Calon menantu: wanita wajib tahu masak, lelaki wajib jadi imam!

9:57:00 AM

Salam to all readers~ =) Ohaiyo, morning. baca night kalau waktu malam. =D 



Ini bukan entri diskriminasi gender tapi realiti. =)



Antara kriteria wajib untuk seorang wanita ialah pandai masak, Lepas kahwin senang, kalau tak pandai masak susaah. (Owh tak layak cakap lagi, sekadar satu pandangan). Para mentua pun letak syarat; carilah wanita yang pandai masak. Kalau tak pandai masak, eish, kena kutuk pulak, kena belajar, nanti malu lah dekat mak mentua dekat sanak saudara sebelah sana. Sebelum kawen masa muda-muda belasan tahun ni tak nak belajaq. sapa suruh? Ye laah kan busy, kita kan wanita bekerjaya. Mana ada masa nak duduk dapuq je naa. Pendek kata, tak sempurnalah seorang wanita tu jika tak pandai masak. 'Eishh malunya tak reti masak ni' getus hati sang gadis. Diri sendiri rasa belum lengkap lagi nih sebab tak reti masak, bukan dia tidak mencuba tapi kekangan masa yang banyak menghalang...










Kita terlepas pandang. Lelaki, bolehkah anda jadi imam? wanita jika tak tahu masak disuruh belajar, lelaki tak tahu jadi imam (tak tahu ilmu agama, al-fatihah pun tunggang langgang) disuruh belajar jugaaa, tapi nantilah. Eh, tak pe lah. Nanti I belajar lah. I nak belajar tapi kekangan masa lah you...Sedangkan ini lebih penting, kaum adam. Syarat utama untuk jadi seorang suami mesti wajib tahu pasal ilmu agama (tak tahu agama, jauh lagi nak jadi imam). Aish kalau nak letak syarat macam ni makin ramai lah wanita kahwin lambat. Para lelaki kebanyakannya letak syarat kepada wanita atau kepada gelifriendnya wajib pandai masak! Perlu pikat suami dari air tangan isteri.


Cakap kat buayafriend anda, eh kalau macam tu saya nak awak kena tahu jadi imam! =) haha. Wanita pandai masak ramaaaaai, tetapi berapa kerat lelaki yang mengamalkan solat jemaah bersama keluarganya di rumah. Sang pria mahukan gadis pandai masak tertunai, tapi selera sang gadis yang mahukan seorang imam untuk memimpin setiap solat-solatnya? Tertunaikah? Tajwid tunggang langgang, al-fatihah pun tak kenal, jauh sekali untuk solat apatah lagi imam! (nauzubillah, ini realiti)








Maka, yang mana lebih berbahaya? Wanita tidak pandai masak kah? masih boleh carik makanan dekat luar, masih boleh hidup lagi. Lelaki yang tak ada bekalan ilmu agama? Siapa yang nak memimpin keluarga? Ye, masih boleh hidup, tapi hidup dalam redha Allah kah? hidup dalam maksiat kah. Lelaki itu dengan keluarganya umpama imam dengan makmumnya. Makmum berhak menolak kepada calon imam yang tidak disukainya. Imam yang dia tak suka, dia tak boleh jadi makmumnya. Imam harus baik bacaannya, paling baik di antara para makmum. Para lelaki yang tidak punya bekalan agama (atau kureng) wanita juga berhak menolak mereka. Justeru itu, para lelaki persiapkan diri kamu untuk menjadi seorang imam, seorang pemimpin yang bakal memimpin keluarganya. Perkahwinan (eh eh) bukan satu perkara mainan. Jika kamu memikirkan perkahwinan itu hanya sesuatu yang menghalalkan yang haram, anda salah. Perkahwinan merupakan suatu tanggungjawab dan amanah. Boleh baca sini. KLIK SINI.



p/s: eh tak layak nak cakap pasal ni tapi ini sekadar pandangan. Realiti bukan? Girls out there, letak syarat ini kepada para lelaki supaya kebahagiaan terjamin, cewah. Apa erti sebuah perkahwinan andai bekalan ilmu agama tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Bukan soal kahwin saja, tapi di usia muda ini lah, kita masih belasan tahun, atau awal dua puluhan tahun, inilah sebenarnya masa untuk kita persiapkan bekalan agama secukupnya. Tidak hanya 'hidup untuk ENJOY!Hidup kan sekali jerrr!' Ewah. Hidup yang sekali ni lah kita kena persiapkan untuk hidup yang sepanjang masa di alam sana. Tuntutlah ilmu di dunia sebagai bekalan akhirat. Terdetik menulis ini setelah membaca Aku Terima Nikahnya and Bercinta Sampai Syurga by Ustaz Hasrizal and curently reading Murabbi Cinta by him too. Credit to Abu Saif. Selamat beramal~ =) 





UPDATE: Imam itu maksudnya pemimpin. Dan imam itu berkait dengan solat berjemaah. Solat berjemaah yang dinyatakan di sini bukan HANYA di masjid-masjid mahupun di surau-surau sahaja. Menjadi imam di rumah juga boleh, mengimamkan anak-anak dan isteri. Baik untuk mendidik ahli keluarga untuk turut berjemaah juga dapat mengeratkan hubungan sesama ibu bapa dan anak-anak. Kualiti masa bersama keluarga itu jelas penting. Saya bimbang ada yang terkeliru. Jemaah mesti di masjid, ye memang seharusnya kaum lelaki harus bersolat jemaah di masjid bahkan sepatutnya jika rumah dekat dengan masjid (khususnya) dah dengar azan, paksa-paksa dirilah ke masjid untuk berjemaah tapi  kadang-kadang boleh jadi imam dekat rumah je. Contoh solat terawikh tak semestinya dekat masjid or surau je boleh buat, dekat rumah pon boleh (jika ada kesulitan seperti cuaca tak mengizinkan like hujan, sakit ke). Pahala solat berjemaah seperti yang kita tahu 27 darjat berbanding solat sendirian yang hanya 1 darjat, saya jelaskan sekali lagi:


Solat sendirian:
1 darjat x 365 hari x 5 waktu =  1,825 darjat


Solat berjemaah:
27 darjat x 365 hari x 5 waktu = 49, 275 darjat




Daripada Ibnu Umar yang bermaksud; "Solat jemaah lebih utama dari solat sendirian sebanyak 27 darjat."
(Mutafaq alaih)


Solat sendirian selama 27 tahun darjatnya hanya sama dengan setahun solat berjemaah. Nak pahala lebih bukan? Alangkah baiknya jika solat jemaah itu boleh dipimpin oleh seorang ayah. Jom prefer solat jemaah. Harap tidak ada yang terkeliru lagi~ =)




26 patient (s) need treatment

  1. sy setuju 100% dgn dr c
    even ibu sy pn nk menantu ilmu agamany tinggi..
    (:

    ReplyDelete
  2. nak pikat suami kene pikat perut dulu ye x

    ReplyDelete
  3. saya suka blog Dr. Cinta ni :) hehe .

    ReplyDelete
  4. Aida pun xde la pandai masak sgt... tp akan usaha jugak jadi pandai masak macam my mum.. hehehe :D

    ReplyDelete
  5. @zulaika.puad

    ilmu tu penting, dengan ilmu (esp agama) taraf manusia menjadi tinggi di sisi Allah tak kira dia miskin atau dia masih kecil.

    tak berguna if xberilmu, walaupun dia berpangkat, punya harta menggunung tinggi. lagi satu dah lah jahil, (sama kes dgn ada ilmu tapi xdiamalkan, (ingtkan dri sndiri gak)) lepastu tak dpt give benefit to the others and might be menyusahkan those people~

    dengan ilmu, kita disnjung & dihormati bukan shje didunia tapi juga di akhirat kelak~ =)

    ReplyDelete
  6. @Lya Colours

    'ikat' suami dgn masakan kita (haha,awal pikiaq) peranan suami? berupayakah mengikat hati kita (sekali lagi perasan) utk turut mencintai DIA? =)

    ReplyDelete
  7. @AiDa AzRyN

    =) usaha tangga kejayaan, practice make perfect, ha apa lagi erk kata2 semangat, haha~

    chaiyok~ =)

    ReplyDelete
  8. @twinkle twinkle

    =) calon suami, erk bakal suami harus tahu memimpin! =)

    ReplyDelete
  9. sy juga setuju. kalau lelaki nak perempuan yang pndai masak, die kena la pndai jadi imam. bukan sekadar pandai, tp kena praktikkan selalu.

    ReplyDelete
  10. @~yayaLOVA~

    very true~ =) Allah menciptakan lelaki utk memimpin wanita~ =)

    ReplyDelete
  11. ye betol3!!
    kene pndai pikat perut si jejaka..
    jejaka harus tahu yg mane patut utk jd pemimpin rmh tgga ^^

    ReplyDelete
  12. Anonymous6:24:00 PM

    sang suami perlu solat di rumah bersama kluarga ataw bersama jemaah kampung di surau ataw masjid .,27 kali ganda kn di masjid..?agk keliru di situ..

    ReplyDelete
  13. Anonymous6:43:00 PM

    yes saya setuju.. tapi sanggupkah pmpuan tgglkan lelaki yg tak tahu jadi imam ? (^_^)V ....mesti tidak kan kerana cinta manusia itu adalah segalanya.

    ReplyDelete
  14. @anamizu

    hek3, mereka harus lebih dari tahu~ =)

    ReplyDelete
  15. @Anonymous

    eh tak, yg kita tahu pahala solat berjemaah tu 27x ganda compared to solat sendiri yg hanya 1 pahala, jemaah di sini bukanlah hay di masjid or surau, di mane2 shje kita brjemaah asalkan lebih dari seorang (at least 2 org) insyaallah kita akn mendapat ganjaran 27x ganda.

    ReplyDelete
  16. @Anonymous

    jika lelaki tersebut ada kesedaran yg dia bakal pemimpin & jika dia menyayangi kehidupan masa hadapan anak isterinya suatu hari nanti, he is willing to do changes. =)


    Bukankah bila CINTA itu jadi pengukur utama, maka dia akan membuat apa sahaja utk yg dicintainya, berubah utk kebaikan tidak salah bukan? =)

    ReplyDelete
  17. Sekadar nak kongsi pengalaman.Masa baru kawin, sy pn xpandai masak. Sbb family jnis bli n bungkus mknan luar je. Nak kata rasa masakan mak or diajar memasak oleh mak tu jauh sekali. But when dah kawin, timbul rasa nak ubah idup n jadi mcm keluarga normal len, so start cr resepi kt internet, bli brg n try msk sendiri. Syukur suami suka masakan saya. Sedap katanye bagi org yg xpnah masak.Agaknye dia kesiankan sy yg xpnah merasa pengalaman ibu-anak memasak, sbb tu dia ckp sedap. Ahaks.

    Psl mengahwini lelaki yg bercirikan imam or islam sejati plak, tak disangkal manusia zaman sekarang, lelaki atau perempuan dah ramai yg hanyut dgn nafsu n dunia sampaikan ibadat n amalan semakin dilupakan. Sbb tu la ms nak kawin, masing2 sibuk mencari pasangan sempurna tanpa mencermin diri sendiri terlebih dahulu. Oleh itu, dari mencari kesempurnaan pada diri org lain, apa kata kita menyempurnakan diri kita terlebih dahulu. Just my opinion. Mcm yg Dr. C kata la, kaum lelaki yg asyik nak isteri pandai msk pun kena la buktikan diri layak jd imam kaum wanita dlu, br boleh demand nak isteri perfect.(pun dlm proses pembaikan diri) (^.^)

    ReplyDelete
  18. @Mawar Merah

    saye stuju dengan anda~ macam my previous post pernah saye ckap, saye nak soleh kena jadi solehah macam tu lah sebaliknya. if kita nak kan yg terbaik, kita kena jadi yang terbaik. itulah yg lebih terbaik~ =)

    ReplyDelete
  19. betul betul betul..mane boleh lelaki je choosy sangat nak yg pandai masak je..perempuan pon nak jugak pilih yang boleh jadi imam :)

    ReplyDelete
  20. Anonymous11:41:00 AM

    huhu..inilah umat..
    jadi..ramay2 lah kiter bersolat berjemaah di rumah bersama isteri dan sanak saudara ok..masjid kn hanya utk solat jumaat dan hari raya..
    P/s - kesian pada tuk bilal yg azan setyap waktu mengharapkan org solat di masjid..

    ReplyDelete
  21. @Anonymous

    eh tak jugak masjid boleh dikunjungi bila2 masa sahaje, bukan hanya solat jumaat n hari raye jer~ mengimarahlan masjid itu juga perlu...

    ReplyDelete
  22. Anonymous1:07:00 PM

    mengapa tidak:)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum :)

    Nk copy boleh? :)

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers