Bila MP3 kita penuh dengan lagu orang puteh berbanding ayat suci al-Quran dan zikir

9:30:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)


Okey back to the topic.




See I never thought that I could walk through fire.
I never thought that I could take the burn.
I never had the strength to take it higher,
Until I reached the point of no return.



And there's just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It's my destiny.



Eh, kemain ea hafal lagu omputeh. (Kantoi disitu)  Kadang-kadang terfikir jugak, kenapa kita senaaang sangat nak hafal lagu, tak kisah lah, lagu Justin Bieber ke, lagu Stacy ke, lagu korea yang bukan bahasa kita tu pon boleh hafal, lagu Jepun ke, tapi kenapalah susah sangat kita nak hafal al-Quran? Cuba tanya sat kat diri sendiri? Or tak pernah pon terlintas nak menghafal al-Quran?






Dalam MP3 berlambak lagu omputeh, termasuklah dalam henset yang mahal tu. Dalam laptop pon sama. Tak pernah la pulak terfikir nak letak ayat-ayat suci al-Quran dalam MP3/henset/laptop dan sebagainya. Selalu masa-masa buat assignment pon dengar lagu Justin Bieber jugak tak pulak dengar lagu dari Abdul Baset Abdul Samad, tak pon dari Syeikh Saad Said al-Ghamidi. Tak tergerak pulak. 








Apa yang kita tahu, bila kita tengah takut-takut jumpa kelibat hantu ke, baru nak ingat ayat kursi. Tak pon bila nak berniaga gantung ayat seribu dinar besaq-besaq depan kedai bagi laku lah kan? Masa-masa genting ni baru lah ingat ayat suci al-Quran. Kita tahu je, kekuatan ayat al-Quran ni, tapi sangat susah nak praktikkan dan amalkan. Kalau pergi kelas tu, boleh pulak bawak MP3 pergi kelas, ye lah kan kot lah lecturer tak masuk, boleh lah jugak dengar MP3. Al-Quran tafsir tu beraaaat lah rasanya nak bawak, hehe. 





Macam tu lah kita, lebih pentingkan hiburan. Hiburan semata-mata. Cuba bukak TV dan nilai. Corak program TV sekarang macam mana? Banyak sangat program realiti sana realiti sini, REALITINYA sekarang ni, program-program itulah yang banyak menjauhkan kita dengan Allah. Tak cakap semua. Ada je yang berfaedah. Contohnya, Akademi al-Quran, Al-Kuliyyah, Mari Bertarannum, etc etc. Tapi yang banyaknya sekarang ni ialah program-program menyanyi, menari, and many more. 





Actually, I tak berapa nak setuju lah macam program menyanyi-nyanyi ni untuk budak-budak kecik ni. Diorang ni kecik tak tahu apa, masuk program TV kena pulak pakai baju singkat-singkat (macam dah dilatih untuk melakukan dosa dari muda-muda-inilah yang dikatakan maksiat dan dosa dipromosi) Cuba kasi budak-budak ni masuk Mari Bertarannum tu. Fuh, terhebat lah diorang. Kecik-kecik dah tahu ilmu qiraat segala ni. Susah tahu nak belajar qiraat dan tarannum ni compared to belajar menyanyi? (pernah berpeluang belajar kedua-duanya, as for me Qiraat sangat susah T___T I love to learn tarannum)



Untung jadi depa ni, al-Quran dalam hati petanda dekat dengan Allah...




nakal soleh, hehe~


Peranan ibu bapa sangat penting. Orang dok la habaq, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Haaa, yang ni lah bergunanya orang-orang tua buat peribahasa, bidalan or perumpamaan untuk orang-orang-orang muda ambik initiative dan berfikir. Apa yang nak kena lenturnya? Lenturlah mereka dari segi ilmu agama. Ewah, umur baru sembilanbelas, pandai lah nak bagi tahu pasal ilmu parenting pulak. Tapi kak, betul lah kan? Ilmu agama itu sangat penting dalam kehidupan seharian, pendek kata tak ada ilmu agama, rosaklah seseorang. Terlupakah kita pada isu akhlak sekarang?






Okey, back to the topic. Beruntung kalau ikutkan budak-budak hafiz-hafizah ni. I ramai ada kawan dari Darul Quran. Yang ambik sijil and diploma. Kalau ada satu-satu masa tu memang urgent sangat nak tahu pasal ayat al-Quran ke hape, terus message diorang ni, kredit to Fadhilah Mohtar and Hanisah. Thanks to them sebab banyak bantu I. Kadang-kadang tengah nak update entri ni pon terfikir nak letak ayat al-Quran apa, straight away kawan-kawan I akan bantu. Sebab al-Quran ni dah memang ada dalam kepala depa ni. baguih. Nak harapkan I ni, lagu Justin Bieber tu boleh lah hafal. Huhu~





Dulu, masa zaman muda-muda dulu, ada jugak mintak Darul Quran ni, muehehe, tapi ye lah kan, tak ada rezeki, interview pon tak dapat, -___- tak apalah rezeki saya di bidang lain. =) Seronok tengok kawan-kawan yang hafaz al-Quran ni. Senang parents nanti. Senang jugak nak masuk syurga kan? Compared dengan kita ni, senang pulak nak tarik mereka ni masuk neraka, nauzubillah! Tapi tak semestinya nak kena tunggu masuk institut macam Darul Quran tu, baru nak hafaz, sebenarnya dalam kita duduk saja-saja ni pon boleh je. Juzuk amma pon ada yang kita tak hafaz lagi. T____T






Ni nak habaq sat, beberapa zikir yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian. Ini ialah zikir tasbih. Cuba baca sikit, oh tak ada baris terlupa nak letak tanda. Bunyik dia kalau ada yang tak reti baca jawi (ada ke?) Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil 'azim~








Ni pulak zikir Hasbalah. Hasbiyallahu wani'mal wakiiil~




Yang ini zikir Hauqolah namanya. La haula wala quwwata illa billah






Sekadar persoalan. Ye lah banyak fikir (banyak lah sangat) Oleh itu, berusaha lah untuk mempelajari bidang ilmu agama. Sangat luas. Orang kata beruntung orang yang ambik bidang agama ni, boleh dapat pahala sekali. Pahala belajar, lepas tu mengajar pulak agama tu dan disebar-sebarkan. Alhamdulillah. Semua orang berpeluang sebenarnya nak dapat pahala free. Tinggal nak buat tak nak buat je. 







UPDATE:



Okey, ada jugak terkeliru tentang ini. Apa hukum letak ayat-ayat al-Quran dalam MP3 and so on. I ada pendapat sendiri ditambah jugak dengan pandangan dari para ustaz ni. Sumber dari sini dan sini. Check it out:
 


Soalan:
Assalamualaikum, Ustaz kalau dekat henset kita ada ayat2 suci al-Quran, pastu kite letak henset dekat bawah ataupon henset  bawak masuk dalam tandas,apa hukumnya?




Jawapan:
Ulama berbeza pendapat. Tapi pendapat yang kuat adalah seperti berikut:




Lihat kembali pengertian Al Quran. "Al Quran itu adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibrail. Membacanya adalah satu ibadat, menyentuhnya perlu kepada suci daripada hadas".








1 - Maknanya yang dikira Al Quran itu adalah dalam bentuk mashaf. Ada pun sekiranya diletakkan dalam cd, handset, kita tak wajib berwuduk untuk memegang cd/handset tersebut. Untuk itu, harus sekiranya ingin meletakkan Al Quran dalam henset. Sunat sekiranya diletakkan dalam handset supaya boleh selalu didengar. Tapi perlu berjaga-jaga, jangan digunakan Al Quran itu sebagai ringtone. Di khuatiri menerima panggilan ketika dalam tandas. Namun, yang lebih penting ialah, Al Quran itu diturunkan bukan bertujuan digunakan sebagai ringtone. Al Quran dan seluruh isi kandungannya perlu dihadam dalam diri kita.










2 - Wallpaper/gambar ayat suci/ khat Al Quran / software Al Quran dalam handset. Hukumnya juga adalah harus. Namun perlu berhati-hati supaya jangan tersiar wallpaper itu ketika dalam tandas. Kalau sekadar dalam memori phone tersebut, tidak mengapa. Lebih baik tak perlu letak. Letak pon bukannya nak baca. Susah nak baca quran dari software quran yg kecil tu. Namun, sekiranya ayat suci tersebut hanya sekadar hiasan, tak boleh.










yang ni pon sila baca;








SOALAN 1:


Adakah salah sekiranya kita "download" ayat al-Quran dan simpan "install" dalam handphone? Pada pandangan saya, mungkin kita boleh rujuk quran pada bila bila masa mengikut keperluan kita dan senang dibawa kemana-mana sekiranya quran di "install" di handphone. Pada masa yang sama, kita mungkin letak handphone di merata-rata tempat, dan kita juga kadang kala bawa handphone ke tandas dan tempat tidak suci. Jadi, perkara ini memang mempunyai kebaikan dan keburukan. Jadi ,saya hendak tahu adakah betul (dari segi agama islam) penggunaan quran yang di "install" dalam handphone?






Jawapan:


Memasukkan ayat Al-Quran ( download) dalam handphone adalah harus tetapi dengan syarat hendaklah menjaga adab-adab sehingga tidak mencemar kesuciannya seperti membawa masuk ke tandas ketika ayat Al-Quran terpapar di screen handphone.








SOALAN 2:


Kini telah ada ipod nano, mp3 player, telefon bimbit dan sebagainya menggantikan walkman. Apakah hukumnya memuat turun semua isi kandungan al-quran yang mengandungi 114 buah surah ke dalam alat tersebut dengan niat untuk mendengarnya dan bolehkah ia dibawa masuk ke dalam tandas?








Jawapan:


Dalam zaman sains dan teknologi, berbagai-bagai produk telah dihasilkan oleh manusia termasuklah dengan menghasilkan CD al-Quran dan hadith. Di dalam hal ini, agama Islam tidak menghalang daripada berbuat demikian dengan syarat CD tersebut dijaga dan dipelihara dengan sebaik mungkin. Ia hendaklah diletakkan di tempat yang tinggi dan tidak boleh dilangkah dan dibawa di dalam tandas.










SOALAN 3:


Apakah hukumnya membawa telefon bimbit yang mengandungi ayat al-Quran tetapi tidak memasangnya (mp3) semasa di dalam bilik air atau tandas? .






Jawapan:


Asalkan tak pasang ayat al-Quran dalam tandas.






SOALAN 4:


Apakah hukum menggunakan nada dering dalam bentuk bacaan ayat Al-quran pada telefon bimbit.






Jawapan:


Penggunaan nada dering dalam bentuk bacaan Al-Quran dibolehkan atas tujuan kebaikan dan bukan untuk dipermainkan. Adab-adab penggunaan nada dering perlu dijaga sebaiknya supaya tidak mencemar kesucian al-Qur'an seperti penggunaan di tandas dan tempat lain yang tidak sesuai. (tapi better elakkan lah, tak payah guna pon tak pe)










SOALAN 5:


Assalamualaikum, saya nak tanya satu soalan iaitu ; mengikut zaman sekarang , kita dah ada banyak kemudahan. salah satu darinya ialah telifon. soalan saya ; kalau kita masukkan program alquran reader ( 114 juzuk ) dalam phone apa hukumnya. Adakah penggunaan program seperti itu haram kerana kita selalu membawa membawa ke mana saja phone itu.






Jawapan:


Hukum memasukkan program al-Quran dalam handphone adalah harus dengan syarat menjaga kesucian ayat al-Quran daripada memasuki tempat yang kotor dan maksiat.






SOALAN 6:


Apa hukumnya membawa PDA yang mempunyai sofware Al-quran, sekiranya dibawah ke tandas?






Jawapan:


Haram membawa soft ware al-Quran tersebut ke dalam tandas.Sebaik-baiknya berilah kepada seseorang yang dipercayai memegangnya sebelum masuk tandas.Hormatilah ayat-ayat suci al-Quran. Jagalah ia daripada sebarang bentuk.






SOALAN 7:


Penggunaan telefon bimbit semakin berkembang pesat.Selaras dengan itu, apa hukumnya memuat turun surah yasin atau ayat-ayat qurán ke dalam telefon bimbit? Kerana kadang-kadang kita terlangkah atau pun meletakkannya di merata-rata tempat..






Jawapan:


Tidak mengapa memasukkan surah yasin dan ayat-ayat Al-Quran di dalam telefon bimbit. Telefon bimbit yang mengandungi ayat Al-Quran tidak dikira sebagai Al-Quran. Oleh itu tidak timbul persoalan melangkah telefon tersebut.








SOALAN 8:


1-Apakah hukum menggunakan ayat-ayat al-quran sebagai nada dering dalam handphone dan menyimpan ayat-ayat al-quran dalam bentuk digital ?


2-Berikan dalil naqli yang datang dari sumber yang shahih, aqli, fatwa atau qaul mufti-mufti dan ulama' yang muktabar?






Jawapan:


Harus menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai nada dering kerana mengingatkan diri kepada Allah S.W.T. Walau bagaimanpun handphone berkenaan hendaklah dijaga dengan baik sekiranya memasuki tandas hendaklah di matikan ataupun diberi kepada orang lain untuk menjaganya demi untuk memelihara kesucian al-Quran.








SOALAN 9:


1.Apakah hukum menggunakan ayat-ayat al-quran sebagai nada dering dalam handphone dan menyimpan ayat-ayat al-quran dalam bentuk digital ?


