Panduan mengatasi zina hati

5:44:00 PM

Salam to all readers~ =) Selamat petang semua. Hari ni dr nak berkongsi satu artikel yang dibaca. sangat bagus untuk berkongsi dengan anda semua iaitu macam mana kita nak atasi zina hati. Bagi yang belum clear apa dia zina hati, boleh jenguk dekat post ni, untuk mengetahui jenis-jenis zina. CLICK HERE.


"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya."

(HR Bukhari)

Firman Allah :

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

(Al Israa 17:32)




Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.


Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."


Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih."
(Surah Yusuf, ayat ke-24)


Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :


Ikhlas kepada Allah.


Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.


Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya."

Berdoa

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan.


Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.


Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."


Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

sumber





Fuh, zina ni paling tersembunyi kan? zina hati, dengan hanya kita mengingati kekasih hati, kita dah pun lakukan zatu zina, zina hati dengan memikirkannya. So, tak kan laaah sampai tak boleh lansung nak fikir?


Hmmmm.


Kawal lah. Sebab tu lah kita kena selalu dekatkan diri kepada Allah. Apa-apa pun, selamat beramal~ =D Jom jadi wanita solehah!





8 patient (s) need treatment

  1. heee thx for ur information..
    mmg betul, tanpa kita sedari kita takkan terlepas dr zina iaitu zina hati :D
    alhamdulillah da tiada kekasih hati! hanya Allah dihati :)

    ReplyDelete
  2. @ciknamr

    harap2 berpanjangan rasa cinta kita pada Allah~ =D sama lah dengan dr dulu, lepas ada pengalaman baru boleh cakap dan rasa how it feels.

    nak compare dengan cinta manusia jauh beza bak langit dengan bumi. T___T sungguh cinta Allah tiada tandingannya. =D The greatest love =')

    Tahniah kepada yg terpilih utk kembali merasa cinta Allah. memang pada permulaaannya sakit tapi di akhirnya penuh dengan kemanisan dan hikmah.

    =)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah.. semoga kite same2 dpt mengawalnye~

    ReplyDelete
  4. @soffea

    insyaallah, mencegah lebih baik dari merawat =D

    memang susah kita nak didik nafsu ni, tapi kita kena lakukannya dan kawal sebaik mungkin, jgn nak ikut aje semue yang nafsu jahat ni nak~

    ReplyDelete
  5. huhu T.T
    insaf2..
    senang2 je bole dpt dosa sbb zina hati...

    ReplyDelete
  6. @Fakhrur Razi berkata

    kita manusia memang tak lekang dari melakukan kesilapan, sedangkan zina hati ni adalah dosa yang paling tersembunyi yg kita lakukan, kita memang tak sedar.

    sangat susah. sebab tu, kita kene selalu berdoa kepada DIA agar diampunkan segala dosa2 kita sama ada kita sedar atau pun tidak =)

    melalui doa yg kita panjatkan kepada Allah tu lah yang akan menyelamatkan kita, insyaallah~ =D keep on dependent on HIM~ =D

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers