Followers

20101004

Pisang dan Hati

Salam to all readers~ =) Selamat petang. First of all, terima kasih banyak2 kerana support dr sehingga followers pada setiap hari bertambah dari semasa ke semasa. Percayalah, I try my best to give SOMETHING to you through my blog~ =) Maaf andai ada post sebelum2 ni terkena batang hidung sendiri or yang merapu meraban ke T___T biasalah dr manusia biasa juga. So, petang ni nak membawa anda untuk kembali membaca cerpen yang nampak agak simple tapi sangat mendalam maksudnya. Ada yang dah baca kan? sebab yang ni dari sumber sini. 









Farah Waheeda, (bukan nama sebenar, haha) guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.




Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.




“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Farah Waheeda (macam nama I pulak)






Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.



Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Farah Waheeda sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.


“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Farah Waheeda.


Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.


“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Farah Waheeda.

Macam ni lah kowt rupe pisang buruk tu tertulis nama orang yang kita benci~ Wuuuu


Farah Waheeda mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci!



Moral of the story: Memaafkan kesalahan seseorang itu lebih mudah dan akan membuatkan jiwa kita menjadi tenang sebab dah tak ada REVENGE! =D Memang susah, tapi we have to. Walaupun kita dah maafkan kesalahan orang tu tapi PARUT dia masih ada. MEMAAFKAN lebih membuatkan jiwa kita kembali tenang. Insyaallah~

p/s: doakan dr ea, dapat memaafkan seseorang dengan cepat. T___T belum benar2 ikhlas lagi. Owh, btw, pray for my success, i'm joining a poster digital competition~ Ada rezeki menang, tak menang boleh tambah pengalaman.   


UPDATED 


Thanks to people who give this award~ =) I really appreciate it~












Syukran Jazilan for reading

5 patient (s) need treatment:

Emilia Emira said... REPLY

mmg analogy dye sgt betul....=))

Emilia Emira said... REPLY

mmg analogy dye sgt betul....=))

محمد حذوان بن حميدان said... REPLY

entry yg amt menarik..analogi yg dibawe juge mnarik dan sesuai..

keep blogging 4 ISLAM..

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@Emilia Emira

pisang dan hati mmg sangat terkesan di hati~ =)

~Dr.CiNta~ said... REPLY

@محمد حذوان بن حميدان

ustaz, thnx segala-galanya~ kadang2 saya sendiri perlu publishkan something post yang boleh kembali mbina hati dan motivatekan diri sendiri sebab semua ni sgt mmbntu saye utk bangkit~ =D


thnx~

 

Blog Template by Dr.Cinta - Header Image by Dr.Cinta