2. Berikan dalil naqli yang datang dari sumber yang shahih, aqli, fatwa atau qaul mufti-mufti dan ulama' yang muktabar?








Jawapan:


1. Penggunaan nada dering dalam bentuk bacaan Al-Quran dibolehkan atas tujuan kebaikan dan bukan untuk dipermainkan. Adab-adab penggunaan nada dering perlu dijaga sebaiknya supaya tidak mencemar kesucian al-Qur'an seperti penggunaan di tandas dan tempat lain yang tidak sesuai. Al-Quran dalam bentuk digital dibolehkan.






2. Dalil naqli sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Waqiah ayat ke 77-79 yang bermaksud :"77. bahawa sesungguhnya(yang dijadikan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan. 78. yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara. 79. yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci."dalam surah Al-Waqiah.








SOALAN 10:


Apakah hukumnya bagi membawa alat elektronik seperti iphone yang mengandungi elektronik quran ke tandas? Jikalau kita tidak membuka applikasinya?.


Jawapan:


Anda boleh membawa peralatan tersebut ke dalam tandas jika tidak membukanya.




Well ini antara pandangan ustaz-ustaz yang I dapat. As for me, tidak ada masalah untuk menyimpan ayat-ayat al-Quran dalam MP3, henset dan sebagainya. Ianya dapat memudahkan seseorang. Macam I, masa ada ujian amali Hafazan dan Tarannum, I akan letakkan surah-surah ujian dalam henset bertujuan untuk menghafal tak kira di mana kita berada. Senang. Even kalau kita dalam kereta pon masih boleh terus menghafal. 









Pasal wuduk pulak, tak salah saya kena berwuduk jika kita menyentuh mashaf al-Quran. Kalau kita just pegang tafsir contohnya, ada ayat al-Quran serta makna, itu tidak perlukan wuduk. Walau perempuan yang uzur pon masih boleh pegang tafsir al-Quran but al-Quran tak boleh lah. Baca makna ayat al-Quran itu dibenarkan. (jika salah sila betulkan) tapi kalau nak jadikan zikir or bacaan ayat al-Quran sebagai ringtone, banyak pendapat yang membantah. Better tak payah lah, buatnya terbunyi dalam totoy toilet nanti tak menghormati pulak kan.








Sebab zaman dah makin maju so, kita boleh gunakan kemajuan ni untuk kebaikan. It's better untuk letak surah-surah ni daripada letak video-video tidak berfaedah kan? =)





p/s: Tapi tak payah lah sampai nak buang semua lagu omputeh tu pulak cuma imbangi saje, okey~ =D (Esok nak pergi berjalan-jalan sakan =) )


17 patient (s) need treatment

  1. naseb baek takde mp3. hehehheh

    ReplyDelete
  2. subhanallah~
    kupasan menarik,,
    keep-it-up dr,,

    ReplyDelete
  3. muhammad tu skrg da kurus da dia,,jumpe die kem,,xcam die muhammad

    ReplyDelete
  4. tapi kan saya pernah dengar ada ustaz kata hukum letak ayat quran dalam hp sama jugak macam sentuh cd Al-Quran.

    kalau apply kat mp3 pun kena ada wuduk jugak. sebb mp3 ngan hp fungsi dia sama.

    tu satu pendapat ulamak. tapi kalau nak penjelasan lagi boleh tanya ustaz :)

    ReplyDelete
  5. @Mizz Dayana

    mp3 kalau digunakan utk kebaikan tak de masalah~=)

    ReplyDelete
  6. @twinkle twinkle

    last jumpa dia masa tu dia darjah 6, tomey lagi~ =) biaslah budak2 maken kurus, hehe bile diorang ni dah besar~

    ReplyDelete
  7. @twinkle twinkle

    last jumpa dia masa tu dia darjah 6, tomey lagi~ =) biaslah budak2 maken kurus, hehe bile diorang ni dah besar~

    ReplyDelete
  8. @twinkle twinkle

    last jumpa dia masa tu dia darjah 6, tomey lagi~ =) biaslah budak2 maken kurus, hehe bile diorang ni dah besar~

    ReplyDelete
  9. kene seimbangkan pengisian rohani n lagu2 org2 putih o hiburan sume 2..nice kupasan..=)

    ReplyDelete
  10. terasa T.T
    coz Kei boleh hafal lagu korea~

    ReplyDelete
  11. @khaidy56

    =) lepas ni hafal lagu arab~ =)

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:41:00 PM

    ana nak merisik anti sebagai teman hidup -k

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers