Followers

20101230

Anak-anak kita lebih kenal Power Rangers dari Rasulullah s.a.w

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.






Salam to all readers~ =)Baca sampai habis kalau anda umat Islam. –Pembacaan serius.



Ya, akhirnya komen yang ditunggu-tunggu tiba jua.Senyum jap baca komen baru2 ni tentang previous entry.




Saya rasa kak anon ni tak baca betul-betul lah, saya kan cakap, saya dah pernah merasai suasana ditarbiah tu... Untuk maklumat sekali lagi, saya masuk sekolah agama from form one sampai form five, sekarang pulak ambik kos pengajian Islam. Ini lah dia realiti, tak semua boleh terima apa yang kita cakapkan. Saya ulas balik;





1) Dalam post ni saya tak cakap, BUDAK LEPASAN SEKOLAH AGAMA KENA PAKAI TUDUNG LABUH! tak kan? memang lah yang penting tutup aurat, tapi hakikatnya, sekarang ni ramai budak-budak, saya tak cakap lah orang lain, sekeliling saya sendiri ada, budak sekolah agama tak pakai ikut syariat. Memang ada, saya cakap yang bergaya tak ikut syariat. Relaxxx laaah. Saya pon tak pakai tudung labuh secara constant. Saya tak cakap pon tak boleh bergaya ke apa, cuma pandai-pandai lah tutup mana yang patut.






2)Boleh jamin kalau dia kapel, konon kapel islamik, tak pernah ambil gambar bersama? boleh jamin dia tak pernah pegang tangan. Kita bukan Tuhan nak tahu setiap gerak geri kawan-kawan sekolah kita, budak-budak lain, remaja-remaja lain. Memang kalau tak bergaul nanti dikatakan kuno lah apalah. Tapi rasanya saya tak mention pulak. JANGAN BERGAUL DENGAN ORANG LAIN. Rasa tak ada, seharusnya kalau anda lebih arif tentang Islam, anda tahu batas pergaulan antara perempuan dengan lelaki. Kalau perlu jika tak ada benda penting nak cakap dengan manusia lawan jenis ni sebaiknya dielakkan.






3) Memang, semua umat Islam tahu pasal hukumnya TAPI BERAPA KERAT YANG MENGAMALKANNYA? kita tahu hukum hakam Islam, Pendidikan Islam memang kita belajar. Setakat dapat A1 dalam SPM, tapi hanya sekadar di atas kertas tak guna jugak. Ilmu ada, tapi tak apply. Saya rasa anda lebih tahu bukan? Memang semua manusia sama, tapi ia tetap berbeza di sisi Allah, dari segi takwanya, dari segi amal ibadahnya, dari segi ilmu yang diamalkannya.








STRICTLY REMINDED you, saya bukan sedap menulis. Saya budak sekolah agama jugak, saya menulis dari pengalaman, maka saya tahu apa situasi yang berlaku.Tapi ini hakikatnya. Saya tahu saya pon bukan sempurna tapi seharusnya kita mencuba untuk menjadi terbaik dari semasa ke semasa. Tak saya tak marah, macam ni lah, bila kita tulis kebenaran pasti akan ada yang tak setuju. Saya hormati pandangan anda.


***

Okey habis pasal tu.





 


(Jangan lupa berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w)


(1) Bilakah tarikh Rasulullah lahir?
(2) Apakah halangan Rasulullah semasa menyampaikan dakwah?
(3) Berapa orang anak dan isteri yang Rasulullah punya?
(4) Sebutkan nama-nama ahli keluarga Rasulullah.
(5) Benarkah kita sayang kepada Rasulullah?






Tiada jawapan di sini, hanya dalam hati sahaja. Teorinya, kita tahu semua itu, sirahnya banyak membuatkan kita jatuh cinta kepada dakwah Baginda, sudah tentu, Baginda sendiri. Kita cakap berjuta-juta kali, kita sayang Rasulullah, kita tahu sunnah Baginda. Kita tahu larangannya, kita tahu seruannya. TAPI ternyata kita lebih mencintai maksiat daripada Baginda sendiri.






Saya bawakan beberapa persoalan, tanya kepada diri.






1-Adakah kita mencintai dan mengasihi Baginda Rasulullah s.a.w melebihi cinta kita kepada yang lain?


“Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, ibu bapanya, dan manusia seluruhnya” (Muttafaqun ‘alaih)




Fuh, jujur pertanyaannya,bolehkah kita sayang kepada Baginda lebih dari segala sesuatu?? Sayangkan Baginda lebih dari sayangkan pakwe/makwe. Sayangkan Baginda lebih dari family. Sayangkan Baginda lebih dari diri sendiri. Susah! Sangat payah. Adakah itu tandanya iman kita belum sempurna? Tepuk dada tanya iman.




Kebanyakan manusia jauh lebih mencintai dunia (saya juga T___T) berbanding akhirat, Allah lansung dilupakan, apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w yang sepatutnya dijadikan idola digantikan dengan penyanyi-penyanyi. Juara Akademi Fantasia diagung-agungkan, pertandingan nyanyian dan tarian semakin banyak menggantikan program-program keagamaan. Dunia kini seakan lupa kepada idola kita yang satu ini. 




Anak-anak kecil yang masih bersih hatinya, diajar mengenal power rangers, patung barbie, sehingga terlupa untuk mengenalkan Rasulullah s.a.w, atau puteri Baginda Fatimah, Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Umar Abdul Aziz.






Kenal siapa Umar Abdul Aziz? or kenal siapa Siti Nur Haliza.






Ini tandanya cinta dunia lekat di hati, Rasulullah dipinggir pergi dari hati. Allah apatah lagi, mengenal akhirat lagi tak sudi!






Kisahkan mereka dengan cerita-cerita sahabat nabi, bagaimana Abu Bakar boleh mendapat gelaran as-Siddiq? Bagaimana Rasulullah menghadapi tentangan kaum musyrikin? Bagaimanakah Khalifah Umar Abdul Aziz berjaya menjadikan rakyatnya tiada yang miskin? Bagaimanakah Khalifah Harun Ar-Rasyid menjadikan kota Baghdad sebagai kota ilmu? Bagaimanakah proses pembukuan al-Quran dijalankan?






bukan hanya....




Kisah sang kancil dan sang buaya, kisah kura-kura dengan labah-labah (eh ada ke?), kisah power rangers yang menumpaskan dinousaur dengan kuasa penipunya, kisah patung barbie yang ada kuasa magiknya. Ini semua dusta, fairytale yang kita khabarkan kepada mereka, lalu mereka menjadikan semua benda PENIPU ini sebagai idola mereka. Dan mereka pon berkembang membesar dengan menjadikan power rangers sebagai idola mereka, bukannya Rasulullah. 





Kecintaan kepada dunia-dunia khayalan membuatkan kita terlupa untuk mencintai sirah-sirah Nabi...










2-Adakah kita mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan seharian sebagaimana yang disarankan oleh Baginda s.a.w?




Betapa kita tahu bagaimana mulianya pekerti Rasulullah s.a.w. Allah telah mengutuskan Baginda untuk menyempurnakan akhlak yang mulia melalui al-Quran. AL-Quran pon kita malas baca, macam mana nak tahu apa yang Allah cakap. Hadis merupakan sumber kedua selepas al-Quran. Hadis pulak, kita tahu macam-macam tu je, tak pernah nak amalkan.






‘Ala aku bukan Rasulullah, Bagindakan maksum’




Ya, sebagai manusia kita kerap kali melakukan kesilapan. Namun itu bukan alasan untuk terus melakukan dosa. Siapa-siapa yang ada ilmu tapi tak beramal, sangat bahaya.






Tak payah cakap, I tak pakai tudung pon, hati I baik....Don’t judge a book by its cover. Sometimes we should. 




Pisang yang buruk, kita dapat tahu dari kulitnya. Bila nampak kulit dia dah buruk, apatah isi dia kan? So, sama lah. Jika luaran dah nampak buruk, Allah perintahkan tutup aurat, kita pon bersegeralah membuka aurat. Rasulullah kata umat Islam itu bersaudara, kita pon bersegeralah memecahbelahkan persaudaraan. Inilah dia kulit pisang yang buruk telah menggambarkan isi yang buruk.





Walhal, kulit pisang yang cantik, bersih sudah tentu menggambarkan isi yang cantik juga. Jika ada kes luaran hanya cantik dan dalaman pulak hancur, itu masalah individu itu sendiri yang belum benar-benar menghayati apa itu Islam.




Jangan pelik kalau dia pakai tudung labuh pon kuat mengumpat, tak payah pelik kalau dekat universiti pakai kopiah tup tup dapat tahu dating dengan makwe pergi Giant. Luaran pisang yang baik, tak sangka dalaman busuk! (saya juga pakai tudung labuh, maka saya tahu situasinya) Pemakaian baik sebegini telah dicemari oleh akhlak sebegitu.






3-Adakah kita mencintai Baginda s.a.w dengan memegang amanah Allah kepada kita yakni umat Nabi Muhammad?




Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah... (aali-Imran:110)




3 kewajipan /amanah tersebut yang kita sia-siakan;

1-menyuruh manusia berbuat baik (amar makruf)
2-mencegah manusia berbuat jahat (nahi mungkar)
3-beriman (sebenar-benar iman) kepada Allah






Malangnya kini, maksiat dipromosi di mana-mana, ketika ini menjadi amar mungkar, nahi makruf! Seronok mengumpul dosa, sehingga neraka menjadi tujuan.






4-Adakah kita sentiasa berselawat kepada Rasulullah s.a.w?



“Manusia yang bakhil (kikir) itu ialah orang yang disebut namaku disisinya tetapi dia tidak mengucapkan selawat padaku.” (Riwayat at-Tirmidzi)




Sombongnya kita dengan Rasulullah, sebut nama dia kita tak selawat pon, (saya dah ingatkan awal-awal tadi) Malah berpahala lagi. Ya, sebagai manusia memang susah kita nak mengiyakan semua persoalan-persoalan ni. Tapi sebagai manusia juga, kita punya sebab untuk berikhtiar menjalankan perintah Allah. Kita punya sebab untuk mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. Jangan lupa, kamu tak kan pernah ada di muka bumi ni selagi Allah tidak mengizinkannya berlaku dan Allah juga boleh membinasakanmu sekelip mata sahaja.






p/s: Sukar nak pupuk rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah selagi dunia diletakkan di hati, akhirat dibuang ke tepi.



p/s/s: Kak Anon, saya tak marah awak. Cuma, cuba bukak lagi minda, susah kita nak nilai dengan minda tertutup ni.



Syukran Jazilan for reading

13 patient (s) need treatment:

twinkle twinkle said... REPLY

huhu ade juge yg protes entry akk b4 ni ye

titirara said... REPLY

Terbaik entry ni . Suke bace ^_^

Mizz Dayana said... REPLY

sabar ya dr cinta. bukan semua orang boleh paham n terima cakap org laen kan.

btw, suka baca blog dr cinta.

menarek. :)

keep it up! :)

reader said... REPLY

ye..stuju sgt pndpt anda.

tak ader gunanya belajar dekat skolah agama ataupun pegang title budak skolah agama,tapi ilmu tak diamalkan..

habis priksa tunggang langgang smua yang diajar

nnt bley tanya jwpn dia.."bukannya prikse pon"

itulah bila belajar hanya takutkan priksa,jadi ilmu tu susah nak kekal..

"al-ilmu fis sudur laisa fil kutub"
ilmu itu dalam dada bukannya pada buku.

alin said... REPLY

suka sangat entry nih :)

shey~ said... REPLY

^___^
kak anon tu tak baca habis entry tengok gambar je rasanya.. sabar ye.. ;)


like this and your previous post. :D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@twinkle twinkle

manusia kan lain2 pandangannya~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@titirara

thnx~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Mizz Dayana

nasib baik uolls ada, hehe, tak pe, saya anggap ni ujian dari Allah, nak test adakah smgt saya runtuh utk terus berjuang berdakwah~ thnx ya~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@reader

suka comment ni~ =)

betol. belajar hanya sebab periksa, lagi2 pendidikan islam. lepas belajar tinggal macam tu je

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@alin

thnx~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@shey~

haha, ang pon faham, cewah~ tak pe sabar2.

=) rindu kamu.

afuan shah said... REPLY

oh lamak!!!gua terlambat nak jadik pesakit yg awal..hik3..btw..
awak saba ja la cik doktor...dugaan bila menulis memang cegini...
tapi yang penting..iman kita tidakkan sempurna..sebab iman x constant..ada naek ada turun..sebab tu manusia berubah2..human nature..heheh..
oklah cik doktor muda...gua chow dulu..pedulikan apa kata org...
but..we have to be fair...

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta