Followers

20101225

Bila dah bertudung, no fesyen-fesyen, only the baju kurung!

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) This is Jadi orang Islam beruntung, agama tak suruh berbungkus macam pocong Part III. (This is all about Nilai Tudung) Entri ini lebih kepada mengingatkan diri sendiri, terutamanya dan mengajak anda berfikir sejauh mana perubahan kita selama ini.(Entri ni agak panjang tapi harap sudi baca sampai bawah- anggaplah ini peringatan dari Allah melalui saya)




"Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan, (kepada manusia, dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan) (al-Ghasyiyah:21-22)





  • This is Part I (Cara pemakaian wanita)
  • and this is Part II. (Aurat lelaki yang diperlekehkan)


Please visit the previous entry.



First, saya nak mengalu-alukan budak-budak maktab saya (sempat lagi) if ada tegur-tegurlah, saya tak berapa nak cam, kadang2 diorang ni kenal saya, saya pulak yang tak kenal. (camtulahh sebaliknya) Tegur-tegur lah saye ye, tak saya tak sombong, pemalu jew *batuk jap~




Saya nak tunjuk beberapa jenis tudung ni, tak tak, bukan nak buat jualan ye cuma nak tunjuk perkembangan fesyen tudung sekarang... Kita imbas kembali, zaassss~




Tudung Bawal


Tudung Wardina
Tudung Waheeda


Tudung Arini




Tudung Syria


Pashmina


Shawl/Selendang


Dari zaman tudung bawal sampailah sekarang, ternyata kuantiti orang bertudung sudah meningkat. Bertudung kerana kesedaran ke? Bertudung kerana fesyen semata ke? Bertudung kerana ikut-ikutan ke? Waallahu'alam, hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang niat hamba-hamba-Nya. 





Justeru peningkatan mereka yang bertudung, haruskah dibanggakan? Adakah kualiti juga meningkat? Yang penting bukan kuantiti, tapi kualiti. Jika peningkatan kuantiti yang bertudung meningkat, tetapi cuba lihat sekarang di sekeliling kita;





Dahulu, tudung dikaitkan dengan dakwah malah pernah juga dipanggil hantu kom kom. Ketika itu, tudung dikaitkan dengan perkara-perkara positif seperti dakwah, usrah, etc. Kini, tudung juga dikaitkan dengan maksiat. Jangan terkejut jika di kalangan minah-minah rempit, ada yang bertudung. Kalau dulu, orang bertudung ni dilable baik, soleh solehah, tapi sekarang sukar sekali untuk menilai kesolehan dari seseorang yang bertudung ini. Sejauh manakah kepercayaan kepada mereka yang bertudung, jika yang bertudung juga ada yang merokok, jika di kalangan mereka ada yang membuang bayi, berdating bebas, keluar berdua-duaan dengan buayafriend di tempat-tempat sunyi, tidak segansilu holding hands together, bergambar peluk-peluk lepas tu masuk facebook dan belog? Lalu, apakah erti nilai tudung sekarang?




Bertudung kerana fesyen? atau perintah Allah? 








Dahulu, wanita yang bertudung dilihat di tempat baik-baik, masjid, surau, tempat kerja, pendek kata, yang positif, sekarang, ianya di mana-mana, di masjid juga, tapi tumpang kejap nak buang anak, di taman bunga sedang berasmara, di panggung wayang dating dengan lelaki-bukan-muhrim, ya kuantiti mereka yang bertudung meningkat dan boleh dilihat dimana-mana.






Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat;


"Ya Rasulullah, dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" Jawab nabi s.a.w, "Jangan menipu Allah!" Orang itu bertanya lagi: "Bagaimanakah menipu Allah?" Jawab baginda; "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh  Allah, tetapi tidak kerana Allah" 






Bertudung, ini satu hal yang sukar difahami oleh ramai wanita, muslimat, girls. Bertudung tu adakah ia bermaksud menutup rambut sahaja, tutup tutup kepala dan rambut? Hair covered with hijab. Perlu difahami tentang hakikat bertudung, ianya bukan sekadar itu, ia lebih dari itu. Jika bertudung, akhlak kena jaga, bertudung harus ikut syariat Islam, ikut peraturan Islam. Kalau dulu, orang kata, bila pakai tudung, kena pakai baju kurung je... Sekarang fesyen tak begitu dah, banyak fesyen lain yang ditawarkan jika kita bertudung. Maksudnya kita masih boleh bergaya, asalkan hati pandai memilih. Kadang-kadang bila fikir balik, lebih baik kekalkan saje pendirian dulu, bila pakai tudung pakai baju kurung je... Ye lah masa ni yang pakai tudung berapa kerat je, itu pon stok alim-alim. Semua berbaju kurung dan berjubah. Sedap sikit mata memandang. Sekarang ni macam-macam pesen dah ada.






Ambil contoh, berpuasa di bulan Ramadhan. Satu lagi syariat Allah yang sukar untuk difahami oleh ramai orang. Bagi kebanyakan orang definisi berpuasa ini ialah menahan lapar dan dahaga. No makan-makan. Tapi sebenarnya ia lebih dari itu, hati juga berpuasa dari memikirkan perkara yang bukan-bukan, kedua belah matamu juga berpuasa dari melihat pandangan yang bukan-bukan, kakimu juga berpuasa dari melangkah ke tempat-tempat yang bukan-bukan, telingamu juga berpuasa dari mendengar perkara yang bukan-bukan. Pendek kata, kesemua anggota badan kita turut bekerjasama untuk menahan diri dari segala sesuatu yang diharamkan untuk melakukannya, bukan sekadar perut yang menahan lapar dan dahaga....





Begitu juga syariat menutup aurat. Islam tak suruh bertudung tapi menutup aurat. Ahahha, relax. Bukan nak buat mazhab baru. Islam tak suruh bertudung....



# kalau bertudung pon, masih pakai baju ketat-ketat
# kalau bertudung pon, pakai seluar nampak bentuk kaki
# kalau bertudung pon, akhlak masih tak berjaga
# kalau bertudung pon, masih tak ikut syariat Islam
# kalau bertudung pon, niat cuma ikut perkembangan fesyen
# kalau bertudung pon, kaki selambe melangkah ke tempat maksiat
# kalau bertudung pon, mulut sesuka hati fitnah orang
# kalau bertudung pon, sebab ikut peraturan sekolah
# kalau bertudung pon, sebab parents suruh
# kalau bertudung pon, sebab semua kawan-kawan pakai tudung lah
# kalau bertudung pon, sebab bila pakai tudung nampak cun melecun






Inilah niat-niat yang bukan kerana Allah. Dan bila niat pon juga bukan kerana Allah, jangan salahkan mana-mana pihak jika akhlak orang bertudung semakin terhakis! Ini reality bukan fantasi. Islam sudah memberi garis panduan dalam bergaya. Bertudung dalam menutup aurat bukan hanya bertudung tapi tak tutup aurat, bertelanjang, etc. etc.




(Ayat-ayat al-Quran tentang pemakaian ada di Part I)





Kalau pakai elok-elok orang pon takut nak phewwit phewwwit dekat ang;
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri orang-orang mukmin hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(al-Ahzab:59)




Rasulullah bagi lagi peringatan;
"Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Satu panduan lagi dalam bergaya;
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka"(An-Nur:31)




Kain tudung yang jarang pulak;


Daripada Aisyah menyatakan bahawa Asma' binti Abu Bakar masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan memakai baju yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w menegur perbuatannya lalu bersabda; "Wahai Asma', apabila seseorang wanita telah didatangi haid, tidaklah boleh dia mendedahkannya (anggotanya) melainkan ini dan ini." Lalu baginda menunjukkan ke muka dan tapak tangannya. (Abu Daud)















Yang tertutup itu indah bukan? 



Mudah, satu analogi lagi. Jam yang dibalut dengan pembalut hadiah, dijaga, diletak dalam showroom. Jam mahal, biasalah jaga pon lebih siket. Bandingkan dengan jam yang dekat pasar malam, longgok-longgok, 3 RM10 (murahnya). Yang ni for sure lah pakai seminggu lepas tu dah rosak.





Yang tertutup, terjaga itu sangat susah nak dekati, nak dapat. Wanita solehah susah nak didekati. Sebab mereka  menjaga. Jaga diri mereka, jaga iman mereka, jaga peribadi mereka. Untuk suami mereka suatu hari nanti. Tak kan sewenang-wenangnya menyerah kepada lelaki, tak kan sewenang-wenangnya memberi kepada yang bukan berhak. Benda murah memang senang nak dapat, dekat pasar malam 3 RM 10. Nilailah kita di mana. Dengan hati yang punya iman. Saya nak mengajak berfikir itu sahaja. =)





Islam tak menyekat umatnya untuk bergaya, cuma bergayalah guna ilmu, jangan hanya pakai otak dan hati. Pakai ilmu. Rasanya kena buat slogan baru; Bergayalah guna ilmu bukan guna hati semata~ =)




Silalah pilih, apple yang cantik? or apple yang rosak? Jangan salah pilih kelak diri merana~ =)




Syukran Jazilan for reading

42 patient (s) need treatment:

Anis izyan Abd Rahman said... REPLY

dr cinta ( tak nak pggil dr cinta..nak pggil adik leyh tak??)
dulu kak anis mmg bertudung tidak litup dada
sekarang, timbul rasa sgt malu..
dan kak anis harap sangat perasaan malu kak anis itu berkekalan..
tQ

nano said... REPLY

thanks doktor =)

asliner said... REPLY

Ya Allah..
menarik sungguh artikel saudari kali ini...
mmg btol..
remaje skrng..
sng cite orng perempuan skrang..
mmg pkai tdung ikut fesyen..
mmglah 'bertutup' tapi masih x menepati syarat2nye..
dah bertudung molek..
jarang pulak..
dah elok2 bertudung..
syngnye tak dilabuhkan sampai ke bawah dada..
sedey tgk..-__-
waallahualam~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anis izyan Abd Rahman

insyaallah, same2 kah kita doa kan? =) hidayah milik DIA, bila-bila masa dia boleh ambik dan bagi~ kekalkan rasa malu tu, harap saye juga~ =)


paggil je adek ke fawa ke tuan puteri keww~ =D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@nano

welcome back~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@asliner

itulah hakikat yg susah umat islam nak faham sebab bertudung lebih dari itu sebenarnya~ =)

im said... REPLY

great!!

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@im

=) sekadar peringatan buat diri sndiri~

Ain Zulaikha said... REPLY

kak ain pun kadang2 terfikir, betul ke orang pakai tudung sebab niat ikhlas atau sekadar nak berpesen je.. cthnye cam dato siti.. dan sesetengah pelakon yang reality dia pakai tudung, bila belakon dia buka pulak tudung tu..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ain Zulaikha

sst amal bergantung pada niat~ =)

-hafizah zakaria- said... REPLY

hmm.. menarik artikel ni.. nak tgur kwn2 msih blum kuat.. cme hrapnye cara pemakaian kita dpt membuka hati mereka..

syukran ye..

p/s: balaja kat maktb ambik opsyen ape..? fizah pun dak mktb jgk.. hii~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@-hafizah zakaria-


menegur melalui tauladan, itu sebaiknya~
=)
owh ye ke? mktb kat kuala trgnu~ coarse PA~ hee

Anonymous said... REPLY

tQ kak... sbb ingt kn sy..
sy bru jak hbis spm..
n nk m'dalami ilmu agama..
nchat2 akak amat b'mkna bt sy..
bleh tnya.... lgu arab d blog ni apa tjuk nyer... :-)

hanya aku di sini~ said... REPLY

penulisan yg bagus. Thanks dr. Mengingatkan diri sy..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

welcome back, binnabil huda by inteam & unique~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@hanya aku di sini~

sama2~ =)peringatan bersama

Anonymous said... REPLY

bg sy pemakaian tudung tu mstila dan wajib mngikut syariat Islam, rite ?

inshaallah xslh selagi tutup aurat ( bhgn dada) kalau berfesyen.
dan xslh berfesyen, as long as jgn over..
moga semua yg mmbca artikle ni bole buka minda :)

nice article :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

xsalah, even pakai shawl or pashminam misalnya, boleh je bergaya ikut trend, tapi xperlu singkat2kan, boleh bentukkan shawl dan pashmina ni jadi labuh~


saya tahu cara pemakaian dia bermacam-macam, pilihlah yg labuh, lilitlah labuh2~ =)

semua tu bergantu kpd diri je.

Anonymous said... REPLY

dr cinta.. mcm mana ye nk tgur rakan2 y tidak bertudong? sedeh melihat rakan2 sek ren y sekian lama tak berjumpa sudah tak bertudung? ehmm. :(

Lieyana said... REPLY

Yupp,bubu setuju.. thanx kak..
tambah2 sekarang ni ramai wanita terpengaruh dengan jenis tudung (shawl)..kononnya fesyen.
em,mesti berubah.

Awanis Hyo-Soon said... REPLY

sy ske bc artikel nie...

Awanis Hyo-Soon said... REPLY

sy ske mmbc artikel saudari...

Zaza said... REPLY

doakan zaza ek spya bertudung

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

menegur perlu berhikmah; lain org laen caranya, kena tengok org yang kita nak tegur tu macam mana; then tegur ikut rentak dia~

insyaallah Allah akan permudahkan niat baik anda =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Lieyana

yap ikut arus fesyen tak ada salahnya; cuma kena ikut syariat~ =)

bergaya perlu ada ilmu~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Awanis Hyo-Soon

syukra ya! =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Zaza

Amin, insyaallah Allah akan permudahkan niat baik kita~ ;)

Anna Althafunnisa' said... REPLY

sangat menarik artikel saudari ini,...tp blh sy mnta izin utk copy??supaya saya blh print buat tatapan temn2...??
hrp dibenarkan..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anna Althafunnisa'

sangat boleh~ =)) moga bermanfaat.

aira said... REPLY

Salam... Artikel yang menarik dan amat berguna untuk dijadikan peringatan buat diri sendiri dan semua :)
saya nak minta izin utk share boleh tak?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@aira

okeyp! =)

farah dhiya said... REPLY

nk tny ckettt..klu ikowt fesyen cam gune selenddang tp ikot syariat tu cmne??

silent_talker said... REPLY

mantop!! teruskn p'juangan menuju mardhatillah..

nadiana said... REPLY

assalamualaikum ya ukhti..

alhamdulillah, masih ada lgi rantai-rantai yg terus istiqamah dlm menyambung da'wah Rasulullah saw dikala dunia semakin tenggelam dgn kejahatn & maksiat. alangkah gembiranya baginda menyaksikan ini semua..

saudari,
sebelum meneruskan coretan ini, terlebih dahulu sya memohon maaf andai apa yg akan sya sampaikan nti bakal membuat saudari tersinggung.

cuma sy terfikir dgn kenyataan saudari tentang,
"Islam tak suruh bertudung....

# kalau bertudung pon, masih pakai baju ketat-ketat
# kalau bertudung pon, pakai seluar nampak bentuk kaki
# kalau bertudung pon, akhlak masih tak berjaga
# kalau bertudung pon, masih tak ikut syariat Islam
# kalau bertudung pon, niat cuma ikut perkembangan fesyen
# kalau bertudung pon, kaki selambe melangkah ke tempat maksiat
# kalau bertudung pon, mulut sesuka hati fitnah orang
# kalau bertudung pon, sebab ikut peraturan sekolah
# kalau bertudung pon, sebab parents suruh
# kalau bertudung pon, sebab semua kawan-kawan pakai tudung lah
# kalau bertudung pon, sebab bila pakai tudung nampak cun melecun"

betulkan andai sya silap, ttpi islam tidak melarang umatnya drpd mentaati hukum Allah hanya disebabkab maksiat yang di lakukan, kecuali sekiranya kebaikan itu dilakukan
dgn cara maksiat, maka haram bercampur halal = HARAM

cth mudah robinhoon mencuri untuk bersedekah hukumnya haram wpn niatnya baik, krn dilakukan dgn cra maksiat (mesti dh biasa dgrkn..)

isu sekarang adalh seorg yg bermaksiat memakai tudung..

pakai tudung dah bagus..cuma yang salah adalh maksiat yg di lakukan..
so skrg tinggal perbaiki maksiat yg dilakukan sedikit demi sedikit..sehinggalah kita tergolong dlm kalangan para solihin..

Allah amat menyukai kesederhanaan dlm apa pun jua, sedikit demi sedikt lama kelamaan akan menjadi bukit..yg penting konsisten. berusahalah bersungguh2, Allah pasti bantu,insyaAllah.

"Inilah niat-niat yang bukan kerana Allah. Dan bila niat pon juga bukan kerana Allah, jangan salahkan mana-mana pihak jika akhlak orang bertudung semakin terhakis! Ini reality bukan fantasi."

mcm kita jugak.. msa kecik2 dulu kita pakai tudung sbb....mungkin sbb mak suruh.. kita tak tahu pun ikhlas/ niat krn Allah tu apa..tpi lama-kelamaan benda tu dah sebati dgn diri kita, sedikit-demi sedikit kita dapat faham knp kita perlu pkai tudung..alhamdulillah, kekal sehingga sekarang..semuanya dgn rahmat Allah..

sebagai saudara seagama, bersamalah kita betulkan niat dlm setiap ibadah, dan dalam masa yg sama berdo'a kpd Allah semoga kita dan saudara2 muslim lain termasuk org2 yang ikhlas...

mohon maaf sekali lgi untuk coretan yg pnjg lebar ini, sebgai peringatan bersama, dari hamba yg fakir dan daif ini. w.a.b.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@farah dhiya

kebanyakn shawl yang syang tengok semua jarang and pendek2. mungkin lebih tepat lagi selendang jenis pashmina sesuai kowt.

ikut syariat:
@labuh tutup dada. tutup lah apa2 yang perlu ditutup
@tak jarang, material kain dia tak menampakkan leher ke, rambut ke.

so far ini panduan untuk menutup aurat. =)

nak tahu kita dah betul2 menutup aurat, ce tengok pakaian kita tu boleh tak bawak pergi solat.

Waallhualam.

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@nadiana

betulkan jika saya tersalah.

FASIHAH AHMAD FUAD said... REPLY

Dr. cinta serius best baca blog anda.sangat relaks dan memberi kesan dalam hati.sedikit sebanyak membuatkan saya ingin berubah ke arah yang lebih baik.terima kasih ye..

چيق توليڨ said... REPLY

yg tertutup itu indah!

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@FASIHAH AHMAD FUAD

insyaallah sama2 kita lakukan satu anjakan paradigma! ^__^/

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@چيق توليڨ

true:)

zawani said... REPLY

nak kongsi ap y sy rase dlu..dlu pakai tudung tp biasa2 je..mksudnye kurg ikut syariat..bila jln wlupn di tempat ramai org rase x selamat sbb ad je y mengusik..tp bile pakai ikut syariat...xde pun org y ganggu...seronok sgt^_^..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@zawani

itulah perlindungan namanya; bila kita betul2 mengikut syariat alhamdulillah kita terjaga sebab Allah menjaga :)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta