Cinta Allah tiada tandingannya.

12:24:00 PM

Salam to all readers~ rindunyaaaaaa dekat semua orang. =) Kembali ke sini setelah sibuk dengan esaimen. Faktor-faktor dalaman lain. Terima kasih terus mensupport dr dan belog kesayangan ni. =D Senyuman untuk anda. Saya nak membawa anda menghayati satu kisah, ya, satu mujahadah seorang insan. Tidak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia, haha~ (eh gelak-gelak pulak T____T)


Kisah seorang muslimat yang nak bangkit semula dari kesilapan lalu. Semoga Allah membantunya. Insyaallah~


Meh siket main lagu, baru ada feel, Langkah Tercipta by UNIC













Umar Khalis

Umar Khalis melihat sahaja perilaku Siti Sarah, wanita yang pernah dicintai suatu ketika dulu. Siti Sarah berlari-larian dengan riang gembira. ‘Biarlah, dia berhak bahagia.’ detik hati Umar Khalis. Rasa bersalah memang sangat menghantui dirinya kerana telah menghancurkan sekeping hati milik Siti Sarah. Juga pernah memperkotak-katikkan maruah Siti Sarah. ‘Biarlah. Aku sangat berdosa kepadanya.’ Siti Sarah dilihat begitu gembira dengan senyuman yang tidak putus-putus. Sebelum ini, dapat dirasakan bahawa semua yang cuba Siti Sarah lakukan palsu. Senyumannya tidak seikhlas dulu. Peribadinya jauh berubah. Tidak mengapa tentang perubahan itu kerana perubahan itu membawa ke arah positif. Mungkin terlalu banyak hikmah yang tersembunyi yang dia tidak nampak dan perpisahan yang berlaku ini benar-benar terkesan kepada Siti Sarah. Dia? Entah kenapa dia memilih Siti Sarah suatu masa dulu, mungkin kecewa kerana cinta tidak berbalas oleh Maryam Syuhadah pada masa itu lalu memilih Siti Sarah untuk suka-suka. 


Lalu, membawa Siti Sarah ke lembah kehinaan. Siti Sarah, sebelum semua yang berlaku ini, punya peribadi yang mengagumkan. Tudung labuh tak lekang dari perhiasan dirinya. Tutur katanya penuh ceria. Senyuman tidak putus-putus di wajahnya. Juga seorang yang peramah dan sentiasa menegur teman-teman. Selepas dia bangkit dari peristiwa hitam ini, dirinya lebih mengagumkan. Dengan segenggam tabah yang cuba dirangkul walau kerap kali tersungkur, dia cuba membahagiakan orang disekelilingnya meskipun dia merana di dalam dengan semua yang berlaku, senyuman manis menghiasi wajahnya walaupun semua itu semua palsu dan tempelan semata-mata mahu menyedapkan hati insan lain. Ahhhh! berdosanya aku pada Siti Sarah! Meragut kebahagiaan dan telah mengancurkan dirinya. Kerap kali berselisih dengannya tiada lagi senyuman terukir indah untuk Umar Khalis. Barangkali tidak akan mungkin lagi senyuman itu jadi miliknya.


Maafkan diri ini Siti Sarah, tiada lagi cinta untuk dirimu. Maafkan aku kerana memesongkan dirimu dan kerap kali kau bicarakan bahawa mengenaliku merupakan satu kesalahan paling besar yang kau pernah lakukan. Aku sendiri tidak tahu mengapa semua ini yang harus dijalani oleh insan bernama Siti Sarah. Semuanya kerana Umar Khalis yang tidak pandai menjaga diri sendiri lalu membawa insan lain ke lembah kehinaan. Aku sangat berdosa kepadamu, Siti Sarah! Maafkan aku. 


Siti Sarah

Siti Sarah hanya memandang sepi Umar Khalis yang duduk di beranda asrama lelaki tersebut. Benar, luka semalam masih ada walaupun berkali-kali dia menutur kepada dirinya sendiri dia sudah memaafkan insan bernama Umar Khalis. Hakikatnya, sukar untuk dia melakukan seperti itu. Umar Khalis mencabar kesucian dirinya lalu berpaling tadah kepada insan lain. Mana mungkin kesilapan besar seperti itu dilupakan sekelip mata sahaja. Dia masih boleh menerima andai Umar Khalis memang bukan jodohnya, dia pasti terima! tetapi mengapa kesuciannya dicabar? Itu paling dia tidak terima. Maruah dirinya seperti di hujung kaki. Apakah dia tidak mengenal peibadi Siti Sarah dahulu? Mengapa Umar Khalis tegar menjadikan dirinya sebagai bahan nafsu semata-mata. Cinta orang lain dikejar, punya insan lain di hati tetapi mengapa Siti Sarah menjadi mangsa? 


‘Biarlah, semuanya berlaku pasti ada hikmah yang sangat besar’ Berulang kali dia menuturkan kepada diri sendiri. Allah tidak memberati seseorang itu dengan ujian yang tidak tertanggung olehnya. Benar. Berkali-kali dia menuturkan itu dalam diri. Segenggam tabah dia cuba raih kembali. Bukan mudah untuk bangkit dari peristiwa hitam lalu. Sehingga dia sendiri tidak menjadi dirinya sendiri. Sejak dia mengenali Umar Khalis, dia perasan dirinya sendiri jauh berubah dan menyimpang dari dirinya sendiri. Namun, kerana terlalu cintakan insan bernama lelaki, dirinya lansung tidak endahkan semua itu. Tudung labuh yang menjadi perhiasannya kerap kali juga ditukar dengan tudung pendek bidang 45, surau yang selalu dijenguk sebelum mengenali Umar Khalis dipandang sepi sehinggakan usrah menjadi perkara yang paling dia malas pergi, al-Quran juga dia jarang baca. Semuanya selepas dia mengenali Umar Khalis! 


Dia benci apabila mengenangkan seluruhnya telah diberikan kepada Umar Khalis, insan yang lansung tidak mengenang budi. Dia merasa sangat berdosa dan malu kepada Allah di atas segala keterlanjurannya. Allah, ampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri. Sungguh, aku telah terleka hanya kerana cinta seorang lelaki! Bukankah sepatutnya cinta Engkau yang ku dambakan? Ya, air matanya kini turun lebih ikhlas menyesali kesilapan lalu. Sungguh! Allah Maha Adil mengatur takdir hamba-Nya.


Maryam Syuhadah

Jijik dia dengan perlakuan Umar Khalis. Lelaki yang dia percaya selama ini ternyata lelaki yang lansung tidak menghormati wanita! Arghhhhh! Ingin sekali dihamburkan segala ketidak puas hatiannya. Teringat kenangan lalu sewaktu bersama, kononnya ingin menyunting dirinya menjadi suri hidupnya, tetapi dalam masa yang sama sedang enak menyulam dosa bersama insan yang tidak halal baginya! Lansung Maryam Syuhadah benci kepada perlakuan lelaki yang bernama Umar Khalis. Tegarnya Umar Khalis mendera jiwa serta emosinya.
Sejak dia mengenali lelaki itu, hidupnya benar-benar berubah. Bukan ke arah positif tetapi negatif! Naqibah apakah itu? Yang acap kali menyeru kepada kebaikan dan menolak kemungkaran tetapi dirinya? Tersasar juga dalam dosa yang ditegah. ‘Pasti Allah murka kepada aku.’ Dakwah tak seiring kata-kata. Seringkali dia merasa dirinya berselindung di sebalik tudung labuhnya yang setiap hari disarungnya. Walhal, dia benar-benar sedang melakukan dosa. Tidak malukah Maryam Syuhadah dengan tudung labuh miliknya? Ya Allah, ampunkan hambamu ini. Jika kerana tidak pengakuan Siti Sarah, pasti dia terleka lagi dengan cinta Umar Khalis yang menyimpang. Sedikit pun tidak memberi kebaikan dalam dirinya.


Ya, Siti Sarah dan Maryam Syuhadah sama-sama kecundang kerana cinta seorang Umar Khalis. Sama-sama jatuh dan sekarang mahu bangkit kembali. ‘Lupakan Umar Khalis, Siti Sarah, mari kita sama-sama lakukannya’ bisik Maryam Syuhadah. Baginya, melihat kondisi Siti Sarah sangat meruncing kerana pelakuan Umar Khalis. Umar Khalis benar-benar melampaui batas sebagai seorang muslim. Tergamak menyentuh perempuan yang bukan miliknya sesuka hati sedangkan Siti Sarah benar-benar seorang perempuan yang baik-baik. Umar Khalis, aku memang sukar memaafkan kesalahanmu yang sangat berdosa menghancurkan kehidupan seorang perempuan yang boleh kupanggil adik! Adik itu tidak bersalah, Umar. 


Tabahkan Siti Sarah dan Maryam Syuhadah, ya Allah.


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang sering kuharapkan,
Menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian.


Siti Sarah

180710

Aku benar-benar hilang pedoman dan arah. Saat Umar Khalis memutuskanku saat itu aku merasakan bagai dunia berhenti berputar. Apakah yang diinginkan Umar Khalis sebenarnya selama ini daripadaku? Adakah sebab dorongan nafsu, aku benar-benar ikhlas menyayanginya tetapi maruahku diletak di hujung kaki. Adil kah? Andai aku bisa memutar kembali saat dan waktu, pasti, akan aku putar. Aku tidak ingin mengenali siapa itu Umar Khalis, perosak bukan PELINDUNG. Apa dosaku, ya Allah? Kejam sangat kah aku selama ini? Umar Khalis, andai aku bisa mengundurkan segala-galanya. 

 
Pagi itu, setelah malamnya, Umar Khalis memutuskan ku, segera aku capai kotak ubatku. Terpandang panadol di situ. Dicapai dan ditelan semahunya. Aku mahu tidur. Kalau boleh selama-lamanya. Petang itu aku tambah lagi. Entah pil yang ke berapa aku telan aku tidak pasti. Tetapi, aku tak rebah tersungkur. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perlakuan manusia itu memang layak diajar! Dia meragut kesucian diriku, kebahagiaanku, keceriaanku. Segala-galanya. Haruskah aku berdiam diri sahaja? Aku bimbang ada insan lain yang menjadi mangsanya. 


Berat! Itu yang memberatkan aku. Sahabat-sahabat lain belum tahu lagi, apakah mereka akan menerima diri ini seadanya? Kenangan-kenangan indah bersama Umar Khalis mahu dibunuh, kalau boleh dibakar, sehinggakanku memohon, semoga dengan kekuasaan Allah, aku tidak mahu lagi mengingati Umar Khalis! Begitu sekali.



Allah,
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.


200710

Sahabat-sahabat sudah tahu. Mereka perlu. Kerana aku tak mahu lagi berahsia dengan mereka. Cukup lah selama ini aku menjadi seorang yang begitu pendiam dan merahsiakan segala aktivitiku. Banyak penipuan telah aku tuturkan semuanya kerana mahu menutup perhubunganku dengan Umar Khalis. Sahabat, aku berdosa, andai kau mengetahui hakikat dalam hati ini yang memerlukan kalian. Hakikat hidup bersahabat. Maafkan segala-galanya tentang perhubunganku dengan Umar Khalis. Aku, seorang pelajar yang belajar agama, Umar Khalis juga belajar agama, mengapa jadi seperti ini? Kenapa kami tidak menghayati apa yang kami belajar sehingga membiarkan nafsu membelenggu diri.


Tidak ku sangka kalian masih menerima diri ini sedangkan aku mencuba untuk menjauh dari kalian. Berkali-kali kututurkan bahawa aku bukan seperti dulu lagi, aku insan berdosa! Aku malu dengan kalian. Aku tak layak bersahabat dengan kalian. Tapi, kalian tetap berada di sampingku. Semangat kalian berikan kepadaku. Kalian mengatakan bahawa, ‘kami sayang Siti Sarah, tolong jangan lakukan perkara yang membahayakan’. Berkali-kali kalian tuturkan ungkapan sayang kepada insan berdosa ini.


Mengertikah kalian, bahawa masa silam itu sangat sakit. Bagaimana untuk aku lupakan semudah itu. Bagaimana perasaan sayang dan rindu tiba-tiba bertukar menjadi benci yang amat sangat. Jijik dengan perlakuan diri sendiri serta perbuatan Umar Khalis. Sungguh kejam! Tapi kalian menuturkan bahawa Allah tidak akan memberi ujian kepada hamba-Nya jika dia tidak mampu memikulnya. Ya, Allah mengerti segala-galanya. Ingatlah, Allah disampingmu, Siti Sarah! Begitu tulus nasihat kalian tuturkan tanpa jemu-jemu. Ketahuilah bahawa hati ini kuat keranamu SAHABAT.


270710 

Bukan niatku untuk membuka aibmu, Umar Khalis. Maafkan aku. Aku hanya mahu kau mendapat pengajaran biar kau serik. Jangan kau sesuka hati mempermainkan hati wanita. It’s fragile.Aku perlukan bantuan kakak-kakak, kawan sekelas mu untuk membantuku, memotivasikan ku, mencari jalan penyelesaian untuk semua ini kerana aku tak mampu untuk berdiri sendiri. Kebenaran harus menang dan kau di pihak salah harus segera insaf akan perbuatanmu. Percayalah akan niat diri ini, bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi hanya untuk meraih kekuatan diri ini kembali.


Dan langkahku kini terbuka,
Pada hikmah dugaan,
Menguji keimanan,
tak dilontarkanNya ujian,
Di luar kekuatan,
Setiap diri insan.


110810

Awal Ramadhan. Aku mengerti hakikat Allah memutuskan. DIA memutuskan untuk menyambung dengan cinta-Nya. Mujahadah. Permulaannya memang kurasakan amat pahit. Tapi dihujungnya pasti akan ada manisnya. Ramadhan kuisikan dengan program-program mentarbiah hati. Qiamulail menjadi aktiviti harianku. Ya, ini dia hikmahnya. Mungkin sebelum ujian ini, aku belum punya rasa hubb(cinta) pada-Nya. Penampilan seperti muslimah sejati, bertudung labuh, menutup aurat, tetapi apa beza dengan yang lain? Andai akhlakku tetap tidak berubah? Sudah aku tuturkan, mengenali Umar Khalis bagaikan satu derita dan membawa aku ke kancah yang sangat berbahaya.


Tapi harusku akui, ujian ini benar-bear mematangkan aku. Sangat. Sehingga aku menjadi dewasa dan semakin berfalsafah. Mungkin. Itu yang aku perasankan pada diriku. Ujian mematangkan manusia. True. Very True.




110910

Syawal. Aku harus memaafkan Umar Khalis. Kerana aku akan rasa sangat sakit membawa perasaan benci ini ke sana ke mari. SAKIT. Mengertikah engkau Umar Khalis? Aku tak mampu mendengar namamu apatah lagi apabila terlihatkan kelibatmu. Sungguh, perasaan ku terbakar menyala-nyala sehingga aku seperti mahu membunuh jasad itu tetapi aku tak mampu. Akal warasku masih berkata-kata, ‘Biarlah, Allah Maha Adil. Biarkan DIA sahaja mengatur hidupmu, ini adalah rencah kehidupan!’ Memaafkan lebih membuatkan hati kembali tenang. Cukuplah segala penderitaan dan kepesongan yang telah engkau berikan kepada insan bernama Siti Sarah! Cukup, Umar Khalis!


051010

Aku SAKIT lagi. Berderai air mata. Aku sudah berjanji untuk tidak lagi menangis hanya kerana lelaki. Ternyata kali ini aku sukar untuk memaafkannya. Dia membuatkan aku terluka lagi. Mengapa? Bukankah sekarang ini aku masih dalam proses untuk bangkit kembali? Kekuatan cuba untuk aku bina kembali. Aku bagaikan mahu beruzlah seketika. Bersendirian. Aku menelefon sahabat-sahabat yang aku percayai untuk kembali menasihati aku. Memberikan aku pedoman. Aku tidak percaya, tangisan kali ini benar-benar sukar lagi untuk aku bendung. 


Aku cuba mengumpulkan semula kekuatan diri. Dari sahabat-sahabat. Dari mereka yang aku sayang, dari mereka yang aku percaya. Aku benar-benar mengambil iktibar dari semua yang terjadi. Cinta manusia sangat menyakitkan aku. Cinta Allah lah yang membahagiakanku. Ampunkan aku ya Allah, kerana aku tidak menyedari cinta-Mu sedari dulu lagi. Ya, aku harus bangkit! Bangkit dari masa silam. 


081010

Aku bangkit! Aku kini kembali tersenyum dengan ujian yang Allah berikan kepadaku. Sungguh, punya hikmah yang terlalu besar. Siti Sarah, beruntunglah dikau kerana Allah memilihmu menjalani ujian yang bukan calang-calang Allah berikan. Lupakan kisah lalu dan mulakan hidup baru. Ya, ini dia mujahadah Siti Sarah. =)


Ya, Allah bunuhlah segala memori Umar Khalis dalam diri Siti Sarah. Kau temukanlah Siti Sarah dan Maryam Syuhadah dengan pasangan yang beriman. Sedarkanlah Umar Khalis dari semua ini, seorang syabab itu tidak boleh terkandas hanya kerana masalah hati sebegini. Wahai para syabab, hargailah diri muslimah, kau ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi pelindung bukan perosak. Jika engkau menghancurkan hawamu, dimana lagi tempat hawa berlindung? Mengertilah Adam, Hawa memerlukanmu untuk membimbing.




Cintakan bunga akan layu, cintakan manusia akan mati, maka cintailah Allah, DIA yang kekal abadi~ =D



{ A pious person would always invite his partner to goodness, just as corrupt person would tempt his partner towards corruption }


HAKIKAT tentang cinta lagi. Perlu diketahui bahawa manusia sering membuat salah tidak kisah siapa pun dirinya. Siapa-siapa sahaja. If kita marah pun tak ada gunanya. CLICK HERE. Follow lah sekali =) salah satu belog yang selalu dr kunjung. 



p/s: errr post ni tak payah komen, heee, nak suruh ambik iktibar how the muslimah bangkit balik, okey, sayang korang =D



p/s/s: sekali lagi tidak ada kena mengena dengan mana-mana manusia sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. =)


0 patient (s) need treatment

Instagram

Followers