Followers

20101102

Jaga hati dari 4 tingkat dosa

Salam to all readers~ yeay! dah habis exam -___- okey tak ada lagi 2 paper. But, 8 days more. Series boleh rehat dengan lama.


Pernah dengar?


Imam Ghazali pernah berkata; "Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."




Saya sudah jelaskan tentang permasalahan titik-tiik hitam yang akan sentiasa ada dalam hati kita dalam POST INI. Kita tahu apabila kita buat satu kejahatan akan tumbuh satu titik hitam dalam hati kita. Dalam post ni, dengan merujuk satu sumber yang saya rasa penting untuk dikongsikan bersama, saya nak tunjuk tingkatan-tingkatan dosa, tahap-tahap dosa. Cuba kita nilai kita sedang berada di tahap yang mana.





4 tahap yang boleh merosakkan hati:-



1) Rasa bersalah dengan dosa


Ha, if first time buat dosa, akan timbul rasa menyesal, rasa bersalah, berdosa, ber ber ber lagilah kan? Jiwa kita resah sebab kita dah buat dosa melawan syariat/ undang-undang. Menurut pakar psikologi, setiap kali seseorang melakukan kesalahan of something, manusia ni akan diserang dengan rasa "guilt conscience". Means, sebagai contoh, sorang muslimin TERpegang tangan seorang wanita. Eh, tak pernah2 TER tiba-tiba terjadi pula. Sedangkan dia tahu perbuatan dia salah. Then mesti ada rasa guilty yang amat sangat sebab kita dah melakukan sesuatu kesalahan mahupun dosa yang kita tak pernah buat selama ni. We keep thinking how to get rid of the feeling. Seterusnya akan menimbulkan perasaan yang unwanted. Sangat tak selesa!






2) Rasa biasa dengan dosa


BUT, rasa bersalah jiwa resah gelisah ni tak lama. Bila kita buat kesalahan/dosa ni secara berterusan maybe untuk kedua kalinya or ketiga kalinya or berkali-kali, kita akan rasa biasa je dengan semua tu. Hari ni terpegang tangan perempuan, esok lusa TERbuat lagi. Berapa kali TER sampai membuang rasa bersalah dalam diri seseorang tu. If tahap pertama, bila kita menyesal kita akan menangis ingat balik semua tu, but berada pada tahap ini, air mata lansung dah tak turun mengalir sebab rasa biasa je even TER banyak kali pun. Kalau dulu pegang tangan je bila salam dengan perempuan bukan muhrim rasa macam kene renjatan elektrik tapi bile dah banyak2 kali buat, banyak2 kali salam dah rasa macam salam2 semua tu biasa je lah.Sedangkan dia tahu kepala yang tertusuk besi yang panas itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang bukan muhrim.






3) Rasa seronok dengan dosa




Dosa itu racun yang dah pun disalut kemanisan dan keindahan. Okey tahap ni, diri kita sendiri yang nak cari peluang untuk buat dosa/kesalahan. Rasa best bila buat kemungkaran, ketagih dengan maksiat akan terus membelenggu hati. Racun dosa tadi dah kita anggap nikmat. Tidak ada lagi rasa bersalah. No no no. Tiba-tiba saja je nak pegang tangan anak dara orang yang bukan muhrim. Sebab rasa macam best je buat macam tu. Oh, berjaga-jaga tingkatan hati pada tahap ini sudah memasuki zon berbahaya!






4) Jadi pembela kepada dosa




Nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan. Walaupun memang dirasakan begitu tapi kita tidak cukup kuat untuk menentang keinginan nafsu. Keseronokan melakukan dosa akan membuatkan perilakunya turut menjadi pembela dan pejuang kepada dosanya. Dosa akan dipromosikan sebagai suatu benda yang indah. Tengok saje dalam drama-drama, movie-movie yang kerap kali mempamerkan adegan berpegangan tangan (yang bukan muhrim) , sebab rasa benda tu tak salah, adegan wajib tayang. Adegan biasa lah tu. Dosa yang dipromosikan membuat hati semakin lalai....

Takut tak? T____T kita ada kat tahap mana lah kan?




Ingatlah, hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang resah dalam jiwa. Ha, if ada rasa resah or tak tenang ke sepanjang kehidupan kita, baiklah kita kembali mengenal hati kita. Sihat atau tidak? Boleh ikuti tips-tips ini. =)





Lastly, kita kena tahu HATI kita ini sifatnya berbolak-balik. Kadang-kadang kita rasa iman naik kadang-kadang turun. Sekelip mata manusia boleh jadi baik sekelip mata juga manusia boleh betukar sebaliknya. Jagalah hati anda, hati kita, hati bersama.





Waallahu'alam~


p/s: Rujukan dari Solusi. 






Syukran Jazilan for reading

2 patient (s) need treatment:

Hashira Yusoff said... REPLY

syukran for this entry~

T___T slalu menyesal atd d0sa yg dibuat..smpai kdang2 tu ase Allah x ampun ajer d0sa tu. pdhal Allah itukn maha pengampun.. mcm mane nk hilangkn perasaan ni ya?

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Hashira Yusoff

Allah itu Maha Pengampun, bertaubatlah utk mmbuang rasa bersalah dalam diri dan dari terus2an membelenggu diri~ pintu taubat itu tidak akan tertutup selagi belumnya tiba kiamat~ masih terbuka luas~ yakinlah, Allah itu Maha Pengampun~ =)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta