dah jadi trend sekarang ni, eh uolls tak tahu ke, tak classs lah~ 





Lelaki-berseluar-pendek-atas-lutut tadi ada nak jaga pemakaian bini (ke isteri ea) dia tadi? Mungkin tak kisah, so who cares if my wives (eh) wear sexy clothes? I love to see them wearing it. Beside that, I was very proud when my friends jeling-jeling at my wives (eh). Dapat bini cantik haruslah tayang.... Banyak lah~ 




``Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka merendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.'' (An-Nur:30)




Satu hal lagi, jika mereka menutup aurat dengan sempurna, maka insyaallah pandangan pun terjaga. Begitu juga dengan perempuan. When we have proper clothes, we will learn how to low our gaze. Perempuan, lelaki sama-sama penting bertindak untuk menjaga kesucian diri. Bila kita ada ilmu, itu yang akan membentuk peribadi kita, tapi haruslah ilmu itu diamalkan bukan dibuat pekasam.





Nak jugak letak gambo ni


Seperkara lagi berkenaan t-shirt bertulis macam-macam words tu. Err, I think sangat tak sopan lah.




As a conclusion (tengok sekeliling, mengantuk rupanya -__-), pernah dengar, perempuan sekarang jadi tak tahu malu sebab lelaki yang tak malu? Sejauh mana kebenarannya tengah fikir ni, but wait before you're not agree with that statement, cuba uolls fikir sedalam-dalam lagi, dalam lagi, dalam dan daaaaalam. Apa yang korang rasa? Fikirlah, lelaki itu pemimpin dan wanita itu dalam tanggungjawabnya. Dah ada jawapan. Fullstop. Dan bila soal sekecil-kecil tutup aurat ni pon sangat susah umat Islam nak menjaga, tok sah dok pikiaq nak p perang sana-sini konon nak berjihad menentang musuh Islam, jihad lawan nafsu dulu, itu lebih penting. Please don't say this; tiada paksaan dalam agama, ayat al-Quran ang jangan buat main-main, konon nak menegakkan hukum yang salah, beware. Credit to here. 








Saya nak membawa anda tengok video ni, mungkin dah ada yang tengok, tengok lagi untuk ingatkan diri sendiri, ambik mesej. Selain dah buat entri ni, support sana support sini, sinun, jangan hanya support je, harap sangat saya dan semua dapat aplikasi kan sekali. Islam tak pernah sekat nak bergaya, tapi sebagai orang yang tahu hukum haruslah, tahu fesyen yang dalam batasan bukan fesyen luar batasan. Jangan kerana nak ikut perkembangan fesyen lalu jadi pocong, baik sedar sebelum kita sendiri yang jadi pocong!










p/s: tak salah untuk nasihatkan antara satu sama lain jika kita juga dalam perjalanan menuju satu perubahan. I'm not the perfect one but I've always try to change myself. =) chill.



6 patient (s) need treatment

  1. terbaik.. sokong.. :)

    ReplyDelete
  2. wah bagus, banyak entry2 boleh2 dirujuk =)
    and entry ni unik dari lain2 pasal more to kaum adam pulak..hehe..yela, aurat laki prempuan pun ada kan?
    btw thanx for supporting, nice entry!

    ReplyDelete
  3. @Bella Ayub

    sokong sesuatu kebaikan dan laksanakan =)

    ReplyDelete
  4. @asyfiqaz

    insyaallah~ =) silalah rujuk~

    ReplyDelete
  5. mintak izin nk share yek... =)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers