Engkau yang bernama lelaki, pelindung kepada wanita

8:15:00 PM

Salam to all readers~ =) selamat malam, mungkin ni post terakhir di Kuala Terengganu, aiceceh,sebelum fly ke Selangor Selasa ni~ merangkap untuk menyambut cuti dan hari raya Eidul Adha dan dapat menghayati erti pengorbanan di Selangor -__-






Hakikat perbezaan lelaki dahulu dan juga sekarang. Owh, ini bukan entri deskriminasi gender tapi realiti, wanita juga macam tu jugak. Tapi, hakikatnya lelaki yang memimpin. Lelaki yang akan jadi pemimpin kepada wanita. Lelaki yang akan menjadi kapten dan ketua keluarga dalam rumahtangganya nanti, benar? Andai kata, kapten dalam sesebuah kapal  terlalai daripada menjalankan tugas-tugasnya pasti akan berlaku kepincangan dalam ahli-ahli kapal tersebut.










dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.


kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.


dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,


kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.


dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,


kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.


dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,


kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.


dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,


kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya


dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,

kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.


dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,


kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.


dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,


kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~


(dipetik dari Syabab Musafir Kasih,Fatimah Syarha Mohd. Noordin)




"Kami rindukan lelaki dahulu, acuan madrasah Rasul". Benar, sangat besar perbezaan lelaki dahulu dan kini. Masih punyakah lelaki kini peribadinya sehebat Saidina Ali Karamallahu Wajhah? Yang pada zaman mudanya diiisi dengan perjuangan-perjuangan keislaman? Apatah lagi para mujahidin Islam yang lain. TERlalu jauh peribadinya jika dibandingkan kini....






Lelaki yang akan menjadi pemimpin, lelaki yang seharusnya melindungi, maka mengapa kini keadaannya jauh berubah sekali? Muslimah, inikah calon suami anda?








atau ini? 






Memang sukar untuk kita menjadi seperti mereka, tapi contohilah mereka, akhlak mereka, peribadi mereka, insyaallah Allah membantu. Mungkin sukar untuk kita menjadi sehebat mereka tapi boleh bukan mendidik hati untuk berjinak dengan ilmu agama, perbekalkan dirimu dengan ilmu pengetahuan, hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia. Insyaallah, jika lelaki kini berusaha untuk berubah menjadi insan tebaik, maka wanitanya juga akan terpelihara. Wanitanya juga akan turut berubah menjadi insan yang lebih dihormati bukan seperti wanita kini yang lebih banyak tergadai maruah dirinya.






Siapa soleh dapat solehah! Remember that~ =D


Eh tiba-tiba je, terupload sekali T____T




p/s: peringatan bersama, bermuhasabah mengenali siapa kita kini sebenarnya? =)




13 patient (s) need treatment

  1. lelaki skg> ouhh! susah nak kate~

    ReplyDelete
  2. mmg susah nk menjadi seperti mereka..
    tapi betul...seharus nya mereka mencontohi mereka..=))

    *suke entry nie..slmt ber"firefly"..huu*

    ReplyDelete
  3. @chentaMAYA

    lelaki diciptakan untuk melindungi tapi hakikatnya sekarang adakah anda berasa selamat dengan lelaki?

    jika lelaki dulu begitu menjaga wanitanya tapi kini, eish, sedangkan yang berpangkat bapa pun boleh jadi kes sumbang mahram, entah, susah nak percaya pada siapa2 lagi sekarang ni~


    =)

    ReplyDelete
  4. @twinkle twinkle

    =) lelaki owh lelaki~ hek3

    rindukan lelaki yang dulu~ -__-

    ReplyDelete
  5. @Lelaki Ini

    lelaki ini? wah hak3

    thanks~ =) supaya anda juga menjadi lelaki yang hebat~

    ReplyDelete
  6. @Emilia Emira

    contohi mereka, sukar nak jadi sehebat mereka tapi jika ada usaha ke arah itu, itu tak mustahil~

    tak kata zaman sekarang dah tak ada lelaki berperibadi mulia tapi bilangannya sikit sekali, kerana bilangan lelaki2 yang terlalai telah mengatasi golongan berbudi pekerti ini.


    pernah dengar?

    wanita sekarang jadi tak mau sebab lelaki yang tak malu dulu.

    itu dah jelas menunjukkan bahawasanya lelaki ini menjadi pemimpin, baik peribadinya, di bawah2 tanggungannya insyaallah akan baik juga, keluarganya, isterinya, anak2nya dan sebagainya~


    nak fly dah nanti~ =)thnx~

    ReplyDelete
  7. suke en3 nie... semoga semua lelaki diberikan kekuatan menegakkan agama Allah. jadilah jundullah(tentera Allah dan saifullah(pedang Allah)... include my little boy..amin...

    ReplyDelete
  8. @pu3 brunei

    eh little boy? hak3

    dengarnye macam anak sendiri jew~ kih3, baeklah, semoga mendapat anak yang soleh, hakhak bersama suami yang SOLEH juga~


    =)

    ReplyDelete
  9. hehe.. lawat dr balik.
    lawa la blog ni..
    rasa terubat jer. hikhikhik ^^

    ReplyDelete
  10. @PinQib

    treatment yang tak seberapa, insyaallah memberi manfaat kepada semua~ =)

    ReplyDelete
  11. Anonymous10:35:00 PM

    salam,,minta copy sajak engkau yang bernama lalaki..
    terima kasih(^_^)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers