Cinta tanpa syarat

11:08:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim, In The Name of Allah the Most Gracious and The Most Merciful.



Salam to all readers~ =) Semoga kita sentiasa di bawah lembayung rahmatnya. Amin. Alhamdulillah, kita masih lagi boleh bernafas menghirup udara segar di bumi Allah kerana cinta dari-Nya. Sungai yang mengalir adalah kerana cinta, matahari memancarkan cahaya juga kerana cinta, berlabuhnya malam dan siang membuka tirai adalah kerana cinta. Itulah tanda cinta dari Allah yang membenarkan hamba-hambaNya terus bernafas di muka bumi ini walaupun nikmatnya sering dilupakan, walau seribu kurnia dari-Nya dinafikan, walaupun dirinya sebagai pencipta dipandang enteng oleh hamba-Nya. Semuanya kerana CINTA dari Pencipta alam ini.




Jika dia seorang perdana menteri mahupun doktor yang berjaya, juga pemegang jawatan yang tinggi pada hari ini, dia juga lahir dari cinta ayah dan ibu. Jika dia yang lahir itu seorang penderhaka, perosak muka bumi, juga lahir dari cinta ayah dan ibu. Semuanya kerana cinta. Dan bagaimana manusia itu mengendalikan cinta yang dia punya. Dengan cinta, manusia boleh menjadi mulia dan dengan cinta manusia juga boleh menjadi hina. Terpulang kepada individu bagaimana dia menjaga erti cinta itu. Sungguh kasih ayah dan ibu itu tulus dan suci, cinta tanpa syarat. Mereka sanggup berjaga malam semata-mata untuk menemani si anak yang meragam, semuanya cinta tanpa syarat. Sedangkan apabila si ibu bapa itu sudah tua, saat meminta anaknya menemani tidur mereka, mereka diherdik tanpa belas kasihan, kesibukan menjadi alasan. Itulah cinta sang anak yang banyak syaratnya.





Mungkin kita juga lupa, tentang durasi masa 9 bulan kita dikandung dalam perut ibu di alam rahim. rahim = kasih sayang. Sang bayi dijaga dan dibelai dengan kasih sayang. Si ibu tidak menghiraukan sakit pinggangnya, penatnya mengendongkan engkau sang bayi. Tidak disangka dia melahirkan seorang penderhaka, seorang perosak muka bumi, seorang penganiaya terhebat di dunia. Dia cuma punya secebis harapan, untuk melihat kau bahagia dengan cinta tanpa syaratnya tapi engkau mensia-siakan cintanya. Sungguh cinta sang anak bersyarat-syarat.





Lupakah kita pada jasa sang ayah, mencari nafkah untuk sang anak dan seluruh isi keluarga. Penat lelahnya dari pagi hingga ke malam bekerja. Apabila dia meminta tolong darimu engkau tidak mengendahkannya. Cuma pertolongan kecil sahaja, engkau tidak peduli. Kata engkau, ayahku asyik tiada di rumah, tiada perhatian lansung ayah berikan kepadaku, kerja, kerja, kerja! Tidakkah engkau tahu, betapa dia sangat ingin mencari masa untuk bersamamu, pencarian nafkahnya hanya untukmu. wahai sang anak, fahamilah ayahmu. Sungguh dia melakukannya kerana cinta tanpa syarat. Tapi engkau meletakkan cintamu begitu banyak syaratnya tanpa sedikit pun peluang kau berikan....




Ke makam bonda by UNIC










Dan...apabila si ayah dan ibu telah pergi meninggalkan kita di bumi ini, barulah kita sedari betapa besarnya cinta tanpa syarat mereka. Terkenangkan segala cinta bersyarat-syaratmu itu satu ketika dulu. Jangan sampai memakan dirimu. Akhirnya engkau sedar cinta mereka itu tak dapat dicari ganti. Walau dengan cinta suamimu atau isterimu suatu hari nanti, juga cinta dari kekasihmu jua. Cinta mereka tanpa syarat. Yang mereka tahu cinta kepadamu adalah tulus dan ikhlas. Balaslah kasih dan cinta tanpa syarat mereka ini dengan kejayaan bukan kemaksiatan. Balaslah cinta dan kasih mereka ini dengan mendoakan kesejahteraan mereka.




Andai di saat ini engkau sudah kehilangan mereka, sedekahkan al-Fatihah buat kedua orang tuamu, atau ayahmu, atau ibumu yang sedang berada di alam sana, alam yang lebih kekal. Mereka menantikan doa dari anak yang soleh dan solehah. Ya, engkaulah anak itu, saudaraku. Balaslah jasa mereka, gembiralah hati mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.




p/s: Kredit to Ustaz Hasrizal.Sebak pulak tiba-tiba, huhu~ betapa banyaknya dosa-dosa sepanjang bergelar 'anak'.


 UPDATE: Thanks for those who are giving me these awards. =) I really appreciate it~





Also thanks to people yang pernah kasi awards before this dekat dr. =)



16 patient (s) need treatment

  1. ALhamdulillah. renungan di pagi ahad :)

    ReplyDelete
  2. cintakn ALLAH adalah cinta yg utama . jaga diri . jaga iman . :)

    ReplyDelete
  3. @alin

    sama2 bermuhasabah di hujung minggu~ =)

    ReplyDelete
  4. @aKuSuNsHiNe

    keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa ~ =)

    ReplyDelete
  5. salam..

    teringat mak dan abah saya..sob3~

    malam ni balek rumah.yeah, selepas berbulan-bulan dok kat perak..

    ReplyDelete
  6. bestnyer baca n3 ni!

    ReplyDelete
  7. @Ibnu_ghazali

    wasalam~ selamat pulang ke rumah! =) r dah lame honeymoon kat umah ni~ =D

    ReplyDelete
  8. @Notami

    mekaseh~ ambil iktibar yg mane perlu~ =)

    ReplyDelete
  9. @tukangcerita

    huhu, sob sob~ insaf bersame~ =')

    ReplyDelete
  10. Daripada Abdullah Amru, Rasulullah s.a.w bersabda:

    "Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa."
    (HR Tarmizi)

    berbaktilah&brdoalh utk mereka msh ada, brdoalh sntiasa tika mreka kmbli dlu brtmu Pncipta..

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers