Followers

20101111

Biarkan ayat-ayat Cinta-Nya yang berbicara dahulu mengatasi ayat-ayat cintaku kepada insan itu


Salam to all readers~ =)





Dalam perjalanan sedang bermujahadah dalam mencari CINTA, tiba-tiba kita juga diusik oleh cinta. Ya, cinta-cinta kecil yang jika terlalu dilayani akan membawa kepada kelalaian dan keasyikan.


Apakah salah perasaan halus itu? Perasaan hubb itu? Jika salah, masakan Allah mengurniakannya pada hamba-hamba-Nya? Maka sudah semestinya ada jalan yang Allah aturkan untuk mengawal perasaan yang begitu tulus suci itu~



******






Moga ayat-ayat Cinta dari-Nya akan membuatkan hatiku menjadi kembali tenang setelah semua ini berlaku....



Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit



Ya, hati aku ibarat padang pasir yang tandus. Punya hati yang sungguh gersang dari cinta-Nya. Cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diri-Nya. Dia lah pemberi cinta, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-Nya dahulu? Mengapa baru kini aku sedari akan semua kekhilafan diri? Mencintai manusia. Hanya perit yang aku dapat bukan kebahagiaan. Aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan.




Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu. Benar, semangatku kembali pulih apabila mengagumimu. Hatiku kembali terisi dengan iman saat mendengar kuliah-kuliah darimu.
Tazkirah-tazkirah darimu ku ingat sentiasa dalam kotak memoriku. Satu pengakuan. Aku mengagumimu. Tidak berani aku nyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif pun tentang perasaan aku kepadamu.




maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu


Aku hanya mampu mengagumimu dari jauh. Setiap kuliah yang engkau berikan aku akan mendengar dengan teliti satu per satu. Ada perubahan di sebalik perasaanku ini. Namun, ku tegaskan bahawa niatku untuk berubah hanyalah kerana Allah. Bukan kerana sesiapa. Bukan juga kerana kamu. Kau pemuda soleh dikagumi ramai. Ramai yang menyanjungimu. Terkenal dengan kewarakan dan ketinggian ilmumu. Aku tidak layak untukmu. Engkau pemuda soleh. Agamamu menarik perhatianku. Cara engkau beramal dengannya, cara kau menjaga ikhtilatmu. Sungguh, sukar untuku ku temui lagi peribadi yang mirip denganmu.



Sedangkan aku....




Aku sedang dalam perubahan. Setiap ayat-ayat cinta-Nya benar-benar terkesan oleh diriku. Kini, aku lebih banyak mengisi waktu bersama-Nya. Tapi, aku tidak berani untuk menyatakan ayat-ayat cintaku kepada kamu pemuda soleh.



Kerana,


Ini bukan lagi masanya
Kita masih terlalu banyak tanggungjawab yang menanti
Aku masih belum bersedia dan aku tahu engkau juga



Aku percaya pada janji Allah,


lelaki yang soleh untuk wanita yang soleh...


Aku kini bermujahadah untuk menjadi solehah. Namun keutamaanku bukanlah untuk mendapat yang soleh, cuma aku hanya mahu memperbetulkan diri yang selama ini sudah terpesong jauh.


Akhir kata, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu. Bukan kerana kekayaanmu, bukan kerana ketampanan wajahmu, bukan kerana keturunanmu dan bukan jua kerana popularitimu.


Aku menyenangi perasaan itu biarpun aku tahu kau bukan jodohku. Untuk meminatimu saja aku tidak layak, apatah lagi berharap yang lebih jauh.



Semoga kau beroleh rahmat dari-Nya~



bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud




******






Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...




"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya"



Pilih lah yang beragama, nescaya kau akan mendapat segalanya...~


p/s: hihi, tidak ada kena mengena yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia~ Cinta-cinta kecil sewaktu memburu CINTA-NYA. Memendam perasaan itu kadang-kadang indah jugak kan? =)






p/s/s: I adored you, honestly, alaaaa senyap2 boleh laah kan, ye? hehe. Kalau bagi tazkirah tiap-tiap hari, lagi bagus~ =D





Syukran Jazilan for reading

47 patient (s) need treatment:

haway mutasawwil said... REPLY

nice2.cinta senyap2 xdop la frust sgt kot

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@haway mutasawwil

=)

Asma Jalalyna said... REPLY

betapa saya terusik dgn n3 ni... =(

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Asma Jalalyna

semoga hati kita juga turut terusik tatkala mendengar ayat2 cinta dari-Nya bukan ayat-ayat cinta dari kekasih je~ =)

kembatolo™ said... REPLY

haih! cinta di mana mana..
hehe

Anonymous said... REPLY

salam dr cinta~...cam ade kena mengena je ngan kmu...

cam tau je spelah pemuda soleh yg bertuah tu~..cam kenal je..hehehe.^_^..

Percayalah jodoh dan ajal itu ketentuan ALLAH.. Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik kita... persiapkan diri menjadi solehah untuk dapat yang soleh...

n the most important thing, cintailah ILAHI melebihi segala-galanya..^_^... strive for mardhatillah...

bila terusik dgn ayat-ayat cinta-Nya....marilah kita berdating dengan-NYA plak~..^_^.... salam tahajud..^_^

~asiah~

Sricahaya said... REPLY

masuk blog dr cinta, baca entry ni, dgr nasyid..terasa cam rindu sgt kat seseorang...

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@kembatolo™

yap, cinta itu ada di mana2~ =) terpulang kepada kita bagaimana mahu mengawalnya~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

cewah ingt anonymous mane, tengok smiley dah taw~


sedang dalam memburu CINTA, kadang2 kita juga terusik dengan cinta~

sekadar mengagumi tidak salah kan? =D boleh jadi sumber inspirasi even tahu pon tak mungkin lah dia akan menjadi jodoh, meminati dan memendam perasaan itu kadang2 sangat indah, kerana disulami cinta dari-Nya~ =)


Bila kita mencintai Allah, itu akan menggerakkan kepada cinta orang2 soleh~ =)


U know how much the change now right, my dear? =D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Sricahaya

sseorang siapakah itu? =)

semoga orangnya juga soleh peribadinya~

Azrin Kamaludin said... REPLY

tersentuh dengan ayat-ayat Dr.Cinta nie..Dr.cinta ada email tak?nak email bole?nak tnya pndapat nie..hehe..;D

Catherine- said... REPLY

:) tahniah!

baek2 yer...


saya juga sedang berubah...

starzieti said... REPLY

memendam saket taw..huk2

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Azrin Kamaludin

ade je~

alamak nak tanye pasal cinta ke? uhuk3 T___T tak de lah reti mane haha~ tapi insyaallah saye boleh bagi pendapat sebagai seorang sahabat maya, bukan seorang dr tak bertauliah~ hihi~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Catherine-

thanks~ berubah hanya kerana Allah~ insyaallah~ =D

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@starzieti

tapi2 kadang2 indah jugak sebenarnya, tak percaye? =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@starzieti

owh tambahan, sebab kita telah terjaga dari melakukan dosa, maksiat etc. etc sakit memendam tapi indah kerana terselamat dari semua benda tu, insyaallah Allah ada , Dia yang jaga kita~ =)

nur aziemah said... REPLY

Salam . saya tertarik dengan ayat ini .

aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu. Bukan kerana kekayaanmu, bukan kerana ketampanan wajahmu, bukan kerana keturunanmu dan bukan jua kerana popularitimu.


Aku menyenangi perasaan itu biarpun aku tahu kau bukan jodohku. Untuk meminatimu saja aku tidak layak, apatah lagi berharap yang lebih jauh.

boleh tak nak ambik ayat ni ? em .

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@nur aziemah

sile lah~ =) tak de ape sgt pon~ =) hee

Anonymous said... REPLY

nk copy satu sajak dalam post ni..izinkan ye :)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

owh sile lah~ =)

w4n!3 said... REPLY

:')
tersentuh...
tq dr...
cinta dia senyap2....

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@w4n!3

cinta dalam senyap itu kdg2 lebih baik, prevent dari buat dosa satu, dekat dengan Allah lagi tu, =) insyaallah~

afifahdaim said... REPLY

saye stuju dgn anda dr,,
kadang2 cinta senyap2 tu indah,,
hanya kita ngn Allah je taw kn,,
btw i like ur writing skill la dr,,
sgt mengagumkn,,
bole wat role model nie,,=))

Anonymous said... REPLY

macam tahu siapa tapi cuba untuk buat2 tak tahu...=)

*macam cara untuk luahkan perasaan je..hihi

AnisSaSyaQira said... REPLY

terima kasih utk entry ini...:)
insya-Allah...semoga kita sentiasa berusaha menjadi lebih baik....

tukangcerita said... REPLY

like this der
sayu rasanya :)
tq sharing

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@afifahdaim

thnx~ =) segala puji-pujian hanya milik ALLAH, saye cuma menyampaikan~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Anonymous

eish kak anon? siapakah anda, hihi, ye, blog is one way to express feeling right?


=) tapi boleh ambik iktibar yg mane patot, sebab memendam perasaan ini kadang2 lebih baek, hehe~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@AnisSaSyaQira

welcome back~ =) insyaallah~

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@tukangcerita

muehehe, sesi luahan perasaan @ perasan~ =D

HAPPPPPPPPPPPPPPPPYYYYYYYYYYYYYYY! sangat, insyaallah sebab Allah itu ada! =)

afifahdaim said... REPLY

dear dr cinta,,
sye nak c0py entry nie bole??
nnt sye creditkan kat awak taw,,=)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@afifahdaim

okey~ =)

saibah said... REPLY

salam .

dr . cinta

entri ini mmg menyentuh perasaan :)

terima kasih . izinkan saya mengcopynya ya ;)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@saibah

silekan~ thnx btw~ =)

NuNu BeBeH said... REPLY

Love it so much!!

afiqah said... REPLY

bez=)

Suci Dalam Debu said... REPLY

sesungguh cerita di atas ini sungguh realiti..pernah terjadi pada diri ini..mekasih saya suka post ini..

miss red said... REPLY

assalammualaikum... rasanya tajuk n3 yg ni mmg sgt sesuai dgn sy... sbb sy sdg mengalaminya..... nasib baik ade kwn sy yg menasihatkan sy supaya simpan dan ingat cinta allah pada kita adalah cinta sejati.... sy hampir2 nk confess dn memalukan diri serta melanggar prinsip sy yg hanya mau simpan feeling ni tuk future hubby hanya kerana cinta.... hebat btol penangan cinta.... terima kasih for this lovely advice... awk xtau betapa bersyukurnya sy diselamatkan drpada melakukan perkara bodoh tu yg maybe blh mendatangkan kemurkaan allah... alhamdulillah sy sempat diselamatkan.....

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@NuNu BeBeH

thnx dear! =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Suci Dalam Debu

syukran sudi baca ye =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@miss red

semaikan cinta pada DIA dulu; then DIA akan susunkan satu cinta khas buat diri kita yang trbaik~ =)

dila_tatak said... REPLY

akak, tumpang share ye (:

Eimah Shahrir said... REPLY

Boleh tak sye nak share blogpost awk ni?

Farah Waheeda said... REPLY

@dila_tatak yes please ^^

Farah Waheeda said... REPLY

@dila_tatak yes pleasse :)

Farah Waheeda said... REPLY

@Eimah Shahrir boleh je :)

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta