Followers

20101207

Cinta sampai syurga

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)






 


Cinta itu lahirnya di syurga. Syurga itu tempat terhimpunnya segala nikmat yang tidak terjangkau oleh pemikiran dan pancaindera manusia. Dekat dunia ni, rumah yang besar bak istana, itulah nikmat terindah buat kita. Kereta Mercedes mata belalang, itulah benda terindah dalam hidup kita. Makanan yang lazat-lazat juga sangat indah buat kita. Itulah yang kita definisikan sebagai indah. Bayangkan di dunia ini sahaja kita sudah mengakui keindahannya lalu terpedaya sehingga tidak terkawal nafsu. Apatah lagi nikmat di syurga kelak, berganda-ganda. Mintalah apa sahaja, pasti dikabulkan. Tapi, syurga ini adalah tempat orang yang baik-baik.....






Macam mana nak layakkan diri untuk masuk ke syurga? Kalau nak lulus interview kerja, kena buat bersungguh-sungguh, macam tu jugak kalau nak masuk Akademi Fantasia kena tunjuk bakat betul-betul, nyanyi sedap-sedap. Kalau nak masuk Gadis Melayu pulak, kenalah ayu-ayu baru boleh layak pertandingan tu. tapi kalau setakat yang tu kita tahu lah, how about SYURGA?







Nak masuk syurga, kena jadi baik dulu, setiap amal ibadah dilakukan dengan ikhlas maka dibalas dengan pahala dan ganjaran syurga. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Cinta itu sendiri dilahirkan di syurga, di tempat yang baik lalu dianugerahkan pula oleh yang Maha Baik (Allah) serta pertama kali dinikmati oleh orang yang baik dan soleh iaitu Nabi Adam a.s dan diwariskan untuk orang yang baik-baik (para solihin). Cinta itu lahirnya di syurga dan akan berakhir serta kembali juga di syurga.




Marilah kita bersama menyucikan cinta sepeti mana ia mula-mula dianugerahkan Allah. Jika cinta itu tercemar, rosak, pudar keindahannya, maka kita akan dipertanggungjawabkan sekaligus tercicir dari senarai list name untuk ke jannahnya yang sangat terindah. 




Bagaimana menjaga kesucian cinta?


# Bercinta kerana Allah




* Hanya dalam perkahwinan, jangan praktik dekat kapling2 sudah. Tok sah nak gunakan alasan Allah dalam perhubungan yang tidak sepatutnya~



Satu hal yang telah menjadi salah faham dalam mengerti cinta itu, CINTA BUKAN TUHAN. Misalnya, filem-filem Bollywood begitu gah mengangkat tema cinta. Kononnya kerana cinta, segalanya perlu dipertahankan. Keluarga ditinggalkan kerana cinta, agama yang suci digadaikan, sanak saudara dilupakan, tercetus peperangan serta pergaduhan. Ini terjadi kerana kerap kali mengagungkan cinta sesama manusia melebihi cinta si DIA. Maka, dengan itu, si Pemberi Cinta dilupakan.






Andai kita ditakdirkan suatu hari nanti bernikah dan berpeluang mendirikan keluarga (jika dipanjangkan umur) bercintalah kerana Allah. Binalah keluarga atas dasar cinta kepada Allah. Cinta yang disandarkan kepada Allah lebih terjamin kesuciannya.



# Cinta berperaturan





Cinta itu diturunkan bersama peraturannya. Jika peraturan dilanggar, buruk padahnya. Begitu juga, setiap sekolah, institusi, di mana-mana tempat penuh dengan peraturan, demi membentuk disiplin dan ketenteraman awam. Di sekolah contohnya, ditetapkan peraturan seperti tidak datang lewat ke sekolah supaya sesi pembelajaran tidak akan terganggu. Di atas jalan raya contohnya, ada lampu-lampu isyarat. Adakah pada fikiran waras kita, lampu-lampu isyarat tersebut menghalang serta menyekat kita? Tujuannya untuk memudahkan dan mengawal lalu lintas.








Begitu juga cinta, cinta juga ada peraturan. Yang mana peraturan tersebut jika dilanggar, akan membawa keburukan kepada individu tersebut. Habis madu, sepah dibuang. Kerana peraturan cinta dilanggar. Hukum Allah dilanggar tanpa rasa bersalah. Jangan dipinggirkan peraturan. Jika tidak, cinta akan tercemar dan bertukar dari nikmat yang paling indah menjadi racun pemusnah.





Peraturan cinta itu apa? syariat-hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan sekali-kali melanggar yang haram kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan kepada kebijaksanaan & kewarakan untuk membuat pilihan. Yang haram contohnya, tak boleh pegang-pegang tangan dan seterusnya, kelak akan membawa kepada keburukan diri.



Sila percaya, kemanisan dalam menempuh jalan yang haram akan berakhir dengan kepahitan, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.





p/s: Bercinta sampai syurga bukan sampai neraka. Nauzubillah. Kredit to SOLUSI. 






p/s/s: Lately tak online lama-lama, banyak kerja, busy. Mintak maaf kepada sesiapa yang cuba menghubungi tapi tiada respon, juga kepada si penjejak-penjejak yang menjemput saya ke belog mereka, kekangan masa serta kesihatan yang terganggu sedikit sebanyak tidak membenarkan saya berbuat demikian. Ada masa, saya try jejak anda balik? =) Tips untuk bercinta sampai syurga, ada, tapi saya rasa itu sesuai untuk mereka-mereka yang dah kawin jerr, nanti tak pasal-pasal budak bawah umur pergi praktik pulak. T____T Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara~



Syukran Jazilan for reading

4 patient (s) need treatment:

sir fuze_L said... REPLY

mcm mana nak kekalkan seswatu perhubungan ek??

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@sir fuze_L

perhubungan yg bagaimana tu?


tolak ansur merupakan satu rencah utama dalam membina satu2 hubungan, saling memahami antara satu sama lain~


saye bukanlah drcinta, yg selesaikan mslh cintancintun, hehe, cuma menyuarakan sedikit isi2 yg menyumbang kepada berjayanya sst hubungan itu.


saye tak pasti hbgn yg cmne anda maksudkan~ =)

sir fuze_L said... REPLY

tolak ansur??bole tlong jelaskan

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@sir fuze_L

tolak ansur ni, macam, bila dia tu buat salah, kita terbuka hati utk memaafkan, bila kita buat salah, dia terbuka hati utk memaafkan.


Andai ada yang membebankan hati sebelah pihak, dia bijak menyuarakan begitu lah sebaliknya. Ye, sharing is caring. Berkongsi segala perasaan, tiada rahsia yng tersembunyi. Tolak ansur.


dan tak lupa untuk saling memahami dan mempercayai. Perhubungan yang dibina atas cinta kepada Allah dan keikhlasan dlm menerima pasangan seadanya serta keihlasan dlm memberi cinta itu merupakan titik utama utk mengekalkan satu2 perhubungan.


siapa yang lebih cinta pada pasangan? jwpnnya, siapa yang lebih cintakan Allah.

utk perhubungan suamim isteri macam ni lah, kalau coupling, hehe, saya nasihatkan, jika anda serius, plan setapak lagi di masa hadapan iaitu kahwin, tapi hal kawen tak boleh bawak main2. perkahwinan merupakan satu tanggungjawab bukan sekadar menghalalkan yg haram.


jika sedang couple, jaga hubungan tu jgn smpai ada unsur2 yang haram, cth, elakkan berdua-duaan, kalau dating, bawak mahram sekali. maksudnya dekat cni, menjaga satu2 hubungan tu.

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta