Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang meminta dengan penuh pengharapan!

7:54:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah the Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ Morning, it's good to be a morning person~ =) Owh, saya nak bawak anda membaca satu kisah ni. Hayati....


Bulan Ramadhan al-Mubarak, Afiq Helmi pada malam ini tak sabar lagi hendak memulakan solat terawikhnya. Bapanya akan menjadi imam dan dia bilal. Sebagai seorang hamba Allah yang raaaajin pergi ke surau, Afiq Helmi menerima tugas sebagai bilal walaupun dengan berat hati. Baginya, lebih ramai yang layak daripadanya.


Malam itu Surau al-Ikhlas penuh. Terasa ada kelainan pula Ramadhan kali ini. Hadirin pon dah makin ramai, mungkin kesedaran sudah meningkat di kalangan mereka. Masa yang ada untuk solat tidak disia-siakan, masa diisi dengan membaca al-Quran. Usai solat pula, jemaah tidak tergesa-gesa untuk pulang, bukan kerana kuih bakar, murtabak, akok, atau apa-apa hidangan lain. Mereka memilih untuk lebih banyak berdoa. Afiq Helmi tertarik dengan seorang pak cik yang jarang kelihatan kelibatnya di surau iu. Pak cik ni kelihatannya berdoa dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.


Tapi lama-kelamaan pak cik itu berdoa tak lama lagi macam awal-awaaaal Ramadhan. Perkara ni menyebabkan Afiq Helmi sangat hairan. Semakin jauh Ramadhan semakin singkat masa dia berdoa. Tidak sama apa yang dilakukan oleh Rasulullah.


Suatu masa, Afiq Helmi melihat pak cik tersebut berdoa hanya mengangkat tangan selama tak sampai 5 saat pon. Terkejut lah si Afiq Helmi tu. Ingin benar dia mengetahui apa yang didoakan oleh si pakcik ni tadi.


Esoknya, Afiq Helmi duduk sebelah pak cik ni. Rapat, betul-betul rapat seperti berada dalam saf walaupun hanya solat witir secara sendirian. Ketika berdoa, Afiq Helmi cuba mendengar apa yang didoakan oleh pakcik tu. Pak cik tersebut mengangkat tangan dan berdoa.




"Ya Allah, macam biasalah"



Amboi, macam mintak order dekat mamak pulak!

***

Ya, Allah memang mengetahui segala is hati kita. Tak payah doa pon Allah dah tahu segala-galanya. Berdoa ni sebenarnya merupakan jambatan hubungan seorang hamba kepada penciptanya. Rasa lebih dekat bila kita mengadu. Rasa lebih tenang bila meluahkan pada DIA. Tapi tak perlu lah sampai begitu sekali. Andai kita berdoa malas-malas, Allah pon malas-malas je nak kabulkan. Pintalah dengan bersungguh-sungguh, Allah pon bersungguh-sungguh nak kabulkan doa kita. Ini antara macam mana cara Allah kabulkan doa kita. CLICK HERE.


Dalam post tu, menunjukkan bagaimana Allah mengabulkan doa-doa kita. Jangan berputus asa andai tidak dikabulkan. Err, tapi dalam kes dekat atas ni, tak dapat la den nak tolong....



p/s: Kisah untuk direnung di pagi hari & dipetik dari majalah sekolah masa zaman muda-muda dulu~


0 patient (s) need treatment

Your comment?

Instagram

Followers