Followers

20101201

Contest : Cerpen Sesedap Rasa

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~ Ini entri cecah lantai.




Ini ialah contest cerpen sesedap rasa by Ain Zulaikha~ Ambil lah iktibar yang mungkin terselit dalam cerpen sesedap rasa ini. =) Haa, macam cerpen series je kak Ain Zulaikha. ehe, tak lawak. Sila prepare mood yang pelbagai, kak Ain Zulaikha. 


Kisah ini berlaku di Alor Setaq, Kedah. (jiran rumate, mungkin)







Seorang gadis itu bernama Ain Zulaikha. Dia baru putus kasih dengan seseorang yang dia amat cinta. Pelbagai usaha telah dia lakukan untuk mempertahankan hubungan antara dia dan buayafriend nya itu. Sehingga dia merasa cukup putus harap untuk terus hidup. Dia bagaikan mayat hidup, berjalan tanpa memandang kiri dan kanannya. Baginya, biarlah andai tiada kasih, biarlah riwayat hidupnya berakhir di situ.





Teringat sewaktu dia berkasih-kasihan dengan Aiman Aqif, walaupun terlihat banyak keburukan, hati dia masih sayang. Sedangkan Aiman Aqif sering saje ‘mengepaw’ Ain Zulaikha. Setiap hari dimintanya wang untuk membeli jajan apatah lagi menopup, share kredit. Konon-kononnya, sharing is caring, bak kata omputeh. T____T Ain Zulaikha akui, setiap kali itulah duit biasiswanya cepat habis, dek kerana terlalu sayangkan buayafriend nya itu, Aiman Aqif. 



Sedang dia berjalan bagaikan tengkorak hidup, dia turut membawa Puteri Romero Gonzales Rosalinda Irene Cataleena Syasya atau nama pendeknya, Puteri, sang kucing yang setia menemani berjalan-jalan, tiba-tiba tidak disedari;



dia hampir dilanggar oleh kereta milik Encik Sulaiman Shafiee Qadiran, jiran 40 rumah di sekelilingnya. Encik Sulaiman Shafiee Qadiran bekerja sebagai pemandu teksi membawa penumpang ke mana sahaja. Kejadian itu telah menyebabkan Ain Zulaikha bertambah terkezzut. Saat itu dia masih lagi berkabung perasaan tiba-tiba sahaja dimarahi Encik Qadiran, grrr.





Makin deritanya bercambah-cambah. Sewaktu dia sedih, dia paling suka, MAKAN! Ya, itulah pengubatnya.* (jangan tiru aksi ini)



Dia menuju ke Radix Fried Chicken (RFC) tidak sabar rasanya hendak meratah-ratah ayam sedap. Dia tiba-tiba teringat akan satu peringatan Rasulullah supaya bersederhanalah dalam pemakanan jangan sampai membaziaq!


‘’ Tidak ada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap makanan saja, asal dapat menegakkan tulang rusuknya. Tetapi bila ia terpaksa melakukannya, maka hendaklah sepertiga ( dari perutnya itu) diisi dengan makanan, sepertiganya dengan minuman dan sepertiganya lagi dengan nafasnya (udara, dikosongkan)” (HR. Imam Ahmad dan Turmudzi).





Lansung Ain Zulaikha mengambil makanan sekadar perlu. Sewaktu selesai menjamah makanan, tiba-tiba matanya terpaku pada seseorang. Ya, seseorang yang sangat indah rupanya. Lelaki itu memandangnya. 



Ain Zulaikha?’ eh dia kenal aku? sahut hatinya.

‘Saya Adam Yusof, classmate awak masa 5 Cempedak Cool.’ Terus Adam Yusof memberikan senyuman paling menawan.



Otak ligat berfikir.Ya, baru dia kenal siapa Adam Yusof ini. Adam Yusof, beberapa tahun lalu, sewaktu zaman sekolah menengah tidak sehebat ini, tidak setampan ini, malah tidak segagah ini. Adam Yusof dahulu lain...




Adam Yusof classmate Ain Zulaikha. Dia pernah menyatakan cintanya kepada Ain Zulaikha. Tapi, mana mungkin dirinya, secantik bidadari untuk menerima lelaki, errr, seperti Adam Yusof? Mungkin kah? Hatinya tak mampu membohongi. Dia menolak mentah-mentah cinta si Adam Yusof. Ya, mungkin rupa parasnya menjadi ukuran. Manusia, akan menilai selagi mana boleh. Kononnya terbaik buat dirinya.





Setelah tamat persekolahan, tamatlah riwayat cerita Adam Yusof dalam hidup Ain Zulaikha. Tidak pernah bertemu lansung sehingga hari ini! tapi pertemuan kali ini, sungguh mendebarkan. Setelah mereka berborak sebentar mengenali hidup masing-masing, tidak di sangka Adam Yusof merupakan bakal ustaz! Ustaz Adam Yusof. 





Setelah pertemuan tidak terjangka itu, Adam Yusof seakan-akan tidak tentu arah, serba gelisah. Hatinya berdebar resah, makanan tidak mampu untuk dijamah, lena tak sudi menjengah. Dia ingin menjaga hatinya, dia ingin menjaga perhubungan. Tidak rela cintanya pada Allah terganggu dek panahan cinta wanita. 



Dia beristikharah, memohon petunjuk dari-Nya. 


‘Andai benar dia jodohku, ya Allah, berilah petunjuk kepada hamba-Mu ini.’

Dia mencari jawapan pada yang Esa...





Dia melamar Ain Zulaikha, itu keputusan hatinya dan dia yakin dia tidak salah memilih untuk menyunting wanita itu menjadi suri hidupnya. Maka, Ain Zulaikha menerima, tetapi bukan kerana rupa parasnya, tetapi, kerana dia yakin insan itu dapat membahagiakan dirinya dengan agamanya.


‘Aku mencintaimu dengan agamamu, jika hilangnya agama dari dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu’

Bersatulah mereka dalam redha Allah melakar kehidupan yang penuh bahagia. Demikianlah apabila memelihara sesuatu yang haram, Allah telah memberikan jalan-Nya mengikut sesuatu yang halal, yag lebih manis. Semoga mereka bahagia hendak-Nya. Amin. =)






Puisi ‘Adam Yusof’ buat ‘Ain Zulaikha’


Buatmu isteriku Ain Zulaikha,
Pernikahan atau perkahwinan,
membuka tabir rahsia


Suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad s.a.w
Tidaklah setakwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf


Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh


Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama


Suami menjadi pelindung
kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal
kamu pelayarnya
suami bagaikan balita yang nakal
kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja
kamu nikmati anggur singgahsananya
seketika suami menjadi bisa
kamulah penawarnya ubatnya
seandainya suami berkata-kata yang lancang
sabarlah memperingatkannya...


Pernikahan atau perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan takwa


Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t
kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
justeru kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
juga bukan Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah


Amin.


Moral of the story;

  • Jangan terlalu bersedih di atas kehilangan kerana Allah hendak menggantikan sesuatu yang lebih baik
  • Jika kamu seperti Ain Zulaikha, bergembiralah, kerana Allah memilihmu untuk menerima ujian kerana Allah tahu engkau mampu
  • Terputusnya cinta kita dengan cinta hamba-Nya adalah kerana Allah hendak menyambungkan cinta kita kepada-Nya.
  • Apabila kita menahan diri untuk melakukan sesuatu yang haram, Allah akan memberikannya dengan jalan yang halal.
  • Tersenyumlah di saat ujian menimpa dirimu! You are the chosen one. =)

p/s: Credit to Kak Ain Zulaikha di atas penggunaan namanya dan contest ni. Readers and followers, fikir sedalam-dalamnya~ =) Jauhnyaaaaa cerita kak Ain Zulaikha. T______T

  
Tag kepada;
cahaya harapan
yang lain akan menyusul.

p/s/s: penggunaan lagu untuk penyesuaian cerpen sesuka hati sesedap rasa~ 


Syukran Jazilan for reading

20 patient (s) need treatment:

Ain Zulaikha said... REPLY

wow, gempak gila dr cinta buat kontest ni.. hebat..

terima kasih join, apa2 update akan diberitahu :) terima kasih :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ain Zulaikha

ehe, merapu meraban jerr~ =) thnx kak Ain Zulaikha~

ijat_asni said... REPLY

good luck ^___^

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ijat_asni

thnx~ =)

Ain Zulaikha said... REPLY

ADA UPDATE UNTUK CONTEST INI, SILA TINGGALKAN KOMEN

http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/12/update2-contest-cerpen-sr.html

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ain Zulaikha

okeyp kakak! =)

ak1 said... REPLY

best citer ni..

Muslimah Optimis said... REPLY

salam.. tahniah dr.cinta sudah menang.. hehe.. 2 kali saya baca cerpen dr. ni..hehe

Miss Yaty said... REPLY

memang menarik gila!! tahniah dr cinta..anda memang layak menag kategori perempuan :)

Miss Yaty said... REPLY

memang menarik gila!! tahniah dr cinta..anda memang layak menag kategori perempuan :)

Gadis✿ said... REPLY

best2! =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@ak1
thnx~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Muslimah Optimis

syukran ya ukhti, waah terharu ni~ =')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Miss Yaty

thnx~=) ehe, malunye~ T__T terharu saye~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Gadis✿

thnx~ =)

penaberkala said... REPLY

tahniah :)

EIGHT IS SAMANIAH said... REPLY

tahniah..dr cibta menang contest..~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@penaberkala

syukran~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@EIGHT IS SAMANIAH

syukran~ =)

shahjiehan said... REPLY

tahniah menANG~

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta