Followers

20101222

20 tips menghadapi putus cinta versi Dr.Cinta

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Salam to all readers~ =) Please support this campaign! 




Entri ni dah terlalu ramai kongsi, rasanya tak salah untuk terus berkongsi tapi melalui pengalaman. Sebab ada antaranya yang mungkin baru bagi someone. Just wanna share. Benda baik kan? =) Lagi pun rasa macam tak lengkap pulak belog ni kalau tak ada tips-tips cenggini. 



[Appreciation]




 



Sila play lagu untuk lebih feeling-feeling sebelum tu pergi pause dulu lagu binnabilhuda tu dekat atas (ada yang tak perasan -___-)





1- Cara pertama ini wajarlah dilakukan semua orang. Serahkan hati yang hancur berkecai itu kepada Allah untuk dicantum kembali. Cari jalan untuk dekatkan diri kepada Allah. If sebelum ni kita terlalu jauh, jauuuhh daripada Dia sebab terlalu bergayut dengan cinta hamba-Nya, why not, sekarang kita dekatkan diri kepada Allah. Jika sebelum ini kita tidak terusik dengan kasih-Nya, apa kata semaikan rindu-rinduan kepada-Nya dengan cara:




# Baca ayat-ayat cinta daripada-Nya, baca al-Quran. Kalau masa bercinta bagai nak rak rela baca ayat-ayat cinta si dia, why not sekarang kita berpaling kaasih. Ya, berpaling kasih kepada-Nya. Itu lebih baik.


# Tahajud cinta. Bangun qiam untuk kesegaran minda dan kekuatan hati. Cara ini sangat berkesan. Di sepertiga malam, kita mengadu kepada Dia. Allah dengar, lalu akan diberikan kekuatan, insyaallah.




# Solat berjemaah. Kalau sebelum ni kita agak payah nak join jemaah-jemaah segala ni, try once. Selain dapat memupuk ukhuwah, ia juga dapat menghindarkan kita dari bersendirian dalam bilik. Ye lah bila dah sendiri-sendiri, ni tu yang mai kenangan indah segala tu. Come on, lets just forget about it and start a new life. Bercinta dengan Allah pulak.


# One more, berdoa sebab berdoa senjata orang mukmin. Berdoa agar dikuatkan hati untuk menerima. Mintak lah apa-apa sahaja yang kita nak mintak dengan Allah. Allah dengar, jangan risau. =)





2- Sentiasa motivatekan diri sendiri. Sebagai contoh, each time bila kita rasa sedih or teringat kenangan lalu, katakan kepada diri Allah itu sudah mengatur seseorang yang lebih baik. Tak pe cakap sensorang pon, bukan selalu ye dak? Cakap macam-macam motivasi dekat diri walaupun ia cuma di dalam hati, insyaallah suatu hari nanti kita akan terbiasa dengan memotivasikan diri, mana tahu boleh jadi motivator terkenal? who knows right? =)

Katil asek kaler pink ajeww




3- Selain tu, baca kisah-kisah yang boleh motivatekan diri balik, macam buku La Tahzan Jangan Bersedih ke, dalam buku ni dia bagi motivation yang sangat bagus. Or else, buku Tentang Cinta by Ustaz Pahrol Muhd Juoi, then Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Syurga, dan Murabbi Cinta by Ustaz Hasrizal. I love to read these sebab dia sangat sangat memotivasikan diri selain dapat menambahkan keyakinan diri dan semakin boleh menerima. 





4-Dengar lagu yang boleh memotivasikan diri. Kalau boleh elakkan dari dengar lagu-lagu chenta sebab nanti boleh buat kita teringat dekat orang yang tak sepatutnya. I believe Insyaallah by Maher Zain, Atas Nama Cinta and Langkah Tercipta by UNIC could be motivated songs. Nyanyilah banyak-banyak kali sampai kita resapi semua lirik dia sampai kita faham, sampai kita berjaya buat hati kita jadi tenang.






5- (Ini ikut orang but I prefer buang je) Ye lah buat apa nak simpan kenangan/gambar dengan orang yang dah tak ada apa-apa dengan kita? Elok sangat ke simpan gambar aweks/balaks, baik simpan gambar parents, it's better. Beside that itu cara kita get rid dia dari life kita, woaah kejamnya, tak pe sekali sekala jadi kejam, tapi janganlah kejam sangat, cukup sampai dia rasa bersalah dengan uolls itu tandanya uolls dah berjaya. Berjaya apa? Berjaya buktikan you are strong! tapi kalau boleh berkawan lah balek, itu lebih baik sebenarnya. Tapi macam agak lawak lah bila dah putus, delete dia dari friend list kita (tak proffesional betol I ni dulu) tak pe, tak pe, one day when you get married, letak banyak banyak gambar kahwen tag ex-ex sekalian, habaq mai sat, hari ni manusia yang pernah ampa kecewakan dah bahagia, lepas tu senyum puas (macam senyum evil je) Itulah gunanya jangan buang dia dari friend list (kejam sungguh)  =)



Life is just a piece of cake


6- Buat something yang kita nak buat. Sesuatu yang kita memang teringin nak buat lah. Contohnya, tiba-tiba teringin nak pergi mandi dekat air terjun Sekayu ke (paling dekat dengan tempat belajar) pergi, pergilaaah. Have fun! Mandi lah puas-puas sampai stress hilang. Tak pon pergi shopping ke. Shopping lah puas-puas sampai hati tenang. Kawan-kawan pon sila support. 





7- Buat perkara yang kita tak pernah buat pulak. Contohnya, kalau setiap pagi pukul 10, kita masih tidur dengan nyamannya, why not pagi tu kita bangun awal dan buat solat sunat dhuha. Solat dhuha then mengadu pada Allah. Sama kes macam tahajud tadi, ye lah sebelum ni kemain lagi liatnya nak bangun qiam, but then, cuba untuk bangun malam.Try something different from usual.





8- Change your style. Buat perubahan diri. Kalau dulu masa kita dengan dia, kita rambut panjang ke hape, cut your hair, pendekkan. Pakai tudung pulak, tukar style, I mean still dalam batas-batas syariat ye. Jangan change to negative sudaah. Fahamlah yang ni kan? Then, create your own identity, contohnya, contoh je laah, Farahwaheeda mana ni? Alaa, dr.cinta tuuuu (haaa, perasan, macam hade je). When you have your own identity, secara automatiknya confident level akan meningkat from day to day.






9- Pretend to be strong. Ini penting. Kalau pergi kelas, please jangan buat muka-sedih-putus-cinta. You must prove it that you can live without him/her. Let it go! Senyum je lah memanjang walaupun hati tengah sakit membengkak ya amat. Tak salah hati hipokrit kejap.








10- Tulis surat dekat diri sendiri. Bila mana kita rasa sedih/sakit hati/geram/serabut, sila tulis surat and baca. Di samping itu, tulislah words yang motivatekan diri. Tulis macam kita bercakap dengan Allah, mohon kekuatan hati etc etc. Lepas tu baca sebelum tidur. 


=) Bertepet di soft board suatu masa dulu



11- Mintak bantuan kawan-kawan, boleh bagi nasihat. Dengan cara ni juga, kita akan kembali bermotivasi. Sangat membantu. Mintak tolong mereka untuk cuba luputkan dia dari ingatan. Mintak bantuan dengan mereka jika ada masalah yang belum settle. Kadang-kadang tu perlu jugak ada campur tangan dari pihak ketiga untuk mengembalikan diri kita.





12-Sibukkan diri, kalau tak sibuk buat-buat sibuk je, involve dalam apa-apa ke.This could be help. Buat assignment, involve dalam activity ke, blogging ke, automatik perhatian kita akan teralih. 





13- Hang out dengan friends, pergi picnic ke, jangan asingkan diri sendiri dari orang lain. Don't ever give up with your life!



14- Hang out with family, if you believe them, cerita dekat mereka.  Ada jugak yang prefer cerita dekat family compared to friends kan, tak semua orang sama cara mereka atasi probs.





15- If ada benda yang belum settle antara both of you, pergi selesaikan segera. Meet him/her. Berteman lah ye. Luahkan segala-galanya, nak marah, silalah marah kalau itu dapat puaskan hati uolls tapi berpada-padalah ye jangan sampai bertepuk-tampar. Then kita dapat rasakan hati kita semakin ringan dan sangat lega. 





16- Jangan bersendirian, sebab nanti akan teringat dan mungkin akan datang fikiran yang macam, telan panadol ke hape ke, owh no no no. Please alert with this. Make sure setiap masa anda berteman.





17- Menangislah sepuas-puasnya. Namun sekadar meluahkan kesedihan bukan untuk meratapinya okey. Percaya dengan takdir Allah.



18- Manjakan diri, appreciate diri anda, kalau dia tak appreciate anda, lantak ang lah. Yang penting, kita kena hargai diri kita sendiri okey? Manjakan diri. Beli something contoh sebagai hadiah kepada diri sendiri yang berjaya keluar dari masalah ni. Contohnya, beli laptop baru ke (haha, kalau kaya lah) untuk hadiah dekat diri sendiri or pergi spa ke, buat facial ke.




19- Jangan abaikan pemakanan. Take your meal at the right time. Selalu tak seleralah, pedulikan semua tu, makanlah. Jangan kata tak selera. Nanti kita sakit siapa susah.





20- Sentiasa focus. Make sure datang jugak kelas walaupun hati tengah serabut bagai. Lagi-lagi ex satu kelas pulak tu, haha, relax, cool, okey? kembalikan semangat belajar anda.Tak kan kita nak putus ilmu pulak ye dak?




Itu antara langkah-langkah yang selalu orang buat (nak cakap diri sendiri pon macam kelakar, haha) but please jangan meratapi apa yang dah tak ada. Link lain ada jugak. Please visit here and here. Tapi as for me, pandangan peribadi, cara yang pertama sangatlah dituntut ye tuan-tuan dan puan-puan.




Yang paling penting, cuba untuk memaafkan orang yang pernah melukakan kita. Walau dia pernah mengecewakan kita dulu, jika pada hari ini kita berjaya bangkit kembali, berterima kasihlah kepada dia. Allah datangkan dia sebagai ujian kepada kita agar kita dapat menilai diri dan mengerti hakikat hidup yang sentiasa diuji. Sesungguhnya kita memang layak diuji maka jangan pertikaikan lagi.




Jika pada hari ini kita menjadi manusia yang hebat jiwanya, ingatlah bahawa suatu masa dulu, kita pernah tersungkur keletihan menghadapi ujian ini. Dan tatkala itu ingatlah bahawa Allah datangkan dia sebagai ujian kepada kita untuk menjadikan kita sebagai manusia yang kental jiwanya dan sedang melatih kita untuk sentiasa mengambil iktibar.





Dahulu jika air mata kita begitu murah menangisi kerana dia, lalu pada hari ini air mata yang sama seakan membeku dan tak mudah mengalir kerana kita sudah menjadi terkuat buat diri kita sendiri dan mula menerima takdir, maka bersyukurlah air matamu tidak mengalir sia-sia lagi, yang ada cuma menangisi dosa-dosa lalu. I dedicate this to you. SESUNGGUHNYA ALLAH MEMANG SENGAJA. Please click to read my previous entry. 


future-husband


To the guy (s) who once made my day beautiful (and terrible, hahaaha) thanks a lot for this experience. Without experience, I cannot write in this blog. And without experience, Dr.Cinta Punye Belog is just nothing because I wanna make it something.  =) No hurt feeling okey.




Turn to Allah,
He's never far away,
Put your trust in Him,
Raise your hands and pray,
Oooo Ya Allah,
Guide my steps don't let me go astray,
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way.....
Insyaallah~




Cuba fikir sebentar;




p/s: Whatta, am I typing the 'guy' with (s)? T____T



Syukran Jazilan for reading

36 patient (s) need treatment:

fadzlina said... REPLY

adeyh..cm tau2 j aku bru putus cinta,..haha
thnx anyway, all these 20 steps insyaAllah akan kucuba praktikkan. bout half of them already done. & Alhamdulillah..it works!

Anonymous said... REPLY

Very simple indeed, avoid yourself from falling in love. Sugar is sweet, honey is sweeter, a man's word is the sweetest.

Hidayah Hanif said... REPLY

baru putus cinte..terase lebeh dekat dengan Allah biler di duge..:)

Hidayah Hanif said... REPLY

baru putus cinte..terase lebeh dekat dengan Allah biler di duge..:)

cikdoktorfalsafah said... REPLY

Kakak,
This would very helpful and meaningful.
:(

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@fadzlina

Allah akan bantu, insyaallah~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

agree with you~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Hidayah Hanif

alhamdulillah, beruntung bagi org yang benar2 mengambil iktinar darinya~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@cikdoktorfalsafah

insyaallah n alhamdulillah~ praise to HIM. =)

tura hepy said... REPLY

nice info...~~~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@tura hepy

thnx~ =)

Bella Ayub said... REPLY

bagus tips ni

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Bella Ayub

thnx~ =)

Ain Zulaikha said... REPLY

T_T teringt waktu dulu, dr cinta, ajar kak ain letak lgu dlm entry ..ada tuto?

Fathirah Rahimi said... REPLY

really like each of your entry..
gud job babe..
wpon i x penah rase cintun2 nie..
mybe can be useful oneday..huhu..
totally agree with dis tips!

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Ain Zulaikha

saye letak link dekat shoutbox akak yer~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Fathirah Rahimi

=) thnx dear~

EEan said... REPLY

Wah bestnye blog ni.. pasal cinta tapi Islamic.. kepade yang ptus cinta: rileks la bukan kahwin lagi pun.. hidup ini lebih besar dari tu.. kan?

tenangsudey said... REPLY

saya suka.. ia treatment yang lebih ke arah ketuhanan... bagus2... DIAlah pemilik cinta.. kita hanya meminjam sahaja..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@EEan

very true~ =) ambik pengajaran dari perkara yang lepas~ =) tu semua ujian kecik je~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@tenangsudey

dunia ni hanya persinggahan kerana yang kekal itu cuma di SANA, alam akhirat, itu yang kita patut lebih takutkan~

NuNu BeBeH said... REPLY

Huhuhu...br putus cinta jugak...
Tp bak kate Dr Cinta

"Biar PUTUS CINTA dengan MANUSIA...Asalkan TAK PUTUS CINTA dengan ALLAH!! "

Nak minta pandangan,kalau kita sedaya upaya nak mengajak pasangan utk memperbaiki diri dr kesilapan2 dulu,tp pasangan seperti xberminat & xhargai langsung apa yang kita harapkan...
Akhirnya memilih perempuan lain & tinggalkan kita tanpa ada apa2 alasan...

Sy sedih & terkilan dgn sikap lelaki begitu...:(

NuNu BeBeH said... REPLY

Dr Cinta...
sy share link entry ni kat FB sy ye..:D

Anonymous said... REPLY

sis plezzz
jgn pernah ade niat nk stop bloging nie!!
sy xkenal sis tp sis da bnyk bantu sy.thanx a lot sis!

Nur Syuhada said... REPLY

Assalamualaikum...=)
menarik entry2 yg ade dlm blog kamu nih..teruskan yer..=)

wAnIEy HuNNy said... REPLY

nice entry~ dulu mase clash mmg terok sgt frust,maybe sbb jangke mase bcinte lame..~ then lame2 bleh trima hakikat~ alhamdulillah~ skang,ex mcm tak puas hati,always stalked my fb walhal die yg block~ maybe die xsangke i akan wake up n bcome more strong after die tinggalkan i yg da lame setia dengan die..~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NuNu BeBeH

Dia bukanlah yang terbaik, Allah Maha Tahu~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NuNu BeBeH

okey, silakan =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

okey terharunya~ =')

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Nur Syuhada

waalaikumsalam~ =)
syukran jazilan =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@wAnIEy HuNNy

welldone! =) yang penting jgn bagi dia nampak kita ni lemah depan dia, kita kena nampak KUAT~ =D

donadoni89 said... REPLY

salam..
tips yg sgt b'gune..hehe..

rase macam bagi taw kt 1 dunia, aku dah putus cinta~~
haha..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@donadoni89

biar putus cinta dengan manusia asalkan bukan dengan Allah~ =)

annyss azianis said... REPLY

huhuhu..boley wat pedoman untuk diri ini..

baq sh said... REPLY

I'm really love my fiance...tp dia pilih yg 2 month dri yg 8thn ni...xpela...Alhamdulillah sbb sy trpilih untuk lalui semua ini...insan bernama lelaki...

Lex dePraxis said... REPLY

Yep, penolakan memang selalu menyesakkan hati, sekalipun kita sudah menduga-duga akan terjadi. Canggihnya lagi adalah ketika ditolak, tubuh fisik juga benar-benar merasakan terpukul dan tersakiti, misalnya seperti di dada, kepala, dsb. Saya sempat bahas panjang lebar tentang itu di artikel Kenapa Penolakan Sebenarnya Berguna?, mungkin bisa jadi referensi pencerahan buat kamu. :)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta