Bingkisan untuk para daie: Benda remeh yang dianggap penting untuk kemajuan berfikir

3:57:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.






Salam to all readers~ =) (Entri ni memerlukan kemahiran berfikir) Ini bingkisan untuk menjadi seorang daie'. Seorang daie' untuk memberitahu kepada orang lain, hendaklah dia perbetulkan diri sendiri dahulu. Dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perbuatan. Kerana, orang akan melihat daie' itu. Akhlaknya, percakapannya dan segala-galanya.








Benda ni sangat simple. Macam-macam cara kita boleh berdakwah, dalam erti kata yang lain memberitahu satu-satu informasi tentang Islam. Berdakwah perlu ada cara. Memberitahu juga perlu ada cara. Menimba ilmu juga begitu. Kadang-kadang ia kelihatan agak remeh, ya, ingatlah benda yang remeh itu terkadang boleh merebak. Mungkin pada hati dan mungkin juga pada diri. Seakan dunia itu satu hiburan, malah dunia tidak lagi dianggap sebagai tempat persinggahan. Sehabis enjoy hidup di dunia. Akhirat lansung dilupakan. 






Teknologi harus digunakan dengan baik, salur yang ada harus dimanfaatkan sebaik mungkin.(Saya fokus berdakwah di alam maya)






Status facebook/twitter:




Kadang-kadang kita tidak sedar status seharian kita seakan merungut dan mungkin juga sampai tahap mempersoalkan takdir Allah. Kenapa itu kenapa tidak ini? Macam mana kita nak ditarbiah dengan perkataan yang bermotivasi jika kita dihadapkan dengan rungutan? Macam contoh dekat atas. Kita dan orang-orang lain yang turut membaca status 'berstatus' keluhan tadi, akan secara automatiknya membayangkan perkara negatif. Cuba letak something yang membina sikit. Up sikit level. Tahu facebook orang yahudi punya. Maka, manfaatkan dia. Gunakan teknologi untuk kebaikan ummah, meningkatkan daya fikir. Sekali-sekala, buat status yang susah orang lain nak buat.






Contoh;








Bukan semua boleh buat status begini. Ini salah satu cara untuk kita memberitahu kepada yang tidak tahu. Berdakwah. Memberi kata-kata semangat. Selain kita yang baca ni bermotivasi, mungkin orang lain juga akan termotivate dengan kata-kata status anda. Ini salah satu cabang kecil yang kita anggap remeh tapi sebenarnya ada kebaikan terselit di situ....






Another one, saya sure semua orang sekarang dah ada belog sendiri dan semua orang ada reason tersendiri mereka menceburkan diri dalam bidang berblogging. Tetapkan matlamat, jangan tulis carca marba tak ada tujuan. Kita akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang kita tulis. Ingat, walau cuma penulisan dalam belog, ia akan memberi impak yang besar kepada pembaca. Jika baik kandungannya, insyaallah pembaca akan terdidik sedikit demi sedikit. Hatta, saya juga takut apa yang saya nukilkan di sini, bimbang Allah akan persoalkan kembali ke atas saya di sana. Cuma, kita sebagai manusia, berhak untuk berikhtiar, berusaha untuk menjadi lebih baik.




Macam penulisan di atas, adakah minda kita akan berkembang? Lalu mendidik orang dengan penulisan sebegitu. Tak perlu cerita tentang gosok gigi guna colgate semata tanpa matlamat. Ini berbahaya, menulis tanpa tujuan.








Apa salahnya, sekali sekala, buat satu artikel yang berinformasi, tak kisah lah artikel agama (lebih baik untuk mendidik jiwa) or entry yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Pembaca pun dapat ilmu dari belog kita. Kata blog orang yahudi buat, maka manfaatkan dia. Teknologi kalau digunakan dengan baik boleh membawa saham yang baik kepada anda. Kalaupun tak reti bermadah pujangga ayat berbunga-bunga, buat ayat simple-simple dah cukup. Bahasa Melayu SPM tentu A1 bukan?






Lihat pembacaan kita. Kurangkan pembacaan novel-novel bersifat ringan, contohnya, novel cinta yang lebih bersifat khayalan. Sekali sekala tak salah. Novel cinta yang dilihat bagus untuk pembinaan jiwa, novel ayat-ayat cinta. Cuba cari novel yang macam ni. Karya Ramlee Awang Murshid juga dilihat sangat bagus. Karya Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi pula dilihat dapat membimbing jiwa.Sekali sekala bawa minda berfikir dengan membaca bahan berat sikit, contoh seperti penulisan Dr.Daniel Zainal Abidin, Quran Saintifik. Akal harus digunakan untuk berfikir, kalau tak, lama-lama boleh karat.



Perasan atau tidak, kadang-kadang dalam sehari, mesti ada fikiran yang negatif. Cuba buangkan. Sebaik-baiknya berfikiran positif. Ada benda tak kena dekat mata kita, jangan merungut. Ucapkanlah puji-pujian kepada Allah dan berselawatlah selalu kepada Rasulullah s.a.w (selawat, jangan lupa). Ucap kata-kata yang baik berbanding perkataan-perkataan yang tak sedap di dengar. you-know-what-right? Mulakan setiap pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Baru pekerjaan itu dikira sebagai ibadah.






Seterusnya, selain banyak dengar lagu-lagu lain, pastikan kalau sehari if bukak MP3 nak dengar lagu, dengarlah ayat-ayat al-Quran. Nak tahu hukum pasal ni boleh rujuk dekat artikel ni. Saya dah terangkan panjang lebar dekat situ. yelah makin moden zaman, macam-macam soal hukum yang timbul. Sebelum tidur, kalau kita biasa dengar lagu-lagu omputeh, tukar dengar surah al-mulk ke. al-jumuah ke. Sambil-sambil tu boleh hafal, kan? 








Mata yang melihat akan menentukan tindakan selanjutnya. Justeru bijaklah dalam memilih program TV yang dapat meningkatkan daya fikir. Majalah 3, al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, semua program ni dapat meransang jiwa kita untuk berfikir. Betapa apabila semakin kita menimba ilmu, semakin kita banyak tidak tahu!




Kita wajib menimba ilmu. Manfaatkan ilmu yang ada. Pepatah arab ada mengatakan, ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Guna ilmu sebaiknya. Guna teknologi sebaiknya. Ya, benda ini nampak remeh, ala setakat status facebook, relax lahh. Tuntut ilmu walau di mana kita berada. Benda sekecil itu akan memberi satu impak dalam diri kita. 








p/s: Saya bukan suka-suka menulis tentang cinta, saya hanya memperjuangkan cinta Illahi, am I talking crap in this blog? Malangnya, ramai yang tidak tahu, pengetahuan tentang cinta yang sangat rendah, sehingga membuatkan akal seakan sukar berfikir lagi. Jangan marah atau bosan jika ada yang menegur atau memberitahu. Apakah kita sudah bosan dengan peringatan-peringatan Allah? Saya ada objektif sendiri. Saya harap tiada yang persoalkan lagi dengan cara dakwah saya tersendiri. Saya tahu, saya bukan yang terbaik, tapi saya cuma punya secebis harapan, untuk membawa kesedaran tentang isu ini yang semakin dianggap remeh oleh sesetengah orang. Jangan pernah jemu dengan cinta Allah sebab saya tak kan bercerita tentang cinta manusia semata. Harap mereka yang belum terbuka hatinya, saya doakan semoga mereka diberikan hidayah oleh-Nya agar satu hari nanti hati mereka lembut untuk menerima rempah ratus peringatan. Mungkin akan menyusul part II.




27 patient (s) need treatment

  1. Waah rajinnya akak buat segala cam ni... Bagus ;))

    InsyaAllah, dipraktikkan sdikit demi sdikit ... ;DD trima kasih utk peringtn ni..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..peringatan yg sungguh bermakna dan bermanfaat...thanx cz sudi berkongsi ilmu dan ingt mengingatkan sesama islam...moga Allah merahmatimu..

    ReplyDelete
  3. suka entry ini.

    bagus utk semua =)

    thanx.

    ReplyDelete
  4. thanks doktor . terus hide blog sy yg tanpa tujuan ~ hmmm

    ReplyDelete
  5. @namasayaaku

    dah memang passion, suke je lah~ hee~ =) insyaalllah~

    ReplyDelete
  6. @wani

    insyaallah, itulah tugas sesama saudara seIslam~ =)

    ReplyDelete
  7. @nano

    welcome, manfaat kan ~ =) tak slah nak belog pasal personal tapi mesti ada ibrah dan tak ada keaiban diri sendiri yang terbuka~ =)

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:46:00 PM

    berkongsi apa yang baik2..

    ReplyDelete
  9. Salam Dr Cinta, first time dekat sini ni. Heee, saja nak share yang kadang2 manusia zaman sekarang, terlalu narrow minded, bila dgr perkataan 'dakwah' tentang sesuatu, langsung taknak terlibat. sebab tu sy rasa cara berdakwah skrg perkataan tak boleh terlalu berat kalau nak tarik orang.Mcm your blog, simple words and phrases, yet soo meaningful. InsyaAllah dgn cara ni orang akan tertarik dan tak berat hati nak baca.

    Heee, btw, adore your blog so so much <3 :)

    ReplyDelete
  10. syukran for sharing akak :)
    peringatan yg bgos ..
    insyaAllah , akan fi praktikkan . btw , Fatimah Syarha mmg best.Hlovate pom :)

    ReplyDelete
  11. yarh..u're right...
    kdg2 sy p0wn xsedar bnda2 nyh sumer berlaku gx ats diri sndri...
    thx 4 this p0st...
    nice inf0..~

    ReplyDelete
  12. waaa , akak ni hebat laaa . jealous saya . hajat dah ada nak berdakwah . tapi selalu fail . tapi lepas tengok blog akak . terus ada semangat . thanks akak ;D

    ReplyDelete
  13. waaaa , bagusnya akak buat blog camnih . tak macam saya , niat dah ada nak berdakwah , tapi selalu fail . tapi lepas tengok blog akak terus ada semangat . thanks ;D

    ReplyDelete
  14. thumbs up!
    nicely explained.
    the way u convey the message is so unique. keep it up.:)

    ReplyDelete
  15. @@im@ CK

    alhamdulillah Allah membantu~ =)

    ReplyDelete
  16. @A Twist in My Story

    insyaallah sesuatu yg baik tu kena sebar2kan~ =)

    ReplyDelete
  17. @★ ⒶⒾⓈⓎⒶⒽ ★

    inilah yg dikatakan benda yg sgt remeh sebenarnya tapi kalau dibuat akan tinggalkan kesan dalam diri~ =) peningkatan daya fikir~

    ReplyDelete
  18. @fathiahRAIHANA

    aah lupe nak letak, Hlovate~ =) akak memang minat gak Hlovate and she is so mystery, hehe~ she or he ye?

    ReplyDelete
  19. @Nn Ezel

    dakwah, org akan pandang pelik dgn word tu sebab dakwah2 ni org tak berapa nak faham, typically, org kita ingat dakwah ni xtvt keagamaan kat masjid, bbla bla, but actually dakwah tu sangat luas~ =)

    ReplyDelete
  20. ed'sassin8:37:00 AM

    owh, i thought diz blog belong to a man. haha..btw, nice blog, awesome entry. keep it up! *thumbs up*

    ReplyDelete
  21. @ed'sassin


    org kedua ckp, hee~ rase belog ni macam belog perempuan ~ =) thnx btw~ =)

    ReplyDelete
  22. insyaallah....same2 kita berubah yang lebih baik...

    ReplyDelete
  23. haaaa...best nye bce blog ni. thanks akak! sye punye la tension ! arrghh! skrang bru sye sedar..pape pown jdi, kte msti balek kepada ALLAH. arigatou gozaimassu !

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers