Andai engkau tahu betapa aku menyayangimu, sahabat

11:30:00 AM


Salam to all readers~ Morning, ohaiyo. =D Semoga hari ni membawa ceria dalam hidup kita. Amin. Post pada pagi ini khas untuk menjawab persoalan Arisa (bukan nama sebenar, ehm, padahal tak tahu nama apa T____T) Insyaallah saya cuba membantu sedaya upaya dengan ilham yang datang dari-Nya. Insyaallah~ =) *Peringatan, saya juga bukan orang yang terbaik untuk menasihati tetapi alangkah baiknya jika kita sama-sama mengambil iktibar dari input di sini. Saya juga bukan layak untuk memberi hukum atau apa tetapi andai input ini terselit kebaikan, sama-samalah kita ambil sebagai pengajaran.




Situasi:


Duhai SAHABAT yang kusayangi kerana Allah, 


Maafkan aku kerana terus membiarkan dirimu terus-terusan melakukan dosa. Aku tidak ada kekuatan untuk menegurmu. Aku sering terfikir andai aku menegurmu, engkau pasti akan menjarakkan dirimu dariku. Dan kerana fikiran aku itu, aku sering tidak kuat untuk menasihatimu, membawamu ke pangkal jalan kembali. Sedangkan aku tahu, perbuatanmu itu cukup salah, di sisi undang-undang mahupun syariat. Apa yang perlu aku lakukan? Aku tidak dikurniakan kekuatan untuk itu. Sungguh! Aku sebenarnya merasa cukup berdosa setiap kali melihatkan engkau sedang melakukan perbuatan itu. Maafkan aku. 




Ada di antara kita mengalami situasi seperti ini. Malu menegur mereka di saat mereka, sahabat-sahabat kita sedang melakukan dosa. Namun, kita tidak punya kekuatan untuk menegur. Ditegur salah, tidak ditegur salah. Rasa bersalah sentiasa menyelubungi diri kerana kita menyayangi sahabat kita. Dan tentunya, kita perlu mempunyai rasa kasih dalam hati kita untuk membantu mereka. Perlu buang apa-apa prejudis pon dan perlulah istiqamah dalam penyampaian.






Saya beritahu satu contoh yang paling fofular sekarang ni. isu couple. Contoh ye. Kita merasa sangat bimbang dengan perlakuan sahabat kita semenjak dua menjak dia kapel ni. Keluar balik malam dengan orang yang bukan mahram, keluar ke sana ke mari macam belangkas. (maaf, ini realiti) Boleh baca di sini. CLICK HERE. Kita sebagai sahabat, risau takut apa-apa yang buruk berlaku kepada sahabat kita. Tapi, kita tak mampu untuk buat apa-apa. sebab TAKUT. tak ada kekuatan.






Kita mungkin tak dapat nak buat apa-apa selain advice dia berulang kali dengan cara yang berhikmah. Perlu diingatkan bahawa manusia itu akan pertahankan apa-apa yang disukainya walaupun dia tahu benda itu salah. Golongan yang terlibat bukan sahaja remaja-remaja biasa tetapi remaja yang hebat juga terjebak juga, hebat yang macam mana? Hebat dari segi pengetahuan hukum-hakam agama. Yang sentiasa dalam liqa' usrah yang menegakkan syariat Islam, memperjuangkan amar makruf nahi mungkar, TETAPI dia juga telah terjebak dalam tipu daya syaitan. Ya, cinta itu fitrah tetapi perlu disalurkan dengan cara yang benar. Apa yang kita nampak sekarang ni, remaja tersalah menyalurkan cinta, itu yang jadi isu buang bayi, abortion and so on. Sekarang, adakah cinta masih dianggap suci? Saya tidak mengatakan bahawa kapel itu haram atau apa. Terserah kepada anda untuk menilai. Dan saya juga tidak minta anda memutuskan, terserah kepada anda untuk berfikir. =)






Telah menjadi budaya zaman sekarang, budaya berpasangan ini. Kalau tak kapel, tak best, ketinggalan zaman, tak laku. (saya difahamkan begitu) Lagipun apa yang kita fikir, if major yang buat itulah yang benar. Perlu diketahui apa yang major tak semestinya betul, yang minoriti tak benar dan inilah yang terpinggir. Islam itu datang dalam keadaan dagang dan akan berakhir dengan  dagang juga. Maksudnya, Islam ini terbina dari kelompok yang terpinggir dan akan kembali menjadi terpinggir. Macam mana kita katakan budaya cinta remaja kini jauh menyimpang dari landasan sebenarnya? Adakah cinta itu masih suci andai maruah diri tergadai? Adakah cinta masih suci andai berlakunya isu pengguguran anak mahupun pembuangan anak? Adakah cinta itu dikatakan suci andai hati sering mengingatkan si dia, sedangkan DIA yang sepatutnya kita ingati? CLICK HERE. I'm sure anda setuju dengan saya. Jauh di sudut hati kan? =)






Para sahabat yang sedang buntu untuk menasihati, atau sedang mencari jalan untuk bagaimana untuk menasihati, keep on advice! =) Insyaallah Allah akan membantu setiap usaha kita itu. Nasihat secara berhikmah. Ada sesetengah sahabat-sahabat kita ni, mungkin ada yang tak tahu, maka, terangkan kepada mereka secara detail. Katakan perhubungan mereka ini menghampiri zina, dan walaupun ianya menghampiri, tetap mengundang kemurkaan Allah. Slowtalk dengan mereka. Lama-lama insyaallah hati mereka terbuka jua.  Katakan jangan punya hati sebegini. CLICK HERE.




Tapi, yang paling penting jangan pulaukan mereka,  sahabat-sahabat kita ni. If kita pulau mereka, nanti pergantungan mereka kepada pasangan mereka makin bertambah pulak. Lagipun seharusnya kita sebagai umat Islam perlu ada rasa untuk unite kan? Dan perlu juga ada rasa bahagia untuk melihat mereka ini turut bahagia dan selamat dari melakukan dosa. =)




Dan terakhir, selepas segala macam advice dah kita bagi, segala macam jenis dakwah dah kita cuba contoh yang lain boleh, sebar-sebarkan artikel tentang cinta dan sewaktu dengannya or senang-senang bagi buku ni, Tentang Cinta by Pahrol Muhd Juoi =). Lastly, kita berdoa lah supaya sahabat kita tadi ni berubah. Bukan masalah cintan sahaja, apa-apa masalah lah, masalah akhlak ke, selalu ponteng kelas ke, and so on. Saya cuba nyatakan satu prob yang fofular sahaja. Berdoa terus-terusan supaya hidayah itu Allah berikan kepadanya.


7x baca, sangat best! harap diri dapat ambil iktibar =)


Kalau tiba-tiba rasa memang nak nasihatkan sahabat-sahabat tentang soal ini, teruskan berkata kepada mereka tentang ini:




Nasihatkan padanya:


Perubahan itu perlu dicari dan bukan ditunggu;


11. bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. (ar-Ra'd:11)




Zina itu;


32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra' 32)




Dan beritahu dia bahawa Allah sentiasa melihat kita;


“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Ghafir: 19)




Ya, memang cinta itu indah dan itu adalah fitrah...


“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik.” (Al-Imran ayat 14)




TAPI, awas!


Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (Abu Dawud dan Ahmad)



Maka, apa yang kita perlu lakukan?




Tundukkanlah pandangan kita


Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30)




Then, tutup aurat dengan sempurna


Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31)


Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (al-ahzab: 59)




Jangan pula berdua-duaan!


Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Jangan melenggok-lenggokkan suara pada yang bukan muhrimmu


Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
 



Dan jangan pula menyentuh apa yang tidak halal bagimu.


Dari Maqil bin Yasar .a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Ya, peringatan yang sungguh panjang lebar, uhuk3, untuk diri sendiri terutamanya dan juga readers 2 sekalian. Saya bukanlah perfect untuk menasihati anda bahkan anda lebih mengetahui dari saya. Sekadar humble opinion dari saya. =)





p/s: Kita tidak perlu menunggu untuk menjadi SEPENUHNYA baik untuk menasihati the others =) Maafkan segala kekurangan. Ada penambahan, silakan~ =) lagi senang suruh datang belog dr ni aje, hee~


14 patient (s) need treatment

  1. sy syg sahabat sy
    huuhu

    ReplyDelete
  2. em.. salam
    hehehe.. alhamdulillah msih stabil

    betol2 buku tntg cinta tu byak membuat atie berubah dan makin dekat dgn NYA.. dlm dia byak garfik!!! suke2.. buku 2 amat bgus..

    ReplyDelete
  3. @di sebalik wajahku..

    wasalam, sangat true, same lah kita~ =)

    ReplyDelete
  4. Lama tak singgah ke sini
    wp selalu lalu lalang

    Tahniah, dik Dr.Cinta...

    Entri ni membuka minda saya...sahabat!!!

    ReplyDelete
  5. syukran~~~
    semoga kita sentiasa berada di jalan yang betul. betul, kita jangan takut untuk menyampaikan sesuatu ilmu atau nasihat. sampaikanlah(sesuatu ilmu) walaupun satu ayat. insyaAllah. =)

    ReplyDelete
  6. @MUNSYI ragbar

    sama2, saling ingat mengingati khas buat remaja terutamanya~ =) yg selalu tersalah arah dalam membuat prcaturan hidup~

    ReplyDelete
  7. @ayesyaazreena

    yap, terkadang, (saya sndiri) sukar utk menyampaikan sesuatu yg benar kerana keMAJORITIAN itu tapi sesuatu yg asing ini lah selalu terpinggir dan dianggap kuno walaupun hakikatnya bukan sebegitu, beruntunglah yang menjadi terpinggir ini~

    ReplyDelete
  8. buku tentang cinta tu mmg terbaik. n boleh tambah jugak buku2 dari saifulislam:)
    koleksi aku terima nikahnye:D

    ReplyDelete
  9. @kobEj0rdan~

    buku koleksi AKU TERIMA NIKAHNYA juga terbaek! =) cuma yang last belum dptkan lagi~ Murabbi cinta kan? sgt membina jika kita mmbaca buku2 sebegini~ =)

    ReplyDelete
  10. salam.. doctor ...gud content.. luv it... but ade ayat al-Quran silap no.. pasal ayt tutp aurat 2 surah al-ahzab ayat 59...

    ReplyDelete
  11. @pu3 brunei

    owh mintak maaf lah ye, sebab tak perasan mase tgh kaji2 tuh~ T___T tak pe dah tukaq naa~

    ReplyDelete
  12. salam..
    hey! i love ur words ♥♥♥
    everything seems nicely written here..

    moga Allah terus beri ilham kpd mu untuk terus menulis-membuka minda semua org..insyaallah!

    ReplyDelete
  13. @::[si putihpurple]::

    thnx =D insyaallah, semoga jalan dkwah ini dalam redha-Nya.

    ReplyDelete

Your comment?

Instagram

Followers